Wednesday, May 25, 2011

Bride To Be : 5 Days More!

Hari ni dah start cuti...
Nak terbang balik rumah XPAX di kampung halaman tercinta...
Flight pukul 1.40 nanti...
Doakan aku selamat sampai ke destinasi ye kengkawan!

Lagi 5 hari je akan bertukar status...
Perasaan?
Buat masa nie kurang perasaan..
sebab dah hampir sebulan batuk-batuk still tak kebah..
So macam spoiled mood je..
Erh, tak baik pulak cakap macam tu kan...
Doakan aku cepat sembuh ye..
Daaa.......

Tuesday, May 24, 2011

Bride To Be : Kasut + Baju Akad Nikah

Baju nie dijahit oleh Mama aku..tapi manik-manik tu Mama aku tempah..entahlah dekat siapa..cantik juga dia jahit..erh, bukan....CANTIK SANGAT! Tak sabar nak balik tengok... Untuk akad nikah, aku pilih design baju kurung moden je...


Dan untuk kasut pulak, aku beli dekat Vinci semalam..oopss... aku hari tu ada berkenankan kasut dekat Nose, harga dia pun murah sikit dari kat Vinci nie, sebab yang tu ada discount, tapi bila aku pergi semalam tengok dah tinggal warna hitam..so, pusing-pusing, jumpa design yang lebih kurang sama kat Vinci..Tapi harga 2 kali ganda..huuhuhhu..
Ada dalam 2, 3 kali jugaklah aku round Alamanda tu sebab pikir nak beli ke tak..Sambil jenguk-jenguk kot ada yang lain lagi murah sikit. Kedekut..hahahaha...

Oh ye, kat Vinci sekarang tengah ada promotion tau..Kalo membeli 3 pasang ke atas, dapat discount 20%, and kalau membeli RM120 ke atas percuma beg..Aku tak tahu lah beg apa. Tetibe promote Vinci, macam ada share pulak..hahahha...

Saturday, May 21, 2011

Restoran Chop N Steak, Serdang

Aku nie sebenarnya kureng sikit bab-bab makan Western nie..Tapi tetiba je keiinginan tu datang membuak-buak sebab Encik Se7en sebut-sebut pasal Chicken Chop..So, aku pun paksa dia belanja aku Chicken Chop....Ingat nak ajak pergi HR Steak House, macam jauh pulak kan..So, destinasi makan kali ini ialah Restoren Chop N Steak, Serdang.

Lokasi dia berdepan dengan PERODUA, Serdang. Kejap je jumpa cari tempat nie, even aku bagi maklumat mcm orang tercekik tulang ayam...


Suasana dalam kedai...kiteorang makan kat luar..berangin sikit..hehehe..

Menu dia..MERAH you!!!

Macam-macam ada..Pelbagai jenis Chicken, Fish, Beef..Rusa pun ada tau...

Ni pula MENU untuk air....Bermula dari Rm1 untuk minuman panas hingga RM2.50 jus gelas besar.

 Chicken Chop - RM8.90

 Grill Chicken - RM9.90

Makanan untuk 2 orang (Chicken Chop, Grill Chicken, French Fries - RM4, Mushroom Soup Chicken - RM4, Honeydew Juice-RM2.50, Barli  Suam - RM1.50 )
Jumlah semua RM30 je..
Murah kan??
Makanan pun sedap..Juice dia lagi lah..Umphhh...Aku ambil barli suam je sebab batuk aku tak elok lagi...tapi semalam menyedut lah jugak Honeydew Juice tu sikit.
Dia punya Mushroom Soup Chicken pekat likat..kalah PIZZA HUT..memang sedap..sebab ada ketulan-ketulan ayam..Memang puas hatilah makan kat sini....Kenyang sampai nak tidur..itu pun Soup dengan Fries tak habis..uhuhuhuh...

Kalau sesiapa yang teringin nak cuba Western Food kat sini..nie alamat dia
Chop 'n Steak
No. 379, Jalan 18/1,
Taman Sri Serdang,
43400 Serdang,
Selangor.

Tuesday, May 17, 2011

MakeOver Majalah Stailista

MakeOver nie  untuk ruangan MakeOver dalam majalah Stailista.
Actually, tak sangka pula boleh terpilih sebenarnya.
Tapi..gembira plus excited sangat.
Walaupun masa tu muka tengah spoiled gila masa nie..tapi takkan nak lepaskan peluang yang hanya datang sekali seumur hidup nie kan??So, redah je lah...lagipun 4surelah MUA tu dapat cover semua cacat cela kat muka aku tu.

