Sunday, January 31, 2010

Ber Inai Bagai...

hahahha..buang tebiat ko aku nie..dolu2 geli jugak nak pakai kat tgn nie..tp bile nengok orang pakai mcm syok lak..ade akak tu sampai dua -dua belah kaki die inaikan..hikhihkik..aku xdelah, saje nak mencube..mcm2 corak ade sampai xtau nak pilih yg mane2..murah2 aje..5 hinggit sebelah tangan...

nak gak bergambar erk..sorilah kak yerk

kreatifnye akak nie..kalo aku buat sendiri mahu xmenjadinye

sile tengok semua
  
inilah hasilnya..

kalo korang  nak buat gak g la kat downtown cheras erk..

Friday, January 29, 2010

Untitled


Seperti yang ku jangka terjadi
akan kecewa
untuk ntah ke berapa kali
sehingga aku sangat berputus asa
dan berhenti berharap
dan aku tak peduli
tentang cinta itu lagi
kerana hati ini 
telah dilukai

Moving on is simple,
it's what you leave behind that makes it so difficult!!

Tuesday, January 26, 2010

Kerajaan tidak bincang hapuskan COLA

Mungkin ramai yang dah baca berita nie sebenarnya..aku yang lambat update..kekurangan masa.Memandangkan xade update baru yg nak di post..so aku post je lah berita nie..mana tahu ada yang terlepas pandang.

KOTA BHARU 24 Jan. - Kerajaan tidak pernah berbincang sama sekali mengenai cadangan untuk menghapuskan elaun yang dinikmati kakitangan awam pada masa kini seperti elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA).

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin (gambar) berkata, khabar angin yang mengatakan elaun tersebut akan dipotong sengaja dicipta oleh pihak tertentu semata-mata untuk mengalih perhatian daripada masalah sebenar yang dihadapi parti pembangkang sekarang.

Beliau berkata, ia disebabkan pembangkang cuba mencari isu untuk menghimpit dan menekan kerajaan kerana rakyat berada dalam keadaan yang agak susah disebabkan kemelesetan ekonomi dunia.

"Saya tengok isu COLA sebenarnya satu isu yang tidak ada tetapi diada-adakan disebabkan pembangkang nampak isu-isu yang ada sekarang hanya menekan mereka, jadi mereka cari isu untuk menampakkan kerajaan tidak prihatin keadaan rakyat yang berada dalam keadaan susah akibat kemelesetan ekonomi.

"Kerajaan tidak pernah bincang langsung pasal tarik balik COLA atau ITKA, kalau bincang pasal subsidi adalah, itu pun perkara biasa tetapi COLA tidak ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cawangan Perbankan Islam Bank Simpanan Nasional (BSN) di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar / Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning.

Ia merupakan cawangan pertama BSN di negara ini yang memberikan perkhidmatan khusus dalam sistem perbankan Islam.

Pada majlis tersebut seramai 10 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa menerima sumbangan dari BSN.

Awang Adek berkata, beliau berharap rakyat tidak akan terpengaruh dengan khabar angin mengenai penghapusan COLA yang disebarkan pihak tertentu untuk mencari modal politik murahan.
 So..korang jangan lah risau & cepat menggelabah erk..selagi xderk surat pekeliling yang sah dari JPA, kita masih lagi selamat....

Sunday, January 24, 2010

Reunion X-UPUM @ Seoul Garden


Dalam dilema2 tu, sampai gak menjejakkan kaki kat Seoul Garden tu..sekadar menemani Se7en tersayang tu..karang kalo aku xmahu pegi, adenye die merajuk2 manja plak..hahahah..
Actually this is the 1st time aku sampai kat cnie..Kiteorg sampai awal 30 jam..sebab jalan pun xjem, dari Putrajaya ke PJ, 30 minits only...thats y sampai awal. Xtau nak g mane jenjalan kat sekitar kawasan tu..sambil2 tu amik gmbr..hehehe..mcm xbiasa lak kan??hobi...

About 7.30 tuh baru dah ramai kengkawan Se7en yang sampai..mula la die meninggalkan aku keseorangan..sedihnya..dalam hati ckp menyesal aku ikut..duk umah lagi best...huuhhuhu...

