Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Resepi Kue Tiaw Kungfu... Wachaaaa!!!

Assalamualaikum....
Haluuu...
Lame giler tak update belog ni kan??
And lagi lame giler tak tempek resepi kat belog nie kan???
Jom..Usha resepi terbaru...Tetiba rasa nak makan lak..tapi tak nak yang beli....Heheeee..macam-macamlah..

Resepi Kue Tiaw Kungfu 

Bahan-Bahan:

1. Kuetiaw
2. 2 biji Telur
3. Serbuk Lada Hitam
4. Serbuk Lada Sulah
5. 3 ulas Bawang putih -ketuk2
6. Sayurdipotong-potong - kubis, brokoli, sawi, carrot atau apa2 sayur je lah yang korang suka.
7. Tepung jagung
8. Garam
9. Ayam .. boleh tambah udang or sotong..
10. 1 atau 1/2 Kiub pati ayam 

** Sukatan dia korang agak-agaklah secukup rasa.

Cara-Cara:

1. Pukul telur dan masukkan kuetiaw..pukul sehingga rata..masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
2. Goreng dalam minyak yang sedikit sehingga agak garing..
3. Dah siap, ketepikan dulu...
4. Untuk kuah pula, tumis bawang putih.....
5. Masukkan air ikut suka hati korang nak banyak mana kuahnya.
6. Masukkan kiub pati ayam..
7. Masukkan lauk seperti ayam, udang atau sotong..nak letak semua sekali pun boleh...biarkan masak sekejap.
8. Masukkan sayur-sayuran
9. Untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dengan air... sukatan tu ikutla macam mana pekat yang korang nak..
10. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
11. Campurkan kuah ke dalam kuetiaw yang telah digerang dengan telur tadi.

tadaa....siap untuk dimakan....

Thursday, August 11, 2011

Resepi Ayam Percik

Dalam kelam kabut terjaga dari tidur lepas balik kerja semalam, sempat juga merealisasikan cita-cita aku untuk masak Ayam Percik nie..Even masa tu dah pukul 6.40pm dengan pinggan mangkuknya still tak berbasuh..Tepat-tepat orang azan ayam ni masak.

Resepi untuk korang yang dah tak ada idea nak masak apa untuk berbuka..senang dan ringkas je bahan-bahannya.

Bahan-bahan:
  1. 4-5 ketul Ayam (digaul dengan garam dan kunyit = goreng)
  2. 3 biji Bawang merah - kisar
  3. 2 biji Bawang putih - kisar
  4. 1/2 inci Halia - kisar
  5. 1 cawan Santan ( kalau guna santan kotak yang pekat, tambah air sikit)
  6. 2 sudu Cili giling
  7. 1 batang Serai dititik titik
  8. 2 keping Asam Jawa
  9. Minyak untuk menumis

Cara-Cara :
  1. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan serai dan cili giling, tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng, santan dan asam keping. Masak sehingga kuah pekat

Senang je kan??? Kalau korang masa dalam kuantiti yang banyak, just tambah je lah bahan-bahan tu ikut sukatan korang.
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERPUASA!

Friday, October 15, 2010

Maggie Goreng Cik Puan

15 Oktober 2010

Bahan-Bahan:-
  1. Maggie segera tanpa perencah
  2. Sedikit Minyak untuk menumis
  3. Bawang Merah dicincang
  4. Cili Boh
  5. Kicap
  6. Ayam dipotong dadu
  7. Udang dibuang kulit
  8. Fishball dibelah dua
  9. Tauge
  10. Sedikit garam

Cara Penyediaan:-
  1. Maggie dilembutkan dengan air mendidih
  2. Tumis bawang merah sehingga naik bau.Kemudian masukkan cili boh. Tumis sebentar
  3. Masukkan ayam, udang dan fishball..tumis sehingga masak
  4. Masukkan sedikit garam
  5. Masukkan Maggie dan gaul sebati.
  6. Kemudian masukkan tauge dan kicap..kacau hingga sebati...
  7. Sedap di makan semasa panas.

Contengan Tambahan : Ni lah menu aku time penyakit kemalasan melanda jiwa

Saturday, August 21, 2010

Puding Karamel Lapis Coklat

Aku telah cuba resepi baru..
ambil kat blogresepi.com

Aku tak suka sangat makan puding caramel a.k.a puding gula hangus nie, sebab selalu my mom suka letak caramel banyak2..so, rase die manis sangat....
Tapi yang nie aku try buat sebab dia ade coklat..fuuhh..memang marvelous & yummy sangat..
bukan nak puji aku buat sedapla..
tp resepi ni yang memang sedap pun...
kalau korang nak cuba..amik resepi nie..

Resipi Puding Karamel Lapis Coklat

Bahan A
* 1 tin susu cair (375 ml)
* 5 s/b gula
* 3 biji telur A
* 1 s/k esen vanilla

Bahan B
* 1 tin susu cair
* 5 s/b gula
* 3 biji telur A
* 4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C
* 2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu (kalau suka karamel banyak, leh letak lebih la)

1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan-(atau kukus guna oven. Letak air dlm dulang pembakar dan kukus pd suhu 200′C)
3. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.(tapi aku hanguskan gula atas dapur dulu)
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.(macam aku buat 3 lapis je. So kukus lama sikit pd setiap lapisan).
7. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
8. Potong dan hidangkan.


tak menyesal kalau korang cuba!!
cepat-cepat masuk dapur buat untuk berbuka hari nie..
kalau nak tengok gambar yang lagi menarik & yummy-yummy
klik SINI

Contengan Tambahan : kejamkah aku sebab kuarkan entri cam nie di tgh2 hari bulan pose nie?aduhsss..ampunkan aku yep korang2...