Aku pun mintak half day dengan officer aku. Malas nak amik cuti yang dah semakin kurang tuh.Masa kiteorang sampai tu, ada lagi satu couple tengah make-up..So, kena tunggu dulu lah. Then, its my turn...

Di MakeUp oleh MUA : Shamnina Omar


Actually session Makeover nie adalah untuk pasangan yang bertunang..So, adalah Encik Se7en sekali...Kalau tak, tak de nya dia nak bagi aku pergi kan??? Dah dari dulu lagi dia tak bagi...
Nak tengok gambar kiteorang?????

Muka aku nampak sangat tembam kan??

Us with MUA & Wartawan from Stailista, Khai


Cuba bayangkan aku pergi makan dekat foodcourt dengan muka macam nie..Aku rasa macam orang duk pandang-pandang aku macam minah tak betul aje.

MakeOver nie akan keluar dalam majalah Stailista keluaran Julai nanti...Tak sabarnya nak tengok macam mana rupa aku dalam majalah tu...uhuhuhuhhu....Siapa nak tengok, cepat beli..hehehehe..

Sunday, May 15, 2011

Resepi Spaghetti Carbonara

Dulu aku tak suka spaghetti..sebab aku rasa macam menggelikan je benda alah spaghetti tu..Tapi lepas cuba spaghetti dekat Kyros Kebab, terus aku jatuh cinta lagi..lagi lagi ku jatuh cinta..hehehhe....Lepas tu aku cuba pulak spaghetti dekat Pizza Hut..Yummm yummm.....sedap-sedap..wajib kalau makan kat Pizza aku order spaghetti carbonara.

Oppsss....sorry..terbebel plak...Nie pulak spaghetti ciptaan aku sendiri.. Actually sos spaghetti tu aku guna Prego je..hehehhe..budak kecik pun tahu buat kan??Saje nak mempoyo..ahaks..

Bahan-Bahannya 
Sepaket spaghetti - tak semestinya sepaket..ikutlah berapa orang yang nak makan..kang rebus banyak-banyak, membazir pula
1 tin Sos Spaghetti Prego Carbonara Mushroom
Sedikit ayam dipotong dadu -nak guna ayam yang kisar tu pun boleh, tapi aku tak suka la.
2 batang Sosej dipotong-potong
Bawang putih dicincang
Bawang Merah dicincang
Garam
Lada Sulah
Serbuk Blackpepper
1 cawan Air

- mula-mula rebus spaghetti sehingga betul-betul dia masak. Untuk elakkan dari melekat, sapu sedikit mentega. tos dan asingkan.
- tumis bawang merah dan bawang putih.
- masukkan ayam dan sosej sehingga masak.
- kemudian baru masukkan sos carbonara..kacau rata
- masukkan air
- kacau sehingga dia agak pekat sedikit.
- masukkan sedikit garam, lada sulah dan serbuk blackpepper secukup rasa..
- bolehlah dihidangkan semasa masih panas..sedap!!!


Thursday, May 12, 2011

Bride To Be : Dugaan

18 Days more to go...
Tak tahu nak menggambarkan perasaan aku sekarang macam mana
Takut .... Berdebar.....Risau
Semua perasaan yang enak dan tak enak bercampur jadi satu...bergaduh-bergaduh dalam otak aku nie..

Lagi 18 hari ...
Aku tengah gigih nak hilangkan jerawat yang tetiba je tumbuh meliar dekat pipi aku nie...Memang nak sabotaj aku ar nie kiranya..Semua orang macam risau je tengok muka aku..terutama Encik Se7en, Mama dan of course aku sendiri yang paling risau.
Pergi farmasi aritu and farmacist tu suggest Dalacin-T. Dah almost 1 week aku guna, so far, jerawat dah mula menghilang sedikit demi sedikit.. Plus aku guna pencuci muka Clean & Clear Active Clear Acne. Pastu aku dah siap-siap beli ubat untuk hilangkan parut sekali.

And aku stop pakai all the make-up thing. Pergi keje cuma pakai compact powder je.. Cream, Sun block,Foundation, blusher segala aku tak pakai..nanti kalau muka aku dah elok, aku akan test pakai satu-satu dulu, tengok yang mane tak serasi..Sebabnya ari tu aku tukar pakai produk Follow Me Oil Control..memula cam ok je..pastu bila dah tumbuh itu ini, tak oklah agaknya.

