Thursday, December 31, 2009

New Year Giveaway

This is Sticky Mood post..Please Scroll Down For New Entries
.


First time nak join contest kat blog..Contest nie dtg nye dari http://lavender4all.blogspot.com. Contest nie akan berlangsung sehingga 31 Disember 2009. Pemenang akan dapat Wine Bottle Umbrella yang comel kat atas nie.
Syarat nak join contest nie ialah
  • Tajuk entry mestilah "New Year Giveaway"
  • Dalam entry nie kena ade banner New Year Giveaway.Patikan banner ade di sidebar juga. Then link kan kedua2 banner tu ke http://lavender4all.blogspot.com.
  • Then, anda mesti jadi FOLLOWER & letak link http://lavender4all.blogspot.com kat blog list anda.
  • Setelah siap entry anda, tinggal URL-link-giveaway anda di ruang comment entry ini sebagai tanda anda meyertai contest ini.
  • Entry perlulah sticky mode sehingga 31 Disember 2009
And mine goes like this..
 Banner kat lam entry
Banner di sidebar

Link http://lavender4all.blogspot.com kat my blog list


Me as a Follower

Bagi sesape yang nak join contest nie still ade mase lagi coz contest nie akan berlangsung sehingga 31 Disember 2009..jom cepat2 join..manelah tahu berpeluang dapat payung yang cute miut tu kan???

Wednesday, December 30, 2009

Hari yang amat murah rezeki

Hari nie rezeki aku sgtla murah..pagi2 mcm biase aku akan minum Alpha Lipid . WAJIB!!! pastu lam kol 9 lebih cam tu aku minum la Cocoa Collagen Power Plus(CCPP). Nie minuman baru aku try. sedap tau..Khasiat pun banyak. Tapi untuk wanita -wanita 20 tahun ke atas  jek erk..Lelaki xleh.Hanya WANITA!!! Aku saje jek nie sambil2 nak promote2 nie..hahahhha..nak share2 rahsia untuk kesihatan. Badan kan nak pakai lame..even lum kawen tetap kena jage gak..xkan lepas kawen, beranak baru sebuk2 nak cari itu ini nak jage badan...adooiiiii.....

Kringgg..kringgg..  Tuutttt...tuutttt..bunyik phone aku la..Kak Nur yang kol, mintak aku g amik makanan kat bawah (ofis lame) sebab dieorang de wat jamuan akhir tahun..ala2 gtu la lebih kurang..aku nie walaupun sgt kenyang sbb dah minum mcm2 air..sesungguhnye CCPP tu sgt mengenyangkan sampai mlm...aku xtipu...tapi aku ni kan pantang dengar name MAKANAN. Kenyang pun aku sumbat..tengok nie ape aku amik..




My feveret food Lontong & American Brownies Secret Recipe . and kat bawah nie lak Salad Buah-buahan yang dibuat oleh Kak Sue..sedappp
Dah siap mentapau aku bwk ler mknan tu balik ke tempat aku..sekali atas meja aku ade bungkusan nie lak..ape nie???

 
Mee goreng + bihun goreng + telur ....yang nie bodyguard beli utk aku...
Korang agak aku leh ke abeskan semua nie????hahhahaha tentulah boleh..aku nie kan memg pemakan..mee tu aku makan waktu luch lah..bukan makan sekali gus terus.

And..ade lagi..aku dapat souvienier nie dari Kak Nur..thank you Kak Nur...Lap You..
Semoga semua kawan-kawan aku dimurahkan rezeki. AMIN!!

Monday, December 28, 2009

Masa Depan Dunia Fesyen

As usual, i never missed to open my idol blog (RedMummy.com). Sangat teruja apabila membaca entry ini HP Future Is. So, i was thinking why not i'm tyring to work on it.What you have to do is : (copy from HP Future Is..)


  1. Write a blog post (of at least 300 words), a photo story or create a video clip about the most compelling vision of the future. When you are done and you have posted to your blog, email your post to us with a link to it to cheryl.yab@hillandknowlton.com.my latest by 17 January 2010.
  • What you should blog about:
Anything! Anything that's a trend that is. Think about people, what they like, what they don't and what you think they're going to want in the future. A trend can also be an opinion about something. Basically it's anything you spot that is not yet part of our everyday lives or thinking – but that you think soon will be. Tell us why you think this is a trend and where you see it going. And don't forget that we're looking to get a conversation going so include some information and opinions in there that will make people talk!
  • Blog A Trend topics:
Future of Thin & Light
Future of Music
Future of Touch
Future of Fashion
Future of Personalization
Future of Social Media
Future of Design
Future of Content
Future of Environment
Future of Education
Future of Entertainment



I choose Future of Fashion as my topic. Continue in Malay la..not very expert to express  my words in English..It will be broken language and sure judge pening nak baca.

