Thursday, December 30, 2010

Muzium Mamalia

Semalam (Selasa) ambil cuti khas sebab family aku datang..Saje nak bawa dieorang pergi jenjalan..Even kat dalam Putrajaya je pun, tapi dieorang kalau aku kerja, memerap kat rumah je lah..

Esok pun aku apply cuti, tapi plus ngan tadi Jumaat diumumkan cuti sebab menang AFF Suzuki, so sampai next year la aku cut..Cewahh...cakap next year macam lama lagi je kan?

Back to the topic, Muzium Mamalia ni terletak di Presint 15, Putrajaya. Bayaran masuk RM2 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun, free jek...Haiwan-hiawan kat sini semua dah dibekukan.













Tuesday, December 28, 2010

Pai Coklat Mousse

28 Disember 2010

Demi melunaskan kempunan adik aku yang nak makan Pai Coklat nie, so dengan pantasnya aku buat.First time nie buat. Alhamdullilah menjadi. Even terpaksa menunggu lama untuk makan sebab kena sejukkan dalam peti ais. Resepi pai Coklat Mousse nie aku terjumpa dalam majalah mingguan wanita.  Dan aku typekan semula resepi ni khas untuk korang tau.Mana lah tahu korang nak mencuba ke.

Untuk membuat pastri:
190g Tepung Gandum
40g Gula Kastor
110 g Mentega (Didadu kecil)

Ramuan digaul bersama :
1 biji Kuning Telur kecil
1 sudu besar Air Sejuk
1 sudu kecil Esen Vanilla

Ramuan untuk membuat mousse:
1 sudu besar Emulco Coklat/Coklat Paste
20g Mentega
50g Gula Kasar
2 biji Kuning Telur
100g Coklat Masakan, dipotong kasar
100ml Susu Cair
100gm krim putar non-diary yang dipukul hingga pejal.

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung yang di ayak dan gula dalam mangkuk. Gaul mentega dengan campuran tepung dan gula sehingga menyerupai cebisan roti. Tuang campuran telurke campuran tepung dengan perlahan dan gaul untuk menjadi adunan bulat. Masukkan adunan ke dalam plastik dan sejukkan dalam peti ais selama setengah jam.

2. Uli adunan selebar 20cm untuk menutupi tin tart. Tebuk lubang kecil atas adunan pastri. Masak pastri dalam ketuhar selama 20-25 minit dengan suhu 180C sehingga warna keemasan.  Keluarkan dari ketuhar dan sapukan telur putih di atasnya. Masak lagi selama 5 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk.

3.Untuk membuat mousse,  gaulkan coklat dan mentega bersama susu cair hingga sebati. Masak di atas api yang kecil sehingga coklat menjadi cair dan gaul dengan kuning telur sedikit demi sedikit dengan pemukul. Keluarkan dan biarkan sejuk. Gaul krim putar ke dalam campuran coklat.

4. Tuangkan campuran coklat ke atas pastri tadi, dan sejukkan di dalam peti sejuk lebih kurang 3 jam sebelum dihidang.

Dan inilah hasilnya....



nasib baik sempat nak snap picture..uhuhuhuh..
Kebetulan adik-adik semua ada dekat sini, so dieorang suka sangat sebab rasa coklat yang banyak. Sekejap dah habis. 

Monday, December 27, 2010

Identiti Orang Yang Memancar Laser Ke Muka Penjaga Gol Indonesia Didedahkan

27 Disember 2010



La..dia nie rupanya...
Apa punya Ultraman lah..
Bikin kecoh aje...

Nampak Lurah Dendam

27 Disember 2010

Sejak akhir-akhir nie galak betul mereka-mereka itu letak gambar yang menampakkan segala lurah dendam kat Facebook. Tak faham aku apa motif mereka-mereka itu buat macam tu? Aku yang sama spesies ni pun sakit mata tengok. Dan juga sakit hati..Bukan sakit hati sebab jeles dengan aset mereka-mereka itu, aku pun ada..

Aku pun bukanlah baik sangat, so, kita tak payah lah sentuh dari aspek agama yang sememangnya kita dah tahu, even tak pakai tudung pun berdosa. Tapi nie dari segi pandangan dan perasaan masing-masing. Mereka itu tak rasa apa-apa ke? Tak rasa malu ke bila semua orang tengok aset yang menjadi kebanggaan  mereka tu? Termasuk kawan-kawan, adik beradik dan orang-orang yang kita tak kenal. Sangat lah memalukan. Semua orang dalam friend list kita tu tengok.Nampak macam sangatlah murahan. Rasanya tak perlu lah kot kita nak tunjukkan semua benda kat semua orang. Memalukan je.. Dan aku sebagai kawan juga rasa malu.

