Thursday, June 30, 2011

Apakah WORDLESS WEDNESDAY?

Dari beberapa minggu lepas, aku asyik tengok beberapa entri yang tulis macam nie #1 Wordless Wednesday.
Memula aku tak paham...tapi tak sempat nak cari apa motip Wordless Wednesday tu.
Dan hari nie, selepas menggunakan khidmat Encik Google, aku dah jumpa apa itu Wordless Wednesday.
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Lebih kurang macam berkata-kata tanpa suara la kan??? Post entri cuma letak photo yang menggambarkan apa yang korang nak luahkan pada hari tu (hari Rabu sahaja) . Biar gambar yang berbicara. 
Contohnya :-

Korang hanya letak gambar macam nie, then pembaca akan tafsirkan apa sebenarnya maksud entri korang.
Disebabkan aku dah tahu apa itu Wordless Wednesday, jadi aku pun dengan tak sengaja nya akan menjebakkan diri aku dalam dunia nie..Macam penyakit berjangkit la plak kan?hahahha..
Ok, aku start nextweek!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok kat website WORDLESS WEDNESDAY dan post entri Wordless Wednesday korang di website tu.
Dan jangan lupa LIKE Page WORDLESS WEDNESDAY  di facebook!


Nak tengok Ikut Turn

Banyak betul cerita yang best-best kat wayang baru tayang..
Dan aku dah listed 3 movie yang aku wajib tengok...
Kena tengok ikut turn by weeks la..
Sebab sekarang kan tengok wayang hari rabu je...

First of all, kena tengok cerita TRANSFORMERS.


Synopsis: Shia LaBeouf returns as Sam Witwicky in Transformers: Dark of the Moon. When a mysterious event from Earth's past erupts into the present day it threatens to bring a war to Earth so big that the Transformers alone will not be able to save us.

Then cerita melayu pulak.. SEKALI LAGI!Yang nie harus lah gigih nak ajak Encik Suami pergi tengok..Sebab dia tak berapa minat nak tengok cerita melayu yang jiwang-jiwang eventhough yang berlakon tu Lisa Surihani yang dia minat tuh.

Synopsis: "Sekali Lagi..." tells story of Arman (Shaheizy Sam) a man with autism who comes across a little girl, Amy, as snatch thieves almost rob him. Amy is a little girl who is smart and independent therefore Arman frequently spends time with Amy, which in turn enables Arman to be more independent. Things take another twist when Arman meets Amy's mother Sheila (Lisa Surihani), and Sheila soon finds that she's torn between her boyfriend Faris (Bront Palarae) and the sweet Arman (Shaheizy Sam), with whom her daughter has formed a bond with.

Sorry sinopsis dalam English, sebab aku copy dari web GSC je nie. Yang bahasa Melayu tu panjang sangat sinopsis dia.

And last sekali nak tengok cerita MONTE CARLO!




Synopsis: A young woman, her uptight step sister and her best friend use their savings for a long anticipated dream trip to Paris, which turns out to be a big disappointment. When they decide to take a break from their lousy tour and duck into the lobby of a 5-star hotel, one of them is mistaken for a spoiled British heiress. Before they get the chance to reveal their true identities they are wrapped up in a whirlwind of paparazzi, private planes, couture gowns, storybook romances, and a vacation in Monte Carlo.

Hari tu aku tengok trailer dia..Macam best je..Aku nak sangat tengok apa ending cerita nie bila dia kantoi.


-30/06/2011-

Tuesday, June 28, 2011

Masuk Muka Dalam Majalah STAILISTA

Jika korang ingat entri nie : MakeOver Majalah Stailista
We are in the magazine!
Stailista keluaran Julai.
Dah ada di pasaran.
Rege dia Rm9.50.
Siapa nak tengok, sila beli..hehehe..

Nah tengoklah..
Macam get ready untuk opera cina je...


Masa nie belum kahwin lagi.. First time masuk majalah..Jakun jap!..hahhaha...


-28/06/2011-

Monday, June 27, 2011

Pembedahan Laptop

Sejak sejam yang lalu sampailah sekarang
Boyfriend ku , Encik Huhu, iaitu sebijik laptop...
Sedang menjalani pembedahan secara besar-besaran
Untuk menyedarkan dia dari koma...
Dah lebih 2 minggu dia koma
Menyebabkan aku kebosanan tahap nak koma juga...



Beginilah keadaan Encik Huhu

Semoga Encik Huhu dapat bernafas seperti dulu setelah pembedahan ini selesai..
Aku rindu!!!!
Sob..sob..sob...

Pembedahan dijalankan oleh Doctor Encik Suami!
Sekian, Terima Kasih.

