Saturday, January 29, 2011

Tuan Cuti, Blog Pun Cuti !

29 Januari 2011

Salam semua.. hari ni aku dah start bercuti selama seminggu..erh, lebih seminggu lah...10 hari..lama gila kan? Aku sure ramai pekerja yang cuti macam aku jugak, especially pekerja goverment..sebabnya dapat cuti direct for the whole week dengan hanya apply cuti 2 hari..tu untuk yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan.. Sebabnya 1hb Februari 2011 adalah Hari Wilayah.Then sambung pulak dengan cuti Tahun Baru Cina pada 3 dan 4 Februari.. Syoknye..aku dah merancang cuti ni dari last year lagi..Aku bab-bab cuti ni memang advance betul!hehehehe...

Actually aku bukan cuti pergi mana pun, just balik kampung halaman tercinta je..Rindu dekat si kecik berdua!Itupun lambat tempah tiket jet, terpaksalah bayar lebih dari biasa..uhuhuhu..tak pelah, pengorbanan..Adik aku yang berdua tu dah balik dengan bus 2 hari lepas. Sejak menjak dah naik jet nie, langsung dah tak nak naik bus..over betul minah nie..Lor..aku bukan nak berlagak lah, aku tak naik bus bersebab..sebab aku ni mabuk bus..even aku telan pil tahan muntah pun, aku tetap muntah jugak...Padahal, aku start travel by bus untuk perjalanan yang jauh dah dekat 10 tahun..tapi tetap sama gak..kalau dulu, travel ngan kereta pun aku sangat-sangatlah lemah semangat! Maunya nak kena berhenti 5, 6 kali kalau bawak aku g jenjalan jauh-jauh... Aku tak suka aircond. Kalau aku tertidur dalam kereta, then ayah aku pasang aircond, automatic aku akan terjaga dan cakap:
" kenapa pasang aircond?"
hahhaha..terpaksa lah orang lain mengalah ngan aku...

Mood tengah gembira nak balik kampung..tapi yang tak gembiranya dengarnya Encik Se7en dapat balik dari kursus nextweek.tapi aku still kat kampung..sedih tak dapat jumpa..dia balik pun 2 hari je kot..sob..sob...terpaksalah tunggu bulan 3 nanti baru dapat jumpa..huwaaaaaaaaa..............

Duk meroyan kat sini kang ada gak orang yang terlepas jet nie..oklah, flight aku pukul 4, nak g siap-siap and pergi ke LCCT. Kali ni pergi sendiri naik ERL, tak ada orang hantar..harap-harap tak sesat..huhuhu...Bye korang!!! Tolong tengok-tengokkan blog aku tau!Selamat Bercuti & Happy Chinese New Year to all Chinese readers..erh, ada ke? hehehhee

Friday, January 28, 2011

Ku Kan Terus Mencinta SEDETIK LEBIH

Khas buat KAMU!!!
Miss you damn much, OPPA!!
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Piano Version

Fighting Toilet Sexes a.k.a PENGSKODENG

 Siapa pernah kena intai dalam toilet???
Or siapa yang suka mengintai???
Ni ada cara-cara untuk korang ajar si pengintai tu..
Baru serik dia nak mengintai lagi.





Source : email forwarding

Thursday, January 27, 2011

Sila Isikan Link Anda Di Sini

27 Januari 2011

Mungkin ada pengunjung blog ini yang masih belum perasan kewujudan Mister Linky's Magical Widget pada blog nie. Sebabnya dah lama aku letak widget ni, tapi still sikit yang letakkan link..Tak tau lah kalau korang tak sudi nak letak link korang kat blog buruk aku nie kan? huhuhuh..Aku sengaja letakkan widget itu di page lain, tak macam blogger-blogger lain yang letak terang-terang kat Home, sebabnya aku tak mahu page ni berat. So, it's ok with you all kan?


So, alang-alangkan aku dah buat pengumuman nie, apa kata siapa-siapa yang belum letak link tu, letakkan link korang sekarang..sekarang tau! hehehhe..main paksa-paksa pula.ekekeke..Untuk pergi ke page tu, korang tekan menu bar Share Your Link.


