Friday, July 30, 2010

Gelak Sampai Terburai Isi Perut

Sila hayati video nie dengan khusyuk..


Kalau korang tak, sah deria lawak korang dah tak berfungsi...heheheh..bek korang g jumpa doctor pyscho...

Will You Love Me For The Rest Of Your Life?

-The Rest Of My Life-


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say


For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart..

Contengan Tambahan : Alangkah bahagianya kalau dicintai seperti ini...

Thursday, July 29, 2010

Sepang Gold Coast @ Pantai Bagan Lalang

Alahai bestnya la kan kalau time merajuk ni..cakap je nak pergi mana, semua boleh, nak apa..semua dapat..benda yang dah cakap lama pun leh dapat..pelik-pelik..cuba kalau time tak merajuk jangan harap lah kan nak dapat..

So disebabkan last week aku merajuk + bengang giler , so aku telah diculik ke Sepang Gold Coast @ Pantai Bagan Lalang. Walaupun jauh, tapi best juga dapat menenaangkan fikiran tengok ombak..main air..uhuhuhu..dan melihat keindahan senja yang mula melabuhkan tirainya..cisss..tetiba aje bermadah pujangga ...
 Terasa sangat aman & tenang tengok laut....

sape buang kelapa ni??cepat ngaku!!

dia tengah pikir nak masukkan handbag aku dalam lubang tu rupanya..kurang asam!

don't know why he so excited korek-korek lubang bagai....mcm budak-budak tak pernah pergi pantai

Perkara wajib dibuat oleh couple yang pergi ke pantai..hehheh..even tgh marah, tetap nak buat jugak..huhuh...


Sepang Gold Coast @ Pantai Bagan Lalang terletak dekat Sepang..hahhaha..nak tahu jalan? korang google lah..tapi jauh gak ar dari Putrajaya kan..ada lam 2 jam aku rasa. Kat situ banyak homestay, Hotel Seri Malaysia pun ada..tapi kalau nak best lagi, stay ar kat Golden Palm Tree...best gila....walaupun aku tak duk situ, aku tahu mesti best punya..Kalau honeymoon kat sini mesti best gila...Restoran seafood pun banyak kat sini..daripada yang exclusive sampai lah ke kedai makan biasa ja...tapi tetap ramai orang...Next time mahu picnic kat sini, siapa mahu join????Angkat kaki!!!

Ekor Cicak Sangat Sedap

Pernah tak korang makan ekor cicak?
Tak pernah?
Kalau korang tak pernah makan, aku sarankan agar korang try makan ekor cicak nie..
memang sedap k..
manis..
and yummy yummy
sejak aku kecik lagi ekor cicak ni memang feveret aku...
atok aku selalu belikan ekor cicak kalau dia pergi pasar

 ni lah ekor cicak yang aku maksudkan tu..sejenis kuih ok..bukannya ekor cicak yang betul betul..gila ke apa..kawan aku kata kalau kat Sabah dipanggil pasung..tempat lain tak tahu lah...hehehhehe

New Hair Style-DONE!

Korang ingat tak entri berangan aku? Yang mana??huhuuh..nampak sangat entri berangan aku tu memang banyak..wakakakka..ala..yang nie New Hair Style

Semalam lepas balik kerja jek aku pergi salon kat Presint 9 tu..kat Flat Putra Harmoni (Flat Hijau/Flat Antarabangsa)..apa-apa je lah yang korang panggil tempat tu..siapa yang duk kat Putrajaya tapi tak tahu tempat tu, memang sah korang katak bawang bawah tempurung..uhuhuhuhu

Nama salon tu Muslimah Beauty Salon & Spa...beralamat No. 9A, Lot Kedai Putra Harmoni, Jalan P9 B/1, Presint 9. Putrajaya. Kedai dia tingkat atas, bawah tu Cyber Cafe..Sorry sebab aku tak ada ambil gambar apa-apa masa kat salon tu..tak sempat nak snap sana sini...Services dia memang ok  dan murah..owner dia orang Tawau, Sabah..semalam aku rebonding + cut + wash + treatment = RM150.Bukan perkhidmatan rambut aje yang disediakan, ada gak urut badan, facial , bekam..tapi salon & spa ni untuk ladies only k...Erh..tetiba kan terpromote plak kedai akak nie..hehehe..

