Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Semua!

-30 Ogos 2011-

Assalamualaikum ..
Halluuuuu semua!
Mesti korang semua tengah sedap menikmati juadah hari raya depan pc/lappy kan?
Kalau tak, kompem la korang tak baca pun post nie..

Dikesempatan nie, kite sebagai tuan punya blog nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang membaca dan follow blog kita..Untuk yang tengah baca entri nie pun sama lah..


MAAF kan kite kalau ada yang kurang senang dengan cara penulisan kite selama nie..Yela-yela..hari nie je berkite-kite, kalau tak bukan main lagi beraku berlembu..erh, silap..beraku kau....Dan maaf juga dipinta kalau ada yang tersentap hati ngan kite....al maklumlah..kekadang terlaser..

Tahun nie adalah tahun pertama kite beraya sebagai seorang isteri di rumah family sendiri..YIPPIE!!!Raya kedua nanti baru balik rumah mertua..huhuhu..jauh gila nak travel...

Apa-apa pun..Selamat Hari Raya..dan selamat lah semuanya..


Thursday, August 18, 2011

With Love and Kisses and Hugs!

-18 Ogos 2011-

Hari nie genaplah usia Encik Suami 26 tahun..
Muda lagi okeh!
Aku memula dah plan nak belanja dia berbuka makan nasi arab..
Memandangkan Encik Suami kata teringin nak rasa nasi arab tu macam mana..
Tapi hari tu aku pergi nak book, tengahari, dia still tutup lagi...


Semalam aku plan nak masak special sikit..kononnya..tapi dia duty malam sampai pagi nie..
So, plan B, tukar masak hari nie memandangkan barang-barang nak masak dah beli..
TAPI...
Ada gak lagi TAPI...
Encik Suami ada majlis berbuka kat department dia..
Majlis rasmi..so aku duk diam-diam dekat rumah je lah..
Haishh..FRUST OKEH!

Dah kahwin duk serumah pun tak dapat nak celebrate besday sama-sama pada waktu dan hari yang tepat.
Memandangkan tak dapat nak celebrate, so, dia janji nak bawa aku berbuka kat luar nanti..Erh, terbalik,siapa punya besday nieh???

Apa-apa pun..Happy Birthday to My Dearest Husband. I LOVE YOU!


You’ve always been there for me
You always seem to know
The way to lift my spirits
To set my heart aglow
So it is with much love and admiration
That I want to say to you
Happy Birthday Hubby
With love and kisses and hugs!
I’ll always treasure you

Wednesday, August 17, 2011

Resepi Sup Daging Berempah

-17 Ogos 2011-

First time dalam seumur hidup buat sup daging sendiri..Aku nie "kureng" sikit bab-bab makan sup nie..Tapi dah dapat suami yang suka makan sup, kena lah belajar buat sup. Betullah kata orang, dah kahwin nie, macam - macam masakan kena pandai..Tak boleh nak ikut tekak kita aje..Memandangkan Encik Suami tetiba teringin nak makan sup daging katanya, moh la kita buat sup daging. Resepi ikut suka aku untuk hidangan 2-3 orang.

Bahan-Bahan
  1. Daging
  2. 1/2 biji Bawang Besar - kisar
  3. 7 biji Bawang Merah - kisar
  4. 4 biji Bawang Putih - kisar
  5. 1 sudu teh Ketumbar - kisar
  6. 1 sudu teh Jintan Manis - kisar
  7. 1 sudu teh Jintan Putih - kisar
  8. 2 sup Bunjut
  9. 4 biji Bunga Lawang
  10. 2 biji Kulit Kayu Manis
  11. Minyak
  12. Air
  13. 1 batang Carrot a.k.a Lobak Merah - potong ikut suka
Cara-cara :
  1. Rebus Daging dengan 1 sup bunjut sampai empuk. Kalau nak banyak kuah, bubuh air banyak. Ikut suka korang je k.
  2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan garing. (Bahan A)
  3.  Ambil lagi satu sup bunjut, keluarkan isi dalam bungkusan sup bunjut tu, tumis bersama bunga lawang dan kulit kayu manis. (Bahan B)
  4. Bila daging dah empuk, masukkan bahan kisar yang telah ditumis (Bahan A) tadi...Kacau sebati. Biarkan ia mendidih sebentar.
  5. Masukkan bahan B
  6. Masukkan Carrot/Lobak Merah.
  7. Masukkan garam secukup rasa..Biarkan mendidih sebentar..
  8. Bolehlah dihidangkan panas-panas..Untuk hiasan, letak lah daun sup dan bawang goreng.

