Friday, April 25, 2014

Potong Kuku Dan Rambut Ketika Haid

Pastinya ramai yang keliru tentang hal ni .. termasuklah aku juga dulu.. sebabnya ada ustaz/ustazah kata boleh, ada yang kata tak boleh...

Hari ni terjumpa artikel pendek ni dalam paper, so share dekat sini untuk makluman semua..tak kira lelaki atau perempuan, kena@boleh ambil tahu.. Sebabnya ada satu hari tu, aku potong kuku waktu tengah period, then hubby tegur "mane boleh potong kuku"..


Wednesday, April 23, 2014

Resepi Cupcakes Chiffon Hokaido

Akhirnya dapat jugak buat Cupcakes Chiffon Hokaido yang femes amos ni katenya.. Tengah top sekarang nie.. Sedap dimakan bila dah simpan beberapa jam..Sangat lembut, Tapi tak membuatkan aku addicted untuk membuatnya berulang-ulang kali dalam masa yang singkat.

Mari kita tengok resepinya.. Resepi asal dari Blog AzlitaMasammanis


CUPCAKES HOKKAIDO CHIFON

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake (saya guna tepung superfine)
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Cawan cupcake yang keras

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali (kalau guna tepung superfine, tepung tersebut tidak perlu diayak)
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks) - Nak tahu macam mana dah soft peak, telangkupkan adunan ke atas kepala, kalau tak jatuh, dah ok la tu

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam  cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan cawan kertas sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD

1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.


Friday, April 18, 2014

Anugerah Khidmat Cemerlang

Alhamdullillah..Syukur..dengan izin Allah SWT jua..akhirnya after 7 years berkerja merasa juga dapat Anugerah Khidmat Cemerlang.. Cemerlang sangat ke?huhuhuhu..

Thanks to my officer yang memasukkan nama ku..tu pun setelah terkejut yang aku tak pernah dapat sedangkan orang lain keje 2-3 tahun dah dapat.. Bak kate ku, yelah, mane de orang nak nampak bunga nak sekuntum kat atas ni..dipulaukan..hukhukhuk..

Apepun, ini rezeki untuk aku dan juga keluarga terutamanya anak kesayanganku, Izz Muhammad Alfateh.

Majlis berlangsung pada 10 April 2014 di PICC, Putrajaya..


Orang sibuk-sibuk duk suruh beli baju baru katenya nak naik podium kan..Tapi aku tak ler, nasib ada baju yang mama jahitkan masa balik kampung hari tu.. Beli jugak yang baru, tapi pin tudung ler.. hehehhe..

Dapat Sijil SSPN tapi after 45 hari baru leh claim..huwaa..lamenya..dieorang2 ni dah berbunyi suruh belanja..krik krik krik....


Resepi Kek Minyak

Resepi asal dari TERATAK MUTIARA KASIH.



Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung gandum (boleh juga guna tepung superfine)
  • 1 sk baking powder
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2  @bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah.
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.