Lepas tu dah boleh letak link korang kat situ, ok...

Wednesday, January 26, 2011

Place To Go 2011 Version

Ingat tak entri nie ?
Ni last year punya version..dan Alhamdullillah, dah dapat menjejakkan kaki ke beberapa tempat yang aku nak sangat pergi sampai termimpi-mimpi tu..over pulak, mana ada mimpi...Meh kita review balik tempat-tempat yang aku berangan nak pergi last year tu...Start with tempat yang aku dah berjaya menjejakkan kaki.

1. Genting Highlands...
-Last year, aku dah dapat pergi Genting..Itu pun sebab menang contest sempena hari bapa anjuran Berita Harian. dapat 2 keping tiket menonton Dazzle Show..Fun gila show tu...Tapi aku tak main pun games kat sana..siyes gayat okeh! tak sanggup!!! Main yang kat Times Square pun aku sampai nangis2...

Gambar kenangan di Genting Highlands

2. Look Out Point Ampang
-Aku pergi tempat ni masa tengah merajuk..erh, bukan merajuk..marah + hangin satu badan..yang peliknya orang yang aku hanginkan tu yang bawa aku ke tempat nie..Pandailah erk, time aku hangin je mesti bawa aku pergi tempat-tempat yang aku nak pergi.. kalau tak time hangin, tak ingat pun kan????kena hangin selalu lah macam nie.

 
 Kenangan di Look Out Point Ampang

View kat atas ni, serius memang catik gila okeh..wajib korang pergi...dapat tengok satu KL..& ramai gila orang sampai nak park pun susah.

Dan tempat yang belum kesampaian nak pergi forward ke tahun ni lah..satu je yang tak kesampaian nak pergi last year.  Bukit Tinggi (Tropicale Colmar & Japanese Village).. teringin sangat nak berangan jadi awek Jepun.. Nanti kahwin nak pakai kimono lah..hehehhe..berangan!!! berangan!!!

Nak tambah lagi..disebabkan sekarang baru bulan Januari, so aku nak tambah lagi a few places yang aku berangan nak pergi....Calon-calonnya ialah :--

Jeng..jeng..jeng....

1. Bukit Tinggi (Tropicale Colmar & Japanese Village) - harus masuk list jugak.
2. Nak makan di Full House, Damansara. Nampak cam syok je tempat makan tu.... Harga pun mesti syok jugak kan?
3. Pulau Langkawi.. Nak beli coklat banyak-banyak..makan sampai rongak! siapa nak kirim minyak gamat boleh..hehehhe....
4. Cameron Highlands - dah pergi last year...tapi nak pergi lagi sebab tak puas makan strawberry.
5. Bukit Broga - walhal bukan jauh mana pun.tapi malas nak bangun pagi punya pasal, tak pergi-pergi sampai sekarang.
6. Gua Tempurung - nak jadik orang gua.hehehehe

Buat masa ni, ini je yang aku terfikir nak pergi..padahal tak ada lah jauh mana pun tempat yang aku berangan nak pergi tu, tapi, masa yang tak ada..duit pun tak ada gak sebenarnya..lalalala...


Tuesday, January 25, 2011

Terasa Macam Makan Gaji Buta

25 Januari 2011

Morning semua..hari ni hari GAJI..juga hari untuk melunaskan segala bil-bil dan hutang-hutang tertunggak.Ouhh...pengsan!Bayar bil api, air, internet, handphone..nasib baik tak ada anak lagi...cuma anak tekak aje yang ada untuk diisi dengan makanan..
Pagi-pagi ni aku tengah tak ada kerja..siyes wei..memang tak ada kerja langsung..sebab semalam aku dah siapkan semua kerja-kerja aku yang semalam...dan hari nie belum ada kerja yang masuk.serba salah aku dibuatnya bila tak ada kerja nie..sebab aku tak tahu nak buat apa..sampaikan buku yang memang ada garisan tu aku pun aku pergi garis dengan warna pink..hentahapehape punya perangai ntah....
Karang kalau aku duduk je kat meja tak ada buat apa, rasa macam orang bodoh la pula...haiishh...dalam dilema  betul lah..aku lebih suka banyak kerja daripada tak ada kerja langsung macam hari nie... Nak pergi bank keluarkan duit gaji, macam melampau lah pula kan pagi-pagi time kerja gini nak keluar..kekadang aku tak faham dengan segelintir pekerja yang senang hati pergi shopping waktu kerja..erk, tak rasa bersalah or cuak ke? Kalau aku, masuk lewat sikit pun muka dah kebiru-biruan..hahahha...cuak tau..walaupun tak ada orang nak marah..tapi rasa macam pesalah pula..Yela, orang lain sibuk kerja, ko pula duk bershopping bagai...aku rasa macam orang sekeliling duk perhatikan aku..walaupun mungkin hanya perasaan aku aje..tapi, lebih baik berhati-hati kan...

