Monday, January 28, 2013

Vitamin C 1000mg


RM75
100 BIJI/BOTOL
FREE POSTAGE TO SEMENANJUNG MALAYSIA
POSTAGE TO SABAH/SARAWAK +RM5

ANTARA VITAMIN C 1000MG TERBAIK YG DIKERLUARKAN OLEH PAHANG PHARMA DAN BERDAFTAR DGN KKM MAL06051404X. GUNALAH TANPA RAGU-RAGU2. UNTUK KULIT CANTIK.
KEBAIKAN VITAMIN C: 
-Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut -Anti penuaan dan anti kedut-Mengatasi masalah resdung dan alahan
-Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
-Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
-Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress
-Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
-Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
-Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
-Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia
-Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah
-Merawat jangkitan saluran kencing
-Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain

Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

 SANGAT SESUAI UNTUK:
* wanita dan lelaki,umur 12 tahun keatas
*ibu mengandung
*ibu yang menyusukan bayi (menambahkan air susu)
*boleh diambil ketika haid
*mereka yang mengambil supplement kolagen dan glutathione (mengoptimumkan fungsi dan serapan bahan tersebut oleh badan)
*mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit
*perokok (mengurangkan penyerapan nikotin) *mangsa kemalangan yang cedera/pembedahan, melecur 

CARA PENGAMBILAN: 
-Telan 1 biji tablet vitamin C setengah jam selepas sarapan atau sebelum tidur.
-Amalkan minum banyak air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin serta membolehkan penyerapan vitamin secara optimum oleh badan.

Lulus KKM 100% halal

Untuk tempahan sila emailkan nama, alamat, no hp dan kuantiti ke ienafazlyna@gmail.com

VCOA (Virgin Coconut Oil) by Treenea


Khasiat dan Kebaikan VCOA Treenea
-membantu kelancaran sistem pencernaan
-mengurangkan kadar kolestrol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
-meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
-membantu mengurangkan berat badan
-membantu merawat masalah kulit
-menyokong fungsi tiroid
-membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
-menghaluskan dan menyeragamkan struktur kulit.


Harga 
Semenanjung Malaysia: RM 40.00  Postage RM6.00
Sabah/Sarawak : RM43.00 Postage RM9.00
COD sekitar Putrajaya

Kandungan
Pure Virgin Coconut Oil
60 biji/botol

Untuk tempahan, sila emailkan nama, alamat, no hp dan kuantiti ke ienafazlyna@gmail.com. Saya akan menghubungi anda segera... 

Sunday, January 27, 2013

Lagi Seminggu...

Best betul duk rumah je setiap bulan duit gaji masuk..Rasa cam heaven giler..Tapi..sedihnya lagi seminggu dah nak masuk kerja balik.Dan lagi seminggu dah kena hantar Fateh ke taska..Sedih dan risau semua ada..sedih bukan sebab kena kerja, tapi sebab kena hantar Fateh pergi taska..dan risau memikirkan boleh ke taska tu jaga Fateh macam aku jaga???Siyes rasa macam tak ada mood bila fikirkan benda nie..

Sepatutnya aku dah start masuk kerja hari Selasa ni memandangkan esok cuti Thaipusam..tapi nanti hari Isnin 4/2 nak minta cuti lagi sebab nak pergi holiday..so, alang2 tu aku sambung je la sampai 4/2..5/2 baru start masuk kerja..Lagipun sebenarnya berat hati nak tinggalkan Fateh eventhough taska tu kat aras 1 opis aku tu je...


Fateh pulak lagi dekat ngan hari aku nak kerja, makin manja..pantang aku hilang dari pandangan dia, mula lah die hokhekhokhek..kalau papa dia hilang tak pe pulak...so, lagi berat lah hati aku nak meninggalkan dia..Kalau boleh memang nak sambung cuti lagi sampai setahun..huiii..over betul kan..Tapi tak syok lah plak sebab cuti tak bergaji..hehehe...

Baru-baru nie family datang. dia dah start cebik-cebik dan nangis kalau orang lain dukung dia..Hope Fateh dapat menyesuaikan diri dengan orang lain.And harap tak de apa-apa yang tak diingini berlaku pada Fateh...Semoga Allah melindungi kami sekeluarga..

Monday, January 21, 2013

MyLittleCaliph: Fateh 1st Time Naik LRT

Last week Papa saje bawak Fateh jalan-jalan dekat KLCC..Dan sengaja nak bawak Fateh rasa naik LRT..Walaupun Fateh tak faham apa-apa lagi, tapi dia macam suka aje naik LRT tu..sebab naik kereta dia tidur, tapi dalam LRT tak tidur pun..Muka pun ceria semacam aje..


