Wednesday, June 30, 2010

Hari Menang Sedunia ????

Wahhh..rasa sangat bertuah hari nie k...pagi-pagi bukak blog Cik Wanie tengok nama aku tersenarai dalam penerima-penerima souvinier yang dia beli kat Terengganu...dan petang tadi pula, bersamaan pukul 4.03 pm, aku dapat panggilan hangit dari Resort World Genting...

Yeay,...Yippie yippie..saya menang motor..

OOPppsss...Over pulak..silap yep....Aku menang pertandingan sempena hari bapa anjuran Berita Harian & Resort World Genting...

Hadiahnya????

2 keping tiket untuk menyaksikan DAZZLE- A Mystifying Journey di The Pavillion , First World Hotel, Genting Highland..Fuuuhhh..seronok tak kengkawan???heheheh...Sila jangan menjeleskan diri korang yep..


Ni tiket ni kalau nak beli sendiri adalah dalam RM60-90 ..dah dapat free kan..apa lagi..Encik Se7en, jom kita pergi tengok..jom jom jom....saya pun tak pernah g Genting kan..sebab awak kedekut sangat tak mahu bawa saya...heheheh...

Tadi masa aku bagitahu kat Encik se7en, di tengah mamai baru bangun tidur...harus ulang tayang cerita ni lagi sekali..atau....sila baca kat blog je lah erk...

30 Jun 2010-Lagi 15 Hari

Lama gila nak tunggu lagi 15 hari ni..
Nyawa & fikiran aku rasa cam dah kat sana aje..
Tapi badan aku masih kat sini..
Balik aje rumah rasa macam nak kemas-kemas beg time tu juga..
aduiii...cepatlah 15 JULAI 2010...
aku nak balik kampung...
bercuti riang ria selama 7 hari...
Pastu balik mesti pengsan punya tengok meja aku yang tak kan nampak rupa meja..
bertukar jadi stor kot...
Tapi...cuti aku tak minta lagi..tiket pergi balik dah ada..heheheh
Ada sesiapa nak menggantikan tempat aku selama 7 hari ni tak?
Mana lah tahu tiba-tiba bos aku suh cari pengganti..sebab lama kan aku cuti..
mahu huru-hara tempat ni aku tak da..
wahhh..budget VVIP la kan..
tapi memang betul apa..dah aku sorang yang buat kerja kat sini..kalau aku tak ada siapa nak buat..
Arghhh..aku tak peduli ye..tahun nie aku belum pernah cuti panjang..
cuti pun sehari dua aje...
Lagipun menyampah aku tengok bilangan cuti aku yang banyak sangat tu..
setakat amik 7 hari..tak luar pun..ekekekek
Semoga 15 hari berlalu dengan cepatnya...uhuhuhuhuh

Installing A Husband

Dear Tech Support,

Last year, I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a distinct slow down in overall system performance, particularly in the flower and jewelry applications, which operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, and then installed undesirable programs such as NBA 5.0, NFL 3.0 and Golf Clubs 4.1.

Conversation 8.0 no longer runs, and HouseCleaning 2.6 simply crashes the system.

Please note that I have tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?

Signed,

Desperate.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk tahu apa jawapannya

DEAR DESPERATE,

First, keep in mind,

Boyfriend 5.0 is an Entertainment Package, while Husband 1.0 is an operating system.

Please enter command: ithoughtyoulovedme.HTML, try to download Tears 6.2, and do not forget to install the Guilt 3.0 update.

If those applications work as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewelry 2.0 and Flowers 3.5.

However, remember, overuse of the above application can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0, or Beer 6.1.

Please note that Beer 6.1 is a very bad program that will download the Snoring Loudly Beta.Whatever you do, DO NOT under any circumstances install Mother-In-Law 1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources.)

In addition, please do not attempt to reinstall the Boyfriend 5.0 program. This is an unsupported application and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider buying additional software to improve memory and performance. We recommend Cooking 3.0 and Hot Lingerie 7.7.

Good Luck!

Tech Support

Tuesday, June 29, 2010

Lelaki Zaman Sekarang Lembik!

