Monday, December 27, 2010

Nampak Lurah Dendam

27 Disember 2010

Sejak akhir-akhir nie galak betul mereka-mereka itu letak gambar yang menampakkan segala lurah dendam kat Facebook. Tak faham aku apa motif mereka-mereka itu buat macam tu? Aku yang sama spesies ni pun sakit mata tengok. Dan juga sakit hati..Bukan sakit hati sebab jeles dengan aset mereka-mereka itu, aku pun ada..

Aku pun bukanlah baik sangat, so, kita tak payah lah sentuh dari aspek agama yang sememangnya kita dah tahu, even tak pakai tudung pun berdosa. Tapi nie dari segi pandangan dan perasaan masing-masing. Mereka itu tak rasa apa-apa ke? Tak rasa malu ke bila semua orang tengok aset yang menjadi kebanggaan  mereka tu? Termasuk kawan-kawan, adik beradik dan orang-orang yang kita tak kenal. Sangat lah memalukan. Semua orang dalam friend list kita tu tengok.Nampak macam sangatlah murahan. Rasanya tak perlu lah kot kita nak tunjukkan semua benda kat semua orang. Memalukan je.. Dan aku sebagai kawan juga rasa malu.

Maaflah kalau ada sesiapa yang terasa. Aku cuma menyuarakan pendapat. Dan aku sedar tak semua orang sependapat dengan aku. Itu hak masing-masing dan aku sedar nobody's perfect.

3 comments:

  1. memang banyak...
    xdinafikan, kat blog pun ada...
    bukan gambar org lain..
    blogger tu sendiri..

    ReplyDelete
  2. erm memang banyak..cukupla letak muka je.tak payahla tunjuk apa yg tak patut ditunjuk..haih~dunia akhir zaman.

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!