Hahhhaha..kan kunun aku nak buat rambut ala-ala Fazura kan, dah tu disebabkan rambut aku dah kena gigit dengan "tikus besar" sampai jadi pendek, maka terpaksa lah aku pendamkan je hasrat hati tu..sian betul...last-last korang nak tahu macam mana rupa aku ??
BERTUKAR!!!!

 Ooppsss...silap silap..hehehehe

 yang ni baru betul..heheheh

Jangan korang ingat rupa aku pun bertukar sekali jadi Victoria nie..hahahhaa...rambut je..tapi memang sangat puas hati dengan servis yang dia bagi...sebab nie bukan first time aku pergi buat rebonding ..dah kali ketiga dah, tapi yang nie paling puas hati...kalau korang nak try juga service salon nie leh call 013-2442419 bercakap dengan Aya atau Aina....Open tiap-tiap hari pukul 10 am hingga 8 pm..tapi kalau melalui appointment sampai pukul 10 pm..ok..kalau dia tanya tahu dari mana sebut jek nama aku "iena"..mana tahu dia nak bagi korang diskaun ke..hehehehe...

Untuk 3 hari ni kena lah bersusah payah menjaga rambut aku nie..hahahha..tak mau rosak-rosak dah ...poyos!!

Tuesday, July 27, 2010

Aku Tak Tahu

Arghh..otak aku blur lah..itu dah beli, ini dah beli...semua persiapan tengah di buat..nak jahit baju, nak booking homestay, siapkan barang hantaran..tempah itu ini...semuanya dalam proses..tapi dalam otak aku nie still nak or tak nak...Aku tak tahu nak buat keputusan macam mana..tapi semua persiapan tu sedang dibuat oleh family...

Tiap-tiap hari aku fikir, fikir dan asyik fikir je...Kenapa bila aku dah betul-betul yakin dengan keputusan aku, ada je perkara yang melanda..ada jek sesuatu yang membuatkan aku hilang semangat dan keyakinan untuk teruskan semua nie...Siapa yang dapat jamin keputusan aku tu akan membahagiakan hidup aku..kadang-kadang aku terfikir sampai bila harus berteka teki dengan hidup sendiri?Kan bagus kalau kita boleh nampak apa yang ada pada masa depan untuk kita, tak payah nak susah-susah berfikir akibat yang akan kita tanggung jika buat sesuatu keputusan...


Aku sekali lagi BUNTU! Berada dalam permainan hidup nie..membuat aku hilang semua keyakinan..membuatkan aku lemah...Haruskah aku terus melangkah dengan apa yang ada sekarang nie? Atau membuat satu keputusan drastik yang akan mengubah seluruh kehidupan aku.......? AKU TAK TAHU!

contengan tambahan: tambah tolak ada lagi 3 bulan untuk melangkah ke alam seterusnya tapi aku masih belum berhenti berfikir....

Monday, July 26, 2010

Doraemon, Please!!!!

Doraemon, 
tolong pinjam aku kapal masa yang kau sorok dalam laci tu..
aku nak balik ke zaman 10 tahun yang lalu..
Masa umur aku 14 tahun..
aku nak buang sesuatu..
sebab sesuatu tu buat aku terseksa sampai sekarang...
Kalau 10 tahun dulu aku tak jumpa sesuatu tu, mesti aku tak rasa macam nie..
Aku rasa menyesal lak terjumpa sesuatu 10 tahun dulu, 
pastu biarkan ia menghantui hidup aku..
tolonglah doraemon..
pleaseee...!!!
I beg you!!!


contengan tambahan: kurang ajar ko doraemon..dah lah tak nak tolong, jelir-jelir kat aku..ko memang sukalah tengok aku menderita seumur hidup aku kan, Doraemon.

