Tuesday, December 27, 2011

Resepi Pizza Ayam Haiwaian

Tadaa.....


Amacam?? Nampak macam yummy yummy tak?? Homemade ni ye..sila percaya..gigih tak aku membuatnya?hahahha..Resepi asal dari RESEPI NANNIE.. Tapi aku dah ubah ikut apa yang ada kat dapur tu....

Meh tengok resepi version CikPuanTiut pulak..hahahha..

BAHAN DOH PIZZA
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

Cara Penyediaan Doh :

Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang bersih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.


 

Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seleuruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .


BAHAN UNTUK TOPPING
1 tin sos Prego Tomato,Selasih dan Bawang Putih
1-2 ketul dada ayam
Sedikit Serbuk Lada Hitam
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Cheese cheeder
cili capsicum - potong nipis-nipis
nenas tin - potong kecil-kecil
*Potong bawang besar dan cincang halus bawang putih .-Dada ayam dipotong nipis dan dicincang . Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang sampai layu kemudian masukk semua dada ayam dengan serbuk lada hitam serta garam secukup rasa . Biarkan ayam ni cukup masak tutup api dapur dan ketepikan.


Cara Penyediaan Pizza
Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan cili capsicum , nenas , ayam dan last sekali taburkan cheese cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

Saturday, December 24, 2011

Attend Friend & Relatives Wedding

Last week punye wikend, sangat lah pack ok..and also this week...Citer pasal last week, aku balik ke kampung hubby di Batu Pahat sebab nak attend majlis kahwin sepupu dia di Kluang pada hari Sabtu... Sekarang nie kan memusim orang kahwin..Even hujan asyik menyimbah bumi aje, apa yang telah dirancang harusla jugak dilaksanakan...

Hari ahad plak patutnya majlis di rumah pengantin lelaki pula di Segamat..tapi memandangkan kiteorang dah plan nak attend majlis kahwin kawan aku di Bukit Bintang, so kiteorang tak pergi la Segamat tu.

Yang ni special sikit sebab kawan aku nie berbangsa Iban..Begitu juga dengan husband dia..Dan kaum keluarga dia semuanya diterbangkan khas dari Sarawak sanun....Sangat meriah..First time aku tengok adat perkahwinan bangsa lain..Menarik gak..siap ada belah-belah pinang lagi..patutla ada perumpamaan bagai pinang di belah dua erk?? hehehe...

Majlis berlansung di Tajine Restaurant..Sebuah restoren Arab so, harusla makanan pun makanan arab kan..Menu utama malam tu adalah Beriyani Chicken, Mandi Lamb, Mandi Rice and Kabsah Rice..untuk minuman pula orange juice dan Lemon Juice yang awesome...I LIKE!!!



Majlis dimulakan dalam 8.30 pm dengan perarakan masuk pasangan pengantin ke pelamin..and ada tarian Iban lagi..i guess..


Dan mereka pun ada hantaran macam adat melayu jugak..


Juga ada acara makan beradap... dan dimeriahkan dengan sesi karaoke... katanya Kak Orchid, majlis abes dalam pukul 12..aku & hubby tak stay lama, sebabnya tahu-tahu je lah esoknya hubby keje and pukul 5.30 dah nak kena bangun..kalo balik lambat, harus la tido lambat & terlajak perahu yang tak leh diundur..hehhehe..so, kiteorang balik dalam pukul 10.30 after jumpa dengan pasangan pengantin....



Lastly Selamat Pengantin Baru buat Mai & Suami (Cousin Hubby) and also Frouline & Hubby ....Semoga Kekal Bahagia hingga ke Akhir Hayat...



Wednesday, December 14, 2011

Doa Seorang Isteri


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Sumber : PakarDiariHati

Tuesday, December 13, 2011

Pembekal Bahan Bakeri Di Bangi/Putrajaya

Rupanya banyak betul ye kedai yang jual bahan bakeri dekat Bandar Baru Bangi..dan jarak antara kedai-kedai tu pun dekat aje..aku baru je tahu masa pusing-pusing di Sek.9 semalam...

Bake With Yen
Lokasi dia bersebelahan dengan Restoran Abdullah Chan, Sekyen 9, Bandar Bandu Bangi. Dekat sini murah. Cream Cheese cuma Rm6.50 je..Tapi kan aku rasa barang dia macam tak banyak pilihan sangat..Selain dari susunan yang tak berapa teratur..Untuk waktu operasi korang boleh call 03-89275508. Yang aku tahu Sabtu tutup pukul 6.



Makcik
Juga terletak di Seksyen 9, berdekatan dengan Time Bakeri (kedai jual kek). Barang dekat sini banyak..Macam-macam pilihan ada,,lebih banyak dari Bake With Yen...Tapi harganya agak mahal la sikit..Aku check untuk Cream cheese je ye..Rm6.90..Beza 40sen dari Bake With Yen. No.phone 03-89267991. Buka sehingga pukul 8malam.