Tuesday, August 16, 2011

Memang Tak Ada Period Pain

-16 Ogos 2011-

Bila baca testimoni kat blog EazyCatalyst semalam, baru aku perasan yang aku pun sama.
Bulan nie aku period, langsung tak ada sakit apa..
tiba-tiba je period..
Normally aku one week before period, confirm loya-loya bagai mengalahkan orang mengandung...
Tapi bulan nie tak pun!
Even lewat 2 hari, tau-tau je period...
TAK SENGGUGUT sepanjang period seminggu tu...Sedar-sedar je period dah habis...Syok gila...
Pastu period pun macam tak de lah keluar sangat banyak macam dulu.

Bagi sesiapa yang nak cuba VCO nie, emailkan nama, no.hp, alamat and berapa botol VCO yang korang nak ke ienafazlyna@gmail.com

RM39.90 (60biji)
Not Including Postage

TAK RUGI MENCUBA!

Monday, August 15, 2011

Metrojaya Sale 2011 at PICC

-15 Ogos 2011-

Pagi-pagi nie buat terapi cuci mata tengok $$$$..
Tak dapat tengok dalam akaun sendiri, tapi tengok dalam akaun Encik Suami pun tak pe..
Lagi mewah..senyum sampai ke telinga
Even bukan duit aku.hehehe

Ni pulak terapi untuk korang habiskan $$$$$
Jom serbu!
Tempat : Putrajaya Convention Center (PICC)
Tarikh : 17-21 Ogos 2011
Waktu : 11 am to 10 pm.

Saturday, August 13, 2011

Resepi Sardine Roll


-13 Ogos 2011-
Haluuuu!!!!Pose tak hari nie??
Entri hari nie resepi lagi ye..hehehhe..
Resepi yang diambil dari blog Kak Wan

Bahan Inti :
  1. 1 tin kecil Sardin - dilenyek/hancurkan
  2. 1 biji Bawang Besar - dipotong dadu
  3. 2 biji Bawang Putih - ditumbuk
  4. 1 sudu besar Cili Kisar
  5. 1 tangkai Cili Merah - dicincang
  6. gula dan garam secukup rasa
  7. 1/2 biji Limau Nipis

Cara Membuatnya:
  1. Tumis bawang putih.
  2. Masukkan cili kisar, bawang besar dan cili merah.
  3. Masukkan sardin sekali dengan sos.Tumis sampai sos kering
  4. Masukkan gula, garam dan limau nipis.
  5. Kacau sebati, angkat, sejukkan.
    Bahan Untuk Doh:
  1. 3 cawan Tepung Gandum
  2. 1 sudu teh Yis Mauripan
  3. 1 biji Teluk sejuk
  4. 1/2 cawan Air Mineral Sejuk
  5. 2 sudu besar Minyak Masak
  6. 1 sudu teh Garam halus
  7. 1 sudu besar Gula
Pelekat: 1 sudu besar gandum + sedikit air menjadi pes pekat

Cara-Cara :
  1. Larutkan yis dan gula dengan 1/2 cawan air. Kacau rata hingga sebati dan biarkan sebentar.
  2. Masukkan tepung yang di ayak ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur, minyak dan garam. Gaul sebati dan tuangkan air bercampur yis sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 30gm.
  4. Gelek doh menjadi nipis dan letakkan sedikit inti di atasnya. Gulung kemas dan letakkan sedikit pelekat di hujung supaya gulungan tidak terbuka bila di goreng. Picitkan sedikit di hujungnya.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Toskan dan sedia dihidang.


