Saturday, October 30, 2010

Tahniah!Jangan Baling Sampah Lagi

30 Oktober 2010
Yea..TAHNIAH!..
kepada pasukan RED WARRIOR kerana akhirnya berjaya menjadi juara Piala Malaysia untuk kesekian kalinya..
Sungguh tak ku sangka ye...
Tapi yang masih mengecewakan ialah sikap penyokong yang masih tegar baling sana-sini..
adoi...korang nie nape?
tak leh ke duk diam-diam ke?
dengarnya pihak pengurusan dah melarang botol-botol minuman dibawa masuk
tapi berlambak aje lagi...
Tapi...
lantak korang lah...
dah menang kan?
So..tak delah nak kena kutuk-kutuk sangat
korang pun tak de lah nak bakar-bakar kerusi stadium tu kan?
hehehhehe...
TAHNIAH sekali lagi RED WARRIOR and KELANTAN.



Contengan Tambahan : I miss you..don't you miss me?

Friday, October 29, 2010

bukan ghaib dilarikan jin

29 Oktober 2010
KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam' di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

iti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.
Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.

“Dengan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sini, semalam. Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19.

Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.
Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

"Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan," katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.

Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

"Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.

Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

“Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang," katanya.

Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning. 
Contengan Tambahan : manusia sekarang gila populariti ke? Aku rasa pihak media patut pergi interview budak ni and tanya motif dia buat macam ni.

Thursday, October 28, 2010

Peluang Berkaraoke Sampai Pengsan

28 Okktober 2010

Siapa kat sini yang minat melalak? dengan kata yang lebih sopan, berkaraoke. 
Kalau korang salah seorang yang suka mengunjungi pusat karaoke, aku ada satu tawaran yang best untuk korang yang membolehkan korang karaoke sampai pengsan..hehehhe

Tawaran ni dibuka oleh Teo Heng Karaoke di Sunway Giza.... 
Korang boleh dapatkan satu room yang boleh muat 4 orang dengan harga RM25 untuk 3JAM!
Murahkan?
Selalu aku pergi dekat Alamanda pun RM26 sejam tau.


So..apa tunggu lagi? Tawaran aku berakhir dalam masa 2 HARI dari sekarang.
Tapi korang boleh guna voucher nie sampai bulan Disember (12)
Untuk tempahan , korang bolehlah klik link nie 


Mission Complete

28 Oktober 2010
Salam &Morning semua...

Memandangkan pagi nie tak dikejar oleh  oleh kesibukan kerja, so boleh lah aku update blog yang dah tak ber-update nie. Tapi pagi nie sangatlah lenguh-lenguh badan..semalam aku jalan jauh agaknya dalam mimpi. And aku still rasa tak cukup tidur akibat dari merayap malam-malam 2 hari lepas..huhuuh..tu lah, konon berazam tak nak merayap malam-malam di hari bekerja, tapi buat jugak..Huhuhuhu..tapi tak pe lah, sebab apa yang di cari dah jumpa...so mission complete.Tak payah nak pening-pening pikir lagi ok.

8 more days to go..fuhh...hope everything will be fine.

Tuesday, October 26, 2010

Migrain Kah?

Wawawawawwa..sakitnya kepala..semalam sampai terjaga dari tidur sebab kepala sangat sakit.Pastu tidur pun macam tak berapa nak tidur..ala-ala tidur-tidur ayam gitu..Siyes sangat tak best..Aku rasa cam migrain..ye..migrain yang dah lama meninggalkan aku tu mucul balik agaknya..sampai pagi nie aku sakit kepala sampai rasa macam nak muntah...Ye betul..sangat-sangat lah tak boleh tahan...
Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadang-kala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.
 Aku memang tengah melalui perkara ni sekarang nie.

Monday, October 25, 2010

Lelaki Ni Manusia Ke Anjing?

25 October 2010
Petikan dari Harian Metro

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Adakah lelaki nie bukan seorang manusia? Cam ANJING je nak kecing-kencing kat orang..kencing merata-rata..Eeeee....I HATE THIS KIND OF HUMAN.Tak layak jadi manusia pun sebenarnya... Kena sumpah jadi anjing baru tahu...Isteri tu kan amanah ALLAH yang mesti dijaga dengan sebaik-baiknya..Seburuk mana pun isteri tu, tetap isteri kau jugak..kalau salah perlu ke tegur macam tu..apatah lagi kalau tak ada salah apa-apa..macam sial okeh...

Sorry lah..memang sangat emo dengan berita macam nie..Macam bangang....Membuli kaum yang lemah..DAYUS dan &^^$#%^**&$%#..korang isi lah apa yang patut....

