Saturday, May 21, 2011

Restoran Chop N Steak, Serdang

Aku nie sebenarnya kureng sikit bab-bab makan Western nie..Tapi tetiba je keiinginan tu datang membuak-buak sebab Encik Se7en sebut-sebut pasal Chicken Chop..So, aku pun paksa dia belanja aku Chicken Chop....Ingat nak ajak pergi HR Steak House, macam jauh pulak kan..So, destinasi makan kali ini ialah Restoren Chop N Steak, Serdang.

Lokasi dia berdepan dengan PERODUA, Serdang. Kejap je jumpa cari tempat nie, even aku bagi maklumat mcm orang tercekik tulang ayam...


Suasana dalam kedai...kiteorang makan kat luar..berangin sikit..hehehe..

Menu dia..MERAH you!!!

Macam-macam ada..Pelbagai jenis Chicken, Fish, Beef..Rusa pun ada tau...

Ni pula MENU untuk air....Bermula dari Rm1 untuk minuman panas hingga RM2.50 jus gelas besar.

 Chicken Chop - RM8.90

 Grill Chicken - RM9.90

Makanan untuk 2 orang (Chicken Chop, Grill Chicken, French Fries - RM4, Mushroom Soup Chicken - RM4, Honeydew Juice-RM2.50, Barli  Suam - RM1.50 )
Jumlah semua RM30 je..
Murah kan??
Makanan pun sedap..Juice dia lagi lah..Umphhh...Aku ambil barli suam je sebab batuk aku tak elok lagi...tapi semalam menyedut lah jugak Honeydew Juice tu sikit.
Dia punya Mushroom Soup Chicken pekat likat..kalah PIZZA HUT..memang sedap..sebab ada ketulan-ketulan ayam..Memang puas hatilah makan kat sini....Kenyang sampai nak tidur..itu pun Soup dengan Fries tak habis..uhuhuhuh...

Kalau sesiapa yang teringin nak cuba Western Food kat sini..nie alamat dia
Chop 'n Steak
No. 379, Jalan 18/1,
Taman Sri Serdang,
43400 Serdang,
Selangor.

5 comments:

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!