Thursday, August 11, 2011

Resepi Ayam Percik

Dalam kelam kabut terjaga dari tidur lepas balik kerja semalam, sempat juga merealisasikan cita-cita aku untuk masak Ayam Percik nie..Even masa tu dah pukul 6.40pm dengan pinggan mangkuknya still tak berbasuh..Tepat-tepat orang azan ayam ni masak.

Resepi untuk korang yang dah tak ada idea nak masak apa untuk berbuka..senang dan ringkas je bahan-bahannya.

Bahan-bahan:
  1. 4-5 ketul Ayam (digaul dengan garam dan kunyit = goreng)
  2. 3 biji Bawang merah - kisar
  3. 2 biji Bawang putih - kisar
  4. 1/2 inci Halia - kisar
  5. 1 cawan Santan ( kalau guna santan kotak yang pekat, tambah air sikit)
  6. 2 sudu Cili giling
  7. 1 batang Serai dititik titik
  8. 2 keping Asam Jawa
  9. Minyak untuk menumis

Cara-Cara :
  1. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan serai dan cili giling, tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng, santan dan asam keping. Masak sehingga kuah pekat

Senang je kan??? Kalau korang masa dalam kuantiti yang banyak, just tambah je lah bahan-bahan tu ikut sukatan korang.
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERPUASA!

Buffet Ramadhan 2011 : Cruise Tasik Putrajaya





Untuk tempahan sila hubungi no nie : 03-88885539 Fax:03-88883769
Tempahan mesti dibuat 7 hari sebelum.

Wednesday, August 10, 2011

Pre Order VCO & Collagen Catalyst

SCROLL DOWN TO READ NEW ENTRI
 RM39.90 sebotol (60 biji)
 RM59.90 sekotak (15 paket)
Postage :
1-3 item : RM5
4-7 item : RM10
Untuk yang berada di Putrajaya boleh C.O.D .

Untuk tempahan sila emailkan kepada : ienafazlyna@gmail.com
Nyatakan nama, alamat, email, no.hp, dan samada akaun Maybank/CIMB
Perlu diingatkan tempahan adalah Pre-Oder, so, item akan sampai ke tangan anda dalam masa 2-3 selepas item sampai kepada saya. If saya ada ready stock, maka item akan sampai dalam masa 2-3 hari selepas pembayaran dibuat.

Untuk maklumat lanjut tentang produk ini sini ke page link di bawah
http://blogcikpuan.blogspot.com/p/penggunaagen-produk-catalyst.html 

Untuk membaca testimoni saya sila klik link di bawah
http://blogcikpuan.blogspot.com/2011/07/testimoni-vco-softgel-collagen-catalyst.html

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya

-10 Ogos 2011-
Bermula hari nie ye kengkawan.. 10/8/2011 hingga 14/08/2011
Lokasinya di Presint 2, bersebelahan KPDNKK..depan bazar ramadhan..
Kalau korang lalu nampak ada khemah putih depan bazar ramadhan tu, ha..kat situlah..Jangan risau, ada banner, so korang senang jumpa..

Dah 2 tahun aku pergi Jom Beli Barang Raya nie, tapi pergi tengok je lah..sebab aku rasa barang dia lagi mahal kot dari kat luar.. pastu macam old fashion je semua baju-baju & kasut kat situ..handbag pun sama..
Opsss..aku nie promote, tapi mengutuk lak..hampess tol..
Tu sebenarnya pendapat aku, tak tahu lah orang lain kan..Kalau korang nak tahu, pergi la tengok ye!