Monday, January 24, 2011

Iklan Nuffnang Beratkan Blog?

24 Januari 2011

Disebabkan blog aku tiba-tiba je dilanda keberatan sejak last week, aku dah cuba cari beberapa solution yang sesuai untuk mengubah keadaan ni. Sebab aku pun tension sangat bila tengok blog aku lambat gila nak loading.

Dan atas nasihat ASH, aku dah buang semua icon yang gerak-gerak cumel2 tu..walaupun sayang nak buang, tapi dapat diatasi dengan rasa sakit hati bila lambat loading.Aku cuba minimize kan semua application yang ada seminimum yang boleh.Tapi kan, aku tengok sama je blog aku ni lambat loading....

Then bila aku perhatikan waktu dia loading tu, dia akan stuck bila nak load benda alah nie connecting to synad2.nuffnang.com.my . Yang tu untuk iklan nuffnang kan? So, aku try load ke blog ASH plak, ternyata benda yang sama terjadi. so, kesimpulannya, iklan nuffnang tu ke yang buat blog aku berat? Takkan lah aku nak buang pulak iklan tu kan? Duit kawen tu..hahahahaha....

Untuk pengetahuan korang, baru last week je blog aku jadi macam nie, before this tak ada pun..Kejap je nak load...tak sampai pun 5 saat.. haiyaaa... aku tak tahu la nak buat apa lagi..buat masa ni, terpaksa lah bersabar dengan apa yang ada nie..redha je la.. korang jangan lah malas nak masuk blog aku sebab dia lambat load nie ye... Lambat sikit je..hehehhe..sabar erk!

Oh ye, thanks to ASH for those solution yang mana aku dah buat tu! Kalau korang rasa dah ada perubahan masa nak load blog aku ni, bagitahu aku erk.. mana lah tahu entah-entah internet aku nie yang agak kesengalan ke.

Okeh, teruskan menonton membaca blogcikpuan yang suka berangan nie!!!Daaaa.....

Sunday, January 23, 2011

Leftenan Adnan Mengingatkan Aku Kepada First Date!

23 Januari 2011

Tengahari tadi kat TV3 ada cerita Leftenan Adnan. Lakonan Hairie Othman dan Umie Aida.Lalu aku pun senyum sorang-sorang. Ambil handphone, type sms:
Abang, ade cerita Leftenan Adnan kat TV3.teringat plak our first date!
Ye! Aku punya first date 11 tahun yang lalu. Masa tu masih bersekolah.Aku form 2, dan Encik Se7en pula form 3.Kecik-kecik dah dating. Gatal gila kan aku? hahahaha...

Dan itulah first time aku keluar berdating dan first time tengok wayang kot? Or maybe kali kedua, sebab pernah tengok wayang ngan member aku dulu, tapi tak ingat which one come first.

Yang lawaknya, Encik Se7en sampai sekarang cakap aku menangis tengok cerita tu..Erh apesal aku nak nangis erh? Sedih ke cerita tu? Ahaks..dah tentulah aku menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang tak bernas tu.Tapi dia tetap nak ejek-ejek aku sampai sekarang dah hampir 11 tahun benda tu berlalu. Ngokngek kan?

Rupa-rupanya dah 11 tahun ye kami saling mengenali antara satu sama lain.. tak sangka..masa berlalu dengan begitu pantas..Dan ..erh, Encik se7en macam terkena aura cerita tu jek, sebab masuk proffesion yang sama dengan Leftenan Adnan..hehehehe....

