Saturday, April 30, 2011

Wedding Dress Kate Middleton Sangat Cantik!

Aku suka lah gaun dia..
sangat-sangat cantik bagi aku
tak sexy.
sedap je mata memandang.




sumber pic : beautifulnara

Bride To Be : VIP Doorgift

Doorgift untuk VIP ( pihak lelaki, kengkawan) aku tempah dengan basketlabcreative. Baru je sampai tadi. 

Bendanya ialah "Chronology Jar"
Dekat jar tu ade printing sticker tulis tahun lahir, tarikh in love, engage & married.
Nak tengok???

Jeng
jeng
jeng



Sweet tak?
Walaupun mama aku ngan encik tunang complaint mahal, aku tak kisah lah..
janji aku suka & puas hati kan?

Ha..sesape nak "chronology jar" yang comel nie, meh le datang beramai-ramai ke majlis perkahwinan aku nanti...
Nanti leh lah korang buat isi gula, garam, sambal belacan ke ape kan..hahaha...

Tuesday, April 26, 2011

Bride To Be: Perkara Yang Paling Stress

Fikir pasal kad...
Fikir pasal doorgift...
Fikir pasal baju...
Semua tu memang stress..
tapi nak kata stress sangat tu tak lah..
cuma agak runsing je

Ada lagi perkara yang paling stress yang amat nak menjelang hari itu..
Korang rasa ape????

YE!!!!Menurunkan berat badan!
Makin aku cuba,makin naik berat badan aku..
Even aku kurangkan makan sekali sehari pun..
tetap naik badan aku..dan berat aku dalam 2 minggu nie dah naik 2kg
Apekah maksudnye???

Aku tak tahu nak buat apa dah.
Minggu nie je 2 kali kejadian tragis kain koyak sebb tak muat kat paha..
Sangat-sangatlah stress ok...sangat-sangat sangat..
huwaaaa......macam mane nie wei???

Ce bagi TIPS yang berguna sikit!

Monday, April 25, 2011

Jom Mimpi Sama-Sama

Malam nie nak mimpi..

Ini
-
-
-
-

dan ini...


dan ini juga


dahlah..jom tidur..
Zzzzzz....
Mimpi!!!
Mimpi!!!!

-25 April 2011-
-12.18 am-

Sunday, April 24, 2011

Bride To Be : Lipat Kain! Silap! Lipat Kad

Siang tadi pergi ambil kad ngan banting. Memula ambil kad dulu..Kat Klang sinun..jauh betul...Kad aku tempah dekat Grazine.com. Kalau korang rasa nak tempat kad yang murah dalam kuantiti yang sedikit, leh lah korang cebukak website tu.

Pastu balik dari Klang baru pergi ambil banting..dekat je..kat Kajang..tapi dia punya perjalanan aku rasa lagi jauh dari nak pergi Klang tu.. Korang pernah pergi Saujana Impian? Haa..dekat situ lah..nama hebat..tapi ceruk gila..first time aku sampai sana..tempat yang aku membangun...ade McD, Tesco, Giant..erh..tetiba lak ter-promote tempat tu. Banting aku tempah dengan Love D Heart.

Balik-balik je rumah dengan semangatnya, lepas makan terus lipat kain..erh, ape kena nya asyik nak lipat kain..lipat kad lah.... Cuma ada 300 keping je..sikit je pun kan?? tapi agak penat lah sampai macam dah malas pastu main baling-baling kad..hahhaa...tak senonoh betul.

ni kad..yang dah siap dilipat.

ceteka nie ape??? haa..riben! pandai pun..nah amik seposen.

Inilah hasilnya....cantik tak???

Kad yang berwarna suram , bila diletak riben merah..sangatlah awesome okeh..sape nak angkat hidung cepat!!!!

Dalam this week or next week aku akan pos yep kad ni kepada mereka-mereka..Haa..mekeme-mekeme yang nak kad nie, leh ler bagi address...senang awok nak kirim ke pokcik posemen nanti.

Dan ini pulak bantingnya....