Tengah tunggu LRT ke KLCC


Memang mencabar bawak Fateh pergi jenjalan sebabnya dia asyik tidur je ... Dengan badan dia yang semangat tu, kiteorang pulak konon nak senang malaslah nak bawak stroller, bawak carrier je..sekali macam nak patah bahu Papa sebab terpaksa ikut gaya tidur dia...Next time kalau bawak dia ke mana-mana memang nak kena ada stroller lah...sebab dia syok je duk tidur dalam tu..

Wednesday, January 16, 2013

Quotes Of The Day #1



Tuesday, January 15, 2013

MyLittleCaliph : 1st Trip to Cameron Highland

Lepas habis je pantang, kaki yang memang tak sabar-sabar nak melangkah lebih jauh nie, memang sangatlah gatal rasa..walaupun dalam pantang pun aku ada keluar jugak, tapi tak de lah pergi jenjalan..sebab pergi klinik, pergi beli pampers semua tu je....

First trip Fateh ketika berusia 46 hari..Actually kiteorang pergi kenduri sedara kat Gua Musang, so alang-alang dah dekat plus adik-adik pun tak berjalan lagi time cuti sekolah, so pergi sekali Cameron...Fateh macam biasa lah, tidur aje sepanjang masa..Dan aksi yang paling best dia buat ialah, poopoo dalam kereta..Merasmikan kereta Tok Abah dengan poopoo & kencing dia..Bukan tak pakaikan pampers, ingat dia dah abes poopoo, sekali nak bersihkan, die teran lagi, sampai abes satu roll tisu, pastu pancut kena seat kereta..hahaha..TERBAIK!!!Nasib baik ada Mama untuk handle dia..kalau aku, dah kalut ar tu...hehehe..





Fateh: Besarnye strawberry nie..nak makan..yummyummm


Pengalaman di Hospital

Rata-rata kalau baca kat group atau kawan2 pun banyak complaint pasal hospital gov... Maksud aku bab-bab bersalin nie lah..Sampai aku pun rasa macam..aduii..takutnya...Belum apa-apa lagi dah trauma kan..

Tapi alhamdullillah, masa aku bersalin hari tu dekat Hospital Bentong, memang best sangat..tak de pengalaman yang mengerikan macam yang disebut-sebut... Walaupun aku datang main terjah je, yela dah nak terberanak kat situ, nak buat macam mana kan..Nasib baik buku pink sentiasa ada dalam handbag...

Start dari aku pergi check laluan, then masuk wad sampailah bersalin, semua nya ok..Nurse-nurse semua baik-baik...Time nak push tu berkali-kali aku cuba pun xde pun yang marah-marah..Cuma nurse yang sambut baby lahir, masa aku lambat sangat nak push adelah die macam cakap kuat sikit suruh aku push betul-betul, tapi lepas tu sambil tengah jahit luka die mintak maaf..Aku ok je, sebab tak rasa macam kena marah pun...Masa jahit pun aku duk hokhekhohek sakit, die boleh gelak2 lagi...Sampai pastu aku gigit baju tahan sakit, aku senyap, die ingat aku tertidur plak..kekeke..tapi siyes la jahit memang azab oo..walaupun luka sikit je, tapi rasa macam lama gila kan..Sampaikan nurse tanya mana sakit masa nak bersalin tadi ngan jahit nie, aku jawab jahit..Sebab sakit nak teran tu sekejap aje, lepas baby kuar tak sakit dah..Dan yang penting, nurse tak de yang praktikal,semua staff nurse...

Dan sepanjang dua malam aku dekat sana, nurse banyak tolong ajar cara bfeed baby semua...Ada sorang chinese sebelah aku ni, maybe lah dia tak reti ke manja ke ape, kejap-kejap panggil nurse...nak letak baby, nak amik baby, nak bangun, nak baring..dah tu die panggil nurse "kakak" plak tu..suara dia plak tak berapa kuat, aku plak jadi tukang panggil sekali untuk dia..Nurse pun layankan je lah dia tak de nak marah-marah ke ape..Wad tu aman gila..masa aku bersalin, hanya ada sorang patient je baru lepas bersalin, esoknya orang tu keluar, masuk yang chinese tu pulak..masa hari aku nak balik, cuma ada 3 orang termasuk aku..Heaven la tak de bising-bising..Pastu masa nak balik, nurse anta baby sampai ke kereta..agaknya memang prosedur kot, masa masa tu mama yang tengah dukung baby, tapi nurse tu minta nak bawa ke kereta.

