Saturday, January 23, 2010

MAS : Saya Nak Cuti



Mas Airlines bersama Astro Ria dengan bangganya membawakan anda Program Realiti TV "Saya Nak Cuti" . Anda boleh memilih mana-mana destinasi percutian Asean yang ingin anda lawati seperti Bali, Singapura, dan juga tempat -tempat di Malaysia.
Anda juga boleh memilih sesiapa sahaja yang anda rasa layak untuk memenangi percutian ini..tak kiralah suami ke, atau pun ibu bapa anda.Hanya pilih dan nyatakan kenapa anda atau orang yang anda pilih itu  ingin melancong ke tempat tersebut tidak melebihi 350 patah perkataan.



Anda atau orang yang anda pilih itu mungkin berpeluang memenangi percutian PERCUMA ke destinasi percutian ASEAN. Tak cukup lagi, anda juga berpeluang menjadi hos untuk rancangan percutian anda itu sendiri. Seronok kan??? Ye..saya sangat teruja untuk menyertai pertandingan ini.. Siapa tahu nasib menyebelahi saya. Jika anda juga mahu merebut peluang ini, sila klik Saya Nak Cuti.

Untuk terma dan syarat anda boleh layari www.mastraveller.com

Tentu seronok dan sangat teruja jika berpeluang bercuti dengan ditaja sepenuhnya. Apatah lagi boleh pula berkongsi pengalaman percutian di kaca televisyen.

Saya memilih Singapura sebagai destinasi percutian saya.

Beberapa tahun yang lalu, ketika bercuti di Johor Bahru, saya telah melihat pemandangan Singapura pada waktu malam dari sempadan antara Singapura & Johor Bahru. Keindahan pemandangan itu membuatkan saya menyimpan impian untuk melancong ke Singapura suatu hari nanti.Kempen Uniknya Singapura yang disiarkan di televisyen membuatkan saya teruja untuk melihat keunikan Kota Singa ini.

Antara tempat yang ingin saya lawati ialah Jurong Bird Park.

Jurong Bird park merupakan Taman Burung yang terbesar di seluruh dunia. Terdapat lebih 600 spesies burung yang antaranya berasal daripada Asia Tenggara, Afrika, Amerika Selatan dan Lory Loft. Di sini saya dapat melihat spesies -spesies burung yang tidak pernah saya ketahui selama ini. Disamping mencuci mata melihat keindahan taman-taman ini, boleh juga saya mendapat beberapa informasi menarik untuk menambah pengetahuan saya.

Muzium Nasional Singapura pastinya lebih mengujakan keran menyimpanan pelbagai sejarah dan khazanah Singapura.Dalam pengetahuan saya, Muzium Singapura adalah muzium tertua di Singapura dengan jiwa inovasi yang termuda dan paling inovatif. Muzium ini terdiri dari dua bahagian iaitu Singapore History Gallery dan Singapore Living Galleries. Singapore Living Galleries sendiri terbahagi kepada 4 tema: Fashion, Makanan, Film & Wayang dan Fotografi. Di setiap bahagian ini pengunjung dapat melihat dan menyaksikan filem-filem lama,semangat kehidupan jalanan Singapura, kehidupan keluarga di Singapura dan yang paling penting ialah sejarah Singapura itu sendiri.

Tidak lengkap rasanya jika saya melepaskan peluang berkunjung ke Orchard, Marina Bay, Shenton Way, Raffles Place , Bugis, Chinatown dan Little India yang merupakan syurga membeli belah di Singapura. Bolehlah saya membeli cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia nanti.

Selain itu, tempat-tempat lain yang ingin saya lawati di Singapura ialah Kampung Gelam yang merupakan perkampungan Melayu di Singapura,Pulai Sentosa, Taman Botanikal Singapura dan lain-lain lagi.

Saya sepatutnya di beri peluang untuk bercuti ke Singapura supaya saya dapat mengetahui tentang keunikan Singapura seperti yang di war-warkan selama ini. Selain itu, pastinya saya dapat berkongsi pengalaman percutian ini kepada mereka -mereka yang ingin melawat Singapura seperti saya.

2 comments:

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!