Tapi bile dah masuk lam Seoul Garden tu, aku mahu ubah la perkataan menyesal tu..sebabnye dapat makan ala2 Korean gitu..SUKA !!! SUKA!!! SUKA!!!

Mari kite main masak-masak.hehehhehe..
Macam2 makanan ade kat cnie..yang paling aku suka UDANG..my feveret..Se7en dengan sengaja nya mahu berebut2 udang ngan aku..pdahal banyak lagi udang lain..huhuh..aku nie memang hantu udang, pantang betul nmpak udang...


See...mak aaaiiii..banyaknye ko makan iena..hehehe..itu bukan aku sorang lor..3 org punye mkn nie..tp mcm 10 org kan???kat cnie bufet bayar 40 hinggit sekepala..kalo korang ade 2 kepala, 80 hinggit yerk...makan puas2 sampai pengsan pun xpe..

Muke cam dah kekeyangan, tp still menguyah lagi..lagi2 la aku nie, dah jumpe feveret food, langsung xleh nak benti makan, padahal perut dah kenyang sangat dah..tp syg betul nak tinggalkan makanan tu..dalam batuk2 pun, 2 mangkuk aiskerim aku bedal...kalo mama aku nampak aku makan cam nie, free2 aje aku kena kutuk..hehehhe

Nie half of kengkawan Se7en yang turut serta dalam reunion nie..mereka2 adalah penuntut X-UPUM, batch bpe xtau  la...ade lagi yang xmasuk lam gambr.

Dan aku jugak of coz ler xmahu melepaskan peluang mengabadikan diri ku di tempat ini..khas utk masuk lam entry blog aku nie tau...

After makan2..lama gak la kiterong duk lam tu..sampai kul 11mlm cam tuh..nak tutup dah restoren tu..hihhihihi..apela..then kengkawan Se7en ajak ke bowling di MidValley..sebabkan bukan selalu pun kumpul ramai2 cam nie, sian lak kat Se7en, so aku ngan baik hatinya xkisah la ikut dieorg..aku ngan Se7en pun dah lame xberiadah2 begini..betul x sayang????

 
Gaya pemain amatur aje
Gaya Superman main bowling

Kiteorang main 2 games..itu pun mata aku cam dah nak tutup2 aje baling bola tuh..cehhh..padahal frust xdapat strike..malu nak ngaku lak erh..Bout kul 2 am baru le memasing membawa diri pulang..penat seh..tp enjoy gak la..thanks to Se7en sebab dengan tegasnya mahu aku menemani die ke reunion ini..padahal sampai kat tempat tu dah pun  aku ckp ngan Se7en mahu tunggu lam kete aje..aku bukannya mahu menyombong yep..tp aku nie sangat pemalu..hakshaks..thanks gak to Se7en frens kerana menegur & melayan aku dgn baik (macam lah dieorang bace blog aku)..aku nie memg xreti mahu menegur2 orang nie...sebab selama nie pun sosial life aku just ngan Se7en, my family & ofismate aje..itu pun xdela mesra sangat except team makan2 aku jek. lagipun se7en lagi senang aku mcm nie, sebabnya senang dikawal..xdelah die pening2 memikir mahu mengawal tingkah laku aku nie kalo aku sosial sangat...kan Se7en???kan kan??hehehhe

Kepada sesape yang belum penah g makan2 kat SEOUL GARDEN nie, aku syorkan..memang best..mcm2 seafood & desert ade , bayar RM40, makan sampai pengsan..Dan Se7en telah berjanji mahu membawa aku makan kat ctu lagi..SUKA! SUKA! SUKA!

Saturday, January 23, 2010

Dilema again...

Aku dalam dilema nie wei..tolongla aku..hhhhuhuuhuhu..sedihnya
Se7en ask me pegi Reunion kolej die..tp aku xtau mahu pegi ke tak...
selama nie reunion kolej aku ke sekolah aku ke pun aku xpenah pegi
sebab aku xsuke muncul ditengah2 manusia yang ramai
lagi la kalo manusia yang aku memang tak kenal.
aku xtau la mahu pegi ke x..
patut kah aku pegi..rase cam nyebok lak
tp bukan aku nak ikut..die yang ajak
weeeiiii..tolong la aku
reunion tu malam nie
aku takut xdapat sesuai kan diri di tengah2 manusia itu
lagi kalo die jumpe kengkawan lama
mesti aku terasa mcm xwujud aje
aduiiyyaaaiii
peninggggggggg
susah ati aku nie memikirkan benda nie
ape pendapat korang???