Apakah makna fesyen kepada anda?
Bagi saya, fesyen membawa penampilan seseorang ke satu tahap yang mampu memberi impak kepada tanggapan masyarakat sekekliling terhadap keperibadian mereka. Sama ada tanggapan yang negatif atau pun positif, semuanya bergantung kepada cara pemilihan pakaian, aksesori dan cara kita membawa diri. Fesyen membolehkan individu mengeksperesi mood, menambah keyakinan diri dan mencerminkan siapa diri kita yang sebenar. Rasanya tidaklah melampau kalau saya katakan di sini bahawa orang yang lebih peka dengan fesyen lebih ramai yang ingin mendekatinya.

Cuba bayangkan anda adalah seorang selebriti dan berada di sebuah parti Red Carpet  dengan pakaian seperti ini?(Gambar hiasan)
Anda rasa ada tak kamera-kamera yang akan memfokuskan anda?Pasti ada kan?Tapi esok nya pasti akan keluar di Media Massa, Media Cetak & Media Elektronik wajah anda ini dengan tajuk " Pakaian Paling Buruk Di Red Carpet". Anda akan di label sebagai seorang yang BUTA FESYEN!!

Kenapa saya beranggapan bahawa Fesyen mempunyai masa depan yang sgt cerah?
Sebabnya fesyen adalah ikutan.Apatah lagi jika orang pertama yang menggayakan fesyen tersebut adalah seseorang yang dikenali ramai. Wanita terutamanya sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk kelihatan lebih up-to-date. Ada pula yang sangat addicted dengan fesyen. Tak kira lah lelaki ataupun perempuan. Tak perlu melihat jauh hingga ke luar negara. Cukuplah di Malaysia ini sahaja, kita boleh lihat betapa fesyen amatlah menjadi ikutan .Penyebaran wabak fesyen ini lebih cepat dari teknologi gadget . Lihat saja fesyen bertudung Dato' Siti Nurhaliza.

Seingat saya fesyen bertudung begini memang dimulakan oleh Dato' Siti. (maaf kalau saya tersilap). Disebabkan hal ini muncul lah tudung yang dinamakan Tudung Siti. Dan ramai yang sudah sememang bertudung mengubah fesyen bertudung mereka kepada fesyen seperti di atas. Yang belum bertudung pun apa kurangnya. Betul tak saya kata yang fesyen adalah ikutan  yang akhirnya menjadi satu keperluan.Saya tidak bermaksud ingin menyentuh sensitiviti agama atau mana-mana pihak. Tapi inilah hakikat fesyen yang sebenar.Antara fesyen lain yang menjadi ikutan ialah HIP HOP.


Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki semuanya menjadi ikutan.


Ini pun boleh di panggil fesyen jugak

Kemunculan rancangan seperti Project Runaway Malaysia di televisyen yang membicarakan tentang fesyen serta kehadiran pereka-pereka terkenal seperti Datuk Bernard Chandran, Radzuan Radzwill, Michael Ong dan sebagainya sedikit sebanyak telah membuka mata rakyat Malaysia terhadap fesyen. Apatah lagi sekarang ni lebih ramai pereka-pereka fesyen yang tumbuh bagaikan cendawan dengan idea-idea tersendiri.

Agak-agak anda bagaimana dunia fesyen di masa hadapan??
Mungkin menjelang tahun 2050 nanti, kita hanya memikirkan fesyen apa yang hendak dipakai, kemudian komputer akan mereka pakaian tersebut untuk kita. Sangat canggih. Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang pesat.Namun, apakah fesyen yang akan menjadi pilihan manusia di masa hadapan??

Adakah fesyen begini?


Atau pakaian seperti ini menjadi pakaian harian.Kalau macam tu mcm mana pulak dengan pakaian untuk events yang lebih istimewa?
Sangat sukar untuk memikirkan apakah yang akan berlaku kepada dunia fesyen pada masa akan datang. Yang pastinya setiap fesyen yang muncul pasti menjadi ikutan ramai dan saban hari lebih banyak fesyen yang bakal diperkenalkan.

Rasanya setakat ini sajalah pendapat dan bebelan saya pada entry ini. Sebab saya sangat tidak kreatif untuk memikirkan idea yang lebih bermasa depan selaras dengan perkembangan dunia fesyen ini.

Jika anda mempunyai idea yang lebih bernas dari saya, apa tunggu lagi? Sila siapkan entry anda segera sebelum 17 Januari 2009. Mana tahu anda adalah salah seorang yang bakal memiliki hadiah di bawah ni. Selamat Mencuba & Good Luck For Me Too..



