Sudah-sudah lah..PRU13 dah abes..tahniah kepada yang menang, yang kalah juga tahniah atas semangat juang.. apapun keputusan, samaada puas hati atau tidak, kalau tidak kerana ketentuan ALLAH, semua ini tidak akan terjadi..Kuat mana pun berusaha, ALLAH jua yang menentukan..Jika benar yang menang itu main kotor, yang kalah itu disabotaj, ALLAH jua yang menentukan..Anggaplah itu semua ujian dan dugaan.. Yang menang dengan cara kotor tu, mungkin ALLAH nak uji lagi sejauh mana mereka nak main kotor.. Wallahua'lam.. Ini bukan ceramah agama atau tazkirah sebab aku hanyalah hamba yang hina dan banyak kekurangan memang tak layak untuk bercakap mengenai agama.
Yang nak cakap sekarang ni ialah pasal pemikiran beberapa orang sekeliling yang sangat... nak kata menyakitkan hati pun boleh juga.. Janganlah sesuka hati judge atau label orang-orang tertentu sesuka hati korang.. Contohnya macam nie :
- yang tak pakai tudung, yang sexy, yang pakai baju tapi macam telanjang, yang pakai baju kurung tapi kain terbelah, korang cakap "orang UMNO memang macam tu".
- Bila orang tu lambat pergi menunaikan solat, korang cakap "ni lah orang UMNO".
Jangan suka mengata orang, nanti terkena pada diri sendiri... Jangan politikkan perlakuan, perangai atau pemakaian seseorang... Ramai je kot yang mengaku dirinya orang PAS, yang mengaku dirinya mempertahankan agama Islam, tapi tak pakai tudung, pakaian tak cukup kain, pakai baju menampakkan susuk badan.Tak payah tengok jauh-jauh cukup sekadar tengok sekeliling aku ni je.. Malas nak cakap banyak-banyak..Aku sendiri pun tak perfect..aku sendiri pun banyak kekurangan sebagai umat Islam..so buat apa nak sibuk2 hal orang..
Jangan lah sesama kita bergaduh, berbalah, bermasam muka semata-mata kerana politik dunia..satu hari nanti kita mungkin berada dalam kesusahan, perlukan bantuan antara satu sama lain..Orang yang kat atas tu senang lenang senang hati, kita pulak yang berpecah belah..
Sekian, hanya pendapat dari insan yang kerdil...
No comments:
Post a Comment
Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!