Wednesday, October 17, 2012

Baby Progress 36 Weeks

Mesti korang menyampah ken???? Setiap kali publish entri pasal baby..Baby Baby Baby..Macam  dia sorang pregnant ken??? Hade aku kesah, nok???? Sebenarnya nampak nau tak de idea nak conteng kat blog buruk yang bajet ramai orang bace padahal nonhado...

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)
Memang sejak menjak seminggu ni rasa tak selesa sangat...Semalam g check up doctor cakap baby dah turun....Pastu sakit perut datang tetiba selang sejam dua..Kalau dah duduk atau baring, nak bangun berjalan tu memang seksa yang amat..dan sakit kat bahagian celah kangkang..Jalan pun dah macam itik la rasa..dan dah malas nak keluar g jenjalan bagai..wikend lepak rumah je la..
 

1 comment:

  1. jom gi tgk bola final ATM vs Kelantan (kalah ni)..hahaha..

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!