Friday, September 30, 2011

Baby Dalam Kantung

Baby masa 8 minggu...Scan pada 28.9.2011

Embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu.
Sumber: Baby Center

Masa scan tu, dapat tengok jantung dia berdenyut..seronok sangat..rugi Papa tak de..hahaha...Doc kata nanti kandungan masuk 18 minggu scan lagi..tak sabar nak tengok baby lagi...

Wednesday, September 28, 2011

Buat Buku Rawatan Ibu Mengandung (Buku Pink)

Kali pertama pergi check up dekat Klinik Kesihatan dan buat buku pink sekali..Even macam-macam aku dengar orang cakap buat nanti 2 bulan lah, nanti 10 minggu la, nanti 3 bulan la..ade yg cakap tunggu 5 bulan baru buat..so, tak tahu mana satu aku call sendiri klinik tu.. Dan nurse yang jawab call tu cakap aku dah boleh pergi buat buku pink.Sebenarnya usia 6-8 minggu dah boleh pergi, jangan lebih dari 12 minggu baru nak pergi.

Aku pergi Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Putrajaya Presint 3.. Lokasi dia berhampiran bangunan MOA..sebelah je..yang bangunan kaca tu..tapi korang kena turun ke bawah sikit..agak tersorokla lokasi dia...



Masa pergi tu untuk buat buku, bawak diri & kad pengenalan je (IC).
Amik nombor then dia panggil untuk isi maklumat kat muka depan buku pink...Pastu dia tanya lah beberapa soklan mudah..Lepas tu, dia panggil untuk ambil darah..kat lengan..10ml ko..aku mcm biasa la kalo nampak benda berjarum-jarum nie harusla mata pejam rapat-rapat..hahahhaa...padahal macam kena gigit semut je pun...

Lepas ambil darah, buat urine test plak..lepas tu kena tunggu kejap then jumpa nurse untuk timbang berat.. 50.95kg berat aku..ayakkk....pastu nurse check breast untuk kesan kot2 la ada kanser ke ape kan..dengan tekan2 sikit kat perut tak tahu lah check ape..hahaha...then dapat ubat 4jenis...

Then kena tunggu lagi..jumpa doc pulak..doc buat ultrasound..nampak baby kecik sangat..baru 8 minggu je pun..aku due maybe dalam 7-9 Mei 2012..

Then doc suruh bawak buku pink pergi dekat nurse untuk next check up..Dah siap!!! 1 jam 30 minit je....sebab tak ramai orang kot...


Wednesday, September 21, 2011

Karnival Usahawan Desa

Bagi sesiapa yang tak ada nak pergi open house minggu nie, boleh lah ye pergi open wallet kat Karnival Usahawan Desa nie..hehehe..
Masa aku lalu tadi tengok banyak juga booth.. Banyak menjual produk-produk makanan keluaran IKS kot..
Aku tak berkesempatan nak pergi kot sebab Encik Suami kerja wikend nie..aku pun tak larat nak berjalan-jalan..balik kang mula la lenguh kaki bagai...

Sunday, September 18, 2011

Susu Ibu Mengandung

Memula tu ingat nak cari Anmum..Sebab Mama suggest suruh beli Anmum..Tapi bila sampai aje dekat Giant tu, ngah jenguk-jenguk kepala kat bahagian susu ibu  tu, datanglah seorang auntie....Potpetpotpet duk promote MamilMama.. Dek kesian sebab auntie tu dah bebel banyak sangat kan, aku pun beli la MamilMama..hahaha..cepat tul terpengaruh..Actually nie bukan sebab terpengaruh, tapi bila baca-baca penerangan tentang MamilMama nie, rasa its better than Anmum kot...Keluaran Dumex..

Untuk pengetahuan korang MamilMama ada 2 jenis.. Original dan Fine Cocoa..And of course la aku beli yang Fine-Cocoa..mahu termuntah darah aku minum susu original..hahha..over betul.

Menurut auntie promoter tu, MamilMama yang aku beli nie adalah yang keluaran baru..iaitu formula baru yang mengandungi Immunoforce yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan wanita yang merancang untuk hamil, sedang hamil atau memberikan si manja susu badan.. Ceyss..ayat copypaste dari kotak susu..


Mamil Mama mengandungi asid folik, kalsium dan zat besi yang tinggi kandungannya untuk tumbesaran dan perkembangan janin.Selain itu ia juga diformulasi dengan vitamin dan mineral penting untuk membantu dalam menbekalkan nutrien dalam badan..Tetiba rasa macam auntie promoter lak aku nieh...