Isteri Dera Suami

23 Januari 2011

Siapa baca paper Metro hari nie?
Sedih betul aku baca cerita tu. 
Tak pernah terfikir dek otak aku yang waras nie, seorang perempuan sanggup buat macam tu? 
Ingatkan lelaki je yang mampu bertindak kejam
zaman sekarang ni, perempuan pun semakin berani.
Entah apalah yang dah merasuk pemikiran perempuan tu..
terlalu cemburu ke?
atau sakit jiwa kot agaknya..
Kalau korang belum baca, wajiblah baca..
untuk iktibar semua..
klik link ni untuk baca

aku nak paste pun panjang sangat cerita dia...

Oh ye, 2, 3 hari nie asku tgk blog aku ni lambat gila nak load..korang perasan tak? korang rasa apa yang membuatkan blog aku jadi lembap? boleh tak tolong bagitahu kat aku?

Thursday, January 20, 2011

Jangan Pernah Berubah

20 Januari 2011

Layan la pulak lagu nie..
Bukan senang nak tengok aku layan lagu indon nie..
even lagu-lagu dieorang memang best...



Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Reff:[*]
Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

[**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Back to Reff:[*] , [**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

Wednesday, January 19, 2011

Tajuk Malam Ni Kebakaran Di Blok Saya

19 Januari 2011
2239

Tibe-tibe saya rasa macam sangatlah sopan sebab guna perkataan saya.
Wei..korang tau tak??? tadi ada kebakaran kat blok aku..
aku tak tahu lah tingkat berapa..
tapi bau asap tu menusuk-nusuk ke hidung aku dalam sejam yang lalu..
aku dah cuak dah, kejap-kejap bukak pintu rumah..
pastu ada 2 orang manusia lalu aku pun tanya lah
dia kata dia tengah cari rumah mana yang terbakar
pastu dia lah kot yang call bomba...
nenong nenong nenong nenong..
maka datang lah dua bijik kereta bomba...

Macam ni ye rupa kereta bomba tu...Gambar curik dari Encik Google

Lepas setengah jam bomba pun beredar..
kesimpulannya..aku pun tak tahu rumah mana yang terbakar tu..
lalalala...malas aku nak turun meramaikan umat manusia kat bawah tu...

nan dangsin-i geuliwoyo, Oppa! ♥

19 Januari 2011

Bangun pagi check mata sembab ke tak!
Semalam hujan...
Sedih bukan sebab Encik Se7en tak call
tapi sedih sebab cakap ngan dia..
sedih dengar cerita & keadaan dia kat sana
Oppa, be strong! 
You can do it Oppa...
Dari suara dia aku dapat rasa yang dia sangat stress kat sana
Mungkin awal lagi untuk dia serasi ngan tempat & keadaan macam tu..
baru hari kedua lagipun.
Oh..adakah aku yang over sedih...????
I will be ok soon, Oppa! Don't worry!
Just take care of yourself..and don't worry about what the hell going on here.. i will handle it.
I'll be as  strong as you.
nan dangsin-i geuliwoyo, Oppa! ♥
Special Song for You...

Tuesday, January 18, 2011

Misi Diteruskan

18 Januari 2011

Mereka mesti pelik tengok aku beberapa hari nie...
Ye..memang agak buang tabiat la bila aku bangun awal untuk pergi kerja
pastu siap buat breakfast lagi..
ni nak praktis untuk alam berumah tangga la...
nanti dah kawen kena bangun awal2 sebab nak siapkan breakfast untuk suami..
muahahahha...ngade...
tipu jek sebenarnya..
aku bangun awal sebab memang aku nak buat breakfast pun
nak teruskan misi berjimat cermat...
simpan duit nak balik kampung..
sebab macam-macam aku nak beli masa balik kampung nanti...
hasihh...lambat betul 29hb .....
Tapi kalau hari-hari aku pergi kerja awal, means hari-hari lah aku jadi pak guard depan pintu ofis..
ciskek betul

Contengan Tambahan : Masih berpeluang mendengar suaranya hari nie...

