Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)Memang sejak menjak seminggu ni rasa tak selesa sangat...Semalam g check up doctor cakap baby dah turun....Pastu sakit perut datang tetiba selang sejam dua..Kalau dah duduk atau baring, nak bangun berjalan tu memang seksa yang amat..dan sakit kat bahagian celah kangkang..Jalan pun dah macam itik la rasa..dan dah malas nak keluar g jenjalan bagai..wikend lepak rumah je la..
Showing posts with label perkembangan bayi. Show all posts
Showing posts with label perkembangan bayi. Show all posts
Wednesday, October 17, 2012
Baby Progress 36 Weeks
Mesti korang menyampah ken???? Setiap kali publish entri pasal baby..Baby Baby Baby..Macam dia sorang pregnant ken??? Hade aku kesah, nok???? Sebenarnya nampak nau tak de idea nak conteng kat blog buruk yang bajet ramai orang bace padahal nonhado...
Friday, November 18, 2011
BERITA BURUK UNTUK SI BAPA!
BAYI HARUS BERKONGSI KATIL IBU SEHINGGA 3 TAHUN
Ber...ita buruk untuk golongan lelaki yang bergelar Bapa...nasihat kontroversi ini adalah dari pakar kanak-kanak, dilaporkan bahawa bayi anda sepatutnya tidur di sisi ibu mereka sehingga berumur sekurang-kurangnya tiga tahun. Pakar mendakwa bayi yang berusia dua hari jika diletakkan di atas katil tidur sendirian mendapati bayi berkenaan kurang tidur berbanding bayi-bayi yang terlena di sisi ibu atau atas dada ibu.
Seperti yang dipetik sari Dailymail, pakar tersebut juga menyatakan bahawa jantung bayi berada di bawah tekanan sebanyak tiga kali ganda apabila bayi itu tidur di atas katil sendirian tanpa ibu di sisinya. Tidur berjauhan dikhuatiri menjadikannya lebih sukar untuk ibu dan bayi menjalin hubungan kasih sayang malah boleh merosakkan perkembangan otak, dan membawa kepada kelakuan buruk apabila bayi itu membesar. Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu mereka untuk beberapa minggu pertama. Selepas itu, mereka harus tidur bersama ibu sehingga mereka berusia tiga atau empat tahun.
Sumber : Facebook
Friday, September 30, 2011
Baby Dalam Kantung
Baby masa 8 minggu...Scan pada 28.9.2011
Embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.
Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu.
Sumber: Baby Center
Masa scan tu, dapat tengok jantung dia berdenyut..seronok sangat..rugi Papa tak de..hahaha...Doc kata nanti kandungan masuk 18 minggu scan lagi..tak sabar nak tengok baby lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)