Duduk lama depan komputer boleh bawa MAUT!!

Nie kali ke 4 aku tulis post nie sbb Mozilla nie mcm bongok asyik hang aje..

Back to the topic....Tetibe rase cam nak meng insaf kan diri tgk tajuk kat atas tu..mane tak nye aku nie boleh dikatekan penduduk tegar depan screen komputer. Kat opis pun ngadap pc, balik umah ngadap lappy..so 2/3 dari mase aku dihabiskan depan screen computer.aku dapat info nie kat email..ntah sape anta, x ingat la..korang bace la yerk!!!aku copy paste bulat2 nie..

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10
jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul
di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

Panjang bebebor penerangan nye kan??sesape yang ade simptom2 di atas tu, bawak2 la menjauh kan diri dr komputer..sekian saje .

Pesanan khidmat masyarakat ini di bawa oleh ::Behind The Eyes:: 

Saturday, December 26, 2009

Sticky Mode Post Tutorial

Nie adalah cara-cara untuk menjadikan post anda sebagai "sticky mode" -means post akan berada di atas sampai bila yang anda nak.

Tulis post macam biasa , then bila dah siap klik PUBLISH POST.



Then edit semula post tersebut. Klik Post Option and tukar tarikh pada "Scheduled at"-letak tarikh sampai bile anda mahu post tersebut berada di atas.



Then klik PUBLISH POST semula.

So, post ini akan sentiasa berada di atas selama mane yang kita mahu. Latest post akan berad di bawah post ini.

Friday, December 25, 2009

Banjir Di Bukit Bintang

Semalam sempena Sambutan Christmas , kami (aku, se7en, kakcik, shafiq & kakak) g jenjalan kat Bukit Bintang.Tujuan nye nak g amik gmbr kat Pavillion yang ade rusa2 tu..tp bile samapi kat sane....SGT KECEWA!!! Sebabnya Bukit Bintang telah dibanjiri dengan sampah sarap..Dimanekah mentaliti rakyat di negara yang maju nie..kalo ye pun ko nak sambut krismas ke ape, celebrate je lah..xpayah nak jadi sampah masyarakat yang membuat sampah merata-rata kat bandar tu..sian kat uncle2 pakcik2 yang tukang sapu tuh..xtau pkul bpe leh siap nak kena bersihkan sampah2 sepanjang jalan dari Pavillion sampai la jalan nak kuar ke Times Square..Kotor giler..nak kuar kete pun x sanggup..so, we all just round je lah ..xjadi amik gmbr katt rusa tu.
Nie baruKrismas, kalo New Year nnti xtau la macm rupe KL nie.

Pastu kami dengan rajinnye g survey keadaan kat Bangsar lak..tp ternyata kat Bangsar tu xde la seteruk ini..cume ade sikit2 sampah kat depan clubbing.

Tuesday, December 22, 2009

Selepas bercuti 4 hari..

Today..what a busy day...sangat penat kepala aku nieh berfikir..mata pun semak tengok all the documents atas meja..dua - dua meja aku conquer xkup lagi tuh tambah kat atas lantai..
haa..tu la sape suh ko cuti lame2 lagih??apesal x cuti sampai taun depan ajek??hahahha...suke atila...cuti aku kan banyak lagi,,,sibuk aje
adekah aku dah giler berdialog dengan diri sendiri..fuhhhh..ntahla..
Pengajaran : jangan cuti lama2..
aduuiiyyyaaa...sebenarnya keje aku xdelah jadi banyak sgt kalo bos aku xcuti..tp sebb bos aku pun cuti so xde org nak sign application yang aku dah siap proses tuh..bile die dah balik die sign sme, merane la aku nak estrak balik application tu..nak fax lagih..photostat lagi..then anta lagi by pos..argghhh...i need sumone to help me..patutkah???melampau2 betul permintaan aku nieh.padahal bukan selalu pun keje aku banyak..selalu rileks jek kan berfb..hahaha..padan muka aku,.
nie kat meja aku..

kat meja kedua yang telah di takluk oleh aku

nie yang kat lantai
Actually ade banyak lagik tau..tapi aku dah buat separuh..nie aku amik lepas rest gmbr nie..so, tinggal nie je lah..tp dikira banyak sgt la nie..xmasuk lagi application yang baru masuk ari ni..
Ape kes lak ngan kotak-kotak tu kan??nie salah anta dokumen la nie..seme nak anta kat aku..geram tul...patutnye aku yang jadik lawyer, bukan dieorg..hahahha..giler berlagak..lawyer buruk layak ar aku nie kan...
Tengah syok2 aku mengadap benda alah keje nie , bos kecik ku telah memanggil aku..suspen suspen...upenye die mahu memberitahu (skema gaban) markah utk SKT aku..yang pasti aku sangat2 berpuas hati dengan marks itu..more than 90+++++...more than last year punye marks..and he said
" do you happy with that"
and i said
" sure"
kalo aku jawab "tak", boleh x???melampau giler tamak ko nie minah...senget tul lah..apepun Syukran!!!

