Friday, April 18, 2014

Resepi Kek Minyak

Resepi asal dari TERATAK MUTIARA KASIH.



Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung gandum (boleh juga guna tepung superfine)
  • 1 sk baking powder
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2  @bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah.
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!