Maaflah kalau ada sesiapa yang terasa. Aku cuma menyuarakan pendapat. Dan aku sedar tak semua orang sependapat dengan aku. Itu hak masing-masing dan aku sedar nobody's perfect.

Sunday, December 26, 2010

Tomyam Asli

26 Disember 2010

Dah lama sebenarnya aku teringin nak buat tomyam tanpa guna perencah or paste tomyam
hari ni baru lah tecapai hajat..
aku memang suka makan tomyam..
lebih-lebih lagi tomyam kat Sukaramai tu ..fuhhh..terangkat.....
rasanya asli...
Tak guna perencah.....sedap sungguh...


Enak dipandang, sedap dimakan..ceh..masuk bakul angkat sendiri pula....
Kalau korang nak respi dia, boleh amik kat sini website Myresepi...
ni link resepi tu
aku pun tak tahu nape nama dia macam tu.
Memang sedap..korang patut cuba..tak lah susah mana pun..
cuma lenguh je tangan menumbuk segala bahan-bahan tu..hehehhe..

Saturday, December 25, 2010

Kedai 5 Ringgit Japan

Aku suka pergi Jepun!!!!
Ahaks...ayat ni kalau di baca oleh Se7en comfirm aku diejek-ejek dan dikeji-keji..
suka pergi Jepun konon..
makan sebiji sushi pun perut aku meragam 3 hari tahu tak?

Tapi lantak lah aku..aku memang addicted to barang-barang Jepun & Korea..tapi seliper Jepun tak termasuk ye..
Last week jalan-jalan dekat Bukit Bintang, tapi tak ingat lah kat mana, maybe Low Yat kot.. kat Sungei Wang Plaza so, terjumpa kedai Jepun..Daiso nama dia..korang pernah pergi tak? Aku ni baru first time..dah nama pun terjumpa kan..
tak boleh ambil gambar kat dalam..tengok ni..
So...aku snap pic dari luar je lah
Tapi kat sini memang best..macam-macam ada jual..dari makanan, barang hiasan rumah, penjagaan diri, alat tulis..segala-galanya lah..selipar jepun pun ada gak..
and yang bestnya..
semua kat sini harga die RM5..tak kira besar kecik....
 

Ikan Bakar Istana Negara

24 Disember 2010

Waktu lunch tadi aku telah diculik oleh 2 orang mak buyung dan sekuntum bunga orkid..erh, bunga orkid pun pandai menculik gak ke?
Dieorang culik aku untuk memenuhkan perut aku yang tengah brutt..brutt..bunyi perut lapar...
Jauh tau..dari Putrajaya ke Istana Negara..
santapan beradap ngan Sultan..
sila jangan percaya erk..
kiteorang pergi makan kat belakang istana tu jek...
First time aku makan kat situ..yela, selama nie mana ada orang nak bawa kan....
asyik-asyik pergi makan kat tempat yang sama jek...
terhad betul pemandangan aku nie...
Aku jarang makan ikan, tapi syok juga makan ikan bakar nie sekali-sekala...

 Lauk-pauk yang sangat banyak

 Besar gila sotong nie..nak makan pun takut..macam sotong gergasi jek

 tengok..macam ni lah rupanya kalau hantu makan yang mengadap makanan..macam orang yang tak jumpa makanan setahun...


Terima kasih kepada mereka-mereka yang culik aku tu..sangat best dan seronok dan kenyang sampai balik ofis terus malas nak buat kerja,..hehehee

Thursday, December 23, 2010

Misteri MILO :Milik Siapakah?

23 Disember 2010

Tengahari nie, lepas balik dari kena culik untuk merayau-rayau ke tempat menghabiskan duit, buka peti ais sebab nak kurung Vitagen LESS SUGAR yang tak berapa mengujakan aku untuk minum tu.. I LOVE SUGAR!!!!....sangat lah tak sedap vitagen tu..oooppsss...vitagen bukanlah topik yang sebenarnye..
Milik siapakah hati MILO ini..
Ye..aku ternampak setin MILO..
Aku macam terbayang-bayang pasal milo tu sampai sekarang..
sebabnya aku tengah fikir milo tu hak milik siapa?..
aku ke???
Setahu aku, aku sorang je yang minum milo dalam tin nie..
dan aku sorang je yang suka letak milo lam tu..
tapi seingat-ingat otak aku yang tak berapa nak ingat nie, aku dah minum semua milo tu..

jadi??????
siapa punya tu??
Erh, apesal aku kisah sangat pasal Milo tu?
hehehhee..
sebab kalau tu aku punya, rugi la aku tak minum..
hati aku dah meronta-ronta nie nak ambil & minum milo tu..
Aku nak tanya kat officer aku macam segan lak kan...
mana lah tahu kot-kot  dia mengidam nak minum milo tu sebab selalu tengok aku minum milo tu kan...
Ishhh....boleh migrain aku macam nie...
Aku rasa nak tunggu seminggu dua lagi tengok milo tu hilang ke tak..
hehehhee....tunggu sambungannya lagi beberapa minggu..lalalalla..