Sunday, December 20, 2009

Ronggeng Time

Yuhuuuuu...aku baru balik dari ronggeng2 nie ngan adik2 aku kat Alamanda..Alamanda jek..nak g jauh2..ouh..amatla malas..Demam2 pun still nak g jenjalan lagi erk..dpt tgk dunie luar baru xdemam, tp bile balik umah mcm nak demam balik..Huh..bangun ajek pagi td (pagi la sangat)..aku terus kerah dak2 nie suh bangun cepat...nak g Alamanda..semalam dah set kan..
Seperti dijanjikan mase men Saidina semalam, sape kalah kena belanja Mc Donald..hahhaha..jadi org yg kalahnye Kakcik, so die kena belanje kiteorg bertiga Mc D..For sure port 1st bile sampai kat Alamanda ialah Mc D..Dah lapa giler tu dah dari pagi xmkn lagi..nak mkn Mc D punye pasal. Sangatla khusyuk kan masing2 menikmati makanan2 di depan mata..my choice of course la Prosperity, Big Mac for Shafiq & Kakcik , BeefBurger for kakak....

Bile memasing dah kekenyangan..posing time..ahaks..



Pastu kiteorg jenjalan je round2 Alamanda tu cuci2 mata..kalo ade yg berkenan beli....tibe kat Goggles aku terbekenan kat sehelai baju..alahai 23 hinggit aje..aku beli lah..dah tu jenjalan kat Le Sanle tu ade berkenan gak kat Heels, tp last week baru beli heels kat Sembonia..aku xbeli la..mama aku pun dah bising banyak sgt heels & sandals aku yg xpakai..rak kasut pun sampai dah xmuat.lagi pun aku xlah xcited sgt ngan sandal tu..cume berkenan biase2 aje.nafsu..ahaks..kalo aku berkenan betul2 sah2 aku beli.
 Tak cukup ngan Mc D nie, take away lak Big Apple Donut 2 bijik sorang..ish..mencekik aje tahu..


nie aku punye..dak2 nie balik aje terus makan...ish2..mcm manusia kelaparan..

Friday, December 18, 2009

Twilight - Edward Cullen

Nie dah lame punye criter..aku g tgk Twilight New Moon ari tu..sape yang belum tgk kena g tengok..memang best sesangat..lebih2 lagi dengan hero nye yang ensem tuh..Robert Pattison a.k.a. Edward Cullen...Ensem bangat....aku jadi addicted..tiap2 ari aku teringat kat Edward Cullen..tido..makan..mandi..seme ar aku buat..jadi angau..hahahha..sampai Se7en pun naik menyampah tengok aku..tiap2 minit duk sebut name Edward Cullen je..ouh..kenape kah aku jadi begini???? Se7en bagi aku tengok Twilight yang first supaya aku berubah hati suke kat Jacob..oh no no no..Jacb memang la baik..tapi x se hensem Edward Cullen..lagipun xmo la WereWolf..hahahah..aku dengan semangat nye  plak g mencari siri2 Twilight yg lain..aku jmpe buku tu kat Mph punye website..nanti aku nak g beli la Novel Twilight tu siri 3(Eclipse) & 4(Breaking Down)..xkire la mahal pun aku nak beli gak..Se7en...tolong belikan..hahahahakkkk




Malam semalam

Semalam aku kate nak stop memblog sbb nak tgk Boys Over Flower kan??tetibe aku dapat satu kol dari hp adik aku (amir)..tapi yang kol tu org lain..Die ckp adik aku jatuh motor kat Mex Highway...aku punye risau & gelabah...blur pun ade..orang tu suh amik motor adik aku kat tempat tu..aku xtau kat mane...Se7en lak balik kampung, kete pun xde..aku try kol kwn aku, tp die kat Alamanda ngan family die..so, aku xmau la kacau..Last2 aku kol Cab suh bawak g tempat tu..aku men ckp je lah kat driver cab tuh..last2 aku suh org yg kol tu ckp ngan driver cab tu..tengah dieorg duk ckp2 kat phone..terjumpe dah..hurm...
Terima Kasih sesangat kat abg tuh & family die sbb tolong jagekan moto adik aku tu..pastu aku ngan Shafiq rush to Klinik Kesihatan Putrajaya..sebab nak cari adik aku..tapi tempat tu dah tutup..hujan plak mulai turun..adusss..tension!!!Pastu aku g plak Hospital Putrajaya kat bahagian Kecemasan..aku cari kat depan tu, xade adik aku..so, aku decide tanye kat kaunter pendaftaran tuh same ade adik aku ade didaftarkan kat ctu ke x..kakak kaunter  tu...erm, makcik kot..die kate ade & suh aku tunggu kat luar..lame giler aku tunggu sampaki dekat 2 jam..ngantuk pun ade, nak terkucil lagi..giler bosannnnn...sempat g amik gambr nak letak kat blog..hahahahmuek aku yg kuar umah tanpa make up, tanpe bedak langsung..