Sultan Johor Mangkat



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.

p/s: dipetik dari Berita Harian. Takziah buat Keluarga Diraja Johor dan rakyat Johor.

MAS : Saya Nak Cuti



Mas Airlines bersama Astro Ria dengan bangganya membawakan anda Program Realiti TV "Saya Nak Cuti" . Anda boleh memilih mana-mana destinasi percutian Asean yang ingin anda lawati seperti Bali, Singapura, dan juga tempat -tempat di Malaysia.
Anda juga boleh memilih sesiapa sahaja yang anda rasa layak untuk memenangi percutian ini..tak kiralah suami ke, atau pun ibu bapa anda.Hanya pilih dan nyatakan kenapa anda atau orang yang anda pilih itu  ingin melancong ke tempat tersebut tidak melebihi 350 patah perkataan.



Anda atau orang yang anda pilih itu mungkin berpeluang memenangi percutian PERCUMA ke destinasi percutian ASEAN. Tak cukup lagi, anda juga berpeluang menjadi hos untuk rancangan percutian anda itu sendiri. Seronok kan??? Ye..saya sangat teruja untuk menyertai pertandingan ini.. Siapa tahu nasib menyebelahi saya. Jika anda juga mahu merebut peluang ini, sila klik Saya Nak Cuti.

Untuk terma dan syarat anda boleh layari www.mastraveller.com

Tentu seronok dan sangat teruja jika berpeluang bercuti dengan ditaja sepenuhnya. Apatah lagi boleh pula berkongsi pengalaman percutian di kaca televisyen.

Saya memilih Singapura sebagai destinasi percutian saya.

Beberapa tahun yang lalu, ketika bercuti di Johor Bahru, saya telah melihat pemandangan Singapura pada waktu malam dari sempadan antara Singapura & Johor Bahru. Keindahan pemandangan itu membuatkan saya menyimpan impian untuk melancong ke Singapura suatu hari nanti.Kempen Uniknya Singapura yang disiarkan di televisyen membuatkan saya teruja untuk melihat keunikan Kota Singa ini.

Antara tempat yang ingin saya lawati ialah Jurong Bird Park.

Jurong Bird park merupakan Taman Burung yang terbesar di seluruh dunia. Terdapat lebih 600 spesies burung yang antaranya berasal daripada Asia Tenggara, Afrika, Amerika Selatan dan Lory Loft. Di sini saya dapat melihat spesies -spesies burung yang tidak pernah saya ketahui selama ini. Disamping mencuci mata melihat keindahan taman-taman ini, boleh juga saya mendapat beberapa informasi menarik untuk menambah pengetahuan saya.

Muzium Nasional Singapura pastinya lebih mengujakan keran menyimpanan pelbagai sejarah dan khazanah Singapura.Dalam pengetahuan saya, Muzium Singapura adalah muzium tertua di Singapura dengan jiwa inovasi yang termuda dan paling inovatif. Muzium ini terdiri dari dua bahagian iaitu Singapore History Gallery dan Singapore Living Galleries. Singapore Living Galleries sendiri terbahagi kepada 4 tema: Fashion, Makanan, Film & Wayang dan Fotografi. Di setiap bahagian ini pengunjung dapat melihat dan menyaksikan filem-filem lama,semangat kehidupan jalanan Singapura, kehidupan keluarga di Singapura dan yang paling penting ialah sejarah Singapura itu sendiri.

Tidak lengkap rasanya jika saya melepaskan peluang berkunjung ke Orchard, Marina Bay, Shenton Way, Raffles Place , Bugis, Chinatown dan Little India yang merupakan syurga membeli belah di Singapura. Bolehlah saya membeli cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia nanti.

Selain itu, tempat-tempat lain yang ingin saya lawati di Singapura ialah Kampung Gelam yang merupakan perkampungan Melayu di Singapura,Pulai Sentosa, Taman Botanikal Singapura dan lain-lain lagi.