Kesimpulannya..MamilMama nie bukan untuk wanita yang sedang hamil je, yang merancang untuk hamil dan yang tengah menyusukan baby pun leh minum ye... Kadar pengambilan yang disyorkan ialah 2 kali sehari untuk wanita yang sedang merancang kehamilan dan menyusukan bayi, 3 kali sehari untuk wanita yang sedang hamil..tapi aku minum 2 kali je..Tak nak bagi cepat habis..Muahahaha...

Aku beli kat Giant harga dia RM32.49..kata auntie tu promotion..sekali aku tengok kat kedai runcit darussalem kat presint 9 tu harga die RM31.00 ++ je..Ntah-ntah kat Mydin lagi murah kot..Haaa..nanti kita g survey ye..ekekekke... Kalau ada tempat lagi murah korang bagitahu aku yek..ekekekke..

Hah..lupa nak bagitahu rasa dia sedapp..takkan menyebabkan korang muntah darah bila minum..terutama untuk korang yang tak suka susu tepung..Ada gak bau sikit, tapi dah menusuk-nusuk ke hidung...

Tuesday, September 13, 2011

Mimpi Buoh Katok Puru

Before tahu diri aku pregnant hari tu, setiap kali tidur, aku mesti mimpi 2 benda.
Makanan
dan
Family..

Yang paling musykil, aku mimpi buah katak puru ..
Korang kenal ke menatangapetu??
Bukanlah katak hidup tu ye..
Ia sejenis buah..
Nama tak glamer dia NANGNAK..erh silap NAM NAM...


Ni lah rupa buah katak puru tu...
OOHHHH..Sungguh enak dimakan cicah garam dan gula..sedapnya!!!!
Dekat rumah atuk dan nenek aku ada pokok buah nie..
Haisshh..tetiba rasa nak makan..spoiled betul lah
Kalau suruh Mama pos agak-agak dia kecut tak???

Ada orang kata daun buah katak puru nie boleh buat ubat untuk orang yang susah kencing..
Tak tahu lah sejauh mana kebenaran tu..
Kalau korang rasa korang susah nak kencing, pergilah try cari pokok buah katak puru nie, rebus daun dia...

Sunday, September 11, 2011

Budak Kecik Dapat Rasa Aura Baby ?

Masa ni aku tak tahu lagi aku pregnant..and tak rasa pape pun lagi..mungkin masa tu usia kandungan aku baru 2 minggu kot..masa dekat kampung aritu..

Adik aku yan bongsu hari-hari cakap pasal baby dengan aku..Tak faham betul aku..Yang paling menggelikan hati dia cakap :

"Kak Long, nanti kalau Kak Long ada baby, kalau Kak Long nak pergi kedai, Kak Long pergi lah..Nanti Maqim jaga baby Kak Long kat rumah sorang-sorang"  .. pastu dia gelak dengan gediknya..


 Hahaha..konpius aku...Tak paham kenapa dengan bercakap dengan nada yang happy sangat-sangat sampaikan semua orang gelakkan dia..Macam excited gila.. Ni aku tak tahu la samaada Mama aku dah bagitahu dia ke belum, karang kalau bagitahu kompem hari-hari dia duk ajak Mama datang sini, padahal bukan ada lagi baby pun..hahahhaa...

Friday, September 9, 2011

Rezeki Bulan Syawal

Setiap kali lepas solat, aku tak pernah lupa menitipkan doa kepada Allah S.W.T supaya dimurahkan rezeki kami sekeluarga...
Dan siapa sangka, di awal usia perkahwinan, aku mendapat rezeki yang tidak ternilai oleh wang ringgit.. Aku pun tak sangka secepat itu..Tapi Alhamdullillah....Berita yang ditunggu-tunggu oleh Encik Suami...

Setiap bulan aku memang alert dengan tarikh period aku..memang aku tanda dan ingat..So, kalo lewat even sehari pun aku ingat..Alkisahnya, beberapa hari ni start last week perut aku nie rase semacam aje..rasa macam nak senggugut pun ada, rasa menyucuk-nyucuk di bawah perut..Aku pikir maybe sebab nak period kot even before this tak pernah pun rasa macam tu...Asyik pergi kencing aje..sampaikan malam tak leh nak tido dengan tenang sebab asyik ulang alik pergi toilet..

Tapi bila dah 1 week lebih dari tarik sepatutnya aku period, nekad la pergi beli UPT kat Klinik Marissa tu..depan ofis aje.. Nurse tu cakap, test waktu pagi..tapi aku nie jenis yang tak nyabar punya pasal, aku test jugak after lunch..dan hasilnya..


Ada 2 line..tapi aku macam aku puas hati gak, malam semalam encik suami balik keje dalam pukul 11pm, kiteorang pergi Poliklinik Sri Permai ... dan hasilnya...masih sama..ada 2 line.. Ye,aku disahkan mengandung..tapi masih awal lagi..baru 4 minggu..dan seterusnya aku tak dengar apa yang doctor tu cakap sebab dia cakap macam taknak cakap..mata pun sepet-sepet macam nak tertutup aje.. hilang excited kiteorang nie tengok doctor tu..dia mengantuk agaknya..al-maklumla dah tua..Dia bagi ubat folic acid, pastu bayar RM60..mahalnya..malam-malam nie dia cas lebih agaknya...