Saturday, October 23, 2010

Entri Khas Untuk Kamu

Ada lah orang tu kan..
Dia kata kalau JOHOR FC dapat masuk final lawan RED WARRIOR, 
dia nak gaduh ngan aku jap time match tu
Sampai macam tu sekali dia kata..
tapi nak wat macam mana kan..
dah takdir JOHOR FC tak dapat masuk final..
Ye..Sila gelakkan orang tu...


Nostalgia Selipar

Helooo...rindu kat ai tak?
ekekekke...adakah aku sedang perasan?
Mesti korang tak heran kan aku tak update blog
tapi aku heran..
aku ngah ada banyak masa terluang
tapi..tak ada mood la nak ngadap lappy ni tanpa tikus..


Siapa ingat selipar nie?
Siapa pernah pakai selipar ni ...angkat tangan cepat?
Haaahaaa..semalam aku ke Bata, ternampak pulak selipar ni..
dulu masa kecik-kecik mama aku selalu belikan selipar ni
tapi sekarang ..huh..
BATA pun aku tak pandang..
macam kacang lupa kan kulit betul...
Erh..tapi dulu aku rasa design selipar ni tak lah seburuk ini kan?

Friday, October 22, 2010

Bosan

Bosannya bila terpaksa melalui hari-hari minggu yang macam ni..
bosan..
benci..
tak suka..
tak best langsung.
Perlu ke melalui hari-hari yang macam nie..
saat-saat yang macam ni
tapi nape orang lain tak pun macam ni
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee................
STRESS!


Thursday, October 21, 2010

Nasib Baik Bukan Delay.

Tengahari tadi dapat email from Air Asia inform yang flight aku dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur pada 9hb Nov nie rescheduled earlier ..awal 25 minit....And petang tadi dapat pula SMS from Air Asia inform flight aku untuk 2hb Nov pun diawalkan... 2 jam pula tu..nasib baik aku dah apply cuti untuk 2hb, ingatkan balik kerja je baru nak ke LCCt sebab flight sebenar kul 7.50 p.m...

Apa pun, bagus lah di awalkan..at least awal sikit aku sampai.Wah...tak sabarnya nak balik kampung......

Berubah Sikap Selepas Bertunang

Gara-gara berita gadis melarikan diri sebab tak nak berkahwin dengan tunangnya, aku tiba-tiba macam terfikir plak kata-kata dia tu...Betul ke perubahan sikap @ sikap sebenar pasangan kita tu akan terserlah selepas kita bertunang? Agak-agak kalau aku dengan Encik Se7en yang dah couple selama 6 tahun ni, ada lagi ke sikap yang dia belum tonjolkan depan aku? Ish..Gerun betul lah bila memikirkan persoalan nie..Bagi korang yang dah bertunang, pernah tak mengalami perkara macam nie?

Buat masa sekarang nie, memang ada perubahan yang aku rasai dalam diri Encik Se7en selepas kiteorang buat keputusan untuk bertunang..Dan aku sedar perubahan tu untuk kebaikan diri aku..cuma aku belum bersedia untuk buat perubahan tu...Lantas membuatkan aku rasa macam didesak bila dia asyik sebut benda yang sama hari-hari...dan membuatkan aku rasa dikongkong.Mungkin itu yang dilalui oleh gadis tu, cuma sebab umur dia muda lagi, so dia mungkin tak dapat nak fikir dengan matang. Itu cuma andaian aku berdasarkan apa yang aku sedang lalui sekarang.

Sebab perubahan yang Encik Se7en suruh aku buat ialah tentang pemakaian aku yang katanya agak tak sedap mata dia memandang atau lebih tepat tak larat dia nak tanggung dosa aku banyak-banyak kot bila dah kahwin nanti. Benda tu aku dah tahu pun..aku tahu dan sedar tentang pakaian aku tu, cuma aku belum bersedia untuk buat perubahan secara mendadak...So aku memang jenis yang tak suka orang asyik ingatkan tentang benda yang aku tahu @ sedar tapi aku tak nak buat. Situasi ni memang akan mendatangkan perasaan rimas..tapi macam aku kira masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..dalam pada tu aku ada lah jugak cuba-cuba jugak untuk buat perubahan..slow-slow okeh...and you also know betapa susahnya nak berubah bila hati memang tak nak, kan  kan kan?

Dan lagi satu aku rasa personaliti kiteorang sekarang nie macam dah split lah..Sebab in certain cases, perangai dia jadi macam aku, perangai aku jadi macam dia..Ni kira pengaruh rakan sebaya ke apa? Hahahhaha...