Saya sepatutnya di beri peluang untuk bercuti ke Singapura supaya saya dapat mengetahui tentang keunikan Singapura seperti yang di war-warkan selama ini. Selain itu, pastinya saya dapat berkongsi pengalaman percutian ini kepada mereka -mereka yang ingin melawat Singapura seperti saya.

Wednesday, January 20, 2010

The New Year Give Away 2010

Aku ngan jenjalan blog walking nie, menyinggah kat blog Lovely Together;I love You. So, aku mahu join ini contest...But contest nie dianjur kan oleh My Sweet Den.



cute kan things yg kat atas nie...
kalo korang nak benda nie, join contest nie k.
syarat nye:
  • mesti post tentang give away nie kat korangnye blog
  • jadi follower My Sweet Den

  • then tinggalkan link korang kat post give away nie erk
Tarikh tutup : 31 January 2010
Pemenang akan diumumkan pada: 02 February 2010
 

Tuesday, January 19, 2010

12 skin creams banned for health danger

2009/12/10
By Annie Freeda Cruez

KUALA LUMPUR: The National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB) has banned 12 cosmetic products that contain ingredients, including scheduled poisons, that are dangerous to health.
The products are Felisa Gentle Peeling Solution, Krim Malam Rahsia Rimba, Biocosmet Whitening Essence Cream, H2O + Waterwhite Brightening Night Cream, Magixpress Lightening Plus, A.Vant Cream, Eriesya Spa Beauty Cream, Natasya Krim Herba, Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beauty Renewal Night Cream and Chantique Whitening Night Cream.

The bereau cancelled the registration of the products over the past 11 months because they contained the prohibited ingredients tretinoin (retinoic acid) and hydroquinone.

NPCB no longer allows the import, manufacture, distribution and sale of these products, and must be removed from the shelves.

Tretinoin, used to control acne, decongests the pores by peeling the superficial skin layer. The problem is that the acne would get worse before it gets better, and side effects include scaling of the skin, stinging, swelling or flushing.

In 2006, the US Food and Drug Administration recommended that products with hydroquinone be sold only under prescription because it was a possible carcinogen and for a possible link found in studies in Africa to a skin disorder called ochronosis.


Last year, NPCB banned six cosmetic products for similar reasons -- Khazanah White Pembersih Wajah, Gloskin Krim Malam & Siang, Reena's Astringen Lanjutan, Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk, EETYE Whitening Cream and O'Lynn Skin Lightening Cream.

Note: Dulu mase sekolah aku penah pakai Temulawak nie..seb baik aku dah lame tinggalkannye...kalo ade antara korang yg pakai krim2 kat atas nie, baik cepat2 tukar kepada krim lain..lebih elok kalo pakai produk yang semula jadi/botanical

Port dickson tiada buaya..

Korang ingat x post aky yg lepas tajuk Buaya di Corus Paradise PD?? kalo korang xbace lagi, sile klik kat taju td tu erk..
Post terbaru tentang buaya nie aku jumpe di blog Fairul Afif. Satu keratan akhbar yang menyatakan bahawa tiada buaya di PD.
Antara petikan nya menyatakan :
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pihaknya menafikan berita itu kerana sehingga kini belum ada individu yang nampak atau terkena gigitan buaya atau ikan besar seperti jerung atau yu di kawasan pantai peranginan itu.
Beliau berkata, berita yang disebarkan itu adalah palsu yang untuk kepentingan kumpulan tertentu bagi menghalang orang ramai berkunjung ke Port Dickson yang kini menjadi antara destinasi pelancongan terkemuka di negara ini.
So, aku no komen yek..aku pun dapat artikel tu melalui email forwading...tapi kalo betul xde, bagusla.
Bace artikel penuh di blog Fairul Afif yep.

Hadiah untuk Pasangan Bercerai

London : Sebuah gedung membeli-belah mewah menyediakan senarai hadiah kepada pasangan yanag mahu bercerai. Ia berlaku ketiak kad ucapan " tahniah di atas perceraian anda' amat popular dan parti sambut perceraian diadadakan selebriti seperti Jordan , Gail Porter dan Heather Mills. Barangan yang dijangka popular termasuklah peralatan memasak, barangan elektrik dah kemeja tidak bergosok.