Hensem + Playboy VS Tak Hensem + Setia

Penat ok..penat nak layan perangai playboy lu yang makin menjadi-jadi nie...boleh tak lu duduk situ diam-diam tak menyusahkan makhluk lain? Makin nak dekat dengan hari, makin ligat pula lu menguji saham lu yang tak berapa bagus tu..Haaaaiihhh..menyusahkan je lah.

Dah lah sedap lu kutuk-kutuk bakal bini lu ada skandal kat ruangan memekak lu tu, rupa-rupanya lu yang tak berhenti-henti lagi berskandal..saja nak buat muka konon lu tu mangsa lah kan...

Bakal bini lu ni banyak benda lain nak pikir kan tau, tapi lu boleh plak sibuk melayan perempuan-perempuan yang konon nya tergila - gila kat lu..padahal lu pun sama je..daripada lu perabis duit duk bayar bil sebab call perempuan-perempuan yang kononnya tergila-gila kat lu tu, baik lu belanja bakal bini lu makan Pizza tiap-tiap minggu..Dia memang suka makan Pizza..Tak pun belanja makan seafood yang lu dah buat dia kempunan semalam...Kan ke lebih berfaedah..

Ntah pape, perangai cam budak-budak..pastu dah kantoi, mula lah start wat muka innocent lu tu..haaaiiihh..rimas tul.

Dan perempuan-perempuan yang kononnya tergila-gila kat lu tu pun sama, dah terang-terang tahu lu playboy pun saja nak sakitkan hati sendiri pergi layan lu...lu pun suka lah kan..kononnya saham lu tinggi sangat..tapi bila dah sakit hati, dieorang pergi buruk-burukkan lu kat bakal bini lu..padahal bakal bini lu tu memang dah kalis dah ngan perangai playboy lu yang tak pernah berubah tu. Pastu lu pun start ar wat muka innocent..biol apa mamat nie...Rimas ok.. rimas...

Nak halau lu dari hidup nie, tapi lu asyik nak menempek aje...Dah tu jadikan aku bakal bini lu plak..aduiiiyyaaaii...lu ni membuatkan wa terpikir, kawin ngan lelaki yang macam mane lagi elok???
  • Hensem tapi playboy
  • Tak hensem tapi setia
Haiii..macam-macam dunia sekarang..bikin kepala aku jadi pusing macam rolley coaster.

Saturday, July 24, 2010

Konsert Kemuncak Suria FM

Date : 24 Julai 2010 (malam nie la...)
Time : 8.00 pm - 12.00 am
Tempat : Dataran Putrajaya, Presint 3.

Antara artis terkenal yang akan menghiburkan para penonton pada konsert tersebut adalah Aizat, Anuar Zain, Jamal Abdillah, Mawi, Dayang Nurfaizah, Hattan, Black dan Alyah.


Pemenang 8888


Congrats to Ira from http://gadisegoitumemangaku.blogspot.com sebab dah berjaya menjadi ahli pengintip yang ke -8888. Actually no tu dah di spot pada 14 July 2010, tapi aku tak sempat nak buat any entri..
Topup RM10 yang dijanjikan tu pun dah pun dikreditkan ke handphone Ira..



Untuk korang-korang yang lain,masih ada peluang untuk menjadi pengintip yang ke 9999. dan hadiah tetap sama.... Topup RM10.. 
SELAMAT MENCUBA!

