Showing posts with label larangan menghisap Shisha. Show all posts
Showing posts with label larangan menghisap Shisha. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Larangan Menghisap Shisha

Cakap pasal SHISHA teringat pula kenangan aku zaman bodoh-bodoh dulu..ada satu tempat ni aku memang selalu lepak kat situ makan masa aku kat Melaka..satu hari aku nampak benda pelik ni..lama gak lah aku pendam perasaan pastu baru tanya ngan kawan aku...soklan nya berbunyi begini...

"erh, apesal ada banyak piala kat kedai-kedai nie erh,,,dieorang nie masuk pertandingan kedai tercantik ke apa???"

korang agak-agak apa reaksi kawan-kawan aku???

Dah tentulah dibantainya gelak sakan kat aku..mana lah aku tahu kan..aku ni kan otak suci..ceh..suci konon....


Kan rupa bentuk dia macam piala? kan ? kan? sila cakap kan erk..lempang kang..

Baru je dengar berita kat TV3 tadi.. Larangan menghisap SHISHA akan dikuat kuasakan terutama kepada mereka yang masih di bawah umur.. baguslah..aku sangat setuju dengan penguatkuasaan larangan tersebut..Sangat-sangatlah tak suka tengok orang hisap SHISHA..terutama perempuan, apatah lagi yang bertudung...nampak sangat tak sopan ok...

Menurut fakta yang aku dengar dari berita di TV3 tadi, SHISHA adalah 400 kali ganda merbahaya dari ROKOK. Ia mengandungi tembakau, nikotin, tar, karbon monoksida, karsinogen, arsenik, kromium dan plumbum sama seperti rokok biasa.

Siapa yang selalu cakap " ala, lebih baik hisap SHISHA dari hisap ROKOK"..haaa... lebih baiklah sangat kan...jadi, sila lah hisap SHISHA sampai pengsan!

Lagi satu korang tak geli ke share-share SHISHA tu dengan orang lain..entah siapa-siapa entah yang pernah hisap SHISHA tu, lepas tu korang pula yang hisap, adeh....buatnya orang tu ada HIV ke AIDS ke..erh, boleh kan kalau berjangkit melalui perkongsian SHISHA..sebab mana tahu air liur orang tu terlekat kat situ..eyekkk...Tak pun kena TB...


Menurut fakta yang aku jumpa dalam Berita Harian ,air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Ha..korang pikior lah sendirik ye...

Contengan Tambahan : kalau bagitahu fakta ni kat Encik Se7en mesti dia cakap " nasib baik abang hisap rokok"..cis..hampeh...