 Aduiiyyyaaa.... manusia macam nie pun ade ke??? 
Ape agaknye motif they all sampi buat2 parti tu??
Nak bagitahu kat seme orang yg die tu single & available kot
ataupun die mmg terseksa sangat ngan that marriage, so dah lepas beban kat kepala
atau saje je nak tutup kesedihan..
hermm..ntahla...harap2 kat Malaysia nie xdela manusia yg buat cam tu..sape je lah yg ingan perceraian
ingat kawen dulu tu senang
 

Monday, January 18, 2010

My Valentine's Day


Sempena Valentine Day yang bakal menjelma nie, Nuffnang Premier Screening mengajak 80 pasangan untuk bersama-sama menonton movie Valentine's Day 3 hari before movie nie di tayangkan di pawagam.

Sinopsis Valentine's Day:

Valentine's Day merupakan sebuah filem komedi romatik yang dibintangi oleh bintang-bintang terkenal Hollywood seperti Jessica Alba (“Fantastic Four”),Kathy Bates (“Misery”), Jessica Biel (“I Now Pronounce You Chuck & Larry”), Bradley Cooper (“The Hangover”), Eric Dane (TV’s “Grey’s Anatomy”), Patrick Dempsey (“Enchanted”), Hector Elizondo (the “Princess Diaries” films), Jamie Foxx (“Ray”), Jennifer Garner (“Juno”), Topher Grace (“Spider-Man 3”), Anne Hathaway (“Rachel Getting Married”), Ashton Kutcher (“What Happens in Vegas”), Queen Latifah (“Chicago”), Taylor Lautner (“The Twilight Saga: New Moon”), George Lopez (“Beverly Hills Chihuahua”),Shirley MacLaine (“Terms of Endearment”), Emma Roberts (“Hotel for Dogs”), Julia Roberts (“Erin Brockovich”) dan Taylor Swift.

Filem ini telah diarahkan oleh Garry Marshall yang juga pernah mengarah file Pretty Woman pada tahun 1990.
  Jika anda berminat untuk bersama-sama menonton tayangan perdana filem ini bersama pasangan anda, sila lihat syarat-syarat berikut:
  • Pilih salah seorang pelakon Valentine's Day yang anda minati (contohnya: Jessica Alba, Julia Robert or.......)
  • Tulis blog post yang bertajuk "My Valentine's Day" dan ceritakan apa yang anda ingin lakukan jika diberi peluang meluangkan mase dengan pelakon yang anda pilih itu.
  • Akhir sekali, tinggalkan comment anda di post Nuffnang..okies
If i had a chance to spending the time with the Star above, i will pick up Ashton Kutcher as my choice.


Why????Kenape ???

Because it will make all the girls out there feel jelouse to me...hahhahhahha..sape je lah yang gila tak mahu date ngan this guys kan?Lagipun his not too old, so suitable for me..hehehhehe...
Sangat hensem, bergaya & graduate from University of Iowa in Biochemical Engineering..wondering why he be an actor & model..tapi bagus gak kan, kalo tidak, xla aku kenal ngan mamat nie.

Ape yang aku nak buat kalo dapat date ngan Ashton Kutcher...herm..thinking...tak kan nak tengok wayang & makan-makan je kan..macam biase aje..
Maybe we will spend a whole day in Genting Highlands



..enjoys all the indoor and outdoor games there...and have fun...seronok jugak kan??? And on Valentine's Day nite we will have a romatic dinner for a couple at Bora Ombak..



..ooo...romantik..but this is just a fantasy..hehehhe...

jangan marah ye peminat2 Ashton Kutcher & also My Se7en...jangan marah yerk.. i just want to win this contest so, we could enjoy this Premier Screening together..hehehehe...

So, Nuffnang...could you give me a pair of this ticket through this contest??? i have done mine...

Best Vacation Moment Contest


Macam kena lak kan entry nie kan aku yg baru balik dr bercuti nie..cis..bercuti konon..padahal bape jam je berade kat sinun tuh...