Monday, January 17, 2011

Bye Bye Oppa

17 Januari 2011

Beberapa minit yang lalu..
Encik Tunang dah berlepas ke satu tempat 
untuk berkhidmat untuk negara..
Dan kami berpisah, tak berjumpa sekama 3 bulan..
dan mungkin lost contact..huuhuhuhu...
sob..sob..sob..
sedihnya...sedih dari semalam sebenarnya...
Entah kenapa kali ni berat betul hati nie nak melepaskan dia pergi...
sedih sangat-sangat...
sob..sob..sob...
mungkin sebab dah lama tak berjauhan kot..
tu lah..bila dia ada asyik nak bertekak & membuli je kan???
bila tak de ngade2 lak nak sedih2..over acting betul....
Sebenarnya sedih sebab dah tak ade driver lagi.....hahahha..(cis kejam betul....)
nanti siapa nak tolong bawakkan barang2 kalau g shopping?
hukhukhuk....
Lamanya nak tunggu dia balik bulan 3..
yang penting bulan 3 tu besday aku, dia dah balik..
kalau tak nanti, tak dapat nak mintak hadiah..huwaa....
bye-bye my dear, OPPA!

 
I will miss you damn much....
Take care of yourself....
Selamat Berjuang!!!
Chaiyok-Chaiyok!
Please Come Back Safely!!!

Friday, January 14, 2011

RM19 000 Untuk DiTabur-Tabur

14 Januari 2011

Korang nak duit?
Abah aku nak bagi
Rm19000 tu..
korang nak tak?
Tahniah sim kad Anda tlh meraih Hadiah percuma "RM19 000" dr SHELL HELIX. No. Reg 552299. Sila dail di Talian 0178949116. www. shell.com
Wak lu?????
kepada pemilik no handphone kat atas nie, abah aku kata, aku tak nak lah duit ko, duit aku lagi banyak..
Silap-silap abah aku boleh bagi je duit tu kat ko kalau ko datang mintak sedekah ngan abah aku...
Tak habis-habis nak menipu aje keje korang erk?
Cuba lah buat kerja yang berfaedah sikit.....

Nasib baiklah abah aku jenis yang akan tanya anak-anak dia kalau ada apa-apa...kalau tak, naya je kena tipu kat parasit nie..

Thursday, January 13, 2011

Top 5 ABPBH 2010

13 Januari 2011
AMARAN: Entry Kali ni gile kentang punya panjang.

Hari nie kat Berita Harian dua page full senaraiTop 5 ABPH 2010, siap ngan gmbar pasport masing-masing..hehehe...
Agak-agak korang la, siapa yang menang? Korang suka siapa??
Nak tahu siapa yang aku suka?
Tak nak?
Ok tak pe..aku tetap nak bagitahu..lalalla

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Anuar Zain
3. Black
4. Faizal Tahir
5. Shahir

 Pilihan aku  tentulah ...jeng..jeng..jeng...
Abang Superman!!!!

Penyanyi Wanita Popular
1. Adira
2. Ana Rafali
3. Alyah
4. Stacy
5. Yuna
Aku tak nak pilih siapa-siapa, sebab semua aku tak minat...tapi aku rasa lah mungkin Ana Rafali atau Yuna kot yang menang.

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Ady Putra
3. Fizz Fairuz
4. Remy Ishak
5. Shaheizy Sam

Dalam 5 orang ni, aku minat Aaron Aziz, tapi rasa macam tak banyak sangat drama dia berlakon kan, muka Fizz Fairuz yang banyak kuar drama..so....

Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Lisa Surihani
3. Noorkhiriah
4. Scha Al-Yahya
5. Tiz Zaqyah

Aku pilih ....Tiz Zaqyah

Artis Baru Lelaki Popular
1. Daus
2. Maulana
3. Shahir
4. Sharnaaz
5. Shah Jaszle

Dalam 5 ni aku cuma kenal Shahir and Shah Jaszle..tapi dua-dua aku tak minat..tapi aku rasa nak pilih Shah Jaszle sebab banyak tengok muka dia kat drama TV.

Artis Baru Wanita Popular
1. Adira
2. Ana Rafali
3. Mizz  Nina
4. Nurul Elfira Loy
5. Nur Syuhaida @ Dottie.