Monday, May 31, 2010

Nasi Goreng Gila

Sapa pernah makan Nasi Goreng Gila?
Apesal nama Nasi Goreng tu macam tu?
Nak makan pun takut ar..rakut jadi gila..
hehehe..


Sapa-sapa nak try Nasi Goreng Gila nie..sila amik resepi kat bawah..
Pengirim email tu yang bagi..hahah..selamat mencuba!
Kalau sedap bagitahu aku erk..nanti aku nak cuba plak..

Nasi Goreng Gila

Bahan utama:
1 piring nasi putih
1 butir telur ayam, goreng hancur
1 batang daun bawang, dihiris
1/2 sudu teh kicap ikan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu besar serbuk lada
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan acar mentimun
Bahan Kedua (untuk sos):
5 batang sosej, potong nipis
7 ketul daging lembu, direbus & hiris nipis
1 biji bawang besar ukuran sedang, cincang halus
4-5 ulas bawang putih, cincang kasar
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili pedas
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya
1 sudu makan minyak untuk menumis

Cara membuat nasi goreng gila :
Pertama : Membuat nasi goreng : masukkan minyak goreng, telur, daun bawang, nasi putih. Goreng dengan api sedang. Tambahkan kicap, garam, gula, dan serbuk lada.
Kedua : Membuat sos : Tumis bawang besar sampai layu, tambahkan bawang putih masak sampai harum. Masukan daging yg telah di hiris nipis, stir-fry sampai masak. Tambahkan sosej, sos tiram dan sos cili pedas. Tuang air, tambah garam dan perisa, goreng hingga masak.
Terakhir : Setelah tumis sosej dan jamur masak tuangkan ke atas nasi goreng. Tambahkan acar mentimun.

TIPS TAMBAHAN : Ingat, jangan ketawa-ketawa berlebihan sambil makan nasi goreng gila …. nanti betul2 jadi gila .. hahaha …

Saturday, May 22, 2010

Tahi Itik Pun Sedap Ape???

Akhirnye selesai lah sudah aku jenjalan kat blog2 yang ade lam link list aku tuh..
wooo..lame ooo..dari matahari terbit sampai matahari tenggelam..
hahahha..dah tu ade iklan selingan 
masak + mandi + sembahyang + makan + tertido
hehehehe..aku dah add beberapa link yang baru..korang cek kot2 korang nye tertinggal..name lnik berdasarkan nama blog korang atau nickname korang k..kalo tak de, komen kat cnie..

Back to the tajuk lak..korang pernah makan tahi itik??
korang tahu tak tahi itik tu amatlah sedap
walaupun namanya tahi..
manis amat..
yang penting..nie makanan feveret aku tau...
Apesal tengok aku cam tu??
pelik erk aku makan tahi??
-
-
-
-
-
-
-

 nama makanan nie Tahi itik k..sangat tak senonoh name die..tp sangat sedap..
nie femes amos nie kalo kat kelantan
kalo ade rakyat kelantan yang tak tahu
wajib korang nie kena buang negeri..
Nak resepi??
senang jek..

RESEPI TAHI ITIK
- 6 biji telur ayam (pukul kembang @blender jek senang)
- 3 ketulan gula melaka..
- 5 sudu gula
-6 biji bunga cengkih

@memula korang panas air, agak2 lam 2 cawan lam periuk..then masukkan gula melaka/gula perang..cairkan die..agak2 warne dah ala2 hitam..
@ masukkan gula sekali
@ bila gula + gula melaka dah hancur semua, dah meggelegak..korang masukkan telur yang dah blender tu..kecikkan api k..nnti melimpah ruah lak...
@ masukkan bunga cengkih, then tutup separuh periuk tu..
@ dalam 10 minit pastu dah leh angkat
@ biarkan sejuk & masukkan lam peti ais..
memang enak dimakan waktu sejuk2 gitu...
SELAMAT MENCUBA!!

Aku dah kata aku memang makan Tahi itik..hehehehe..

Wednesday, March 17, 2010

Bersarapan pagi-pagi bersama Pulut Pagi..

Korang tahu ke ape tu Pulut Pagi???
Mesti ramai yang tak tahu
except kalo org kelantan...
dieorg tahu ler...
Pulut pagi ialah Pulut yang dimakan di waktu pagi..
muahahahahahah..
sorry..!!! :(
tapi memang betul lah pulut nie enak dimakan diwaktu pagi
Cara nak buatnya???senang saje..cehhh..berlagak la pulak..padahal aku pun baru 1st time buat nie..
selama nie tahu makan aje..
bile duk berjauhan ngan tukang masak (my beloved mum) kena la masak sendiri nak makan ape
nak beli kat kedai tak ada la pulak
oklah..bebel aje..nie cara buatnya

Bahan-bahan:
1)Beras pulut
2) Gula perang/gula melaka
3) Kelapa muda
4) sedikit garam

Cara membuatnya
1) Rendam beras pulut dalam 30 minit (ikut suka sukatan berapa)
2) Basuh bersih-bersih
3) kukus pulut tersebut sampai separuh masak
4) then masa tengah panas-panas tu, gaulkan gula perang yang dah hancur tu...kalo guna gula perang yang keras tu, kena masak dulu bagi cair...gaulkan sekata sehingga agak2 manis.
5) Masak lagi sehingga betul2 masak
6) masa panas dia lembik sikit, so nak makan elok tunggu dia sejuk
7) kelapa muda digaulkan dengan garam..jangan banyak-banyak garam tu
karang masin.
8) taburkan kelapa muda tadi diatas pulut

nie yang dah siap untuk dimakan

SELAMAT MENCUBA!!