Oh ye..bagi korang yang mengalami situasi yang sama macam tajuk entry aku nie, sila komen dan bagi opinion korang yep.

Tuesday, October 19, 2010

Teka Teki Gila

Aduiiyaaiii..tengah bosan-bosan tadi tiba-tiba bodyguard tanya teka-teki..pastu aku pun google la jawapan dia..terjumpa plak ngan sekumpulan teka teki yang hampir-hampir buat aku gelak macam orang gila...meh nak share...

Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal hujan di tengah jalan?
-Jalan je kat tepi.

Apakah warna telur burung merak?
- Burung merak tidak bertelur.

Jam apa berwarna putih, dan kadang-kadang berbau?
- Jamban.

Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat?
- Kerana ibunya bukan seekor babi.

Actually ade banyak lagi yang sangat kelakar gila, tapi tadi internet problem and draft nie tak save semua, malas dah aku nak cari dah.

Tak Perlu Pergi Jauh-Jauh

19 Oktober 2010

Malam tu memanglah sangat tak ade mood..kononnya nak keluar petang-petang, alih-alih malam jugak baru keluar...patutkah aku ada mood yang elok?

Dah tu, pergi jauh-jauh sampai ke Wangsa Maju semata-mata nak pergi makan kat tempat yang aku tak suka. Out of my expectation. And mood aku dari 50% terus ZERO! Sakitnya hati..

Tak boleh ke faham aku tak suka pergi makan kat tempat macam tu...Lagi-lagi bila mood aku ngan down...Ntah dah berapa kali aku buat muka bila tak suka makan kat tempat macam tu, tapi kenapa tak pernah faham?

"High class sangat ke"

It's not about high class or standard..Its about I DON'T LIKE that kind of place...Bising dengan orang berbual satu hal, bau asap rokok, asap kereta & asap dapur bercampur..eeeeeee..sangatlah tak lalu aku nak menikmati makanan dengan tenang even makanan tu sedap macam mana pun..tapi Nasi Lemak yang aku makan malam tu tak lah sesedap Nasi Lemak kat Presint 8 tu..Biasa-biasa jek and damn..aku sakit perut...

Ah ya..kesimpulannya tak perlu pergi makan jauh-jauh semata-mata nak makan kat tempat yang macam tu.

Monday, October 18, 2010

I Want To Spend My Lifetime Loving You

Moon so bright, night so fine
Keep your heart here with mine
Life's a dream we are dreaming

Race the moon, catch the wind
Ride the night to the end
Seize the day, stand up for the light

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do

Heroes rise, heroes fall
Rise again, win it all
In your heart, can't you feel the glory?

Through our joy, through our pain
We can move worlds again
Take my hand, dance with me

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I could spend my lifetime loving you

Though we know we will never come again
When there is love, life begins
Over and over again

Save the night, save the day
Save your love, come what may
Love is worth everything we pay

I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do
I want to spend my lifetime loving you
If that is all in life I ever do

I will want nothing else to see me through
If I can spend my life time loving you



Saturday, October 16, 2010

Ku Sangka kad Itu.....

16 Oktober 2010

Semalam ke Alamanda nak makan KFC kunun-kununnya, tapi tersangat lah ramai orang..Dah kebetulan kawan aku nak pergi beli beras kat Carrefour, so aku pun beraturlah..Agak lama jugak lah..dah la depan tu ada sekumpulan akak-akak indon yang membeli tak hengat..Adeh... Sorang beratur, pastu bila sampai kat kaunter je ramai yang serbu..dah tu beli nak resit asing-asing lak tuh..menyusahkan tol..ade lah lam setengah jam aku menunggu..

Tapi sangat lah geram bila sampai jek kat kaunter, aku order, itu tak de, ini tak de..semua lah tak de..frust betul..So, dengan muka hampa + bengang, kiteorang pergi Pizza Hut..Tunggu lam 10 minit, tak ada plak yang datang ambil order..Kiteorang keluar pergi A&W plak. Tak berapa ramai orang, tapi cashier dia lembab macam *&^^%%$..huh..tak boleh blah betul..dah lah nak abes waktu rehat dah..Aku ulang order sampai 3 kali, boleh plak tengah ambil order tu dia bercakap-cakap ngan orang lain..tak mesra pelanggan langsung..Sakit hati aku..Fuhh..3 perhentian baru dapat makan.Tu pun masuk ofis lambat 20 minit..Fuhhhhhhhh...Tapi tapi tapi..sebelum tu...

