16/11/2011
Salam semua..dalam entri lepas aku ada bagitahu nak share ngan korang ape itu ERPOC kan??? Info nie aku dapat dari DRPAKAR ... Meh la sesama bace untuk rujukan kita bersama..
Apakah ERPOC?
Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Zamri Abd. Rahim, ERPOC adalah kaedah mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal dalam uterus akibat keguguran. Kalau dahulu doktor menggunakan alat yang dipanggil kuret dengan cara mencungkil bahagian dalam rahim untuk mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal, kini doktor akan menggunakan alat seperti vakum yang lebih selamat. Di sesetengah tempat kaedah ini disebut D & C sedutan atau ada juga yang memanggilnya dengan aspirasi vakum.
Bagaimanakah Prosedurnya?
Ia merupakan pembedahan minor yang selamat dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Biasanya pesakit hanya perlu menjalani rawatan harian di hospital sama seperti &C. Mulanya pesakit akan dibius dan kemudian serviks akan dibuka menggunakan dilator. ERPOC biasanya menggunakan dua jenis vakum sama ada vakum elektrik (EVA) atau pam manual (MVA). Kanula (bahagian depan tiub) yang disteril akan dimasukkan ke dalam uterus bersambung dengan tiub dari pam dan ia menghasilkan vakum yang halus lalu menyedut seluruh kandungan dalam rahim.
Pada Ketika Manakah Keguguran Perlu Menjalani ERPOC?
Kandungan di bawah 10 minggu boleh dicuci menggunakan ERPOC. Namun, bagi kandungan antara 11 hingga 15 minggu penyedut dengan diameter lebih besar akan digunakan dan kadangkala memerlukan bantuan kuret bagi memudahkan proses dilakukan.
Bagi kandungan yang telah mencapai minggu ke-16 hingga 24 pula, sejenis ubat seperti prostagladin akan digunakan untuk membuka pintu rahim dengan lebih luas. Kemudian kandungan akan dicungkil dengan kuret sebelum ERPOC dilakukan.
Sementara, bagi kandungan melebihi minggu di atas, janin akan keluar seperti kelahiran biasa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan wanita hamil yang mengalami keguguran menjalani ERPOC dan sekiranya peralatan tiada barulah proses D&C dibenarkan. Menurut perangkaan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, hanya 2.4 peratus pengguguran menggunakan kaedah D&C pada tahun 2002, berbanding 23.4 peratus pada 1972.
Adakah ERPOC Menyakitkan?
Tidak. Pesakit tidak berasa sakit kerana dibius ketika proses dilakukan. Selepas itu, pesakit mungkin mengalami sedikit kesakitan di bahagian perut seperti senak atau kejang ketika haid namun ia tidak lama. Luka di bahagian rahim juga jarang berlaku kerana ia tidak melibatkan proses kuretaj (menggunakan kuret).
err.. ngilu bace :)
ReplyDeletetetiba perut rsa seriau dan ngilu..adehhh
ReplyDeletememang kalo bace rase ngilu jek..tp mase buat tu doc bius sepenuhnye..so mmg xsedar ape la..uhuhu
ReplyDelete