Friday, July 16, 2010

Watermark Tutorial With Photoscape

PERHATIAN : Sila klik pada photo untuk tumbesaran berganda

1. 
Mesti ada software PHOTOSCAPE . Kalau tak ada, sila download dulu yep. :p

2. Open Photoscape and select "EDITOR"

 3. Pilih gambar yang korang nak watermark

4. Klik dekat "OBJECT", the "T" for Text


5. Ikut urutan 1-3 kat photo di bawah nie yep..


1. Tulis la trademark korang tu
2. Adjust OPACITY.....
3. Klik OK kalau dah berpuas hati

Senang jek kan???? Apesal aku wat tutorial mainan budak-budak kecik nie??hehehhe...

Tuesday, July 13, 2010

Tahniah!Memang Anak Abah.

Dengan ini aku nak mengucapkan tahniah berbanyak-banyak tahniah dekat adik aku yang bernama Nur Aina Farisha..sebab dia memang anak abah yang sejati...Cayalah..dalam 7 orang adik beradik, kakak -kakak and abang-abang ko tu tak de sorang pun macam Abah... Semuanya hampeh..tangan kayu..tak kreativ dan tak berjiwa seni..Statement ni lebih ditujukan untuk aku lah...ahahhhaha


Lukisan yang dilukis oleh seorang budak sekolah rendah darjah empat (ye ke darjah 4???Lupa lah..) yang sangat poyo dan degil....
Cantik kan???? Aku pun tak boleh lukis macam ni..nak lukis orang lidi pun hancur ar kalau guna tangan aku nie..lukis doraemon aku reti ar sikit-sikit...tapi lukisan nie memang sangat cantik bagi aku..

Dan tentunya Abah sangat berbangga sebab ada gak anak dia yang sama macam dia...Actually dulu Abah aku seorang pelukis...dia bekerja sebagai pereka set dengan Kementerian Kebudayaan..yang paling Abah terer la, aku rasa buat lukisan ukiran..contoh macam ukiran kayu kat cermin, katil atau pintu..dulu barang-barang kat rumah aku semua macam tu..Abah buat sendiri..tapi tau-tau je lah bila Mama beranak kan kiteorang nie, benda-benda macam tu automatik hancur berderai lah ...Abah juga pandai lukis potret...Ada potret Mama yang besar gila Abah lukis..Tapi aku..hussshhh..aku pandai conteng-conteng lukisan Abah jek..ekekke...

Nanti aku balik tolong lukiskan aku punya muka nie besar-besar ye Kakak..aku nak letak kat office..hahahaha...

Edit Photo With Photoscape

Dah berzaman dah software Photoscape tu ada dalam lappy aku ni..tapi baru sejak menjak nie aku jakun duk edit-edit gambar..sebelum ni aku cuma tahu combine, page, dan letak watermark aje..tak sangka aku sungguh "kampung". Benda kecik pun tak tahu..adik aku kat kampung tu dah bosan ar main benda alah nie...

Disebabkan kegilaan yang mendatang tu, mula lah aku duk meng-edit segala gambar..Of course lah gambar aku dan dia..korang nak tengok???Tak nak pun aku nak tunjuk jugak...

Ni gunakan "Blur"

yang ni pula "Vignetting"

yang ni macam-macam aku campurkan

Yang nie guna "Bloom-Deep"

Aku suka gambar nie..macam gambar zaman jepun


ni guna "Backlight"

gambar nie sebenarnya memang gelap sangat..tak nampak apa..

 Yang nie guna "Region"

Semua function yang ada dalam ni lebih kurang macam photoshop la..cuma photoshop tu lagi advance..lembap sikit aku nak belajar guna photoshop tu..guna asyik nak mengamuk aje sebab tak menjadi...Kalau ikutkan dalam lappy aku nie macam-macam software photo editor ada,ada Photoshop, ada GIMP (Ubuntu) tapi yang ni paling senang kot..wakakakak...

Kalau korang nak cuba guna photoscape ni, download for FREE ..just google je "PHOTOSCAPE"..ni untuk sesiapa yang belum tahu lah..kalau dah tahu, jangan ar ejek-ejek aku jakun pula..aku just nak share aje..uuhuhuhu...SELAMAT MENCUBA!