Erh, Nur Syuhaida @ Dottie ni siapa erk? Kecik tak hati dia kalau aku tak kenal die?? Opsss...

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Along
2. Angah
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan

Erm.... Nabil kot.

Artis Komedi Wanita Popular
1. Didie Alias
2. Kenchana Dewi
3. Norkhiriah
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahira

Dan aku pilih...akak yang tiap2 tahun mengandung time naik stage..hehehe..Norkhiriah

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Bront Palarae
3. Remy Ishak
4. Shaheizy Sam
5. Syamsul Yusof

Of course la aku pilih super hot chick Shaheizy Sam..yang selalu buat aku nak gelak even die berlakon watak serius..wakakaka...

Pelakon Wanita Filem Popular
1. Diana Danielle
2. Lisa Surihani
3. Liyana Jasmay
4. Maya Karin
5. Scha Al-Yahya

Walaupun dia madu aku, aku tetap pilih dia....
Satu-satunya artis Malaysia yang diminati oleh Encik Se7en selepas beliau frust dengan Cheryl Samad iaitu....Lisa Surihani...

Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Jimmy Shanley
5. Zizan

korang rasa siapa??? mesti Aznil kan?

Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Nurul Syuhada
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahira

dan aku pilih Fara Fauzana


Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Aznil Nawawi
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Kieran
5. Salih Yaakob

dan pilihan aku adalah FBI..

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Fara Fauzana
3. Linda Onn
4. Raja Azura
5. Sharifah Aleya

Pilihan aku adalah Fara Fauzana..tak payah letak gambar la...tu kat atas dah ada..hehehe

Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. Inteam
3. Mirwana
4. Raihan
5. Rabbani

Yang kategori ni aku rasa dah bertahun-tahun dari dulu memang Rabbani je yang menang kan?

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Ana Rafali/Sohaimi Mior Hassan/ Altimet
2. Azlan The Typewruter
3. Bunkface
4. 6ixth Sense
5. Meet Uncle Hussain

Tak tahu lah siapa erk..tak nak pilih la..korang pilih sendiri..hahahha...

Wednesday, January 12, 2011

Rawatan Yang Mengundang Bencana -FISH SPA

12 Januari 2011
2127

Siapa kat sini suka bagi ikan makan kaki???
Maksud aku ialah buat Fish Spa..
sila angkat kaki sekarang!!!
hahahha..aku lah tu..
nak ambik ni kaki aku...


Sorry..salah kaki..ni bukan kaki aku...
Sila baca nie..
Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.
Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”
Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”
Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.
Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.
Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat
Huwaa..tak mau buat lagi....Takutt....
aku memang suka gila buat rawatan fish spa nie..
tapi betul juga ye..mana lah tahu kalau ada orang yang sakit Aids ke HIV ke yang pernah buat jugak..pastu masuk pulak kaki kita...
tak pasal-pasal jadi mangsa...

Contengan Tambahan : Credit to tuan punya blog  BILA AKU MULA MEMEKAK sebab forward email ni. (die paksa aku bagi credit..huwaaa...)

Otak Dan Perut Bergaduh

12 Januari 2011

Perut kata "lapa-lapa-lapa..nak nasik.."
otak kata "jgn makan, nanti gemuk, kate nak turunkan berat badan" ..
lalu perut dan otak pun bergaduh..siapekah yang akan menang??????
selalunya dah semestinya perut yang akan menang.
Perut ni jahat..hari-hari asyik lapar aje..
asyik nak makan aje..
pagi petang siang malam..
makan..makan..makan...
puas dah otak cuba menasihati perut supaya jangan makan banyak-banyak..
tapi perut tetap degil..menggoda-goda tuan punya badan untuk makan..
akibatnya berat tuan punya badan dah naik 5 kilo...uisshhh...
jahat betul perut..
Tapi hari ni perut mengalah..demi otak...
Lunch hari nie cuma roti jek..ye..roti..tapi 4 keping siap ngan jem & planta ..
cis..apa punya perut daaaa....
langsung tak kesian kat tuan punya badan yang dah semakin membesar tu...