Noted: Kain nak buat baju raya bila nak beli nie?sob sob sob


Thursday, August 4, 2011

Awak, Kita Tak Puasa....

....jom pergi lunch kat mamak...
Nanti leh merasa naik van jenazah..

Hari Pertama Puasa
Kakak : Maqim puasa tak hari nie?
Dak Kecik : Puasa! Puasa yangyong balik sekolah bukak periuk...
Kakak : Tak nak bagi duit raya..
Dak Kecik : Tak Pe
Kakak : Tak nak belikan baju raya.
Dak Kecik : Mama boleh belikan.
Kakak : Ok, tak nak beli hadiah lori masa besday Maqim.
Terus senyap je..hahahhaa

Hari Ketiga Puasa
Dak Kecik : Kak Long, hari nie Maqim puasa..
Kakak : Ye ke? Tak bukak periuk ke?
Dak Kecik : Tak..Maqim puasa..Kak Long belikan lori besar tau..Yang boleh muat orang.Ok, bye.
Call aku semata-mata nak cakap kat aku dia puasa jek?? cehhh..
Hari Keempat Puasa ( hari nie la...)
Dak Kecik : Kak Long, esok harijadi Maqim kan?
Kakak : Ye, kenapa.
Dak Kecik : Kak Long bagi kat posmen je lah hadiah Maqim.
Kakak : Kenapa plak?
Dak Kecik : sebab harijadi Maqim kan esok.
Sebenarnya hadiah tu tak beli pun lagi.... Ampunnnn!!!!
Semua kakak - kakak dia jadi mangsa kena beli kan hadiah siap dengan kek lagi..muahahhaa..

Tuesday, August 2, 2011

Resepi Kek Pandan Marble

Bahan-bahan :
  • 4biji telur
  • 1sdt serbuk coklat,ayak.
  • 100gm gula pasir
  • 1sdt ovallate
  • 25ml susu cair (resepi sebenar guna 25ml santan pekat)
  • 1sdt perisa pandan
  • 50gr minyak masak
  • 100gm tepung gandum }ayak
  • 1/2sdt sebuk penaik }bersama
  • beberapa titik pewarna hijau
noted : sdt = sudu teh
    Cara-cara:
    • Pukul telur,gula pasir,&ovallate hingga kembang.
    • Masukkan ayakan tepung gandum & serbuk penaik.Kacau rata.
    • Masukkan minyak masak,kacau ra ta.
    • Masukkan santan & perisa pandan, Kacau rata.
    • Ambil 2 senduk adunan & beri serbuk coklat.Kacau rata.
    • Masukkan beberapa titik pewarna hijau pada adunan yg selebihnya. Kacau rata.
    • Masukkan adunan hijau ke dalam loyang yg dah digris.Masukkan adunan coklat,marblekan.
    • Bakar pada suhu 180c atau bergantung pada kepanasan oven masing -masing selama 30 minit. 



    Resepi dari My Resepi

      Monday, August 1, 2011

      Ramadhan Pertama Berdua

      Assalamualaikum  dan Selamat Berpuasa untuk semua yang membaca entri/blog nie...

      Dulu menjalani ibadah puasa berdua..tahun nie pun berdua jugak..yang bezanya tahun nie berdua dengan Encik Suami....Alhamdullillah....Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan dalam kehidupan kami berdua....

      Aishhh..tetiba tercakap gaya budak baik...ekekekke...

      Niat di hati tahun nie haruslah pergi berterawih..dulu masa membujang aku memang liat betul..semalam dah terlepas terawih sebab tengah dekat highway..malam nie plak...aku yang asyik cakap sekejap dekat Encik Suami last-last aku tertidur..apela.......Malam esok plak Encik Suami on duty... aishhh..banyak betul alasan..macam-macam mana pun tahun ni harus berterawih jugak...

      Okla..Selamat Berpuasa semua!!!