aduhhhh..apesal la xkuar2..Orang lain yang masuk lambat dah kuar dah..ramai gak tau manusia kat Hospital memalam nie..mcm2 sakit ade..tu la, xmo minum Alpha Lipid..hahahha..suke ati aku jek erk..Yang bukan manusia pun mesti lagi ramai..kan hospital..hauhauahaah..........


aku g tanye lak kat akak makcik tu untuk kali kedua, baru die bg aku g cari kat bilik rawatan tu...
Mata aku meliar mencari..tup..jumpe seorang yg dikenali..amir ler...ngah duk kat kerusi ...tangan dah berbalut..sah2 dah patah nie..masuk nie kali ketiga tangan tu patah..kali nie kat bahagian bahu..hurm..dah jumpe die tu aku kuar la balik tunggu kat luar..lame gak pastu baru die dapat kuar..aduiuuiiii.
Apela nasib kan..selalu time2 Se7en or kete xade mesti ade sumthing yang jadi..ari tu motor die pecah tayar kat Sunway..nie jatuh motor lak..berangan ke adik aku tu sambil bawak motor..hurm..ntahla..

Gara-gara adik aku jatuh motor tu, family aku yang sepatutnye ari nie bertolak dari kelate..dah sampai cnie ngah subuh2 tadi time aku duk syok2 tdo..disebabkan Kakcik ade kunci so leh la dieorg masuk tanpa mengejutkan aku.Dan sebab tu jugak aku nie duk mengadap laptop berblogging pepagi buta nie..korang tahu x????ini adelah satu perbuatan yang amat buang tebiat di hari cuti kalo aku bgun se awal nie..hahaha..dan garagara ini jugak aku miss 1 episod Boys Over Flowers..huhuhuhuhu

Thursday, December 17, 2009

Malaysia 1-0 Vietnam

Congrats la yek buat Pasukan Bola Sepak Malaysia sebab dapat pingat emas lam Suka Sea, Laos..aku xde la menegok nye sangat sbb sebok mencari idea untuk blog aku nie, tp dah adik aku bukak, so aku pun same la tertengok..selebihnya aku dengar je la..mata duk memandang ke screen laptop nie hah..ape2 pun tahniah la jugak wat Zaquan sebab dah goalkan untuk Malaysia..Tak sia- sia aku memuja kehenseman pun..hensem lagi Se7en..hahahhaha..


Aku nie sebenarnye ngah menunggu call dr Se7en nie..td kejap aje katenye..ini dah kat sejam tak kol2 balik lg...minggu nie banyak tul mase aku nak memblog sbb Se7en balik kg,masalahnye idea lak xde..apekan daya..dah 2 hari aku duk mengadap laptop nie tp tetap xtau nak letak ape..ade banyak entry yang aku xmasukkan, tp aku pun xtau nak masukkan ke x..haahhah..aku nak rest jap la dri memblog nie jap yerk..sbb aku ngah nak menengok new korean series kat 8TV nieTajuknye Four Boys Flowers Boys Over Flowers.memang lawak ar citer nie..hahahahkakah


Rahsia Dahi & Personaliti Wanita

Artikel nie aku amik dri Rahsia Seorang Wanita . aku dah edit la ckit2 mane2 yang xpenting tuh..Sebab-sebab aku berminat ngan artikel nie ialah dahi aku memang kena la ngan personaliti aku same macam tulis kat artikel nie..so, aku nak share ngan orang lain gak..

Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. . Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
 Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

Thursday, December 10, 2009

Ouhhhh...aku telah di tag!!

Untuk PenGeTaHuan KoRang Nie FirsT TiMe Tau aKu di Tag seJak aKu MuLe Memblogging nieh..Thanks to Kak Jue sbb Tag aku..hahahhaa...so, meh le KiTe PaKat JaWab sOklan nie.