Contengan Tambahan : Kamuuuuu..thanks yep tolong lipat-lipat kad..nanti gaji kite makan PIJJA, saya belanja pakai duit gaji kamu yep...hehehhehehe

-24 April 2011-

Friday, April 22, 2011

Bride To Be : 38 Pantang Larang Bakal Pengantin

22 April 2011

 38 days more to go....
pejam celik pejam celik, semakin terasa debarannya!!
Meh nak share sikit petua dan pantang larang untuk bakal-bakal pengantin macam aku ni.
Actually yang aku jumpa tu ada 44, tapi aku ambil yang mana aku fikirkan masih relevan dan boleh diterima oleh otak aku nie..
Let's check it out ye bakal-bakal pengantin!
  1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
  3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
  4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
  5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.
  6. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
  7. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
  9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
  10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
  12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
  13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
  14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
  15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
  16. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
  17. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
  18. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
  20. Elakkan minum minuman keras dan merokok
  21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
  22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
  23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  24. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  25. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
  26. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  27. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
  28. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
  29. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
  30. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
  31. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  32. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  33. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  34. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
  35. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  36. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
  37. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
  38. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Wednesday, April 20, 2011

Resepi Puding Koktel

Bahan-Bahan untuk Puding:
  1. Agar-agar 
  2. 1 Cawan Tepung Kastad
  3. 2 Cawan Air
  4. 1 1/2 Cawan Gula

- Masak agar-agar dan gula sehingga larut
- Tapis dan masukkan tepung kastad
- Setelah semuanya sebati, dia agak berketul, so kena tapis untuk dimasukkan dalam loyang.
- Biarkan sejuk dahulu, baru masuk peti ais.

Bahan-Bahan Untuk Koktel
1 Tin Susu Cair
2 Tin Air
1 Cawan Gula
Buah-buahan campuran

- Masak susu, air dan gula sehingga gula larut. Jangan sampai mendidih.
- Biarkan sejuk dulu, baru masuk peti ais.

Tips : seeloknya masa nak menghidang baru campur buah-buahan ke dalam koktel, sebab kalau campur siap-siap takut cepat basi.. Apetah lagi kalau peti ais kita tu tak berapa sejuk sebab banyak sangat barang.

-letak ais untuk lebih sejuk dan nyaman-
SELAMAT MENCUBA!
 -20 April 2011-

Monday, April 18, 2011

Pizza Hut WOW SAVERS 50% Discount

Pagi-pagi bukak facebook ...
tengok ada nie...


waaaa..pastu bukak page Pizza Hut..

waa...sangat teruja lah tengok semua offer nieh..yummmm..yumm...
Pastu terus paste url photo nie dekat fb Encik Se7en, dengan harapan dia akan belanja...
Tapi sebelum Encik Se7en belanja, aku dah pergi makan dulu dah..hehhee..
sebab di ajak oleh Kak Lulu dan Kak Orkid..pastu kiteorang semua order menu sama je..hahhaa


sedapkan???tapi ni untuk hari Isnin je..esok menu lain pula..cepat-cepat pergi Pizza Hut..Half Price...

-18 April 2011-

Perjalanan Ke Batu Pahat Yang ...

Disebabkan malam before bertolak tu Encik Se7en kena duty sampai pagi, so gerak dari rumah pun dah pukul 6 lebih (petang)..bagi dia tidur puas-puas dulu. Masuk highway dah pukul 7 ..tapi sampai kat Hentian Jejantas Ayer Keroh pukul 7 lebih untuk solat Maghrib..hebat betul Encik Se7en tu drive..karang kalau sampai surat cinta, aku nak pejam mata je...hahahhaa...

Perjalanan smooth je sampai lah kat Sungai Mati, Muar..tetibe..
PAP!!!
Aku pandang dia..dia pandang aku...
Berhenti kereta dekat tepi....
Tengok-tengok clutch dah longgar..makkk....aihhh...macam mana nie???Tengok jam pukul 9 lebih...pandang sekeliling...kedai semua tutup...Haishhh..nasib baik lah dekat dalam bandar, ada kedai makan..kalau kat highway tadi, harus tidur kat highway lah jawabnya..
Lepas tanya dekat kedai makan tu, rupanya ada workshop dekat sebelah, tapi dah tutup..so, kiteorang nekad je pergi ketuk pintu..nasib baik ada orang..tapi encik pomen nya pulak pergi gunting rambut..dah dapat nombor hp dia, dail sampai nak patah jari sebab dia tak angkat..ada lah dalam 20 minit kot baru tetiba dia call balik.