Wah..mesti kaum-kaum Adam yang membaca tajuk post aku ni sentap aku je kan..
panas berapi-api rasa cam nak bakar blog aku nie kan?
Sabar
sabar
sabar

Aku cuma nak cakap pasal berita hari nie sekali lagi ada seorang lelaki yang ingin membunuh diri, tapi berjaya diselamatkan....dan seperti yang korang tahu, 2 hari lepas juga ada seorang lelaki yang mengugut untuk bunuh diri sekali gus terus terjatuh dari bangunan dan MATI..
Seorang lelaki kenapa harus menunjukkan yang diri korang sangat lemah..
hingga nak bunuh-bunuh diri bagai..
kalau dulu perempuan jek
tapi sekarang dah terbalik..
kot ye pun ada masalah, mesti ada penyelesaiannya..
dan BUNUH DIRI bukanlah penyelesaian yang terbaik..
Mesti korang akan cakap, kita tak berada di tempat dan situasi dia, kita tak tahu apa masalah dia..
Betul
betul
betul
Ini cuma pendapat aku....ok...Bagi aku seorang lelaki seharusnya TABAH, CEKAL & TAK BERPUTUS ASA dalam hidup....Ini kalau putus cinta pun nak bunuh diri, aduiiyyaiii....mengalahkan perempuan hilang dara....

ANGGOTA polis cuba memujuk seorang lelaki yang mengugut untuk terjun dari sebuah bangunan di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru, hari ini. Bagaimanapun lelaki ini akhirnya berjaya diselamatkan dengan bantuan pihak bomba.

Detox Foot Patch

Detox Foot Patch
Rm3/Sepasang (2keping)
 **minimum order 5 pasang (10keping)
**postage =Rm3 (Pos express)

 
  
 

Benefits:
  • Dispects Toxins & maintain Beauty
  • Relaxs muscle & tendons and eliminate moisture
  • Replenish vital essen and eliminate teh kidney
  • Shape & Beauty body
  • Promote Sleeping and relieve fatigue
  • Beautify foot and clear odour
Menyahkan toxin dari badan & sangat bagus untuk melancarkan peredaran darah. (melalui reflexology)

Penggunaan:

pakai 5 malam berturut2 foot detox patch, cuti 2 malam, guna semula mlm berikutnya... tujuan cuti 2 malam tu nak bg toxic tu kumpul blk spy mlm berikutnya penyingkiran lebih bagus.

Tinggal 40 20 10 Keping Sahaja!!!!
Sesiapa nak order, sila tinggal komen anda kat sini beserta nama, kuantiti, dan alamat email...aku akan email korang untuk comfirmation order..

SERIUS BUYER ONLY!!!

Bayi Pertama Baby Hatch

Terselamat daripada dibuang: Wajah bayi pertama yang dihantar ke Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch), di Petaling Jaya. Bayi berusia lima hari seberat 2.7 kilogram itu diserahkan Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing. Baby Hatch diwujudkan bagi mengelakkan bayi terutama dilahirkan luar nikah dibuang di merata tempat. (berita lanjut di BH Online - Nasional)






Pada pendapat aku,bagus juga Baby Hatch nie diwujudkan..At least, nasib bayi tu tak lah mati dibuang ke apa kan....Tapi janganlah pula ada yang ambil kesempatan di atas kewujudan Baby Hatch nie...nak buat anak ramai-ramai secara haram, pastu letak kat Baby Hatch...

Baby Hatch ini beroperasi 24 jam di No. 6, SS1/24A, Kampung Tunku, Petaling Jaya. dikendalikan  oleh OrphanCARE (Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim)

Monday, June 28, 2010

Food Court @ SOGO Mahal!!!!

Sabtu hari tu aku pergi makan dekat food court Sogo..before this tak pernah lah pergi makan kat situ lagi..selalunya aku makan kat tingkat bawah yang ada McD, Kebab Kyros tu..tapi datang angin nak makan nasi la pula....

Tapi....mahal betul nasi campur kat situ..amik sikit saja, cas mahal..padahal nasi campur je pun...Kat Alamanda pun tak semahal macam nie..pastu makanan dia tak sedap pun..tawar aje aku rasa....

Nasi + sayur kacang + Udang 5 ekor + ayam potong kecil
Beli dekat Makanan Thai
RM6.50

Nasi + Kangkung Goreng + telur puyuh +Ayam Goreng
Beli dekat Nasi Campur
RM7.50

Rasa macam melampau lah dia punya cas. Tapi next tak de dah lah nak makan kat sini...

Lambat Lagi La Woi!

Encik Se7en kata :  "Lambatnya bulan 11
Aku kata pula : "Betul kan? Barang semua dah beli"

Ha...amik ko..excited sangat nak pergi beli barang awal-awal kan..so, rasa lama gila nak tunggu bulan 11 tu...Penat woo shopping barang-barang untuk bertunang ni...Encik Se7en sekejap aje jalan dah merengek-rengek cam budak nak mainan aje kerjanya..Ajak balik tak mau pula...

