Showing posts with label sistem saraan baru perkhidmatan awam. Show all posts
Showing posts with label sistem saraan baru perkhidmatan awam. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Update Sikit Pasal Gaji (SBPA-SSM)

Info ni aku dapat daripada Facebook..Di-update oleh orang-orang hadir/dengar pengumuman PM.

1) Struktur SBPA telah DIBATALKAN.

2) Tetapi SSM akan ditambahbaik

3) Suruhanjaya Khas ditubuhkan untuk kerajaan mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa    akan datang.

4) Pelarasan gaji SSM (yang dulunya mengikut Jadual Gaji Matriks, sekarang Jadual Gaji Minimum Maksimum) Kenaikannya adalah seperti berikut :
            i) 13% untuk Kumpulan P&P dan Pelaksana (Gred 1-54)
           ii) 9% (Gred utama A, B dan C)
          iii) 8% (Turus III dan II)
         iv) 7% (Turus I dan KSU)

(p/s: cepat2 kira gaji korang..hikhihkhik)

5) Kenaikan gaji bagi Kumpulan P&P dan Pelaksana adalah di antara RM80-RM320 (ikut gred masing-masing), manakala JUSA ke atas mengikut gaji SSM yang sedia ada.

6) Kadar COLA :
        i) Kawasan A = kekal
       ii) Kawasan B = dari RM200 dinaikkan ke RM250
      iii) Kawasan C = dari RM100 dinaikkan ke RM150

7) Bayaran elaun dan insentif adalah mengikut kadar gaji baru SSM; dan

8) Guru-guru akan tetap kemudahan untuk mengekalkan laluan kerjaya seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2012.

Monday, October 17, 2011

Kenaikan Gaji Tahunan SBPA


Info ni dah tersebar meluas di Facebook..aku yang lambat masuk bloh..macam biasalah, roh M lebih banyak ...Kesahihannya aku tak pasti..tapi kalau betul jadual yang diberikan nie, Alhamdullillah lah...

Sebab before this kenaikan gaji bagi gred 17-26 hanya lah RM49.90 setahun..ni kalau betul naik RM120, syukur...kira terasa lah jugak kan..lepas jugak untuk barang dapur setengah bulan kan?

Kalau ada lagi yang tak puas hati dengan kenaikan nie, aku tak tahu lah..bagi aku, nak lebih kena lah usaha lebih...Jangan asyik merungut..apa yang kita dapat, itulah rezeki yang telah Allah turunkan pada kita..

Apa-apa pun, tunggu pekeliling dari JPA keluar dulu ye baru kompem..