Tuntang..tuntang..tuntang..melayang 50 hengget tukar kabel clutch baru sebab patah..pengganas betul! Pastu menyinggah pula di rumah abang Encik Se7en untuk hantar barang hantaran. Sampai kat Batu Pahat dah dekat pukul 12 sebab singgah beli makanan. Sangatlah kelaparan kami berdua nie...

Esoknya, hantar mak Encik Se7en ke kelas.. kelas agama lah tak silap aku..bakal mak mertua aku nie memang sangat aktif orangnya. Kalah mak datin mak datin dekat luar sana tuh okeh...

Part nie yang paling best..jenjalan cari makan..lalalala....
Misi pertama : cari kerepek ubi pedas yang dikirim oleh adik aku dan mama. Tapi bukan setakat kerepek yang aku beli...siap buah-buah segala..macam lah kat Putrajaya tak derk kan???hahahhaa..pastu beli barang untuk masak nasi ayam....lokasi kejadian : pasar batu pahat a.k.a pasar busuk.





Misi kedua : Makan Lontong...aku memang sebelum datang dah niat dah nak makan lontong...dekat - dekat ngan pasar tu memang ada banyak kedai makan, so kiteorang pun menyinggahlah....

yummm..yummm..tapi macam tawar sikitlah...

Konon-konon nak bertolak balik Putrajaya lepas Asar, tapi masing-masing dah pengsan kepenatan dan kekenyangan, termasuklah ngan mak mertua aku sekali..bangun-bangun aje dah pukul 6..terus siap-siap..

Haaa..yang bestnya semalam, merasa gak aku makan durian walaupun seulas..tak cukup..nak lagi nak lagi....dan aku dapat ini dari mak mertuaku...

mug yang diidam-idamkan..

-18 April 2011-

Friday, April 15, 2011

Beza Telur Cacat Dengan Telur Original

Haishh..sekarang ni kecoh pasal telur tiruan kan? Alih-alih sebenarnya tu bukan telur tiruan, sebaliknya telur cacat yang biasanya memang tak dijual..Seperti manusia, ayam juga ada tak sempurna. Jadi, janganlah salahkan ayam yang bertelur..hehehe..

Meh aku tunjukkan kat korang macam rupa telur yang tak cacat dan rupa telur yang cacat.



Haaa....korang nampakkan perbezaan dia???
hahahhaha..
jangan marah...Daaa.....

Thursday, April 14, 2011

Resepi Kek Butter

Resepi nie bukan aku yang punya ok..aku ambil dari MyResepi..Tetibe je teringin nak makan kek butter.

Bahan-bahan ( untuk 6 orang makan )
1 1/2 cawan gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh sodium bicarp
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula biasa atau gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu segar
Telur 2biji

Cara-cara
Ayak gandum,serbuk penaik,sodium bicarp sebanyak 3x
Panaskan oven 170C,sediakan tin pembakar,pukul gula dan butter hingga kembang masukan telur satu demi satu dan pukul hingga kembang
Masukan esen vanilla,masukan gandum selang seli dengan susu segar.masukan dalam tin pembakar masak selama 40 minit.



Wednesday, April 13, 2011

Wajib Tengok : My Girlfriend Is A Gumiho


wei!!!!!Kepada korean drama fans semua!!!
Siapa dah tengok cerita nie???
kalau korang belum tengok, wajib tengok ok...
memang best dan sangat lah sweeeettttttt.....


Aku tak reti bab-bab nak bagi review nie, tapi aku cubalah kan sikit-sikit. 
Cerita ni mengisahkan seekor musang berekor sembilan (Gumiho) yang nak sangat jadi manusia dan hidup dalam dunia manusia..
tapi disebabkan 500 tahun lalu, dia tak dapat cari bakal suami dia, dia telah terperangkap di dalam lukisan sehinggalah suatu hari, seorang mamat yang sesat (Dae Wong) diperangkap untuk lukis balik ekor dia pada gambar tu. Dan Gumiho pun menjelma menjadi seorang wanita yang sangat-sangat cantik.


