Monday, January 11, 2010

Buaya di Corus Paradise PD???

Story nie telah di forward kepade aku melalui email.. Terus terang sebenarnye aku dah sanggup nak post kan kat cnie segala gmbr2 tu sebab aku rase kengerian yang teramat & nak termuntah betul...Korang bace petikan story kat bawah nie..sebijik2 aku copy dari email.


Kawan aku bersama keluarganya pergi menghabiskan cuti persekolahan di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas, pada petang itu dia bersama dengan anak perempuannya mandi manda ditepi pantai berdekatan resort, ketika sedang mandi tiba tiba kakinya seakan digigit sesuatu dan menariknya ke laut. Beliau melepaskan anaknya dari pelukan sambil menjerit meminta tolong. dan anak tersebut sempat diambil oleh ibu kawan aku itu.Dengan pantas seorang lelaki pergi mendapatkan kawan aku nih yg terus dibawa kelaut. Dalam keadaan cemas itu, lelaki tersebut terus menarik kawan aku itu dengan kuat, kemudian dia sempat melihat apa yg telah menarik kaki kawan aku itu...seekor BUAYA!!...
Kawan aku terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital port dickson kerana gak jauh dan kakinya mengalami pendarahan teruk) selepas itu kawan aku terus dibawa balik Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kaki byk yg putus dan jari2nya tidak dapat digerakkan. Persoalannya disini...macamana buaya boleh ada ditepi pantai, kalau seorang dewasa boleh ditarik kelaut, apa cerita pulak kalau budak2?? bila aku dapat tau cerita ini..hati jadi kecut untuk mandi manda di pantai port dickson.. Ada sesiapa lagi yg tahu cerita ini? Dengarnya perkara BUAYA bukan perkara baru di pantai Port Dickson..kenapa perkara2 ini perlu disembunyikan??



Aku letak due je photo sebab aku xsanggup nak tgk..aku post posting nie pun mate pandang keyboard aje...

korang berhati2 la yek kalo pegi mandi2 kat situ..lagi2 kalo bwk anak2..kalo boleh xyah pegi pun xpe..seb bek mase aku bermandi manda kat PD dulu xde pape...sangat ngeri..xmo pegi dah sane...

1 comment:

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!