Yummie Bakeri
Yang nie pun dekat Sek.9 jugak..Masa nak keluar dari Sek.9 tu baru aku perasan.. Aku tak tahu pun before this yang Yummies duk dekat situ..Cuma tahu dia dekat Bangi je..Memandangkan barang semua dah lengkap, so malas plak nak menyinggah kat sini.Tapi tengok kedainya besar gila sampai 3 lot plak tu. Next time aku try pergi la. No phone 03-89258098.

Gambar Google

HnZ Bake Enterprise
Satu-satunya kedai menjual bahan-bahan bakeri di Putrajaya setakat nie..kedai kecik je..Barang asal adalah, tapi tak banyak pilihan..Harga ada yang murah, ada yang mahal.Tapi kalau creem cheese kat sini harga dia Rm6.90.....tapi kalau setakat nak membeli sikit-sikit and masa terdesak aku beli kat sini je la..malas nak pergi jauh-jauh kan...Lokasi dia di Presint 9, dekat dalam kawasan Flat Hijau/Putra Harmoni. Contact no 03-88811403.

Monday, December 12, 2011

Resepi Chicken Pie@Pai Ayam

Akibat addicted Chicken Pie sejak makan yang di-order oleh kakak s/u aritu, aku dah berazam untuk belajar buat sendiri..Dan akhirnya...



Ini resepi yang aku gunakan..daripada Website MYRESEPI. Tapi aku dah edit ikut selera aku.

Bahan-bahan [dapat 9 biji pie kecil..]

Pastry:
  • 150gram butter
  • 250gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 kuning telor
  • secubit garam
- gaul dgn tgn sume bhn2 pastry sehingga jadi mcm breadcrumbs. ~masukkan sedikit air sejuk sehingga doh menjadi lembut.


 Inti:
  • 1 biji kentang yg dipotong dadu
  • 2 keping dada ayam diptg kecil
  • minyak
  • 1 bijik bwg bsr dicincang
  • 1 cwn
  • 1\2 cawan air.
  • 1 sudu bsr tepung jagung+2 sudu bsr air
  • 1 sudu bsr gula & sos tiram
  • garam dan lada sulah
- goreng kentang sehingga berwarna keemasan..ketepikan.
- panaskan 2 sudu minyak..tumis bwg besar kemudian masukkan ayam dan kentang yg telah digoreng td.
- masukkan air..sos tiram..gula..garam & lada sulah.
- akhir sekali masukkan tepung jagung supaya inti menjadi pekat.
- sejukkan inti.

Cara-cara:
- Uli doh dan potong mengikut acuan pie.
- letakkan inti kedalamnya dan ditutup dgn kepingan doh.


- atas pie dicucuk dgn garfu dan disapu dgn kuning telor..
- bakar ke dlm oven 180celcius selame 25-30 minit.
- lebihan doh boleh digunakan untuk menghias pie..


Walaupun pastrinye tak selmbut sutera seperti yang jual kat kedai tu, tapi bolehla..erh, dah memang yg resepi dia macam ni la, bukan aku salah buat tau..Untuk yang lembut2 gebu2 tu, nanti next time aku cari resepi lain..ok...

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, December 11, 2011

Blueberry Cheese Tart

Akhirnya, berjaya jugak aku buat cheesetart kegemaranku itu...Itu pun dengan secara malasnya guna pastri yang dah siap, tinggal buat filing die aje..bukan ape, malas nak menguli-uli tepung bagai tuh..senang kalau ada pastri yang dah siap...first time aku beli kat HnZ Bakeri dekat Presint 9 tu, sedap..harga dia dalam 35sen sebiji..then semalam aku pergi Bake With Yen pun ada, RM2.60 = 10/paket..kurang sedapla..aku rasa sebab butter dia tu berbau....dah la aku beli 50keping, so redha je la abeskan cikit2 nanti...


ok2..ni resepi Blueberry Cheese Tart yang aku ambil dari blog Citarasawan. Resepi kat blog Kak Wan nie, kalau buat tak pernah tak menjadi..Kompem sedap...

Bahan Pastry Tart
60gm gula kaster / gula icing
250gm tepung gandum
130gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

*** menggunakan gula kaster menjadikan kulit pastri lebih ranggup

Cara-cara:
1. Satukan gula kaster dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk (air di tambah jika perlu). Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
60gm gula ising
50gm mentega
1 biji telur
1 sudu besar lemon jus [aku tak bubuh pun]

Filing : Blueberry
(Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
1. Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati. Masukkan telur, jus lemon putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
3. Ambil kulit tart, pipekan sedikit filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
4. Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
5. Bakar sekejap selama 5-8 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu.


Selain dari filing Blueberyy, korang boleh letak coklat/kiwi/peach/strawberry..apa-apa je ikut kesukaan korang..setakat ni aku cuma pernah letak blueberry/kiwi & strawberry..Filing tu beli je yang dah siap..aku beli yang kiwi & strawberry tu di MakCik Bakeri, Bangi.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, December 10, 2011

Puisi Cinta Zahiril Adzim Buat Isteri Tercinta

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday #4