As usual, i never missed to open my idol blog (RedMummy.com). Sangat teruja apabila membaca entry ini HP Future Is. So, i was thinking why not i'm tyring to work on it.What you have to do is : (copy from HP Future Is..)
- Write a blog post (of at least 300 words), a photo story or create a video clip about the most compelling vision of the future. When you are done and you have posted to your blog, email your post to us with a link to it to cheryl.yab@hillandknowlton.com.my latest by 17 January 2010.
- What you should blog about:
- Blog A Trend topics:
Future of Thin & Light | Future of Music |
Future of Touch | Future of Fashion |
Future of Personalization | Future of Social Media |
Future of Design | Future of Content |
Future of Environment | Future of Education |
Future of Entertainment | |
Apakah makna fesyen kepada anda?
Bagi saya, fesyen membawa penampilan seseorang ke satu tahap yang mampu memberi impak kepada tanggapan masyarakat sekekliling terhadap keperibadian mereka. Sama ada tanggapan yang negatif atau pun positif, semuanya bergantung kepada cara pemilihan pakaian, aksesori dan cara kita membawa diri. Fesyen membolehkan individu mengeksperesi mood, menambah keyakinan diri dan mencerminkan siapa diri kita yang sebenar. Rasanya tidaklah melampau kalau saya katakan di sini bahawa orang yang lebih peka dengan fesyen lebih ramai yang ingin mendekatinya.Cuba bayangkan anda adalah seorang selebriti dan berada di sebuah parti Red Carpet dengan pakaian seperti ini?(Gambar hiasan)
Anda rasa ada tak kamera-kamera yang akan memfokuskan anda?Pasti ada kan?Tapi esok nya pasti akan keluar di Media Massa, Media Cetak & Media Elektronik wajah anda ini dengan tajuk " Pakaian Paling Buruk Di Red Carpet". Anda akan di label sebagai seorang yang BUTA FESYEN!!
Kenapa saya beranggapan bahawa Fesyen mempunyai masa depan yang sgt cerah?
Sebabnya fesyen adalah ikutan.Apatah lagi jika orang pertama yang menggayakan fesyen tersebut adalah seseorang yang dikenali ramai. Wanita terutamanya sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk kelihatan lebih up-to-date. Ada pula yang sangat addicted dengan fesyen. Tak kira lah lelaki ataupun perempuan. Tak perlu melihat jauh hingga ke luar negara. Cukuplah di Malaysia ini sahaja, kita boleh lihat betapa fesyen amatlah menjadi ikutan .Penyebaran wabak fesyen ini lebih cepat dari teknologi gadget . Lihat saja fesyen bertudung Dato' Siti Nurhaliza.
Seingat saya fesyen bertudung begini memang dimulakan oleh Dato' Siti. (maaf kalau saya tersilap). Disebabkan hal ini muncul lah tudung yang dinamakan Tudung Siti. Dan ramai yang sudah sememang bertudung mengubah fesyen bertudung mereka kepada fesyen seperti di atas. Yang belum bertudung pun apa kurangnya. Betul tak saya kata yang fesyen adalah ikutan yang akhirnya menjadi satu keperluan.Saya tidak bermaksud ingin menyentuh sensitiviti agama atau mana-mana pihak. Tapi inilah hakikat fesyen yang sebenar.Antara fesyen lain yang menjadi ikutan ialah HIP HOP.
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki semuanya menjadi ikutan.
Ini pun boleh di panggil fesyen jugak
Kemunculan rancangan seperti Project Runaway Malaysia di televisyen yang membicarakan tentang fesyen serta kehadiran pereka-pereka terkenal seperti Datuk Bernard Chandran, Radzuan Radzwill, Michael Ong dan sebagainya sedikit sebanyak telah membuka mata rakyat Malaysia terhadap fesyen. Apatah lagi sekarang ni lebih ramai pereka-pereka fesyen yang tumbuh bagaikan cendawan dengan idea-idea tersendiri.
Agak-agak anda bagaimana dunia fesyen di masa hadapan??
Mungkin menjelang tahun 2050 nanti, kita hanya memikirkan fesyen apa yang hendak dipakai, kemudian komputer akan mereka pakaian tersebut untuk kita. Sangat canggih. Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang pesat.Namun, apakah fesyen yang akan menjadi pilihan manusia di masa hadapan??Adakah fesyen begini?
Atau pakaian seperti ini menjadi pakaian harian.Kalau macam tu mcm mana pulak dengan pakaian untuk events yang lebih istimewa?
Sangat sukar untuk memikirkan apakah yang akan berlaku kepada dunia fesyen pada masa akan datang. Yang pastinya setiap fesyen yang muncul pasti menjadi ikutan ramai dan saban hari lebih banyak fesyen yang bakal diperkenalkan.
Rasanya setakat ini sajalah pendapat dan bebelan saya pada entry ini. Sebab saya sangat tidak kreatif untuk memikirkan idea yang lebih bermasa depan selaras dengan perkembangan dunia fesyen ini.
Jika anda mempunyai idea yang lebih bernas dari saya, apa tunggu lagi? Sila siapkan entry anda segera sebelum 17 Januari 2009. Mana tahu anda adalah salah seorang yang bakal memiliki hadiah di bawah ni. Selamat Mencuba & Good Luck For Me Too..
not bad gak ttg fesyen..lagipun fesyen sntiasa up to date...depend pada org yang menggayakan tuh sbenarnye..
ReplyDeletegood one... do visit mine bout social media at http://www.preciselysuzy.com/?p=487 k. thanx.
ReplyDelete