Contengan tambahan : Klik di gambar untuk tumbesaran berganda...

Apa Yang Membuatkan Lambat Datang Kerja?

Hari ni aku tak lambat lah..tapi selalu kalau aku datang lambat, selain daripada terbangun lambat..banyak betul masalah yang menghalang aku datang kerja awal.

  • MATA!! Mata aku nie memang sejak dari sekolah rendah lagi dah kerabunan...dan sekarang nie power mata aku dah 800++. Masa umur aku 18 tahun, aku dah pakai Contact Lense..tu pun sebab masa aku mula-mula sambung study, aku terpijak spek tu..pecah la sebab spek yang aku pakai tu kaca...Lepas tu bila pergi tukar tak boleh siap cepat sebab cermin aku tu nak kena order dulu..So, orang kedai tu prefer aku pakai lense..time tu aku minggu orientasi..memang desperate sangat ar masa tu..sampai la sekarang dah 6 tahun aku dan contact lense bersama..Panjang pulak aku cerita kan???Isu nya sekarang ni, sejak menjak nie mata aku selalu buat hal aje, pedih ..urat-urat nie terasa cam terkeluar aje..bila pagi-pagi aku nak pakai lense memang problem gila sebab sakit sangat-sangat mata aku nie..Sekali gus membuatkan aku pergi kerja lambat sebab duk berperang ngan mata and lense aku tu.

  • TUDUNG!! Ni lagi satu yang selalu sangat buat hal..tak tahu berapa kali nak kena gosok baru dia nak menjadi..part tudung ni aku memang hangin betul la bila tak menjadi...sebab rasa sangat tak selesa..rasa tak confident aje..rasa cam orang semua pandang aku selekeh ...uhuhuuh...

Bila dah terjadi benda-benda kat atas ni memang spoiled lah mood aku nak bekerja kan.....tak semangat langsung..macam sekarang ni..aku tengah tulis entri dengan mata yang sebelah je pakai lense..pening siot kepala aku..tapi aku terpaksa terseksa...

Monday, July 12, 2010

Pesta Floria Putrajaya 2010

Seperti yang korang dah sedia maklum or ada yang tak tahu lagi, sekrang nie, bermula semalam (10 Julai 2010), telah berlangsung Pesta Floria 2010 di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya..Pesta Floria ni akan berakhir pada 18 Julai 2010..Pada sesiapa yang belum pergi tu, baik pergi cepat-cepat..sebab bila dah nak-nak hari last tu, bunga semua dah tak segar-segar lagi dah....nak tengok pun tak semangat je.

Aku dah pergi semalam..mula-mula plan memang la nak pergi ngan Encik Se7en, dah tu aku tunggu dia lama sangat..karang dah malam baru nak pergi buat apa...nak tengok apa pun tak nampak..aku pun ajak adik aku pergi..naik bus..huh...menyampah seh, sampai aje kat Pesta tu, mamat tu pun sampai juga..aku call dia bukannya nak angkat..sengal betul..Itu pun semalam tak habis round..2 jam memang tak cukup ar..

cantik semua bunga-bunga nie..tenang je rasa bila tengok pemandangan macam nie

agaknya nie semua puteri-puteri dalam cerita fantasi kanak-kanak di taman nan indah kot..tapi gambar no 4 tu???Mak zombi kampung pisang....

Gambar couple paling comel & sweet di abad ini..ahaks...jangan marah yep!

Ni khas untuk korang F for Fazlyna..hehehee...

Akhinya Aku Pergi I-City..

Excited pula tajuk tu erk...Setelah sekian lama asyik berangan je, dapat juga aku menjejakkan kaki kat I-City yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam..Thanks to Encik Se7en sebab bawa aku jalan-jalan kat situ..And thanks also to his brother for guiding us..Mari kita menikmati gambar-gambar yang terdapat makhluk Tuhan paling comel itu..hehehehe...


