Tuesday, December 28, 2010

Pai Coklat Mousse

28 Disember 2010

Demi melunaskan kempunan adik aku yang nak makan Pai Coklat nie, so dengan pantasnya aku buat.First time nie buat. Alhamdullilah menjadi. Even terpaksa menunggu lama untuk makan sebab kena sejukkan dalam peti ais. Resepi pai Coklat Mousse nie aku terjumpa dalam majalah mingguan wanita.  Dan aku typekan semula resepi ni khas untuk korang tau.Mana lah tahu korang nak mencuba ke.

Untuk membuat pastri:
190g Tepung Gandum
40g Gula Kastor
110 g Mentega (Didadu kecil)

Ramuan digaul bersama :
1 biji Kuning Telur kecil
1 sudu besar Air Sejuk
1 sudu kecil Esen Vanilla

Ramuan untuk membuat mousse:
1 sudu besar Emulco Coklat/Coklat Paste
20g Mentega
50g Gula Kasar
2 biji Kuning Telur
100g Coklat Masakan, dipotong kasar
100ml Susu Cair
100gm krim putar non-diary yang dipukul hingga pejal.

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung yang di ayak dan gula dalam mangkuk. Gaul mentega dengan campuran tepung dan gula sehingga menyerupai cebisan roti. Tuang campuran telurke campuran tepung dengan perlahan dan gaul untuk menjadi adunan bulat. Masukkan adunan ke dalam plastik dan sejukkan dalam peti ais selama setengah jam.

2. Uli adunan selebar 20cm untuk menutupi tin tart. Tebuk lubang kecil atas adunan pastri. Masak pastri dalam ketuhar selama 20-25 minit dengan suhu 180C sehingga warna keemasan.  Keluarkan dari ketuhar dan sapukan telur putih di atasnya. Masak lagi selama 5 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk.

3.Untuk membuat mousse,  gaulkan coklat dan mentega bersama susu cair hingga sebati. Masak di atas api yang kecil sehingga coklat menjadi cair dan gaul dengan kuning telur sedikit demi sedikit dengan pemukul. Keluarkan dan biarkan sejuk. Gaul krim putar ke dalam campuran coklat.

4. Tuangkan campuran coklat ke atas pastri tadi, dan sejukkan di dalam peti sejuk lebih kurang 3 jam sebelum dihidang.

Dan inilah hasilnya....



nasib baik sempat nak snap picture..uhuhuhuh..
Kebetulan adik-adik semua ada dekat sini, so dieorang suka sangat sebab rasa coklat yang banyak. Sekejap dah habis. 

4 comments:

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!