Sejak dari hari tu, si Gumiho nie asyik mengekori Dae Wong je sebab dia dah masukkan "fox bead" ke dalam badan Dae Won untuk menyembuhkan Dae Wong yang cedera...Dan dia jatuh cinta pada Dae Wong. Malangnya, Dae Wong hanya anggap dia sebagai seekor musang.
Tapi..bila lama-kelamaan mereka tinggal bersama, Dae Wong pun jatuh cinta dekat Gumiho jugak.Tapi nak bersama adalah tak semudah yang disangka..
Nak tahu kesudahan cerita nie??Sila lah download sendiri..ekekeke..atau siapa-siapa yang nak,boleh contact aku ok..

Cerita nie memang wajib tengok..kategori comedy romantic..memang sangat sweeettt..!!!!!!!!!Tapi banyak gak part yang sedih-sedih hingga mengalirkan airmata.


Monday, April 11, 2011

Bride To Be : Wedding Planner

Asyik sebut nama wedding planner tu sampai tersedak-sedak agaknya dia.Tapi lupa pula nak introduce kat korang khidmat wedding planner mana yang aku gunakan.

Susah juga nak cari nie sebenarnya..sebab aku kalau boleh nak cari yang memang dekat bandar Tanah Merah tu, tak mo jauh-jauh, nanti kena extra charge for transport la plak kan? Cari kat internet, cuma ada satu jek..tapi tak berapa berkenan .Kebetulan, ada kawan mak aku nie, kerja di butik pengantin..so, aku pun gunakanlah khidmat butik pengantin tempat dia berkerja tu...



Tie'h Sri Pengantin. Sorry lah, butik nie memang tak ada website or fotopages. Pelamin, baju, make-up, fotographer, semua aku ambil ngan dia, plus dia tolong uruskan apa-apa yang patut untuk hari bersejarah aku nanti..Mama aku pun suka dengan cara dia bekerja, thats why kamu gunakan khidmat Cik Tie sebagai wedding planner.

Oh ye, sesiapa yang nak gunakan khidmat dari Tie'h Sri Pengantin, bolehlah terus pergi ke butik Tie'h Sri Pengantin di alamat 4274-Taman Ten, Jalan Ismail Petra, 17500 Tanah Merah, Kelantan. No telefon Cik Tie 019-9121575.

Susah juga kan kalau perantau macam aku nie, dah lah  masa nak asyik balik kampung tu memang terhad. So, bagi aku pemilik-pemilik butik memang patut komersialkan butik dieorang kat internet..kang senang bila semua dihujung jari jek.

Nanti masa aku pergi fitting baju ni, aku ambil gambar kat butik tu, and bagi info lebih lanjut ok.

Friday, April 8, 2011

Two As One

What kind of fate is it to somehow meet you like this?
It's strange that the more I see you, the faster my heart beats.
Is this love? I've grown so fond of you. Du lu du lu lup
Are you aware of these feelings of mine?

If the weather is good, I want to walk down the street holding your hand
If it rains, I want to be your umbrella
It's the first time having this excited feeling la la la la la
Should I say it? Should I confess these feelings of mine?

Ya-i ya-i ya I don't want any tears anymore
I really don't want to live with a broken heart
la la la I will love you now
I really like you. I love you.

When the sunlight quietly enters through the window for a morning call
I want to hear your voice hovering around my ears
This trembling heart is going pit-a-pat la la la la la
Shall I confess these feelings of mine today?

Ya-i ya-i ya I don't want any tears anymore
I really don't want to live with a broken heart
la la la I will love you now
I really like you. I love you.

I love you. I love you. I love you. I love you.
Being a bright light to me living in the darkness
I wish that person would be you

I love you. I'll love only you
I will cherish these feelings of mine forever
I'd also like to look at only you
The two of us are like one
I love you. I love you. I love you. I love you.

Tragedi Pagi Jumaat

08 April 2011

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober
lalalalala...

Tu memang lirik lagu tragedi oktober ye kengkawan!
tapi hari nie, bukan tragedi oktober yang aku nak bagitau kat korang
TRAGEDI PAGI JUMAAT!!!
Haaa...misteri nusantara tak????