Friday, July 9, 2010

10 Ways How To Cook Octopus

(if Paul gets his prediction wrong for the Germany-Uruguay match)

  1. Pickled octopus
  2. Octopus stewed in red wine
  3. Chilli lemon octopus
  4. Octopus in ouzo and black olives
  5. Octopus salad
  6. Greek octopus in tomato sauce
  7. Octopus in tom yam
  8. Grilled octopus
  9. Sausage octopus; and for a more local favor...
  10. Sotong kangkung, Penang esplanade style...

Sumber : News Strait Times, Friday, July 09

World Cup Punya Pasal, Jalan Jem

Bukan jem strawbery..jem nenas atau jem coklat yep...Traffic Jammed..Rabu & Khamis kan ada World Cup, so pagi kedua-dua hari tu time nak pergi kerja, jalan memang jem gila.Cuba korang bayangkan Putrajaya yang jem tahap Kuala Lumpur tu..Maakk  aaaiii...nak mengamuk rasa bila duduk dalam bas yang bergerak slow sangat dan adakalanya tak bergerak..hangin ok..sebab aku dah lambat pergi kerja.. Rumah aku dengan ofis tu kalau ikutkan tak sampai pun 5 km kot..dah tu hari biasa cuma 10 minit jek pergi ofis ....tapi 2 hari lepas tu, aku naik bas pukul 7.30am dan sampai ofis 8.10 am..40 minit tu...sangat hampeh, ok!

Semua orang pergi kerja lambat agaknya..sebab berjaga tengok bola....dan seperti yang aku ramalkan..ceehh..aku pun nak jadi tukang ramal gak..ari nie..jalan clear gila..best sangat sampai ofis awal....buat kerja yang penting dulu..macam biasalah..Officer aku tu tengah berkursus sekarang, jadi pagi-pagi dan sebelum balik dia akan call aku untuk tinggalkan macam-macam wasiat..hahahaha...

Baru lepas menikmati Nasi Lemak dengan berlaukkan kerang dan sotong..Tengok paper muka depan Si PAUL tu,,haiiihhhh..nasib baik aku dah habes makan..tak selera aku tengok muka Paul yang tak berapa hensem langsung tu...

Oklah..mari kita tidur...sebab baru lepas makan nasi lemak kan..ngantuk gila...hhahahaha

Maaf Tak Perasan

Baru malam nie tersedar yang diri ini telah di tag oleh Mizzura..Sorry yep Cik Mizzura..ok, saya jawab tag itu sekarang..Ouh..tiba-tiba sangat bersopan malam ni.

Jawab soalan di bawah menggunakan huruf pertama nama anda.

What is your name?
Nur Fazlyna Marlyssa ...panjangkan nama aku???sila panggil aku Cik Puan @ Iena? Kenapa?sebab aku memang suka berangan jadi Cik Puan Muda Puteri Raja..ahaks....

A four letter word.
Nasi- aku suka makan nasi..hehehhe

A boy's name.
Naruto Shepudin..hahahahha...

A girl's name.
Narkomah - baru lepas tengok Erra Fazira as Narkomah dalam Andartu terlampau

An occupation.
Naik belon

A color.
No color.

Something you wear.
Not need to told you

A food.
Nasi kandar  ouhh..sangat tak suka

Something found in the bathroom.
Nak apa? semua ada...

A place.
Nilai..bila nak pergi Nilai ni???

A reason for being late?
Nak tido lama-lama..enaknya.

Something you shout.
Nak apa wei?

A movie title.
New moon

A musical group.
North buncombe band ...erk..sape ni?

A street name.
Nipah of jalan Ampang

A type of car.
Nissan

Abes gak akhirnya..aku tag semua yang baca ni...orang buat erh..tau...jangan lupa tau..Haaa..jangan buat-buat tak baca plak.