Aku tolong pergi cop kan tiket parking kat Carrefour tu..dah kawan aku bagi resit & tiket, aku tak pandang pun..terus ambil and pergi kaunter. Then lepas si budak tu cop resit, dia senyum-senyum kat aku..Aku tak de nak syak apa-apa pun so aku senyum balik kat dia..Then dia cakap
"Kad parking"..aku cakap balik kat dia "ni kad parking lah ni"..dia boleh plak senyum-senyum..aku pun pandang kad tu ..Alamak..ni kad klinik kesihatan putrajaya nie..Adeh..malu-malu...Jatuh saham aku 99 % tau....Huwaaaa........Macam mane leh salah kad nie..adeh..nak cepat punya pasal...huwaaaa...

Baju Tunangku Sudah Siap.

Yeay!!!


 Akhirnya siap juga baju pertunangan ku itu...
Dijahit oleh Mama yang tersayang...
Warna purple lagi tu...
Sebenarnya warna purple ni pilihan Abah aku..
Ntah nape dia suka sangat warna purple..
so demi memenuhi kehendak Abah ku, aku pun pilih la warna nie..walaupun dalam perancangan sebenarnya bukan nak warna nie...
Sebab kalau boleh aku nak warna yang striking gitu..nampak shining muka aku..muahahaha...

Friday, October 15, 2010

Maggie Goreng Cik Puan

15 Oktober 2010

Bahan-Bahan:-
  1. Maggie segera tanpa perencah
  2. Sedikit Minyak untuk menumis
  3. Bawang Merah dicincang
  4. Cili Boh
  5. Kicap
  6. Ayam dipotong dadu
  7. Udang dibuang kulit
  8. Fishball dibelah dua
  9. Tauge
  10. Sedikit garam

Cara Penyediaan:-
  1. Maggie dilembutkan dengan air mendidih
  2. Tumis bawang merah sehingga naik bau.Kemudian masukkan cili boh. Tumis sebentar
  3. Masukkan ayam, udang dan fishball..tumis sehingga masak
  4. Masukkan sedikit garam
  5. Masukkan Maggie dan gaul sebati.
  6. Kemudian masukkan tauge dan kicap..kacau hingga sebati...
  7. Sedap di makan semasa panas.

Contengan Tambahan : Ni lah menu aku time penyakit kemalasan melanda jiwa

Awek Cun Untuk Di Main.

15 Oktober 2010
awek cun

awek cun & awek untuk di main
kalo kome tak nampak, sila klik untuk tumbesaran berganda..

Ouhhhh..rancak tol erk korang nie mengoogle benda yang bukan-bukan kat internet..
Konfius aku cam ne korang boleh jumpa blog aku dengan keyword di atas tu..
Wawawiiiii...cun erk aku?muahahahha...
 Tapi awas yep..walaupun korang rasa aku cun (ewahh..padahal perasan sendiri)..tapi aku bukan awek untuk di main..salah station korang nie..sila pergi ke station seterusnya...kalau nak ajak main congkak boleh..muahahaha..

Thursday, October 14, 2010

Uji Bakat "Kawanku Bintang Coca Cola"

Program TV ini merupakan asas untuk 8 bakat muda dalam muzik yang selama ini terpendam untuk mempersembahkan bakat mereka dan menjadi terkenal serta peluang untuk memenangi hadiah-hadiah berikut:

Hadiah Pertama Wang tunai RM15,000 dan Pengalaman muzik paling gempak di mana sahaja di seluruh dunia*

Hadiah Kedua Wang tunai RM10,000

Hadiah Ketiga Wang tunai RM5,000

Hadiah Saguhati x 5 Hadiah eksklusif dari Coca-cola

* Percutian ke mana-mana konsert artis Universal Music di serata dunia. Anda juga berpeluang untuk menyertai lawatan ekslusif ke studio Universal Music.


Ajaklah kawan anda yang berbakat dalam muzik ke uji bakat “Kawanku Bintang Coca-Cola” di lokasi-lokasi berikut:

* Homegrown Space,
Tingkat 3, Wisma Bentley (Di hadapan Tesco)
Mutiara Damansara
22 - 24 Oktober 2010
10 pg - 7 mlm

* Prangin Mall,
Tingkat Bawah Atrium A,
Pulau Pinang
16 Oktober 2010
10 pg - 7 mlm

* Danga City Mall,
Tingkat Bawah Concourse G2,
Johor Bahru
23 Oktober 2010
10 pg - 7 mlm

Layari http://malaysia.youthsays.com/ienafazlyna/coke-audition untuk maklumat lanjut..

Sarapan Diet

14 Oktober 2010

Morning Semua...Pepagi lagi sudah meng update blog..agak buang tabiat..adakah sebab Facebook sudah kena block?..ala..waaa..xheran okeh..rumah wa de tenet ape!!!!..muahaha..poyo..Oopsss...