Wednesday, December 22, 2010

Dia Abahku.

22 Disember 2010


Hari nie besday Abah..Hepi besday, Abah.

 Cuba tengok kalendar kat sidebar tu..dah 4 hari tak update blog..banyak yang nak diceritakan sebenarnya..tapi busy..betul2 memang busy even on wikend..busy merayau..lalalala...
dan busy kerja juga ya..
Bye..nanti aku update lagi ok...sabar tau ( bajet ada orang tunggu pulak aku update kan?...)



Thursday, December 16, 2010

Entri Meroyan Versi Lirik Lagu

16 Disember 2010

*Ku lempar segala kesalan, demi cinta padamu, walaupun aku bisa tenggelam , mungkin terkubur dalam kelemasan...namun rinduku kini, semakin mendalam, kasih di hati nyala bagai bara..teguhnya tangkai bagai cintaku, namun berbunga hampa.......

*Jauh mana mampu bertahan, sampai bila harus ku telan..Bila aku kenangkan kemanisan lalu, semua itu kuketepikan.. Andai ku turut rasa hati, telah jauh ku bawa diri..

* Kau bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hiduo di atas dunia, tanpa mu ku lemah, pasti aku tak berdaya.

* Kerna cintakan ku jadi begini, kerna sayangkan mu ku telan semua, betapa hebatnya ku dihati ini..Mengapa kau tak pernah fikir hatiku...

* Demi kasih sayang yang aku pertahankan, sanggup ku meniti malam tanpa mimpi..aku berdoa agar kita berdua sampai ke akhir hayat untuk selamanya...


Tuesday, December 14, 2010

YokosoShiyuki Moshi-Moshi

14 Disember 2010
1300

Moshi-moshi
Comel tak orang yang sebelah patung Jepun tu...hehehehe...
Korang rasa ni kat mana???
Masih di Malaysia bumi tercinta ye..tak mampu aku nak ke Jepun semata-mata nak ambil gambar ngan si tepung komak nie..lalallaa..
Actually ni kat Yokoso Shiyuki, Tingkat 1, The Pavillion
Kedai menjual barang-barang kecantikan dari Japan..
ala-ala Etude House tuh...Tapi kat sini ada gak souvenier dari Japan...
Aku suka lah masuk kedai nie..macam-macam ada..harga pun berpatutan..
kebetulan time ni kan year end sale..so..


Best kan??
Aku memula cuma saja nak tengok-tengok je..
aku kan memang gila kedai-kedai cam nie..
tapi TER-beli la pulak...


Aku beli mask..hahhaa...yang hijau tu beli 1 free 1, harga dia rm4.90 je after diskaun ...
 Rice Whitening And Moisturizing Mask & Lemon Refreshing And Regeneration Mask
Yang dalam bekas cam jelly tu Volcano Mud Acne Purifying Sleeping Mask .. (RM11.90 after diskaun)
Setakat ni 2 hari aku pakai Sleeping Mask nie, berkesan..jerawat yang ada kat pipi tu macam mengecut, dan semakin menghilangkan diri...

Selain kat The Pavillion, Yokoso Shiyuki ni ada cawangan kat 
The Mines (Level 1)
One Utama (Ground Floor)
Sungei Wang Plaza ( 2nd Level)
Sunway Piramid (Lower Ground 2)

Dan ada juga 4 cawangan di Johor 
Holiday Plaza (Ground Floor)
Kluang Mall (Ground Floor)
Summit Parade, Batu Pahat (Ground Floor)
Square One, Batu Pahat (Level 1)

Dan satu lagi dekat  East Cost Mall, Kuantan (Ground Floor)

Nanti aku ingat nak buat member card dia...
pinky-pinky lagi you..cumelll jek...Hari tu aku tak tanya la pulak cam ne nak buat member card..huhuhuhu...

Monday, December 13, 2010

Kesalahan Yang Mengundang Kerugian

13 Disember 2010
2000

Semalam Encik Se7en bawa aku pergi makan Pizza..Eleh.. nak pujuk aku la tu kunun..awal pagi dah muncul. Memula kiteorang g cari kat Pizza hut kat Times Square, tapi tak sangka la pula kat Time Square tu tak ada Pizza Hut erk...so, jalan lah pergi Pavillion dengan muka tak confident ada ke tak Pizza hut kat sana...sampai je terus pergi cari directory.....Haaa..Nasib baik ada..tapi agak susah untuk dicari.....ada la dalam 10 minit kiteorg pusing-pusing bangunan tu..hahahhaa....

kat situ ada sediakan kertas teka teki..hehehhe...sementara tunggu makanan tu memerah minda jap..padahal soklan dak tadika je pun.