Buka Satu-Satu


Korang tahu apa nama kuih ni?
Haa.. Nilah kuih Jeniffer Lopez...Opss..Salah
Kuih Lapis..
Dulu masa zaman kecik-kecik, Mama aku suka sangat buat kuuih ni
And aku..sangatlah tak suka..
Walaupun kadang-kadang aku makan jugak..
Sebab kesian Mama buat penat-penat

Tapi style aku...
Before makan kuih nie, aku akan ceraikan dia satu-satu..
Pasti makan sikit-sikit..sekeping-sekeping
Agak-agak kalau macam dah tak boleh nak telan dah
aku buang ar ..
Jahat kan?

Tapi sekarang ni aku suka pulak makan kuih nie...
Teringin nak buat sendiri..
Tapi macam leceh je kan..
So, beli je lah

Pic credit to Google.

-27/06/2011-

Saturday, June 25, 2011

Tips Melayan Suami

AMARAN!!! Bukan layan yang gitu-gitu ye...

  • Diam & mendengar ketika suami sedang bercakap.Jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
  •  Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.
  • Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
  • Segera melakukan sesuatu yang disuruh oleh sumai..Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya.
  • Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri.
  • Sentiasa sediakan barang-barang keperluan seperti gosokkan baju kerja, sediakan stokin yang hendak dipakainya..
  • Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
  • Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.
  • Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
  • Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. 

NOTE : Panduan untuk diri sendiri dan juga isteri-isteri di luar sana...Tips ni aku dapat dari Website Tentang Cinta.. Banyak lagi Tips menarik yang boleh korang baca dan jadikan panduan.

Friday, June 24, 2011

First Time Buat Header Sendiri.

Cantik tak header baru???
Tak Cantik??
Ok, xpe....SENTAP!

Tapi at least aku berjaya juga menghasilkan header sendiri dengan menggunakan Photoshop..
Ikut yang aku suka..
Lalalala..
Dah bertahun tau aku kononnya nak buat header guna Photoshop nie..
Tapi pemalas gile nak belajar..
Asyik suruh orang je..

Mulai hari nie, aku akan cuba buat macam-macam header..
Untuk asah bakat aku yang terpendam nie..
Cewah..giler poyo..
Baru first time buat dah poyo..
Hahaa...
Happy nya..!!!!

Thanks to IntanNurulFateha.Com for the tutorial...

-24/6/2011-
23.44

Ops... Toilet Lelaki Ke?

Aku nie memang kebiasaan..
Kalau pergi mana-mana, sampai aje mesti ke toilet..
Tak kisah lah rumah orang ke..(tapi yang nie aku segan sikit)
Apetah lagi shopping mall..
Memang tempat first aku tuju toilet..even before keluar tu dah masuk toilet dekat rumah
Haiishhh..Al-maklumlah..
KANTUNG KECIK!

Semalam macam biasa, before masuk dalam wayang, aku pergi toilet..
Dengan laju menonong dah tak pandang kiri kanan aku pun masuk..
Tiba-tiba aku tengok toilet tu pelik semacam aje
Ada tempat kencing berdiri
Aku pikir pehal toilet perempuan macam nie..
Terus keluar balik..tengok..
Encik Suami macam terkejut tengok aku keluar dari situ..pastu gelak-gelak
Dan ada lagi satu couple sama duk control - control gelak
Ngokngek!

DAMN lah!
Pehal aku boleh salah masuk nie...???
Nasib baik dalam toilet tu tak ade orang..
Kalau tak harus lah aku terjerit dekat situ...
Terpaksa lah aku cover cakap ngan Encik Suami..
"Erh, selalu kan kat mane-mane pun toilet perempuan dulu"
Hakhakhak.....
Jatuh saham aku depan dia!

-23/06/2011-

Thursday, June 23, 2011

Menyeludup Masuk Ke Siam

Dah lama dah aku teringin sangat nak masuk ke Siam nie..
Asyik dengar Mama & Si Kecik tu je yang bercerita..
Akhirnya...
Kesampaian juga hajat aku tu..

Actually bukanlah masuk sampai ke bandar Thailand tu..
Just dekat sempadan dia je..tempat tu nama Munduk.
Melalui Pasir Mas...
Kena naik perahu ye..
Merentasi Sungai Golok.

Yang ada perahu tu sempadan negara kita..dan sebelah sana tu sempadan Thailand..

Dekat je pun sebenarnya..sekali pakcik perahu tu buat u-turn je dah sampai..Tambang dia sekepala sehinggit (RM1). Satu perahu boleh muat lebih dari 15 orang..memang besar lah...


Dah macam pelarian plak aku rasa...
Memula kiteorang macam excited gila ar kan..ye ar first time masuk sana, first time naik perahu..tapi bila nak naik tu, kaki ketar tak yah cakap..muka tak confident je...Tapi adik aku Maqim leh selumber je berdiri dekat dalam perahu tu..Mentang-mentang dah biasa...

