Tuesday, December 13, 2011

Pembekal Bahan Bakeri Di Bangi/Putrajaya

Rupanya banyak betul ye kedai yang jual bahan bakeri dekat Bandar Baru Bangi..dan jarak antara kedai-kedai tu pun dekat aje..aku baru je tahu masa pusing-pusing di Sek.9 semalam...

Bake With Yen
Lokasi dia bersebelahan dengan Restoran Abdullah Chan, Sekyen 9, Bandar Bandu Bangi. Dekat sini murah. Cream Cheese cuma Rm6.50 je..Tapi kan aku rasa barang dia macam tak banyak pilihan sangat..Selain dari susunan yang tak berapa teratur..Untuk waktu operasi korang boleh call 03-89275508. Yang aku tahu Sabtu tutup pukul 6.



Makcik
Juga terletak di Seksyen 9, berdekatan dengan Time Bakeri (kedai jual kek). Barang dekat sini banyak..Macam-macam pilihan ada,,lebih banyak dari Bake With Yen...Tapi harganya agak mahal la sikit..Aku check untuk Cream cheese je ye..Rm6.90..Beza 40sen dari Bake With Yen. No.phone 03-89267991. Buka sehingga pukul 8malam.

Yummie Bakeri
Yang nie pun dekat Sek.9 jugak..Masa nak keluar dari Sek.9 tu baru aku perasan.. Aku tak tahu pun before this yang Yummies duk dekat situ..Cuma tahu dia dekat Bangi je..Memandangkan barang semua dah lengkap, so malas plak nak menyinggah kat sini.Tapi tengok kedainya besar gila sampai 3 lot plak tu. Next time aku try pergi la. No phone 03-89258098.

Gambar Google

HnZ Bake Enterprise
Satu-satunya kedai menjual bahan-bahan bakeri di Putrajaya setakat nie..kedai kecik je..Barang asal adalah, tapi tak banyak pilihan..Harga ada yang murah, ada yang mahal.Tapi kalau creem cheese kat sini harga dia Rm6.90.....tapi kalau setakat nak membeli sikit-sikit and masa terdesak aku beli kat sini je la..malas nak pergi jauh-jauh kan...Lokasi dia di Presint 9, dekat dalam kawasan Flat Hijau/Putra Harmoni. Contact no 03-88811403.

12 comments:

  1. lor ye ke.. baru tahu la.. sebelum ni hanya tahu yummie jer.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. akk pon kalo brg sikit2 tu mmg bli kt flat ijau jer lah, kalo banyak akk lbhsuka g Yummie coz murah & byk brg...Yummie buka stp hari & tutup pkl 9mlm...x suka g makcik coz brg dia lbh mahal drp yummie

    ReplyDelete
  3. Bagus betul siap letak phone number sekali ^^ Terima Kasih!

    ReplyDelete
  4. Byk jgk eh kat bangi. Terima kasih atas info2 ni ya 😁

    ReplyDelete
  5. HnZ kedai muslim ke? Bmf lah. Beli kedai muslim. Nnti sales banyak, boleh dia besarkan kedai. Harga lebih murah. Bmf buy muslim first

    ReplyDelete
  6. Kedai Yummie nie masa pkp nie bukak ke? Kalau bukak dr jam brapa ke brapa? Sabtu ahad bukak ke?

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!