Saturday, September 12, 2015

+Audit Diri+

Bila kita ditimpa musibah, siapa yang patut kita persalahkan? diri sendiri? orang lain? Takkan nak salahkan Allah pulak? Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup banyak buat baik, buat amal, sedangkan bagi Allah mungkin masih belum cukup... Pernah tak kita audit diri kita? Lihat jauh ke dalam diri kita, apa yang kita tak buat? Apa yang kita buat tapi tak buat dengan sempurna? Terutama perkara-perkara yang wajib.. Sempurna kah kita dalam menunaikan kewajipan kita terhadap Allah?Adakah kita dah buat sehabis baik untuk mendapat keredhaan Allah.. Kadang-kadang kita tak sedar, leka dan lalai.. cukup sekadar "janji aku buat"...

Diri aku sendiri ni pun kadang-kadang rasa macam malas sangat nak bangun solat subuh, apetah lagi syaitan membisik-bisik supaya jangan solat, tapi sekaligus teringat kalau tak solat subuh macam mana rezeki nak masuk..terus bangun..punyalah takut rezeki tak masuk...Setiap kali ditimpa kesusahan, ku cuba ingat dan cari apa kesalahan yang aku dah buat.. ada derhaka/sakitkan hati/kecilkan hati suami ke?bulan ni aku dah bersedekah ke?? Adakah aku tak redha dengan setiap sen yang aku keluarkan untuk membantu suami dan keluarga? Hati ni adakalanya memang banyak kali sangat mengungkit dan mempersoalkan benda ni..tapi cepat-cepat ku istigfar dan cakap "YA ALLAH, AKU REDHA DENGAN SETIAP SEN YANG AKU BELANJAKAN UNTUK KELUARGAKU" ..Aku manusia biasa, hati sentiasa berbolak balik, sentiasa mempersoalkan benda yang aku buat yang bukan tanggungjawab aku...Astagfirullahalazim..solat aku sempurna ke tak? Ini yang paling sebenarnya kelemahan aku..aku rasa aku jarang sangat dapat khusyuk dalam solat..aku pun tak pasti kenapa..fikiran aku selalu terganggu masa aku solat. Inilah antara punca-punca yang kadang kita tak sedar, kita rasa kita dah buat, dah ok.. tapi cara kita buat, kesempurnaannya..adakah pernah kita fikir? Kalau kita suka tangguhkan solat sebab main computer, main handphone, tengok tv, kita saja-saja tangguhkan kewajipan kita pada Allah.. patutkah kita marah/merungut/mengeluh bila Allah tangguhkan rezeki kita?

Adakalanya kita bersedekah dengan jumlah yang banyak.Alhamdulillah...Tapi pernahkah kita lihat dalam keluarga kita, adakah sempurna sedekah kita kepada keluarga kita, tanggungan kita?Setiap perbelanjaan yang dikeluarkan untuk isteri dan anak adalah satu sedekah..Wajib seorang suami menyempurnakan keperluan makan minum isteri dan anaknya. Kupetik dari blog http://mutaqdr.blogspot.com/2010/04/amalan-bersedekah-lebih-afdhal-utamakan.html
Saranan supaya dimulakan sedekah kepada mereka yang menjadi tanggunganmu menjelaskan keutamaan bersedekah iaitu dengan mendahulukan keluarga di bawah tanggungan yang memerlukan bantuan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) di jalan Allah, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.” (Hadis riwayat Muslim) 
Niat bersedekah juga perlu melihat kepada pihak yang ingin diberi sumbangan kerana ada sesetengah pihak bersedekah kepada orang lain, tetapi ahli keluarga tidak diberi perhatian sedangkan mereka juga mengharapkan sumbangan.


+No Title+

Assalamualaikum...

Entahlah kenape aku dah lame dah hiraukan blog nie...semangat nak menulis and sharing tu macam dah tak de..dah almost 2 years kot blog ni tak ada ape-ape entry. Dan entahlah jugak kenapa tiba-tiba malam ni aku pergi menaip kat sini.

Tunggu hubby balik dari cycling event. Masa ni je dapat pegang pc kat rumah, anak dah tido.

Life still macam biasa..sibuk dengan study..stress...erm...another 2 long years to go. Tired + stress + fedup + give up... Ya Allah kuatkan lah semangat aku nie untuk memperjuangkan pelajaran aku.

Sehari dua nie entah kenapa aku asyik terfikir why i am now so selekeh. No more heels..pakai flat je kadang2 selipar jepun pun aku taram g keluar.. Asyik pakai t-shirt je.. no more baju berfashion2.. benda ni macam mengganggu pikiran aku dan buat aku xde mood. Sebab redflag agaknye. atau sebab penambahan berat badan aku yang mendadak. Dulu masa bf kan Fateh, berat maintain je walaupun still berat la..tapi after tu, terus berat mendadak naik..walaupun aku cuba kurangkan makan..dan dah abes beratus2 cuba macam2 produk dari murah ke mahal semuanya hampeh membazir duit tak de kesan apa-apa dan berat makin naik. BENCI!

Semua ni buat aku rasa tak confident, down dan macam menyampah nak keluar rumah ke g jenjalan ke g keje ke ... rasa macam menyampah setiap kali duk termenung depan almari tengok baju yang semakin mengecik.erh? Ayat sedapkan hati.