Kebiasaannya akan ada askar Thailand yang periksa IC semua warganegara kita yang masuk ke sempadan sana..Tapi hari aku pergi nie, tak de pulak..Alhamdullillah..dapatlah orang tu merasa masuk ke Thailand...Kalau tak, mesti muncung aje kena tunggu kat sempadan kita..hahahaa

Suasana sekitar kawasan Munduk

Gedung Beras

Beras kat sini memang murah-murah lah..Tapi Mama aku kata, ada hari-hari tertentu je kita boleh beli beras ni banyak-banyak..sebabnya askar sempadan Malaysia tak bagi bawak masuk negara kita..


 Air Botol

Untuk pengetahuan korang kat sini paling banyak jual baju..Baju-baju perempuan..Harga memang murah..Aku beli blouse new design yang jual dekat sini RM30-40 dengan harga RM19 je.. Dekat sana kita membeli guna duit kita (RM).. Walaupun ada kedai-kedai yang tulis harga dia dalam BATH. 10 Bath bersamaan RM1.00.



Sampai sekarang bunga tu ada je duk bersandar dekat dinding rumah..belum ada pasu yang sesuai nak letak..
Walaupun tak round seluruh kawasan nie, tapi penuh lah jugak boot kereta..
Dan aku rasa, duit aku habis dalam RM80 beli baju, bunga, bekas makanan bertingkat (2), frame gambar, bantal...banyak gak kan??
Next time kalau balik kampung harus lah pergi lagi....
Siapa nak pergi, jom balik kampung aku..hehehhe

Wednesday, June 22, 2011

Soalan Turun Temurun Dari Nenek Moyang

Situasi 1:
Masa korang tengah sibuk duk bercinta bagai..kehulu kehilir berdua, makan bersuap..
Orang akan tanya :
"Bila ko nak kawen?"
"Bila ko nak bertunang?"
"Ko nie asyik dating aje, kawen lah cepat-cepat".

Situasi 2:
Selepas korang dah BERTUNANG.
Orang akan tanya :-
"Bila ko nak kawen?" .. errr...soklan yang sama lagi????
"Tak baik bertunang lama-lama" - kalau boleh esok gak nak kawen, leh sponsor????

Situasi 3 :
SELAMAT PENGANTIN BARU!!!
Wah..dah kawen..agak-agak ada lagi tak orang yang anggap korang kaunter pertanyaan??
ADA!!!!
Orang akan tanya :-
"Dah ada isi ke?"  - ada..isi perut!
"Dah mengandung erh?" - A`ah..mengandungi LEMAK!
"Bila boleh tengok anak ko nie?" - Nanti dia lahir ko tengoklah puas-puas ye!

Dulu aku selalu terfikir kenapa orang-orang yang baru/dah lama kawen amat sensitif dengan soalan-soalan nie..Bagi aku, lantak lah orang nak cakap apa pun kan..
Tapi bila aku dah mengalami sendiri, baru aku tahu perasaan tu macam mana..
KECIK HATI..tapi aku kecik hati sikit je..bukan lah kecik hati sangat pun sebab aku tahu keadaan /situasi aku macam mana..

Dan bila korang dah ada seorang anak, jangan ingat korang takkan jadi kaunter pertanyaan lagi..Orang tetap akan tanya ........
"Bila nak tambah lagi????"
Muahahahaha....

Conclusion - nya ......
Korang akan terus menjadi kaunter pertanyaan selagi hidup bermasyarakat.. Kalau tak nak orang tanya, pergi duk dalam hutan sorang2...

Tuesday, June 21, 2011

Dah Bosan Hidup Dalam Kegelapan

Rasanya dah setahun kot
Gelap aje dunia aku
Walaupun nampak ceria dengan kehadiran Cik Pinky
Rasa macam dah bosan
Aku dah nekad
Buat satu keputusan
Untuk mengubah dunia aku daripada kegelapan (HITAM) kepada PURPLE yang cweet cangat nieh!!!

Ha!
Amacam kaler blog aku nie?
Tenang tak rasa hati korang??Setenang warna blog yang LEMBUT je nie..macam aku..
Lalalala....

Lupa plak nak print screen rupa blog lama untuk diabadikan...
Selama menjamu selera ..ops..menjamu mata dan membaca entri...

Psst... ade sesiapa BAIK HATI nak tolong buatkan header baru dengan percuma????

Sunday, June 19, 2011

Budu VS Sambal Kicap

Aku memang sejak turun temurun dari zaman kecik-kecik lagi, kalau makan ikan bakar je, mesti ngan budu..
Tak de lah nak makan ngan sos ke, kicap ke..air asam ke...
Tapi aku suka gak makan ngan air asam, kalo air asam tu makcik aku yang buat...
Memang syok ar...

