Thursday, July 25, 2013

Penyesalan Yang Sia-sia

Dah hampir setengah tahun, namun perasaan tu masih ada..Perasaan kehilangan..Bila ingat dan juga masa type entri nie, memang bertakung je air mata, tunggu masa nak dirembeskan..entahlah betul ke tak perkataan tu..Tapi,memang sedih masih terasa.. Sama ada aku yang masih tak dapat terima kenyataan yang dia dah tak ada.. Dan untuk entah ke berapa kalinya, aku sedih memikirkan raya ni, dia dah tak ada bersama kami lagi.

Aku kesal sebab tak berada dengan dia disaat dia menghembuskan nafas terakhir.. Dan yang paling aku kesali, aku tak pernah bagi apa-apa pada dia sepanjang aku dah kerja. Memang dah banyak kali aku plan nak bagi itu ini, tapi aku asyik tangguh2 je..dan akhirnya aku lupa..sekarang ni..sejak dia dah tak ada, apatah lagi nak dekat2 raya ni, aku asyik ingat apa yang aku plan nak buat..Tapi semua tu dah tak ada makna, sama macam tak adanya dia sisi kami.

Kadang-kadang aku asyik terlepas cakap depan hubby and adik aku pasal dia...Nak pergi umah mak, mak buat ketupat ..but then i release she's gone..Mana ada orang nak buat semua tu lagi..Mana ada orang yang nak cakap perkataan trademark dia lagi.. "takdokpekdohpekdoh"means tak berfaedah..Dia selalu cakap macam tu bila kami buat benda2 yang sia-sia..even orang lain pun..Sampaikan jadi trademark dalam perbualan aku dan adik2.

Dulu masa aku kecik, kami sangat rapat...dan akhirnya hubungan itu semakin lama semakin pudar bila aku meningkat dewasa, tinggal kat hostel dan berhijrah jauh dari kampungku..

Aku kesal sebab aku tak pernah belikan dia baju raya, bagi dia duit raya...Tapi apa gunanya penyesalan aku tu sekarang.. Maafkan aku!

Semoga arwah nenekku tenang di sana.Semoga ALLAH tempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman. Ampunkan aku kerana lupa untuk menghargai kehadirannya...Aku sayang dia sangat-sangat.

Monday, July 22, 2013

MyLittleCaliph:8months - Gigi 2 Batang!



Tengok tengok tengok
Saya ade gigi dua batang kat bawah
sape berani masukkan tangan dalam mulut saya
Nanti saya gigit kuat-kuat

Punyalah susah nak ambil gambar gigi dia nie..berminggu-minggu aku tunggu peluang nie..Akhirnya dengan bantuan auntie nya dapat jugak buat secara paksa.

Friday, July 19, 2013

Holiday Bertiga @ Cameron Highlands

Yabedabedooo!!!!

Last 2 weeks 6-7 Julai, kiteorang pergi Cameron Highland..Mummy nye la yang beria-ria sangat kan...Nak release stress lepas final exam kekununnya.Stress la sangat kan..First time kami bercuti..dan bertiga..Feel so good...

Jumaat after ofis hour terus gerak..benti solat maghrib dan dinner kat Sungai Buloh.. sampai kat Cameron dalam pukul 11:30 pm, cari-cari guest house yang aku booking tu tak jumpa lak..sekali call, rupanya depan sikit je, agak tersorok..Yang malangnya, ade ke patut orang guest house tu tak take note yang aku nak tambah lagi satu malam, then dia pulak tak keje malam tu..cis cis cis..naseb baik lah partner yang sorang lagi tu ok dan bagi kiteorang triple room shared bathroom, tapi dia cas sama cam double room yang aku request untuk malam esoknya..


Eight Mentigi Guest House..Ni yang dapat ditangkap.Almaklumlah, last minit punya planning nak pergi kan..RM90 for a night untuk double room.So far oklah stay kat sini, tak de lah teruk nau guest house kan.. Next time, kalau kena tidur sini lagi pun kiteorang ok je..Ramai backpaker mat saleh yang stay kat sini.

Esoknya pepagi lagi dah kuar, ikut plan..Singgah kat Big Red Strawberry Farm.Dekat sini ade sayurmayur yang fresh..hidroponik...salad yang banyak gila RM2 je..tapi aku beli esoknya kat Kea Farm RM3.

 sila cari saya

Strawberry Sundae yang superb delicious..Nak beli beratur panjang, so tak leh repeat

Next kiterang pergi Kampung Taman Sedia..Banyak homestay kat sini..dan ladang-ladang strawberry tapi boleh tengok dari luar je..no plucking..


Then pergi BOH Tea Plantations..Perjalanan yang amat mengerikan..Next trip tak yah g sini pun tak pe..Dah tahu dah cam ne tempat dia..



Macam-macam jenis teh aku borong ..Padahal bukan minum teh sangat pun..Gediks nak menghabiskan duit..Dan last stop untuk 1st day, kiteorang pergi Taman Rama-Rama..Papa yang lagi excited dari Alfateh..Papa asyik cakap Fateh nak tengok, padahal ...ish ish ish..



Bila keluar dari taman ni, tengok taman sebelah lagi banyak rama-rama dia..Next time je lah ye..kakiku dah penat..balik rehat, malam keluar g pasar malam dan cari makan..

The next day, check out dan shopping sayurmayur dan buah-buah dan also bunga-bungaan...banyak jugaklah perabes duit kat atas nie..Bulan 1 tahun depan pergi lagi sebab dapat book rumah BPH. Yuhhuuu.. SayasukapergiCameron..

Tuesday, July 9, 2013

Kejap Ade Kejap Tak De

Hello..
Assalamualaikum semua..

Siyes lame giles tak menaip sesuatu kat belog nie..dah bersawang dah nie..bukan dah melupakan blog .. tapi memang busy sesangat kan..busy ngan study, keje, anak, rumahtangga..kalah bisneswoman hokeh...

Update sikit..Alhamdulillah dah selesai final exam untuk semester ni..Nervous kot nak tahu result.. Ape-ape pun berdoa dan tawakkal je lah..dah cuba yang sebaik mungkin kan.. This semester memang rasa macam busy sangat kan, nak study pun tak sempat, al maklumlah still menyesuaikan diri sebagai seorang pelajar, pekerja, isteri dan ibu..So masa lebih banyak dihabiskan untuk si manja tersayang tu...

Alhamdullilah juga si manja dah masuk 8 bulan..dah pandai angkat-angkat punggung nak merangkak, dah duduk-duduk and berdiri ..and yang paling menggembirakan, dia dah tumbuh gigi dua batang kat bawah..eee...tak sabar nak tengok gigi tu betul-betul tumbuh sampai nampak putih-putih comel..gerammm...

Hokeh, sempena bulan mulia yang akan bermula esok, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua.. Puasa bukan  makan dan minum je tau..tapi puasa dari segala segi..no mengumpat..no gossip ..no no no....semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan nie...