Gara-gara berita gadis melarikan diri sebab tak nak berkahwin dengan tunangnya, aku tiba-tiba macam terfikir plak kata-kata dia tu...Betul ke perubahan sikap @ sikap sebenar pasangan kita tu akan terserlah selepas kita bertunang? Agak-agak kalau aku dengan Encik Se7en yang dah couple selama 6 tahun ni, ada lagi ke sikap yang dia belum tonjolkan depan aku? Ish..Gerun betul lah bila memikirkan persoalan nie..Bagi korang yang dah bertunang, pernah tak mengalami perkara macam nie?
Buat masa sekarang nie, memang ada perubahan yang aku rasai dalam diri Encik Se7en selepas kiteorang buat keputusan untuk bertunang..Dan aku sedar perubahan tu untuk kebaikan diri aku..cuma aku belum bersedia untuk buat perubahan tu...Lantas membuatkan aku rasa macam didesak bila dia asyik sebut benda yang sama hari-hari...dan membuatkan aku rasa dikongkong.Mungkin itu yang dilalui oleh gadis tu, cuma sebab umur dia muda lagi, so dia mungkin tak dapat nak fikir dengan matang. Itu cuma andaian aku berdasarkan apa yang aku sedang lalui sekarang.
Sebab perubahan yang Encik Se7en suruh aku buat ialah tentang pemakaian aku yang katanya agak tak sedap mata dia memandang atau lebih tepat tak larat dia nak tanggung dosa aku banyak-banyak kot bila dah kahwin nanti. Benda tu aku dah tahu pun..aku tahu dan sedar tentang pakaian aku tu, cuma aku belum bersedia untuk buat perubahan secara mendadak...So aku memang jenis yang tak suka orang asyik ingatkan tentang benda yang aku tahu @ sedar tapi aku tak nak buat. Situasi ni memang akan mendatangkan perasaan rimas..tapi macam aku kira masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..dalam pada tu aku ada lah jugak cuba-cuba jugak untuk buat perubahan..slow-slow okeh...and you also know betapa susahnya nak berubah bila hati memang tak nak, kan kan kan?
Dan lagi satu aku rasa personaliti kiteorang sekarang nie macam dah split lah..Sebab in certain cases, perangai dia jadi macam aku, perangai aku jadi macam dia..Ni kira pengaruh rakan sebaya ke apa? Hahahhaha...
Oh ye..bagi korang yang mengalami situasi yang sama macam tajuk entry aku nie, sila komen dan bagi opinion korang yep.
sbb itu pakar cakap..
ReplyDeletethe relationship itz to complicated..!!
baru seminggu kami bertunang tp dia dh berubah... sikap yg sy tk pernah dlihat selama 5 thn kami berkawan.. tk tahu mana puncanya, bila dh ditanya cara baik.. menjadi lebih teruk dtinggikn suara dn langsung tk mahu berhubung wlau dcall berkali2 hanya sms tanya knapa bile dtanya soalan yg tk mahu djwbnya dia tkkn reply.. sy cuba bersikap positif dgn menggangap ini dugaan bertunang dn berharap dia bersikap begitu kerana sibuk bekerja dn sy tahu dia agak tertekan memikirkn majlis kami yg akan berlangsung hujung thn ini dgn family yg tk memahami apa yg kami mahukn utk majlis kami... sy pun tertekan juga kerana sbg anak dn cucu pertama yg akan mengadakn majlis pertama dlm keluarga kami membuatkn semua ahli keluarga masuk campur. Apabila keadaan jd serabut begini tmbh dgn sikap dia yg begitu hati mula terasa tknk ada komitment terus hidup sbg andalusia..... sy hanya mampu bertawakal buat masa ni dn teruskn hidup seperti biasa wpun dlm hati ni risau memikirkn adakah hubungan ni dpt dteruskn sehingga ke jinjang pelamin dn bahagia hingga ke akhir hayat atau hanya separuh jln..
ReplyDeletebuat faz jgn risau, mungkin setiap lelaki tidak sama, kecewa tu pasti hadir tk mengira apa jua keadaan kite, yg pasti kite kene berfikiran positif kn... sy hanya berkongis penggalaman yg sedang sy lalui skrg buat luahan perasan sy mungkin keadaan setiap org tk sama, sy ucapkan good luck ye...