Monday, December 12, 2011

Resepi Chicken Pie@Pai Ayam

Akibat addicted Chicken Pie sejak makan yang di-order oleh kakak s/u aritu, aku dah berazam untuk belajar buat sendiri..Dan akhirnya...



Ini resepi yang aku gunakan..daripada Website MYRESEPI. Tapi aku dah edit ikut selera aku.

Bahan-bahan [dapat 9 biji pie kecil..]

Pastry:
  • 150gram butter
  • 250gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 kuning telor
  • secubit garam
- gaul dgn tgn sume bhn2 pastry sehingga jadi mcm breadcrumbs. ~masukkan sedikit air sejuk sehingga doh menjadi lembut.


 Inti:
  • 1 biji kentang yg dipotong dadu
  • 2 keping dada ayam diptg kecil
  • minyak
  • 1 bijik bwg bsr dicincang
  • 1 cwn
  • 1\2 cawan air.
  • 1 sudu bsr tepung jagung+2 sudu bsr air
  • 1 sudu bsr gula & sos tiram
  • garam dan lada sulah
- goreng kentang sehingga berwarna keemasan..ketepikan.
- panaskan 2 sudu minyak..tumis bwg besar kemudian masukkan ayam dan kentang yg telah digoreng td.
- masukkan air..sos tiram..gula..garam & lada sulah.
- akhir sekali masukkan tepung jagung supaya inti menjadi pekat.
- sejukkan inti.

Cara-cara:
- Uli doh dan potong mengikut acuan pie.
- letakkan inti kedalamnya dan ditutup dgn kepingan doh.


- atas pie dicucuk dgn garfu dan disapu dgn kuning telor..
- bakar ke dlm oven 180celcius selame 25-30 minit.
- lebihan doh boleh digunakan untuk menghias pie..


Walaupun pastrinye tak selmbut sutera seperti yang jual kat kedai tu, tapi bolehla..erh, dah memang yg resepi dia macam ni la, bukan aku salah buat tau..Untuk yang lembut2 gebu2 tu, nanti next time aku cari resepi lain..ok...

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, December 11, 2011

Blueberry Cheese Tart

Akhirnya, berjaya jugak aku buat cheesetart kegemaranku itu...Itu pun dengan secara malasnya guna pastri yang dah siap, tinggal buat filing die aje..bukan ape, malas nak menguli-uli tepung bagai tuh..senang kalau ada pastri yang dah siap...first time aku beli kat HnZ Bakeri dekat Presint 9 tu, sedap..harga dia dalam 35sen sebiji..then semalam aku pergi Bake With Yen pun ada, RM2.60 = 10/paket..kurang sedapla..aku rasa sebab butter dia tu berbau....dah la aku beli 50keping, so redha je la abeskan cikit2 nanti...


ok2..ni resepi Blueberry Cheese Tart yang aku ambil dari blog Citarasawan. Resepi kat blog Kak Wan nie, kalau buat tak pernah tak menjadi..Kompem sedap...

Bahan Pastry Tart
60gm gula kaster / gula icing
250gm tepung gandum
130gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam

*** menggunakan gula kaster menjadikan kulit pastri lebih ranggup

Cara-cara:
1. Satukan gula kaster dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk (air di tambah jika perlu). Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
60gm gula ising
50gm mentega
1 biji telur
1 sudu besar lemon jus [aku tak bubuh pun]

Filing : Blueberry
(Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
1. Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati. Masukkan telur, jus lemon putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
3. Ambil kulit tart, pipekan sedikit filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
4. Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
5. Bakar sekejap selama 5-8 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu.


Selain dari filing Blueberyy, korang boleh letak coklat/kiwi/peach/strawberry..apa-apa je ikut kesukaan korang..setakat ni aku cuma pernah letak blueberry/kiwi & strawberry..Filing tu beli je yang dah siap..aku beli yang kiwi & strawberry tu di MakCik Bakeri, Bangi.

SELAMAT MENCUBA!