Yummy..yummyy....

TAPI....disebabkan perbezaan agama budaya bangsa dan negara..Opss..apa yang aku merepek nie..SALAH SALAH..
Disebabkan perbezaan negeri dan selera, Encik Suami request SAMBAL KICAP untuk makan dengan ikan bakar....

Tak tahu apa rasa dia..tak rasa pun..
Nasib baiklah hari tu mak mertua dah perturunkan ilmu tu..
Sebenarnya aku bukan tak reti, dulu masa muda-muda selalu je aku buat, tapi sebab aku tak suka, so, aku lupakan la benda yang tak berapa penting tu....
Nampak gayanya lepas ni selalu lah aku buat sambal kicap neh...

"Boyfriend" Rosak

Sedih sedih sedih...
Rasa sunyi jek...
Boyfriend Encik Lappy tiba-tiba aje rosak..
Tak boleh nak ON langsung
GERAM SANGAT!!!
Power masuk...
Nak tunggu Encik Suami betulkan..
Nie pun pinjam lappy dia..
Tapi tak syok ar...
Lappy dia tak de game...huhuhuuh...

Perubahan Selepas Berkahwin

Alhamdullilah..
hari nie adalah hari ke-20 bergelar seorang isteri...
Terima kasih, Allah....
kerana memberikan aku kesempatan untuk mengecapi kebahagiaan ini...

Secara puratanya..rasa macam banyak jugak perubahan yang berlaku dalam hidup aku..
Contohnya..sekarang nie aku dah rajin bangun pagi-pagi untuk masak breakfast..
Boleh dikatakan hampir tiap-tiap hari aku masak breakfast..
Tapi..bukan untuk makan terus..untuk Encik Suami bawak bekal..
Husband aku tak makan makanan berat pagi2...dia cuma makan telur separuh masak je...
Kiranya aku pun bawak bekal sekali..save budget..hehheehe...

Tapi..tapi..tapi..sejak balik dari cuti nie belum sempat lagi nak kemas rumah sama-sama..
Memasing bz memanjang...Encik Suami wikend pun kerja..
Nie pun dia baru balik kerja dari semalam..
Syok tengah qada' tidur..hehehe..

First Dating After Married

Actually selepas kawen dah banyak kali keluar..tapi keluar reramai..or keluar pergi beli barang2 dapur..So, termasuk dalam kategori dating lah kan????

Yang nie baru dating betul-betul...tengok wayang kat Alamanda.... Macam masa bercinta dulu..hehhehe...


Kalo boleh tiap2 minggu nak tengok wayang..setiap hari rabu..sebab kan tiket murah time tu..hehehhe......Tapi tengok gak lah  ada cerita menarik ke tak...

Monday, June 13, 2011

Singgahsana Raja & Ratu Sehari

Memula idea pelamin yang aku nak ialah hitam putih
Tapi lepas discuss with the wedding planner, dia kata tak berapa sesuai..
So, aku serahkan pada dia je untuk design pelamin aku tu..
dan hasilnya...



Cantik tak??? Gabungan warna-warna manggis...
Diselitkan sedikit warna hitam sebab nak masukkan tema...
Masa ni tak pasang spotlight dan lampu2 lagi, so nampak macam ringkas aje..
tapi lepas pasang spotlight and lampu, bunga-bunga nampak mcm hidup ...
Aku suka sangat-sangat ngan pelamin nie..rasa macam tak puas je sanding atas nie..hehehee...
Ramai yang admire kat bantal tu termasuklah aku..ekekeke..

Thank you kepada Cik Tie dari Tie'h Seri Pengantin, Tanah Merah, Kelantan..

Thursday, June 9, 2011

-Solemnization-

Tempat : Masjid Kelewek, Tanah Merah
Tarikh : 30 Mei 2011
Masa : 11.30 - 12.30 tghari

 Sebak rasa hati masa Abah datang dan bagitahu nak minta izin kahwinkan aku dengan Encik Suami..Rasa macam nampak genangan airmata di mata Abah...

 Sign contract seumur hidup..

Khusyuknya dengar khutbah


Fadzly & Fazlyna

Wednesday, June 8, 2011

Dah Tukar Status

Alhamdullilah..
Pada 30 Mei 2011 bersamaan pukul 11.56 pagi..
Selamat sudah bertukar status menjadi seorang isteri...
Rasa macam dalam mimpi je...
Macam tak percaya yang aku akan lalui fasa ini...
Tengah nak bersanding pun still mamai-mamai lagi....


To My BELOVED HUSBAND ....
Thanks for everything..
Thank you for willing to marry me...
I Love You damn much..
and only YOU!!!!