Wednesday, February 26, 2014

Infak@Nafkah

Dalam al-Quran, kalimah infak disamakan maksudnya dengan nafkah. Infak terbahagi kepada dua iaitu infak wajib dan infak yang tidak wajib.

 
Infak wajib termasuk zakat, bayaran kafarah, menunaikan nazar dan keperluan tanggungan wajib termasuk makan minum dan tempat tinggal untuk anak-anak, isteri dan ibu bapa.

Infak yang tidak wajib termasuk derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya.
 Allah SWT menyebut perkataan infak dan nafkah sebanyak 49 kali dalam al-Quran. (Antaranya, ayat 215 surah al-Baqarah)

Saad bin Abi Waqas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga) juga akan diberi pahala oleh Allah. (riwayat al-Bukhari)

Memberi belanja kepada ahli keluarga dan menunaikan zakat, ia adalah wajib. Dengan cara itu harta dapat menyelamatkan manusia daripada diazab pada hari akhirat.
 
Bagi zakat pula, hukum mengeluarkannya adalah wajib secara mutlak. Oleh kerana itulah, Islam telah memperincikan zakat sebagai ibadah yang mempunyai syarat-syarat yang tertentu.

Selagi seseorang Muslim itu belum memenuhi syarat-syarat yang melayakkannya berzakat, maka tidak wajib baginya mengeluarkan zakat.
Misalnya, jika anak dan isteri tidak mempunyai makanan pada hari raya, maka seorang suami berhak untuk tidak mengeluarkan zakat fitrah ke atas mereka kerana tidak mampu. Bahkan jika dia masih berzakat sehingga menyebabkan tanggungan wajibnya tidak mendapat makanan yang cukup dan kelaparan, dia dihukumkan haram dan berdosa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang apakah harta yang perlu mereka nafkahkan? Maka jawablah: Apa yang berlebih daripada keperluan (diri dan tanggungan wajib). (al-Baqarah: 219)

 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu. (riwayat Muslim).


Wednesday, January 22, 2014

Resepi Tauhu Goreng Rencah Ayam

Resepi dari blog azlitamasammanis
Suka ambil resepi and tengok gambar-gambar makanan dari blog ni.. mengiurkan tengok makanan-makanan dalam blog ni.


Tauhu Goreng

Tauhu -  ikutlah berapa keping yang nak.. belah dua potong dua pulak

Tepung jagung
lada sulah
secubit garam

Campurkan semua bahan di atas.
Salutkan tahu dengantepung yg telah di gaul tadi
goreng dgn minyak yg banyak dan panas
angkat dan ketepikan

Rencah Ayam

Isi ayam (secukupnya) didadu kecil
Seulas bwg putih - hiris halus
1/2 bwg besar - hiris halus
Sedikit lada sulah
Sedikit kicap manis
Sedikit minyak - resepi Kak Ita guna minyak bijan
Daun bawang utk hiasan - tak letak pun
Secubit garam

Tumis bwg putih dan  merah
Masukkan isi ayam , kacau rata hingga ayam masak
Masukkan kicap, lada sulah
Tutup api
Drizzlekan minyak bijan

Susun tahu di pinggan. Sudu isi ayam atas tahu dan  hias dgn daun bwg.

Senang dan sedap...Tak nak makan dengan nasi ratah je pun sedap.