Infak wajib termasuk zakat, bayaran kafarah, menunaikan nazar dan keperluan tanggungan wajib termasuk makan minum dan tempat tinggal untuk anak-anak, isteri dan ibu bapa.
Infak yang tidak wajib termasuk derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya.
Allah SWT menyebut perkataan infak dan nafkah sebanyak 49 kali dalam al-Quran. (Antaranya, ayat 215 surah al-Baqarah)
Saad bin Abi Waqas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah
nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan
isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga) juga akan diberi pahala oleh Allah. (riwayat
al-Bukhari)Bagi zakat pula, hukum mengeluarkannya adalah wajib secara mutlak. Oleh kerana itulah, Islam telah memperincikan zakat sebagai ibadah yang mempunyai syarat-syarat yang tertentu.
Selagi seseorang Muslim itu belum memenuhi syarat-syarat yang melayakkannya berzakat, maka tidak wajib baginya mengeluarkan zakat.
Misalnya, jika anak dan isteri tidak mempunyai makanan pada hari raya, maka seorang suami berhak untuk tidak mengeluarkan zakat fitrah ke atas mereka kerana tidak mampu.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang apakah harta yang perlu mereka nafkahkan? Maka jawablah: Apa yang berlebih daripada keperluan (diri dan tanggungan wajib). (al-Baqarah: 219)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu. (riwayat Muslim).
No comments:
Post a Comment
Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!