First of all nak ckp kenape aku nak join contest..actually aku rase nie mmg yg sangat best vacation yg x dirancang...Actually that day, me & him just g wedding my ofismate kat simpang pulai perak..mase otw nak pegi, tetibe ternmpak lak signboard "Cameron Highlands"..terderik detik kat hati cam nak pg sane..lalu aku pun menyatakan hasrat ku itu kat Se7en..apesal ayat skema nie??abaikan la ayat2 aku tu..

After that wedding, we all ajak another ofismate g sekali, but dieorg xnak lak..so, kiteorg agak ragu2 la jugak nak ke sane memandangkan hari pun dah petang dah..ngah pk2 nak jenjalan kat ner, Se7en terus aje membelok ke Cameron..ahahhaha..ape lagi...aku suke ! :p

Sangat2 teruja sebab mcm xpecaye lak akan berada di Cameron Highlands pada hari tu..bersame Se7en lak tuh..bebetul rse cam mimpi..walaupun xbanyak tmpt yg pergi, but this is the best vacation ever for me...Just 2 hours trip....dulu mase kocik2 aku mmh selalu g sane..tp manelah ingat lagi dah zaman dolu2 tuh...hehheehe..bangun pagi esoknye, duk pikir betul ke aku pg Cameron semalam..hhuhuhuuh...meh le tgk2 gmbr aku di sane yerk.


kalo korang nak gak join Best Vacation Moment Contest nie sile2 ke blog Zara & Family's Blog.

Meh tgk syarat2 nye :
1. Letak banner contest pada entry masing2. Jangan lupe link balik banner tersebut pada entry contest ni ye..Penyertaan akan disqualified jika tiada link semula.

2. Hanya satu destinasi percutian yang dibenarkan untuk setiap peserta. Maksudnya.. kalau anda seorang yang kaki jalan, pilihla salah satu tempat sahaja untuk masuk contest ini ok..

3. Maksimum 3 keping gambar dibenarkan untuk contest ini. Jadi, pandai2 la pilih gambar yang paling menarik untuk disertakan di dalam entry masing2..=D

4. Ceritakan juga serba sedikit tentang percutian anda itu dan nyatakan mengapa percutian tersebut menjadi antara best moment dalam hidup anda

5. Tempat dan tarikh percutian adalah tidak terhad. maksudnya, tidak kire bila masa percutian itu diadakan, samada jauh atau dekat, dan walau bersama siapa jua anda bercuti tetap mama terima..=))

5. Digalakkan untuk menjadi follower mama

6. Digalakkan untuk menyenaraikan blog ini dalam bloglist anda

7. Untuk setiap penyertaan, sila tinggalkan komen anda di entry ini..mama Zara akan segera menerjah dan meninggalkan jejak di entry contest masing2..
8. Tarikh tutup penyertaan: 25 Januari 2010

Saye mahu jadi follower Zara & Family's Blog

Dan also dah letak link list Zara & Family's Blog kat my blog list keh.





Ape yang korang akan dapat kalo join contest nie??? Mama Zara cakap

-Hadiah yang ditawarkan tentulah cenderamata istimewa dari BALI untuk 2 orang pemenang
- Peserta2 yang menjadi follower mama juga berpeluang menerima hadiah saguhati melalui random selection/lucky draw..
 
 note ; sangat suke dengan name Zara

Spread the Love Contest



Contest nie aku jumpe kat My-Giveaway , tapi dianjurkan oleh Nur Iqafi sempena pembukaan blogshop barunya...
Nie syarat2 nye kalo korang nak join gak contest nie:

1) Peserta haruslah mempunyai blog

2) copy banner di atas dan letakkan di side bar blog anda...dan link kan kepada... http://iqafilovebuggy.blogspot.com/2010/01/spread-love-contest.html

3) jadi follower blog Nur Iqafi.

4) jadi follower blogshop Nur Iqafi. http://spreaddlove.blogspot.com (bermakna..anda perlu menjadi follower..2 buah blog..hehe)

5) buat entry bertajuk Spread The Love Contest

6) dalam entry anda..haruslah ada banner di atas..linkkan pada.. http://iqafilovebuggy.blogspot.com/2010/01/spread-love-contest.html

7) sila tunjukkan 1 gambar anda yg menunjukkan kasih sayang..tk kire la gmbar couple.,suami isteri,kawan2,anak n ibu..anak n ayah..adik beradik..asalkan menunjukkan kasih sayang.(ingat..1 gambar sahaja!)

