Saturday, June 19, 2010

Ayat-Ayat Menggoda

Aku nak keluar ngan skandal aku jap lagi sebab Encik Se7en tak der...korang hafal dulu ayat-ayat menggoda nie sementara aku tak de nie k..hehee

1) Jika kecantikan itu adalah waktu, kamu adalah keabadian.

2) Boleh tunjukkan saya jalan? Jalan ke hati kamu.

3) Kamu tidak sepatutnya bersolek. Ia melindungi kesempurnaan yang ada pada wajah kamu.

4) Tiada perkataan di dalam kamus yang dapat menterjemahkan kejelitaan kamu,

5) Ada sesuatu yang tidak kena pada telefon bimbit saya. Ia tidak menyimpan nombor telefon kamu.

6) Saya kehilangan nombor telefon saya. Boleh beri nombor telefon anda?

7) Tentu ada masalah dengan mata saya kerana ia tidak boleh berhenti daripada melihat kamu.

8) Jika kamu adalah air mata, saya tidak akan menangis walau sekalipun kerana tidak mahu kehilangan kamu.

9) Oh tidak...gigi saya sakit. Kerana kamu terlalu manis...

10) Kamu seperti magnet kerana saya tertarik merapati diri kamu
Credit to : Berita Harian

Ayat-ayat membunuh cam ni kalau bagi kat aku tak jalan ok..tak jalan...ada kang aku termuntah-muntah macam perempuan mengandung lak nanti..Encik Se7en tengah nak praktis ayat-ayat nie untuk bagi madu kat aku...

1 comment:

  1. ayat pujangga.
    hmm

    gwa kalau ayat, kasi direct
    gyahahaahaha~

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!