Seperti kebiasaan, sejak menjak gatal nak kawen nie,
bangun pagi nak pergi kerja pun malas..
Huh, alasan tak ada kena mengena langsung.

Semalam dah siap-siap iron sepasang baju kurung moden berwarna maroon...
Tetiba masa nak pakai, oopppss...kain dah tak muat...
tapi gigih gak nak pakai jugak
last-last..
jeng jeng jeng..
zapppp....
huwaaaaaa....zip dah rosak??
Apekah????

Apesal dah kurang makan pun badan tetap naik??
Bulan lepas aku pakai still muat lagi.

Huwaaaaaa.......macam mana nak kawen macam nie???
sob..sob..sob..
mama tolong!!!!!

Thursday, April 7, 2011

Bride To Be: Ujian Saringan HIV

07 April 2011

Hari ni pergi buat ujian saringan HIV dekat Klinik Kesihatan Kajang.. Dah booking dari 2 minggu lepas dah..
Kenapa buat kat Kajang????
Sebab kat Klinik Kesihatan Putrajaya nie dah full lah...huhuhu..
Patutnya pukul 1.30 petang dah ambil nombor, tapi disebabkan dah sesar-sesat bagai, pukul 2 lebih sikit kot baru sampai sana..huhuhuhuuu..Almaklumlah, dirver aku tu nama aje duduk dekat Kajang, tapi yang dia tahu cuma tempat sate Kajang aje..apedaaaa.....

yeay!!! dah siap isi.

khusyuk nya isi borang...

 no giliran aku!!!!

Sekejap aje dah siap...sekejap pun tak ar sekejap sangat..dekat 2 jam gak..huhuhuuhu..
Yeay!!! dah boleh kahwin..ahaks..gatai betul!
pastu kiteorang merayap kat Plaza Metro Kajang..lagipun aku kan cuti..
pastu
pastu
pastu
melantak PIZZA kat Alamanda!!!


perut dah sangat-sangat kenyang..boleh tidur..bye!

Wednesday, April 6, 2011

Jemputan Terbuka Untuk Anak-Anak Tanah Merah

06 April 2011

klik pada gambar untuk tumbesaran berganda

PERHATIAN SEMUA! (sila ajuk ala-ala Adi Putra iklan Fab)
YBhg. Dato' Ikmal Hisham Abdul Aziz menjemput semua anak-anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan yang berada di luar Kelantan untuk sama-sama menghadiri Malam Mesra Anak-Anak Tanah Merah bertempat di Aras 4, PWTC, Kuala Lumpur.
Majlis diadakan pada 09 April 2011 (Sabtu) pukul 8.00 malam.
Majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabngsa dan Industri Malaysia, YB Dato' Sri Mustapa Mohamed.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!! 
 Mane lah tahu terserempak / terlanggar bahu dengan kengkawan yang dah berpuluh tahu tak jumpa ke kan..
disamping tu, dapat makan free juga!!!
Contengan Tambahan : Untuk yang membawa kenderaan, anda boleh parking di Hentian Putra (RM3.00)

Tuesday, April 5, 2011

Bride To Be : The Theme

Pelamin 
Memula dulu kiteorang ingat nak buat tema merah putih..tapi bila banyak sangat mengadap encik google nie, rambang mata pulak..last-last ambil kata sepakat untuk tema warna hitam putih..macam taik cicak kan? Actually aku punya wedding planner pun tak berapa setuju warna hitam putih nie..sebab dia kata, warna hitam nie warna mati...akan nampak suram kalau ada warna hitam, so untuk pelamin, dia akan adunkan warna hitam putih tu dengan warna-warna lain macam krim, biru, merah or grey.. Untuk bunga pahar (yang letak kat pelamin tu) dia suggest warna grey atau krim, jangan beli hitam putih.

 lebih kurang macam ni lah kot..