Korang dah breakfast ke? Aku sudah..Alhamdullilah untuk 2 sebab..satu sebab dah kenyang..satu lagi sebab hari nie berjaya mengawal diri pergi beli makanan berat di Cafe walaupun aku datang awal...

Hari nie aku cume breakfast air milo + kopi..aku campur sebab aku xleh minum nescafe or kopi macam tu jek, nanti mula pening-pening & loya-loya macam ibu mengandung...Dan juga 2 keping roti + kaya also sebiji pisang..waaa.....berkhasiat tak breakfast aku pagi nie...

Ini adalah nekad okeh..a few weeks je lagi..perlu diet habis-habisan nie..supaya muka aku tak bulat kalau di paksa pakai tudung indon nanti..muahahhahaa....

Oklah..wat kerja yep..Daaa....

Wednesday, October 13, 2010

Mama!!!Tak Nak Pakai Tudung ...

13 Oktober 2010
Itu....
Ala..serba salah aku dibuatnya..
sebelah sana mama..
sebelah sini diri aku sendiri..
Alkisahnya semalam aku dah beli tudung untuk bertunang tu..
pastu aku hantar gambar aku pakai tudung ngan veil tu
mama kata tak cantik pakai ngan tudung biasa
kena pakai ngan tudung indon tu
masalahnya aku tak suka pakai tudung indon tu
sebab muka aku bulat macam belon bila pakai tudung tu
aku nak membantah kang macam tak best ar plak kan
tapi aku tak suka .. tak suka.. tak suka..
cam ne nie??
adeh..pening ar cam nie...
Mama ke aku yang nak bertunang nie?
Alahai...cam ne erh nak membantah tanpa terang-terangan...
sedih ar macam nie..
huwaaa...tak nak pakai tudung indon tu!!!!!

Friday, October 8, 2010

Jamuan Raya Istana Kehakiman

08 Oktober 2010
Korang!!!Hari nie 29 Syawal kan?Dah berakhir rupanya syawal yep..cepat betul masa berlalu..rasa macam baru je aku balik kampung beraya hari tu.

Oh ye..Hari nie makan-makan lagi...tapi rasanya makanan tak sebanyak jamuan semalam kot...Yang penting..aku makan satay lagi..walaupun sebenarnya semalam aku dah nekad tak kan makan satay hari nie..Uishhh..kuat betul godaan satay nieh...

Aishh..malas nak cerita banyak okeh..layans.....

 aktiviti sebelum serang makanan

 gerai MRM


 with Didie Alias & Khairil Rashid Sinar Fm ..they are MC's

makanan yang sangat-sangat enak..aku suka kuew tiau tu...

Baju biru akak s/u sebelah ofis aku..vouge & cantik okeh dia nie..i like !..yang baju hitam tu akak s/u ofis aku okeh..ngan dia lah aku selalu berceloteh & mengumpat keji..uishhh..perangai buruk betui..aku la yg selalu mulakan..hahhaha..

Cerita syawal sudah berakhir....sekarang nak buka cerita lain pula..tapi nanti dulu lah erk......

Contengan Tambahan : Sedang menghitung hari....

Jamuan Raya Registri MRM

08 October 2010
Haluuuu....
Semalam ada jamuan hari raya dekat Registri MRM yang bertemakan Pot Luck and warna purple...

..disebabkan dijemput, maka dengan berbesar hati nye pergi..hahahhha..seronok sangat..sebab makanan sangat-sangat banyak..sampai tak tahu nak makan apa..and even sejam setengah aku spend time kat situ..still ada makanan yang tak rasa...


Aku mestilah serbu satay dulu..my favourite tuh....7 cucuk aku balun..dah tu makan rendang,lemang, pengat pisang..dan.itu..ini..arghh..banyak sangat ar..lupa...Aku punye officer and secretary dah naik ofis, aku still melepak lagi kat situ dengan kengkawan kat sana..yela..sejak-sejak aku berada di kayangan nie, dah jarang berkumpul ramai-ramai macam nie....

 nie lah geng-geng kat MRM

 Banyak betul tangan yang berebutkan aiskrim..kesian kat karipap tuh

Aiskrim aku campur dengan kek lapis sarawak..sedap tau..sila cuba!

makan dengan muka yang sangat senonoh *sigh*


masing-masing buat muka comel lepas kekeyangan

ntah kenapa aku tak snap gambar makanan..mungkin sebab masa aku sampai tu majlis dah nak mula kot..segan lak nak ambil-ambil gambar kan...