Hari ni last day kerja..Esok cuti..Best kan??? Erh korang cuti jugak ke?Hehehehe...Tak sabar nak habis waktu kerja..baru masuk kerja rasa macam ooooohhhh lambatnya pukul 5..Nak balik nak balik..Pastu nak balik kampung..Yuhuuu..bestnya!!! Lama dah tak balik kampung tercinta.. Nak jumpa family tercinta..Rindu rindu rindu!!!
Semalam dah siap-siap packing barang..Pastu hubby tegur "erh lambat lagi la nak balik"..Then i was confused "erh esok kan rabu..kan esok kite balik"..Haishh..saje je tau!!! Barang baby pun dah siap2 standy je dalam kereta..Angkut sekali ngan box yang penuh ngan barang baby tu..Sebabnya eventhough due lagi 3 weeks, tapi baby dah cukup bulan..If buatnya dia tergedik-gedik nak keluar time kat kampung, pastu barang plak semua kat sini, mahunya tak kelam kabut kan...tak pepasal nanti hubby nak kena balik ambil plak..
Tahun ni parents aku buat Qurban lagi..So bestnya..Ada banyak DAGING!!! Yang tak bestnya adalah hari-hari akan makan daging tu sampai pengsan.. Balik kampung nie nak suruh Mama buatkan gulai daging , cicah ngan roti..Fuhhh..maveles...
Lepas balik raya haji, masuk kerja lagi 2 weeks..InsyaAllah..pastu cuti cuti dan cuti lagi..With my newborn baby..InsyaAllah...Doakan semuanya selamat ye!! Thank you!!!
Wednesday, October 24, 2012
Monday, October 22, 2012
Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Menyambut Kelahiran Bayi
- Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
- Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.
- Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
- Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
- Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
- Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
- Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.
- Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
- Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
Subscribe to:
Posts (Atom)