Baju
Kalau ikutkan aku siyes malas nak tukar baju banyak-banyak..hahaha..ingat nak ada baju nikah & baju sanding sehelai je, tapi disebabkan untuk bersanding tu Encik se7en akan pakai baju istiadat dia, so terpaksa lah amik baju lain jugak..kalau tak, semua putih aje. Baju nikah putih, baju sanding putih..Aku sendiri pun belum tengok baju sanding yang putih tu, sebab aku suruh mama aku yang deal ngan wedding planner tu..tapi mama aku cakap baju tu memang sangat-sangat cantik dan belum pernah ada orang pakai lagi sebab dia baru pergi beli di Indonesia.

Untuk persalinan kedua pula, aku gunakan kain yang masa hantaran tunang hari tu..warna merah hitam. dah ada, so tak perlu sewa..Actually, wedding planner aku dah pilihkan baju untuk persalinan kedua, warna grey, tapi Encik Se7en nak jugak pakai baju merah tu, so, baju yang di suggest tu aku tolak and untuk baju persalinan kedua nanti dijahit oleh mama aku..aku ingat nak suruh mama aku jahit ikut design macam kat bawah nie..sebabnya, baju persalinan pertama dah kebaya labuh, tak kan yang kedua pun fesyen sama kan???


Hantaran
Memandangkan hantaran masa bertunang hari tu adalah 7-9, so untuk majlis perkahwinan, hantaran adalah 9-11..amboi, banyak betul nak kena bagi kat Encik Se7en..Memula aku nak buat hantaran warna itam putih lah, ikut tema..tapi wedding planner cakap jangan gunakan bunga warna hitam sebab tak nampak seri.so, aku ingat nak beli bekas hantaran warna hitam, hiasan warna putih dan bunga-bunga tu warna merah..Untuk hiasan hantaran, aku buat sendiri je..air tangan seorang bakal pengantin lebih afdal kan??hahahha..even aku tak berapa kreative, tapi nanti aku belek-belek lah majalah yang ada erk...

lebih kurang macam ni agaknya, tapi warna bunga tu ditukar kepada merah or biru lembut..

Baju Keluarga
Seperti yang dicadangkan oleh wedding planner tu, baju tema untuk keluarga pengantin perempuan adalah kelabu/grey. Sesiapa yang nak jadi ahli keluarga aku, sila pakai baju grey..hekhekhek... kalau baju grey, bunga penanggah warna apa erk?? Merah ok tak??suggestion please....

Kek
Kek pun nak kena ada tema juga, tapi aku tak tempah pun lagi kek...nanti awal bulan 5 baru nak balik kampung tempah..aku tempah kat kedai kek aje..susah jugak nak cari orang-orang yang buat homemade cake kat Tanah Merah tu..apetah lagi aku nie bukannya kenal orang pun.Kalau ikutkan kata kedai yang aku tempah kek bertunang hari tu, kek dieorang ikut kilogram.So, even kita nak buat berapa tingkat pun dia ikutlah berapa kilogram kek tu..Aku nak kek 7 tingkat..hahaha..sangat over..tak mau lah banyak-banyak, mahu 3 tier je...rasa macam nak buat warna merah putih lah kek tu?? nampak sangat cantikkan??macam nie???

Tapi tak mau la bentuk bulat..asyik bentuk bulat aje...hahahaha...

Ada lagi 55 hari untuk buat persiapan..oooo...tidakk.......


Contengan Tambahan : Ingin melangsungkan perkahwinan?? Belum jumpa doorgift yang sesuai untuk tetamu??? Cuba lihat disini..mana tahu ada yang menarik hati korang

Monday, April 4, 2011

Tempek Gambar Boyfriend Banyak-Banyak

04 April 2011

Disebabkan dia menang Bintang Paling Popular semalam..awwww..sangat mengembirakan aku..macam lah aku ada share dalam kemenangan dia tu erk..hahahhaa... tak pela, disebabkan hal itu, aku nak tempek gambar dia banyak-banyak...Jangan marah.....nanti kena jual..lalalalala....





Gambar yang last nie sangat sweeeetttttttt kan???

Tahniah buat Lisa Surihani (Anugerah Pelakon Filem Wanita Paling Popular) and Shaheizy Sam (Anugerah Pelakon Filem Lelaki Paling Popular dan Anugerah Bintang Paling Popular ).

Semua gambar-gambar ini Encik Google yang tolong rompakkan untuk aku ye...