Tuesday, January 11, 2011

Tolong Ingatkan Aku!

11 Januari 2011
1436

Apekes tajuk cam Ana Rafali punya lagu..nak tumpang populariti ke ape???
Aku sangat-sangatlah careless hari nie ...
sebab telah menghilangkan sesuatu yang sangat berharga...
walaupun kecik, nipis dan tak mahal macam korang punya..
tapi nilainya sangat tinggi buat aku...
ye...cincin tunang aku..


memang menjadi kebiasaan aku tanggalkan cincin tu kalau nak ambil wuduk...
tapi tadi ntah kenapa aku nak cepat aje..pin2 tudung semua aku ambil, 
tapi langsung tak terperasankan cincin tu
aku dah tertinggal cincin tu dekat surau..
serius memang aku tak ingat langsung pasal cincin tu..
sehinggalah orang yang jumpa tu call aku punya extension....
nasib baik dijumpai oleh seseorang yang kenal aku..
yang tahu cincin tu aku punya disebabkan jari aku yang super special kecik nie....
Syukur Alhamdullillah..
kalau tak, mahu meroyan aku..dan pasti tercetus perang dunia hari nie...
Thanks a lot to someone yang tolong simpankan cincin ini....
Belum cerita dengan Encik Se7en..kompem sentap kalau dia dengar nanti...

Monday, January 10, 2011

Bilik Ais a.k.a ICE ROOM

10 Januari 2011

Akhirnya tercapai gak hasrat aku nak makankat ICE ROOM (haruslah warna hijau sempena warna tempat nie) nie... Memula hari tu aku dapat info pasal ICE ROOM nie kat blog tak ingat siapa..pastu hari tu pergi Bangi ngan member, terserempak ngan ICE ROOM... terus pasang angan-angan nak makan kat sini..ceysss..pasang angan-angan cam besau nau je kan impian tu...

 Hijau..Mesra alam...

 Ruang makan yang kat dalam nie ber "aircond" dan sejukkkk...

 
ni ruang makan outdoor...baru lah syok..angin dan udara semula jadi...
 Menu pun hijau juga..

 macam-amacam ada... include nasi lemak & mee

 Lepas buat pilihan apa yang nak order, isi dalam borang ni ikut kod pada menu tu..pastu bagi je kat dia punya pekerja..

 Dah pernah masuk Jalan-Jalan Cari Pasal Makan 

 Pilihan Encik Se7en - Srawberry Snow Ice (RM7.90)

 Ni pilihan aku - Blueberry Snow Ice (RM7.90)

 French Fries (RM4.50)

Restoren ni nampak sangat exclusive pada pandangan mata aku..tak tahu lah apa pendapat korang..tapi harga makanan semuanya berpatutan.. sesuai lah kalau korang nak buat reunion ke apa kat sini....Lokasinya berdekatan dengan PKNS Bangi, sebaris dengan PappaRich.

Akhirnya tercapai lah jugak hasrat..Next destination yang aku nak pergi ialah FULL HOUSE.. tapi kena tunggu Encik Se7en balik kursus dulu lah jawabnya....

Friday, January 7, 2011

Calon Isteri Untuk Iqram Dinzly

07 Januari 2011


Sumber dipetik dari MStar Online danBlog Puteri Merah Jambu....
Siapa kata zaman sekarang nie suami/isteri pilihan ibubapa dah tak relevan..
Salute kat Iqram Dinzly sebab suruh ibu dia carikan dia isteri..
erh, tapi dia bukan ke bercinta dengan Fouziah Gous?
Dah putus erk? Sorrylah, aku nie pasal artis memang tak berapa nak up to date..lainlah kalau gossip dekat ofis nie..hehehhe...
Berikut adalah kata-kata Iqram Dinzly..
Saya akan masuk umur yang ke 30 pada tahun ini dan sememangnya saya mahu kahwin. Jadi, saya dah beritahu ibu yang saya akan cari calon isteri pada tahun ini juga.

“Kalau ditakdirkan tak ada mana-mana wanita yang sesuai menjadi isteri saya, saya serahkan kepada ibu untuk membuat pilihan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Iqram berkata, dia percaya kepada doa dan juga restu ibu walaupun ada kemungkinan calon pilihan itu bukan ciri-ciri wanita yang diidamkannya.