8) tinggalkan link entry anda di comment box entry ini.

9) pemenang akan menerima 1 set couple tee dari blogshop saya dan 1 hadiah misteri. Anda boleh memilih design n size yg anda suke. (berapa org pemenang akan diumumkan kemudian)

10) dan last skali..jemput la clik nuff sy skali..haha

11) tarikh tutup penyertaan adalah pada 12.00pm - 1 feb 2010

and mine goes like this :-

Follower blog Nur Iqafi

 
 
Follower Nur Iqafi blogshop
 

Sidebar banner


and my Spread The Love pic is


Thanks to Nur Iqafi coz anjurkan this contest k..sape2 yg nak join, sile kan yerk..Gud Luck for you all & me too :p


Sunday, January 17, 2010

Cameron Highlands ...2 hours not enough

We are going to Cameron Highlands.....mcm lam mimpi lak rasenye...pegi ngan Se7en lak tu..thanks to Se7en,,,hehhehe...sebenarnye x plan pun nak g CH tuh..mase otw g wedding eiyda, nmpak lak signboard CH..so, terase cam nak pegi....disebabkan Se7en dengan baik hatinye nak bwk aku g sane..ape lagi kan??? aku on aje..janji die jgn mengantuk sudah..itu yg paling aku risau..tp alhamdullilah, die segar je xngantuk2 sampai la balik....
Dulu mase kecik2 aku selalu g CH nie sbb dulu family aku stay kat Tapah, Perak..tp aku pun xingt sgt sebenarnye...aku cume ingat yg sekali tu mase umur aku 5-6 tahun..sbb ade gmbr. Memula kiteorg singgah kat first kedai kat Kg. Raja...coz aku nak tukar baju ..smbil2 tu jenjalan jap..beli ape yg patut...agak mahal la kat cnie..tp sbb x plan nak naik sampai ke atas, so belilah ape yg patut tu...sambil2 tu amik gmbr..heheheh...





pastu stop kat tmpat yg sgt banyak jual coklat..mcm2 coklat ade jual...lagi2 yg strwberry...mcm2..ada..aku beli strawberry kat cnie..RM10 sekotak...ingat kan dah murah..upenye mahal lor...ade lagi yg murah2 kat puncak..


oren yang sangat besar


ayam demuuukkkk

  
hydroponic vege

Dah puas jenjalan kat cnie...(xpuas lg sebenarnye...) plan nak balik dah..tp nak cri stesen minyak dulu..minyak dah tinggal suku..karang ade gak yg xsempat sampai bwh..huhuhuuh...tp stesen minyak yg terdekat kat Brinchang..mak aiii...nmpaknye terpakse naik sampai puncak gak..tp xpe..aku suke !!!hehehehhe....
pas tuang minyak ..ape lagi..cuci mate la kan....kat cnie sgt byk otel, so kalo dtg xbook pun aku rase still ade lagi la tmpt tido...heheehhe..barang2 kat pasar nie sgt murah...sayur2 12bungkus RM10..mak aih..banyak nye....ini kalo nak beli kena amik order dr kengkwan nak beli ape..leh beli sekali arong..kalo s, maunye nak mkn byk2 nie...strawberry lak 4 bungkus rm10...lagi murah..td beli kat bwah..mahal..tipah tertipu..hehhe..first time kan pegi..dulu mase  kecik2 xamik port la pasl harge2 seme nie.aduiiyyaaaii..aku sgt rambang mata...smpai xtau nak beli ape..cis...duit kat tgn xckup..pegi lak atm cucuk..cis...sgt xsenonoh....

erm..last2 ape je yg aku bwk balik??? 2 dozen red roses..but ade satu kuntum pink rose sesat..heheheh...strawberry tea, 5 box strawberry...jem strawberry..key chain lgi..hahahkkaka...sgt ntah ape2...


2 hours is not enough..banyak sgt lagi tmpt yg xjenjalan & amik gmbr..will come here again one day..nak spend time kat cnie lelame..huhuhu...cangat cejuukkkkkk.. best!!!!