 Menggedik jap sambil tunggu makanan sampai

Macam biasalah, my feveret nie...Carbonara Spagetti

Nasi yang AYAM nye sangat sedap..kruk kruk...

Ni yang paling penting: Cheezy Lava 6 Chicken Cheese

Tapi aku rasa tak sedap mana pun sebenarnya...Cheese banyak sangat sampai muak..dah tu kalau tadi tak tambah Chicken Cheese topping, sah -sah memang cheese je semata-mata kan...Tapi syok la makan kat sini..Aman, tenang dan damai jek..hehehehe..lampu pun ala-ala romantik gitu...

Makan sudah, kenyang pun sudah, apa lagi? BAYARLAH!!! Haaa..tangan Encik Se7en dah gatal-gatal tu nak tekan button BILL tu.. Jeng jeng jeng....RM72.80..Aik???makan banyak tu jek dah 70 lebih..aku macam konfius jek..betul ke? tak puas hati ni...so kiteorang minta resit..tapi terus keluar dari Pizza tu..Nasib baik tak sampai 10 langkah lagi aku perasan sesuatu kat resit tu...

Tadi aku order set for 2, makan pun makanan untuk for 2, apasal dalam resit tu set for 4 pula? Tengok harga....Sah, salah...patah balik ke Pizza jumpa manager dia yang ala-ala lembut gitu....Encik Se7en bukan main gedik lagi duk mengejek-ejek orang tu, berani pergi ejek kat depan-depan ar...hahhaa...

Manager tu macam tak percaya pula aku cakap tadi makan set for 2..aish...dah ko nampak 2 orang nie, of course la dua orang je yang makan, tak kan aku bawa hantu kot dua ekor...ape la..adalah la lambat lebih 5 minit dia ulang alik ke dapur la ke kaunter la...akhirnya dapat jugak duit balance..20++ tu..rugi oooo...kalo setakat 2, 3 hengget tak pe la kan..aku halalkan je..sebab bukan duit aku pun..lalallala....

Ini Bukan Autoplay

13 Disember 2010
1033

Cuba teka apa yang baru dikawasan hak milik Cik Puan nie?
Haaa...Nampak tak?
tu yang belah kiri tu....
Apa???? Tak nampak???
aishhh....
nie lah...


Aku tengah gila kat lagu yang sangat feeling nie..
last post pun aku letak lagu nie kan nak suruh korang dengar puas-puas..
Jangan risau tau, ni bukan auto play
sebab aku tahu korang tak suka kan?
sebab aku pun tak suka gak bila kat blog ada music autoplay ..
kalo korang nak dengar, boleh klik kat play button tu k..
kalau tak nak dengar, duk diam-diam je

Friday, December 10, 2010

Last Minute Punya Orang

10 Disember 2010
1132

 I told you erh.. don't like tau people's yang suka sangat buat kerja or decision last-last minute..
Kalau just melibatkan diri sendiri, tak apa lah..
tapi bila melibatkan orang ramai atau  ramai orang....sangat lah aku tak gemar..apetah lagi bila aku terlibat sama..
erh, why erh you suka buat kerja last minute?
Don't you know if want to do something, we need to PLAN it first..
baru lah semua benda berjalan lancar ..
barulah semua benda dapat difikir dengan baik
dan tak menyusahkan semua orang..
Tapi kalau plan tu kena lah ada matlamat jugak..
kalau asyik plan, tapi hala tuju tak ada, tak ada estimate timed, tak ada ketetapan atau orang putih kata the right goal, bila nya nak menjadikan?????


Contohnya macam aku, kalau nak balik kampung seminggu sebelum balik lagi nak plan nak bawa balik apa, kadang-kadang siap dah kemas beg tau.. sebab aku ni memang seorang yang sangat excited untuk melakukan sesuatu...tapi bila asyik nak kena tunggu tunggu tunggu... jangan pelik lah kalau tiba-tiba aku tak hairan dengan benda yang aku excited tu.
bila orang asyik nak kena tunggu keputusan dari anda, dan anda pula seorang yang sangat susah nak buat keputusan, adalah sangat-sangat menyusahkan ok.
Jangan sampai apa yang dikendong tu terlepas, apa yang disimpan tu dikebas...lepas tu baru lah nak mengadah... (mengadah tu apa erk?)
Haaa...jgn tiru ye peribahasa aku nie.
Kalau semua benda yang ada dalam dunia ni, kita tuannya, jadi tak perlu lah risau ye..sebab semua itu hak kita, kita boleh guna sesuka hati, boleh hidup sesuka hati tanpa perlu berebut atau bersaing dengan orang lain..FULLSTOP!

Contengan Tambahan : Siapa yang makan banyak, dia lah yang boroi.