Ha..kepada siapa-siapa yang berangan-berangan nak jadi isteri Iqram yang cute nie, sila lah pergi merisik khabar..
eee...tak malu erk???hahahhahha...

photo diculik dari Encik Google


Thursday, January 6, 2011

Gred URL Blog Anda: Dapat F juga!

06 Januari 2011
2000

Terserempak ngan benda nie kat blog arief. Saje je nak cuba-cuba..
dan keputusannya.....adakah lebih baik dari arief punye URL blog?
 Erk.. F jugak?
Try Encik Se7en punya URL pula..

Haaa.. F juga?
Agaknya semua orang yang url blog dia cot blogspot semuanya dapat GRED F kot.. kalau kat universiti ke kolej, ni dah kira FAILED nie....
Kalau korang nak check gred url blog korang, klik url nie



Shaheizy Sam : Cerita Serius Tapi Kau Tetap Kelakar

06 Januari 2011
1324

Semalam before cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah" start, ada trailer KONGSI.. Filem aksi akan bakal ditayangkan tahun nie...tapi tak sure bulan berapa....Harap-harap cerita ni tayang after Encik Se7en dah balik..Boleh pergi tengok sama-sama.. Kiteorang memang minat tengok cerita action macam ni..

Cuba korang tengok trailer nie...




Macam best kan cerita nie???

Lepas aku tengok movie Adnan Sempit, semua cerita yang Shaheizy Sam berlakon aku rasa cam kelakar gila sebab tengok muka dia..Even dia berlakon dalam cerita & watak yang serius, tetap aku nak gelak..Entah lah napa....Dulu masa mula-mulakan dia pernah berlakon cerita "Pae" ..masa tu aku minat gila kat dia, tapi after cerita Pae kan dia macam senyap je, lama-lama aku pun lupa dah lah pasal dia...Cuma tahun lepas aku ada terbaca blog someone yang kata dia berlakon cerita Pae....Lost memory dah la..hahahhaa...
Arghh..motif nya kat sini aku cuma nak cakap yang Shaheizy Zam seorang yang kelakar....melalut plak.

Kalau Boleh Semua Nak Buat Sendiri

06 Januari 2011
Genap 2 bulan aku bergelar tunangan Encik Se7en..


Semalam berdating tengok cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah".
Rasanya lama gila dah tak tengok wayang....And semalam saja aku ajak dia pergi tengok wayang untuk kali terakhir sebelum kami berpisah untuk sementara..
sob..sob..mood sedih... :(

Pagi-pagi tadi membelek blog kawan sekolah aku, Sue :: ASAM GARAM GULA:: , seronok betul tengok dia buat persiapan perkahwinan..kalau ikutkan InsyaAllah kami akan berkahwin pada bulan yang sama dengan Sue, tapi aku tak buat apa pun persiapan lagi..macam biasalah.. kami kan MR & MRS. LAST MINUTES.. hahahha...
Kalau boleh semua aku nak buat sendiri.. tapi malangnya, tangan dan otak aku tak kreatif macam dia...
hukhukhukhuk....
tapi aku nak cuba jugak lah buat sendiri apa-apa yang patut....
berpandukan  website nie http://diy.weddingbee.com
Semoga segalanya berjalan lancar....
korang agak-agak akan berjaya tak?

Monday, January 3, 2011

Food Court Presint 11, Putrajaya

03 Januari 2011
2016

Perhatian ye untuk semua penduduk-penduduk Putrajaya...
Luar Putrajaya pun kalau nak datang boleh jugak..
Mulai 3 Januari 2011( hari nie la tu..).
satu lagi pusat makan-makan @ food Court telah dibuka di Pusat Kejiranan Presint 11
Dekat Putra Damai tu...
Tengokkan senarai kedai yang ada kat bawah nie, macam best jugak erk..
Nanti haruslah aku pergi try makan kat sana..
dah boring lah makan makanan kat food court Presint 9 & Presint 8
jom..jom..jom..jom heboh-heboh makan-makan...lalalala