A: write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
  1. Kak Jue Ofis MaTe aku Mase doLu2 Aku Kje kat bawah
  2. Sudah Berkawin yerkkk...die la ofis mate aku yg first aku g kenduri kawennye..heheheeh
  3. Anak Nye sanGat la CoMel
  4. Kak Jue, ari Tu org g KeJekan anak Kak Jue kat Nurseri Ngan Tie..hahahahah
  5. Kak Jue suke meNjual..MaCam2 die Jual,...jajan Pun aDe tau..hahahaha
 B: jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies

 Bout MySelf
  1. xtau la ape aku nak tulis pasal aku nie...aku bese2 aje..ahahaha..aku wanita biasa...
  2. aku suke jenjalan...aku xrase la penat asalkan dapat jenjalan ..lagi2 jenjalan ngan "tuuuttt"..hahahahha
  3. sekrang nie aku ngah BZ...Bz mengumpul HarTe unTuk MaSe DePan Yang LeBih GemiLang, CemeRlanG & TerBiLang..kikikkiiki
  4. hidup sehari tanPa IntenEt rase cam Nak mati  je..leh x???hahhaha..meLampau..tp aku Rase KerEsaHan biLe xdapat Men Tenet...SanGat Addicted..PaDaHal aku buKan aDe Nak Buat Ape Pun Ngan TeneT tu..
  5. ish ape lagi aku nak tulis ni??herm..ape2la..cukup 5 kan kan kan??
Bout My Hobbies
  1. aku aDe Banyak BenDa yg SuKe bUat..tp SeLalu Buat Baru Leh Panggil Hobi Kan???salah satu nye ialah..Memblogging...nielah hobi TerBaru aku sekarang nie....tp seJak2 nie xsemPat nak MenconTeng-conTeng kat blog aKu nie.
  2. aku suke tgk MoVie kat Tv..skrg Nie aku Ngah Layan Gossp Girl kat 8tv...
  3. hoBi yg agak penting..JenJalan cri Pasal..hahaahah
  4. Masak..oopppssss...jgn wat2 terkejut ye..aku mmg suKe cube mcm2 resepi baru..sedap aku Mkn, xsedap TONG SAMPAH makan....
  5. sampai seKrang kalo aku jumpe setem yang pelik2 atau baru , sku akan curi amik kat sampul surat tu..heeee
C: pick your ten (10) more deserving recipients and describe them
  1. Qilah - Classmate aku mase belajar kat KYM...
  2. Ben Ashaari - aku suke bace blog die nieh..mcm2 idea die nak tulis blog..
  3. Kak Nor - jawab jgn jawab
  4. Kak Cik..nie adik aku....blog die blog jiwang, xtau die nak jwb x tag aku nie
  5. Kak Erne Lidyana - akak ku...sile jawab ye..anda telah di tag..hahaha
ade 5 je..kire halal la erh...

Tuesday, November 24, 2009

BeReHat SeBenTar DenGan Aman

KengKaWan..aRi Nie Last aKu Leh Men Klik2 & JenGuk2 Blog KoRang...SeBab Esok SamPai 1 Dis aKu aKan BeRada Di KamPung..Ceh...sKeMa Lak..DaLam ErTi KaTe Len, Aku Nak BaLik Kg ku...jom BaLik KamPung.WalauPun BanJir taPi aKu TeTap Nak BaLik juGak..xTau NaPe SemanGat SanGat aKu Nak BaLik KaLi nieh..

.
SeBelum Tu aKu Nak uCapKan SeLaMat HaRi RaYe KorBan utk KoRang Seme..BaGi Yang BaLik Kg Tu..HaTi2 Yerk..PanDu CerMat, JiWa SeLaMat..PeSaNan PeNaja.



Oooppsss... LaGi SaTu, KoRang TuLun Erk kLik2 aKu PunYe NuFfnang tuh..hhheheheh...PasTu TinGgaLKan Jejak KoRang, nnTi aKu dah BaLik aKu Klik la BaLik..tp KaLo KoRang xMo kLik Pun xPe..aKu xPakSa..sob sob sob..SeDih..

Monday, November 23, 2009

KaJiaN Dr. FadZiLah KamSah TenTang SiFat MaNuSia

KorRang SeMe MesTi Dah PeNah DenGar & BaCe PaSal KaJian Dr. FadZiLah KamSah Nie Kan??Saje Aku Nak LeTak Kat Cnie UnTuk BuLan KeLaHiRan Aku & Si Dia..Di SamPing tu aKu Nak KoMen2 Ckit TenTang Sifat2 Nie..Yang MaNe Ade PaDe aKu & Si Dia..Yang MaNe MaCam XSeSuaiiii....Coz KaJian Nie Kan MenYeLuRuh..Meh KiTe LaYaaaannnn!!!