Thursday, July 8, 2010

Ramalan Sambal Sotong

Korang!!!! First..Congrats to SPAIN!!!! Tak sia-sia aku dipaksa sokong group yang Encik Se7en tak suka..padan muka...berlagak sangat ngan JERMENG kamu tu kan???heheheh

Korang janganlah marah-marah kat PAUL SOTONG tu..kesian kat dia tau..dia tak bersalah...dah Tuhan takdir kan JERMENG kalah, nak wat cam ne..sejak dari awal pagi tadi, hot betul nama si sotong nie..semua peminat-peminat JERMENG duk memaki hamun sotong tu...tapi tak kurang juga penyokong-penyokong SPAIN yang mengucapkan terima kasih kepada sotong itu...ahhaah..apa-apa lah...

Final SPAIN vs NETHERLAND...sah-sah aku dipaksa pilih SPAIN..tak pe tak pe..tak payah paksa...aku memang nak pilih SPAIN!!..heheheh..dah-dah..penyokong-prnyokong JERMENG..jangan marah-marah..rileks..cool..macam aku...siap makan sambal sotong lagi pagi-pagi nie..Erm..enak!Korang bayangkan aku tengah makan PAUL tu yep..hehehehe


RAMALAN SAMBAL SOTONG : akan habis dimakan dalam masa 10 minit..heheheh..

Wednesday, July 7, 2010

Pesta Floria Putrajaya 2010

Ye! Acara yang amat-amat dinantikan oleh aku...
macam tahun-tahun yang lalu, tahun nie Pesta Floria Putrajaya muncul lagi dengan tema tahun ni Keindahan Tropika..Macam lagu Francisca Peter pula...Tropika...tropikaa...hahahah..
FLORIA 2010 akan mempertontonkan koleksi terbesar Heliconia (Bunga Sepit Udang) yang pernah ditunjukkan di Malaysia dalam suasana taman.

 Tarikh : 10-18 Julai 2010
Tempat : Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
Waktu : Isnin - Khamis : 9.00 am - 10.00 am
 Jumaat - Ahad : 9.00 am - 12.00 am (tengah malam)

MASUK PERCUMA!

Korang pergi lah..yang mana-mana belum pernah pergi tu...Best tau..last year aku pun pergi..
tengok ini aku last year pasal Pesta Floria Putrajaya
KLIK SINI

Tuesday, July 6, 2010

Aizdean- Rakyat Malaysia Jadi Penyanyi Di Japan

Sebelum korang tidur, jom nikmati video clip dari Aizdean . Best jugak suara mamat nie...Muka die sekali pandang macam muka mamat yang aku minat berlakon dalam cerita Hana Zakari tu..Lupa apa nama mamat tu..Maybe sebab style rambut dia sama kot..Jeles seh dia pandai berbahasa Japan..Aku pandai cakap "Arigato", "Ittaidaikimasu", "ohaiyo", "anata"..hahhaha..mana ntah aku campak buku bahasa jepun yang Encik Se7en bagi hari tu...Aku tahu pasal dia ni dari Beautiful Nara. Aku mahu jadi peminat dia lah..hehehhe..jangan marah haaa....


pic: credit to google

KFC Putrajaya Sailing Week


Tarikh/Date: 9th July 2010 -  11th July 2010
Tempat/Venue : Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya


Saksikan kehebatan pelayar bertaraf antarabangsa dan nikmati keindahan panorama Putrajaya dengan bot di Acara Putrajaya Sailing Week 2010. Jom pergi beramai-ramai!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Mr Megat Fairuz
Vice Commodore
Putrajaya Sailing Week 2010
Mobile: (60) 017.628. 1007
Kelab Tasik Tel: (60)3.8889.5008
Fax: (60)3.8889.5007
 

Acara sampingan : Bola Tekan @ Push Ball...