Diri aku sendiri ni pun kadang-kadang rasa macam malas sangat nak bangun solat subuh, apetah lagi syaitan membisik-bisik supaya jangan solat, tapi sekaligus teringat kalau tak solat subuh macam mana rezeki nak masuk..terus bangun..punyalah takut rezeki tak masuk...Setiap kali ditimpa kesusahan, ku cuba ingat dan cari apa kesalahan yang aku dah buat.. ada derhaka/sakitkan hati/kecilkan hati suami ke?bulan ni aku dah bersedekah ke?? Adakah aku tak redha dengan setiap sen yang aku keluarkan untuk membantu suami dan keluarga? Hati ni adakalanya memang banyak kali sangat mengungkit dan mempersoalkan benda ni..tapi cepat-cepat ku istigfar dan cakap "YA ALLAH, AKU REDHA DENGAN SETIAP SEN YANG AKU BELANJAKAN UNTUK KELUARGAKU" ..Aku manusia biasa, hati sentiasa berbolak balik, sentiasa mempersoalkan benda yang aku buat yang bukan tanggungjawab aku...Astagfirullahalazim..solat aku sempurna ke tak? Ini yang paling sebenarnya kelemahan aku..aku rasa aku jarang sangat dapat khusyuk dalam solat..aku pun tak pasti kenapa..fikiran aku selalu terganggu masa aku solat. Inilah antara punca-punca yang kadang kita tak sedar, kita rasa kita dah buat, dah ok.. tapi cara kita buat, kesempurnaannya..adakah pernah kita fikir? Kalau kita suka tangguhkan solat sebab main computer, main handphone, tengok tv, kita saja-saja tangguhkan kewajipan kita pada Allah.. patutkah kita marah/merungut/mengeluh bila Allah tangguhkan rezeki kita?
Adakalanya kita bersedekah dengan jumlah yang banyak.Alhamdulillah...Tapi pernahkah kita lihat dalam keluarga kita, adakah sempurna sedekah kita kepada keluarga kita, tanggungan kita?Setiap perbelanjaan yang dikeluarkan untuk isteri dan anak adalah satu sedekah..Wajib seorang suami menyempurnakan keperluan makan minum isteri dan anaknya. Kupetik dari blog http://mutaqdr.blogspot.com/2010/04/amalan-bersedekah-lebih-afdhal-utamakan.html
Saranan supaya dimulakan sedekah kepada mereka yang menjadi tanggunganmu menjelaskan keutamaan bersedekah iaitu dengan mendahulukan keluarga di bawah tanggungan yang memerlukan bantuan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) di jalan Allah, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.” (Hadis riwayat Muslim)
Niat bersedekah juga perlu melihat kepada pihak yang ingin diberi sumbangan kerana ada sesetengah pihak bersedekah kepada orang lain, tetapi ahli keluarga tidak diberi perhatian sedangkan mereka juga mengharapkan sumbangan.
No comments:
Post a Comment
Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!