March
  • Berpesonaliti yang menarik dan menawan  (MeNaWan Kah aKu???hhhihih...koRang JudGe La SenDirik..KaRang KaTe aKu PeRasan Lak Kan..)
  • Mudah didampingi  (aKu MuDah DiDamPinGi tp SuSah Nak MenDamPinGi oRang Len)
  • Sangat pemalu dan pemendam ras (SanGat PeMalu??hikhihkhihk..MeMang aku PeMaLu Pun..KoRang yg xNak PeCaYe..Tp Bab MeMenDam Rase..ItULah Aku)
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran -(BeTul2..ConToh KaLo aKu BaCe NoVel Yang seDih , aKu SeKali SeDih, Kalo NoVel Yang WaTak UtaMa Die Marah , Aku Pun MaRah Gak..)
  • Suka pada kedamaian (ye..RaSe TeNang & Aman SanGAt2)
  • Sangat peka kepada orang lain (NtahLa...aDeLa Ckit2)
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain (aku RaSe yg Nie x)
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah (aKu CePat Marah Kalo Ngan Si Dia Jek..xTau Nape)
  • Tahu balas budi dan tahu kenang budi (SeTaKat Nie AlHamdUlliLAh)
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam (bEnDa yg Orang xNamPak..aKu Nampak..Cam Tuh Ke??MisTerinYe)
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal (Ye...BiLe SeKali aKu BenCi org tu, aKu BenCi SamPai BiLe..DenGar NaMe Die Pun Aku RaSe HanGin !!!)
  • Suka berangan-angan (MeMang HoBi aKu Lah Nie!!)
  • Suka melancong (SanGat SuKe...tp DenGan Org TerTenTu jek EsPecialLy FaMiLy aKu)
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi (Yep..yep..yep!!!)
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan (Ye Ke???xLah...)
  • Suka dgn hiasan rumahtangga (SuKe..TaPi KuRang BerBaKat..CuMe de BaKat MaSak Jek Ckit2..okLah tue Kan..)
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik (NyaNyi Lam Jamban..leh kot)
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik (yg Nie xBeRaPe PaHam..)
  • Jangan terlalu moody.(hahahahha..xTaHu NaPe aKu SanGat MooDy..Nie MeMang PenYakiT aKu Lah) 
 23.11.2009 - 3.30 pm - aku sambung jap lagi lah..nak wat keje jap k...
 24.11.2009 - 9.24 am - lame bebenornye aku punye "sekejap"..sampai sehari..hehehe..aku bz la plak..xsempat!! Ok...guys..kite teruskan dengan Si Dia punye bulan kelahiran lak. OGOS!!!

OgOs
  • Suka berlawak (Yayang memg suke buat lawak..tp selalunye aku xgelak pun..sbb xkelakar pun..hauhauahua)
  • Mudah tertawan kepadanya (ahaks..maybe lah..sbb ade je ppuan2 yg nak merebut die nie dr aku...seb bek la die kebal ckit..heheheh..& aku pandai jage die)
  • Sopan santun dan caring terhadap orang lain (bab sopan santun nie aku no komen la..sbb die kureng ckit..tp die mmg sgt caring smpai kekadang rase rimas pun ade gaks)
  • Berani dan tidak tahu takut (ade gak benda yg die takut..hehhhehe..jeng jeng jeng...)
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan(kalo x kerana ketegasan die maybe aku & die susah nak kekal bersama kot..sbb perangai aku kan mcm ntah ape2 jek..tp die selalu bertegas ngan aku ape yg aku leh buat , ape yg xleh buat ikut logik akal fikiran die lah....sbb die xmahu aku terjebak ngan benda2 yg ntah ape2 jek..)
  • Pandai pujuk orang lain ( ye lor..mmg pandai pujuk sgt2..tp aku jek yg degil..kalo gaduh, even salah aku tetap die yg pujuk gak..tp aku nie mmg selalu wat hangin aku..sori yayang
  • Terlalu pemurah & bersikap ego(die mmg jenis yg x kisah utk berbelanja..apetah lg belanje aku..tp aku sbgai menteri kewangan die harus mengawal sikap pemurah itu agaks x menjadi keborosan.....ade paham??)
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi (yep..die amat marah kalo ade yg cube mempermainkan die..die akan benci org tu sampai bebile)
  • Dahagakan pujian (memang2..korang jgn lah ckp satu pekataan yg menunjukkan die tu macho ke, hensem ke smart ke ape..sbb die akan ingat sampai mati ayat tuh..heheheh)
  • Semangat juang yang luar biasa (kalo bab memperjuangkan hubungan kiteorg, die mmg mempunyai semngat yg luar biase..)
  • Cepat marah & mudah mengamuk (betul..lagi2 kalo ade org yg buat benda yg die xsuke..tp ngan aku die selalu kool aje try x marah..walaupun kekadang aku sengaje je nak wat die marah..)
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan (kalo die marah aku senyap jek..sbb kalo melawan nnti kena marah lagi..huhuhuuhuh)
  • Sangat cemburu ( yg nie mmg xleh dinafikan lagi lah..mcm lah aku nie puteri kayangan seme org nak suke...sbb tu lah xde org nak mendekati aku..hehehehe)
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti (sifat ini akan terserlah bile bab2 komputer & IT)
  • Cepat berfikir 
  • Fikiran yang berdikari 
  • Suka memimpin & dipimpin (sifat nie kan mmg perlu ade bg setiap lelaki kan???)
  • Sifat suka berangan (adelah jugak ckit...tp xseteruk aku la..)
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat (huiiissshh...xade langsung!!)
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk (yep2..sbb die selalu ckp.."abg terase hati tau syg ckp mcm tuh.."..)
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit (die senang sgt nak sakit dulu...kejap2 mcm nak demam..tp xdemam pun..manje sgt..!!)
  • Belajar untuk relax (yep yayang...perlu belajar utk lebih rilex..jgn kelam kabut)
  • Sikap kelam kabut 
  • Romantik, pengasih & penyayang (sudah semestinye..yg nie xleh la nak gtau lebih2 kan..heheheh) 
  • Suka mencari kawan (tp xseme org sesuai utk berkawn ngan die..)
 DiPerSiLekan YaYang unTuk KoMen JiKe xPuas HaTi Ngan uLaSan ini..Hehehhehe..JanGan MaRah..