Walaupun doctor tu nasihatkan supaya aku jangan hebohkan pasal ni sebab kandungan masih di peringkat awal- means berpotensi untuk keguguran, tapi aku kan degil..tetap nak cerita jugak kat sini...Lama sangat lah nak peram cerita nie sampai minggu ke 12..huhuhu...

InsyaAllah..dengan izin Allah..zuriat ni akan selamat berada dalam rahim Mommy dia nie..Aku akan jaga dia dengan sebaik mungkin...Korang tolongkan doakan semuanya selamat okeh...

 dah start tembam-tembam ..

-09092011-

Wednesday, September 7, 2011

Raya Pertama DiRumah Mertua

Hari raya kedua..balik kampung encik suami di Batu Pahat Johor..
Perjalanan hampir 12jam campur dengan jem sikit..
Penat betul drive kat sebelah pemandu..lalalalala....

Sampai sana dah pukul 2.00 pagi ..tanpa bersalaman dengan mertua terus masuk bilik tidur...bertuah betul..erh, mak mertua aku tengah tidur la...hahahha..barang pun semua encik suami angkat sorang..aku zzzzz...

Pastu agak-agak la kan aku bangun pukul 11 pagi lebih..Dan Abah call pastu bebel aku kat rumah mertua pun bangun lambat..hahhaha.. Anak mertua aku tu lagi la..pukul 2 petang baru bangun..erh, laki aku la tu..hahhaha..

Petang tu bersamaan raya ketiga pergi rumah Pak Usu aku dekat Taman Miri, pergi kejap je pun ..sebab dah nak maghrib..Esoknya beraya ke rumah sedara mara encik suami dekat Ayer Hitam and Keluang... Yang bestnya masa dekat Ayer Hitam dapat makan durian banyak-banyak..Siap bawak balik lagi 3biji, pagi2 esoknya bangun tidur, ngadap durian lagi...sampai demam encik suami ku..hahaha..

Dah habis cerita...menarik tak pengalaman aku beraya di rumah mertua??*sigh*

Tuesday, September 6, 2011

Raya Pertama Lepas Kahwin

Tahun nie merupakan tahun pertama aku beraya sebagai seorang isteri...Seronok seronok seronok!!!Walaupun baju tak sedondon sebab tukang jahit a.k.a. Mama sibuk duk siapkan tempahan baju orang lain..sob sob sob..nyesal tak beli dah siap okeh..tahun depan Mama kata nak pencen dah amik tempahan, tapi kalau Mama tak pencen jugak, harus aku beli je lah..tapi nak yang kat GENE MARTINO hokeh! Giler demand!

Tahun nie jugak beraya di rumah family aku dulu..sooo.. bertambah tambah tambah SERONOK! Tapi keseronokkan beransur pudar bila terpaksa balik rumah mertua pada hari raya kedua..siap buat drama air mata lagik...Kalah Fauziah Nawi tau!

Sehari sebelum raya, Iftar together gether dengan sanak-saudara sepupu sepapat dekat rumah nenek a.k.a umah pak muda...syok gile sbb dah 2 tahun kot tak join berbuka puasa macam tu..Pengalaman pertama untuk encik suami...Macam biasa aku dan sepupu2 sekepala group dapur la..siap ada nasi tambah, air tambah, punya lah kedekut tak nak bagi orang lain ambil, last2 kiteorang pun tak sentuh langsung segala tambah2 tu..hahahhaa..

Selalunya raya pertama rumah aku tak masak apa-apa..kiteorang g serbu makanan rumah nenek je..Tapi memandangkan tahun nie encik suami sudah menjoinkan diri, plus mak usu aku tak balik kampung, tak ade orang kat rumah nenek, maka aku telah memaksa Mama masak laksa and laksam. Konon2 aku nak tolong masak lah kan, sekali malam raya cousin aku ajak g merayau plak..cari baju anak dia..sebab baju anak dia pun sama Mama tak sempat jahit..hahahhaa...baju dia pun sama..hahahaha lagi...padan muka kami! balik-balik aje tengok semua dah siap...anak bertuah..hahhaha..Thank You, Mama! I Love You...

Lepas sembahyang raya, makan-makan kat rumah sendiri, then pergi rumah makcik pakcik makan-makan, makan-makan lagi..lagi dan lagi..balik rumah..pengsan!hahahha..best tak aktiviti aku??

Dah panjang sangat nie..nanti sambung part II plak okeh..Daaa.....