Aku masih teringat gelagatnya yg kelakar ketika kami same2 keluar makan, men futsal dsbnya..Siapa tahu Allah lebih sayangkan dia...Semoga Allahyarham Ikmallizam ditempatkan dalam golongan orang2 yang soleh di Syurga Allah..Ingatla..kematian ada di mana2 dan akan tibe bile2 masa tanpa kite duga..mungkin esok, lusa..kite pula..hanya Allah yang mengetahui..
Keratan Akhbar Harian Metro:Ahad-26-09-09:
Anggota tentera diseret 5 kilometer
Oleh ZALIFAH MOHD YATIM
zalifah@hmetro.com.my
MUAR: Seorang anggota tentera mati dalam keadaan mengerikan apabila tersangkut di bawah kenderaan pacuan empat roda sebelum diseret sejauh lima kilometer di Kilometer 136 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara dekat sini, pagi semalam.
Dalam kemalangan langgar lari kira-kira jam 4.15 pagi, Mohd Nor Ikmallizam Hamzah, 24, yang bertugas di Bahagian Semboyan di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Seremban dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.
Mangsa yang menyambut Aidilfitri di rumah ibunya di Pengerang, Kota Tinggi, sepatutnya singgah di rumah bapanya di Negeri Sembilan sebelum balik ke Kuala Lumpur untuk mula bertugas esok.
Teman wanita mangsa, Nur Fatin Sulaiman, 20, berkata Allahyarham yang menyambut Aidilfitri di Pengerang sempat singgah di rumah keluarganya di bandar Kota Tinggi, malam kelmarin.
Katanya, Ikmal bertolak selepas jam 12 tengah malam dan sejam sebelum terbabit dalam kemalangan, dia ada menelefon memaklumkan sudah sampai di Hentian Rehat dan Rawat di Machap kira-kira jam 3 pagi.
“Arwah memaklumkan dia sampai di Machap dan menyuruh saya sambung tidur... tidak sangka pula sejam kemudian dia terbabit dalam kemalangan maut,” katanya ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini, semalam.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan, berkata mangsa dipercayai terjatuh selepas dilanggar lari kenderaan berat, dipercayai lori, di tempat kejadian.
Katanya, selepas terjatuh, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di Thailand tanpa menyedari menyeret mayatnya sejauh kira-kira lima kilometer.
Beliau berkata, mayat mangsa tersangkut di bawah kenderaan itu hanya disedari pemandunya apabila beberapa kenderaan lain membunyikan hon memaklumkan kemalangan ngeri itu.
“Dalam siasatan dijalankan, ada kesan brek kenderaan berat di kilometer 136 iaitu tempat motosikal mangsa ditemui.
“Mayat mangsa yang hancur beberapa bahagian ditemui tersangkut di bawah kenderaan pacuan empat ronda kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian awal,” katanya.
Pihaknya kini menjejaki kenderaan berat dipercayai lori yang terbabit dalam kemalangan langgar lari bagi membantu siasatan.
Orang ramai yang ada maklumat diminta hubungi Ketua Bahagian Ketenteraman Awan dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Asisten Superintendan Suhaimi Ahmad atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Rahman Remi di talian 06-9526222 bagi membantu siasatan.
Kenangan Si Dia bersama Allahyarham
Video nie aku letakkan atas permintaan Si Dia sebagai tanda penghormatan terakhir..
No comments:
Post a Comment
Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!