Wednesday, November 18, 2009

2012-akhirnye!!!

AkHirNya TerCaPai JuGak HasRat AKu & Si Dia UnTuk TenGok MoVie 2012...SeTelah BeBeRaPa HaRi MenJaDi TiCkEt HunTer...TiKet Nie Dah Book SeHari Be4 MoVie tu Nak TenGok..Aduiii..Ku LaKuKan SeMe Ini UnTuk Mu SaYang...Hahahahha..TaK LaRat Aku Nak DengaR Si Dia tu MeRaJuk MeRajuk & MaRah2 SeBab xDaPat TenGok 2012..WaLauPun BuKan MaRah Kat Aku..TaPi SaKit La TeLinGa Aku DenGar...
So, SeLaSa-17 Nov 2009-9.45pm...DaPatLah kami TenGok CiTer nie...KiTeOrang g LeBih Awal SeBab Tket KaLo Book KeNa Amik 30 Minit Be4 TayanGan..KaLo x, Dieorg ReLeased...MaSe Nagh Nak TunGGu MasUk Hall Tu, Ade PenGuMuMan " HaRap Maaf, TiKet Untuk 2012 MaLam Nie Semua Dah ABes"...alaHai..MaCam PeNah MenGaLami Jek KeKeCeWaan Tuh..heheeh..AKu PaHam MaCam Mane SedihNye..Huuhuhuuhu..JanGan PuTus Asa CuBe Lagi Yerk...
BaGi SeSaPe Yang BeLum TengOk CiTer nie..MesTi TenGok...Tak RuGi KoRang Beraitur PanJang2 unTuk BeLi TiKet ....TenGok JanGan Tak TenGok..MeMang MeReMang ar TenGok KeJaDian-KeJadian Yang BerLaKu..aku RaSe KaLo Di DuNia ReaL MeMang Tak ADer La MaNusIa YanG aKan TerSeLamat...

**Muke2 SanGat GemBiRa AkhirNya DaPat TiKet 2012.

Tuesday, November 3, 2009

Anniversary Mode


Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Esok....5 November 2009, genap la 5 tahun aku & si Dia couple..dan 9 tahun kami berkawan..sedar2 xsedar agak lame dah kan kami together gether nieh..sempena anniversary mode nieh, aku nak display beberapa personal pic aku & si dia sepanjang 5 years nie..hihihihkkk

kad nie diberi oleh si dia 9 years ago

gambar nie len2 tmpt sbnarnye..aku combine2..hehhee

nie jenjalan kat sunway piramid

Kalo nak tunjuk gmbr2 mmg sgtla banyak..sbb kami nie mmg pantang la diberi peluang amik gmr..hhhheeee...doaku semoga hubungan kami ini berkekalan hingga ke anak cucu..buat kengkawan kami, nantikan gud news from us coming soon...hikhihkhi...