Belum sembuh masalah dunia nie, tetiba je semalam tengah syok dok menggoreng keropok, keropok tu meletup. Masa tu dah nak habis goreng, so, mustahillah nak kata kuali tu ade air ke apa. Ntahlah, dah nasib aku nak kena..Kat leher tu aku tak heran sangat, nie kat muka. Dalam otak dah pikir sure berparut punya..Siap nangis-nangis lagi. Bukan nangis sebab sakit, tapi nangis sebab risau muka berparut.

Sebenarnya masa aku tengah menggoreng tu, tetiba aku terfikir, macam mana agaknya ye perasaan mangsa yang kena simbah asid tak pasal-pasal tu. Mungkin Allah nak uji aku atau nak bagi aku rasa kot. Baru sikit nie kena minyak kat muka aku dah tak leh terima,apetah lagi orang yang kena simbah asid tu.

Harap-harap everything will be ok by nextweek...Risau Risau Risau!

Wednesday, May 11, 2011

Pantai Cahaya Bulan

Hari pertama kat kampung...petang yang membosankan, tetiba dapat idea nak ajak Encik Se7en pantai..lagi pun aku tengok muka dia tension je memerap kat rumah...So, dengan bantuan Encik Pemandu Pelancong dan juga Encik GPS, sampailah kami ke destinasi yang dituju.

Jarak dari rumah aku ke Pantai Cahaya Bulan dalam 1 jam 30 minit.

Ketua kumpulan bertugas usha tapak...

Cuasa masa hari tu memang sangat-sangat panas..geram je nak pergi berendam.Tapi masing2 xde bawak baju spare sebab mama kata tak leh mandi, ombak besar..Sekali pergi, ramai je orang yang mandi..nyesal2...

Tak dapat main air punya pasal, lepas geram main pasir lak...ketuanya????

Ni ha..korang fikirlah sendiri siapa..tak paham aku nape dia suka sangat main pasir setiap kali pergi pantai...Abes terjebak kat budak-budak sama.

Macam happy family kan?hahahhaha..

Akhirnya habis basah semua baju sampai seluar..apetah lagi si kecik tu..haisshh..geram aku..dah lah tak bawak baju spare..tengah-tengah panas tu aku suruh dieorang berjemur keringkan baju suar semua..aku pun tak pepasal basah gak..

Patu si kecik pun dah berbunyi cakap lapar. Macam lah aku tak tau yang dia dah usha-usha kedai makan kat situ.. Kalau korang nak tahu, si kecik ni suka nau makan hotdog..aku tengok dalam freeze kat rumah penuh ngan hotdog, pergi kedai pun dia nak makan hotdog gak..tak paham aku..

Kedai-kedai makan kat Pantai Cahaya Bulan ni kebanyakkan jual seafood goreng. Alaa..yang salut tepung tu..Ade ikan, ketam, udang, sotong, fishball, crab ball, dragon ball..erh, silap! Yang tu tak ade. Harga nya Rm2.00 secucuk untuk segala jenis ball tu, pastu kalau udang Rm12 secucuk, cuma ada 4 ekor udang je, mahal nau..sotong pulak Rm10 secucuk bersamaan seekor je pun..ikan & ketam aku tak sure lah...

Bila aku perhatikan kat kedai yang kiteorang makan tu, kiteorang je yang ada kat situ..deret kedai lain semua penuh..Sahlah kedai ni paling mahal kot...sebab tu orang tak datang kedai tu. Tak pe, next time dah tahu, idoklah aku ke kedai tu lagi...

Gambar makan-makan tak ada, pinggan dah kosong baru ingat nak snap..hadoiiii!

Pas makan, jenjalan dekat KB Mall pula..Encik Se7en asyik teruja je barang-barang elektronik dekat situ lebih murah dari dekat KL. So, apelagi, borong lah!!!!!

Sangat Sangat Sangat Lama Tak Update!

Ce tengok tarikh yang dalam kotak tu!

Ce tengok tarikh yang dalam kotak nie plak!

Lame giles kentang kan aku tak update blog?
Ade orang tunggu tak?
TAK DE???
Ok tak pe..
Sentap!

Hati nie meronta-ronta nak sangat update blog..tapi sekarang nie tahap super ring punya busy..
Busy kerja, busy buat itu, buat ini..haisshhh...
tambah lagi lappy dirampas oleh lanun a.k.a adik aku..
semalam dia dah balik kampung...baru dapat balik cinta hati aku tu..

Lepas ni akan sentiasa ada update k..STAY TUNE!

Contengan Tambahan : Bajet ramai sangat peminat blog ko nie yang tertunggu-tunggu update..perasan sungguh!