18 Days more to go...
Tak tahu nak menggambarkan perasaan aku sekarang macam mana
Takut .... Berdebar.....Risau
Semua perasaan yang enak dan tak enak bercampur jadi satu...bergaduh-bergaduh dalam otak aku nie..
Lagi 18 hari ...
Aku tengah gigih nak hilangkan jerawat yang tetiba je tumbuh meliar dekat pipi aku nie...Memang nak sabotaj aku ar nie kiranya..Semua orang macam risau je tengok muka aku..terutama Encik Se7en, Mama dan of course aku sendiri yang paling risau.
Pergi farmasi aritu and farmacist tu suggest Dalacin-T. Dah almost 1 week aku guna, so far, jerawat dah mula menghilang sedikit demi sedikit.. Plus aku guna pencuci muka Clean & Clear Active Clear Acne. Pastu aku dah siap-siap beli ubat untuk hilangkan parut sekali.
And aku stop pakai all the make-up thing. Pergi keje cuma pakai compact powder je.. Cream, Sun block,Foundation, blusher segala aku tak pakai..nanti kalau muka aku dah elok, aku akan test pakai satu-satu dulu, tengok yang mane tak serasi..Sebabnya ari tu aku tukar pakai produk Follow Me Oil Control..memula cam ok je..pastu bila dah tumbuh itu ini, tak oklah agaknya.
Belum sembuh masalah dunia nie, tetiba je semalam tengah syok dok menggoreng keropok, keropok tu meletup. Masa tu dah nak habis goreng, so, mustahillah nak kata kuali tu ade air ke apa. Ntahlah, dah nasib aku nak kena..Kat leher tu aku tak heran sangat, nie kat muka. Dalam otak dah pikir sure berparut punya..Siap nangis-nangis lagi. Bukan nangis sebab sakit, tapi nangis sebab risau muka berparut.
Sebenarnya masa aku tengah menggoreng tu, tetiba aku terfikir, macam mana agaknya ye perasaan mangsa yang kena simbah asid tak pasal-pasal tu. Mungkin Allah nak uji aku atau nak bagi aku rasa kot. Baru sikit nie kena minyak kat muka aku dah tak leh terima,apetah lagi orang yang kena simbah asid tu.
Harap-harap everything will be ok by nextweek...Risau Risau Risau!
so setakat ni mcm mane pkai clean n clear tu??
ReplyDelete