Tapi..masa aku masuk wad kanak-kanak kat Hospital Tanah Merah, hurrrrr..2 malam aku rasa macam 2 minggu..macam-macam perasaan ada..nak menangis, nak mengamuk, nak bawak lari anak dari hospital..memang stress ar masa tu..crowded gila...and kalau kat hospital bentong, baby jaundice dia letakkan bawah lampu tapi sebelah katil ibu, senang nak bfeed..Tapi kat hospital tanah merah, jauh gila nak jalan..ada lah dalam 100 meter kot...dengan keadaan yang still tengah sakit lagi, memang terseksa lah rasa.

Monday, January 14, 2013

Nak Kurus Punya Pasal

After bersalin aku still ada simpan berat dalam 5 kg..Now dalam 4 kg..Lembab betul penurunan berat aku nie..Padahal aku dah cuba kurangkan makan..Makan nasi pun sekali sehari je...Dan aku terpaksa cover dengan minum banyak air masak sebab nak breastfeed baby..Tu pun sekarang ni susu dah merundum kalo nak dibandingkan masa duk umah kampung..Mungkin sebab dulu aku rileks je tak de buat ape pun kan...Sekarang dah balik rumah sendiri, memanglah tak reti diam..ada je nak buat..Lagipun sejak menjak balik sini aku banyak kali skip pump..Opss..ni bukan nak cerita pasal susu..Tapi pasal KURUS...

Dah macam-macam kot aku beli nak kurus punya pasal.. Beli slimming suit la, waist trimmer la, balm ramping la...Tapi yang hampehnya..alah membeli tak menang memakai..pastu duk bising tak kurus..hahahha..sangatlah sengal kan.. Bila tengok je ada benda-benda yang boleh menguruskan..terutamanya kat Groupon & Milkadeal yang selalu menggoda account bank aku tu, mesti nak beli..Konon semangat nak pakai..tapi pakai 2, 3 kali mula fedup..Kalau boleh aku nak something yang malam ni pakai esok kurus, ada tak?kekekkee...

Sebenarnya berat aku tak de lah berat sangat..54kg je..tapi rasa tak puas hatilah tengok badan sendiri..Baju size S memang dah out la...Size M boleh pakai tapi ade certains baju yang macam tak selesa, so pakai size L baru selesa..what the $^^&&$**....Nyampah plak..Walaupun hubby kate ok je, tapi tetap rasa nyampah...Laki aku suruh cuba slimming centre, tapi dah slimming centre punye consultation dah tentu nya nak kena bersenam la bagai, kawal makan la..ingat pergi slimming centre dengan rawatan dia semata-mata betul2 boleh kurus..sila jangan terpedaya dengan iklan2 kekurusan tersebut walaupun kekadang aku macam terpedaya jugak..hahahha

Kalau produk kurus yang jenis telan ke minum ke, memang aku tak nak amik dulu la sebab takut susu makin berkurang..Lagipun aku minum supplement untuk banyakkan susu lagi, vit C lagi, collagen lagi..rasa macam banyak nau benda nak dimakan...haish...no stress stress okeh....

Korang tolongla doakan aku kurus macam Ziana Zain..hahaha..tetiba..

Friday, January 11, 2013

Bersawang Sudah....

Salam...

Hello..aku hidup lagi lah..hakhakhak..lama gila x update belog..dari tahun lepas.. Al-maklumla..Busy yang amat menguruskan anak..cewahhh.....kononnya la...padahal duk rumah je tak de buat ape pun..Best gak jadi suri rumah ni..pagi2 siapkan breakfast untuk suami, pastu mandikan si kecik then basuh baju ke pinggan ke..pastu rileks je ngadap FB kat hp sambil melayan si kecik sampai tertido..Bila suami balik baru start masak makan malam..siang memang aku tak masakla..diet kononnya..Kalau lapar sangat pun aku masak maggie...

Dah banyak kali dah on PC nak update belog nie, tapi baru je nak start login blogger, ade je hokhekhokhek..see baru je type dash berbunyi..ok stop jap ar..

After 2 days..

Baru dapat sambung balik time si kecik tu ngan tidur....Lagi 18 hari dah nak masuk kerja..Rasa macam malas pulak..Tak nak keje boleh??Tapi nak gaji..hehehe...Haish..apecerita agaknya kerja-kerja aku tu erk?Disebabkan tinggalkan kerja secara tiba-tiba, hati memang tak senang..Bukan lah nak kata konon pekerja cemerlang sangat, tapi tanggungjawab kan, nak tak nak, mesti terfikir-fikir gak..

Lepas ni kalau update beloh mesti banyak pasal hero tu kan..Jangan korang meluat nak baca dah la..Sesungguhnya kehadiran hero ku itu telah menambahkan idea untuk tulis belog yang dah bersawang macam rumah tinggal nie...Nasib baik belum sempat jadi rumah berhantu..

Ok..Sehingga berjumpa lagi..Daaaa