Showing posts with label dazzle. Show all posts
Showing posts with label dazzle. Show all posts

Monday, August 2, 2010

Watching Dazzle, Its Fun!

Ingat tak aku pernah cakap tulis entry yang aku menang 2 tiket untuk tengok persembahan silap mata Dazzle dekat The Pavillion, Genting Highlands?


Memula ingat dah terpaksa dah lepaskan tiket free tu sebab nextweek dah last date untuk gunakan tiket tu..bukan senang ooo nak dapat tiket tu.kalau nak beli sendiri, nak membazir about rm200 for 2 tickets tu, ouh..tidak sama sekali ok..

Dan akhirnya...

Yes!! we are there, watching the Dazzle..Fun  sangat show nie k..memula ingat tak ramai orang, tapi bila show dah nak start, dewan dah full dah...and luckily, our seat tu kat depan..baris 3 dari depan..best!!! 

Selain dari silap mata (By, its magic k..hehehhe), diselang seli kan joget-joget sexy lagu Pussy Cat Doll....Encik Se7en, saye tahu kamu suka k..sebab mulut kamu terganga and mata terbeliak..sambil sengih-sengih..sila jangan nak nafikan lagi..hahahha...

Actually sangat tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak, sebab penarinya superb sexy, tapi ramai kanak0kanak yang tengok..hahaha..salahkan ibubapa mereka yep...

Wednesday, June 30, 2010

Hari Menang Sedunia ????

Wahhh..rasa sangat bertuah hari nie k...pagi-pagi bukak blog Cik Wanie tengok nama aku tersenarai dalam penerima-penerima souvinier yang dia beli kat Terengganu...dan petang tadi pula, bersamaan pukul 4.03 pm, aku dapat panggilan hangit dari Resort World Genting...

Yeay,...Yippie yippie..saya menang motor..

OOPppsss...Over pulak..silap yep....Aku menang pertandingan sempena hari bapa anjuran Berita Harian & Resort World Genting...

Hadiahnya????

2 keping tiket untuk menyaksikan DAZZLE- A Mystifying Journey di The Pavillion , First World Hotel, Genting Highland..Fuuuhhh..seronok tak kengkawan???heheheh...Sila jangan menjeleskan diri korang yep..


Ni tiket ni kalau nak beli sendiri adalah dalam RM60-90 ..dah dapat free kan..apa lagi..Encik Se7en, jom kita pergi tengok..jom jom jom....saya pun tak pernah g Genting kan..sebab awak kedekut sangat tak mahu bawa saya...heheheh...

Tadi masa aku bagitahu kat Encik se7en, di tengah mamai baru bangun tidur...harus ulang tayang cerita ni lagi sekali..atau....sila baca kat blog je lah erk...