Thursday, July 25, 2013

Penyesalan Yang Sia-sia

Dah hampir setengah tahun, namun perasaan tu masih ada..Perasaan kehilangan..Bila ingat dan juga masa type entri nie, memang bertakung je air mata, tunggu masa nak dirembeskan..entahlah betul ke tak perkataan tu..Tapi,memang sedih masih terasa.. Sama ada aku yang masih tak dapat terima kenyataan yang dia dah tak ada.. Dan untuk entah ke berapa kalinya, aku sedih memikirkan raya ni, dia dah tak ada bersama kami lagi.

Aku kesal sebab tak berada dengan dia disaat dia menghembuskan nafas terakhir.. Dan yang paling aku kesali, aku tak pernah bagi apa-apa pada dia sepanjang aku dah kerja. Memang dah banyak kali aku plan nak bagi itu ini, tapi aku asyik tangguh2 je..dan akhirnya aku lupa..sekarang ni..sejak dia dah tak ada, apatah lagi nak dekat2 raya ni, aku asyik ingat apa yang aku plan nak buat..Tapi semua tu dah tak ada makna, sama macam tak adanya dia sisi kami.

Kadang-kadang aku asyik terlepas cakap depan hubby and adik aku pasal dia...Nak pergi umah mak, mak buat ketupat ..but then i release she's gone..Mana ada orang nak buat semua tu lagi..Mana ada orang yang nak cakap perkataan trademark dia lagi.. "takdokpekdohpekdoh"means tak berfaedah..Dia selalu cakap macam tu bila kami buat benda2 yang sia-sia..even orang lain pun..Sampaikan jadi trademark dalam perbualan aku dan adik2.

Dulu masa aku kecik, kami sangat rapat...dan akhirnya hubungan itu semakin lama semakin pudar bila aku meningkat dewasa, tinggal kat hostel dan berhijrah jauh dari kampungku..

Aku kesal sebab aku tak pernah belikan dia baju raya, bagi dia duit raya...Tapi apa gunanya penyesalan aku tu sekarang.. Maafkan aku!

Semoga arwah nenekku tenang di sana.Semoga ALLAH tempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman. Ampunkan aku kerana lupa untuk menghargai kehadirannya...Aku sayang dia sangat-sangat.

1 comment:

  1. Al-Fatihah...sebagai anak doa dan sedekah Fatihah semoga arwah tenang di sana...Amin

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!