Abes satu Jalan TAR & Masjid India tu kami round...dari pagi sampai petang....cari semua barang-barang..tapi ada lagi barang yang aku cari tak jumpa-jumpa..geram betul....Susah betul nak cari veil ikut warna baju yang aku pilih tu..yang ada cuma selendang ajek...semua kedai aku dah masuk..adakah warna itu sangat pelik...Hurm..itu warna yang Abah aku pilih..tapi aku belum bagitahu lagi kat dia aku beli warna tu..saje nak buat surprise..uhuhuh...

Sabtu tu dah beli sekali cincin sebab kebetulan terjumpa yang berkenan kat Poh Kong, Sogo tu...So, dah alang-alang tu beli aje lah kan...Then barang untuk hantaran pun dah beli, cuma barang untuk hias-hias hantaran tu tak beli lagi..sebab belum decide nak warna apa..yang tu beli kat kampung pun  tak apa kot sebab malas nak bawa balik nanti banyak-banyak...

Aku beli awal-awal bukan apa..sebab aku nak balik kampung kan bulan depan, then Mama pula semua benda dia nak buat sendiri termasuklah baju dia nak jahit sendiri, so aku beli lah awal-awal..aku nie dah la balik kampungnye ntah zaman bila la pula..Tunggu raya nanti la baru balik kot..so, aku nak bawa balik sikit-sikit lah..malas nak bawa banyak-banyak sekali gus...

Warna dirahsiakan..hehehhe...kain untuk baju tunang, baju & nikah & baju raya sekali...untuk dijahit oleh Mama..hehehehe

Skandal Aku Keturunan Dracula?

Ini sangat mengejutkan
dan menakutkan juga
tapi sebab dia handsome..
tak takut dah ok...
macam mana aku boleh tak tahu ni..
semalam baru aku tahu bahawa...
Family dia berketurunan "Dracula" Vlad IV Tzepesch, a.k.a Vlad the Imapler

Sumber:  I'm Not Obsessed



Menjadi Tanda Tanya

Haiiihhh...korang tertanya2 ke kesan apa yang ada kat entri aku yang lepas tu???belum baca ???sila ke SINI...

Kan aku dah kata tak leh nak cerita sepenuhnya....tapi aku rasa nak cerita lah hari nie...Actually tu adalah sweater Encik Se7en yang telah dipinjam oleh seseorang....Iaitu "Si MINYAK MASAK"...kenapa aku gelarkan nama dia "Si MINYAK MASAK"??Sebab nama dia memang sama ngan minyak masak yang ada kat rumah aku tu..korang agak-agak minyak masak apa yang jenamanya sama dengan nama seorang manusia????

Back to apa yang ada kat sweater tu adalah kesan lipstik ye puan-puan dan tuan-tuan.....kesan lipstik yang dah tentunya bukan aku yang buat ok....Korang agak-agak Encik Se7en dah buat sesuatu yang tak senonoh atau kesan tu sengaja di ada-ada kan???

I am not saying that i trust Encik Se7en 100%, but i know him...And i don't trust  "Si MINYAK MASAK" because i know her too..Dia cuma nak buat aku curiga & bergaduh ngan Encik Se7en ..malangnya...tak berjaya langsung...sebab taktik kotor nie dah biasa sangat terjadi dalam filem, drama atau novel....Lagipun tempat kesan lipstik tu sangat tak logik ye puan-puan dan tuan-tuan.....

Kesimpulannya kami TAK SENTAP langsung dengan taktik "Si MINYAK MASAK", tapi amat sentap dengan perangai "Si MINYAK MASAK" yang tak pernah berputus asa nak memecahbelahkan hubungan kiteorang...apa ntah dosa aku kat dia???Bukan aku yang rampas laki ko tu ok...dan bukan aku jugak yang rosakkan rumah tangga ko tu....Dah tu apesal ko tak nak pertahankan rumahtangga sendiri tapi duk mengharapkan rumahtangga orang lain roboh..tak paham betul aku ada perempuan yang perangai macam nie...Karang kalau aku cakap ko nie memang dah dasar minah rempit ko sentap lak ngan aku....

p/s: Aku ingat ko dah g oversea..bukan ko dah buat VISA ke??hahahhahaha

Sunday, June 27, 2010

Award Dari Nizam

Thanks to Nizam from Blog Nizam Limited
kerana bagi aku award nie..
thank you
thank you
thank you..
sori tak dapat nak buat entri panjang sebab aku tengah sakit kepala nie...Weekend nie sangat penat...lum sempat nak rehat sepenuhnya lagi..nanti aku akan cerita k....


Thursday, June 24, 2010

Selalu Terjadi Dalam Movie Miang Keladi

Yeay!!
Aku dah dapat barang tu..
tapikan..
tapikan...
adalah something kat benda tu...ish apa aku merepek nie..
maksud aku pada benda ada kesan @#$%%^^&... kat benda tu...

Apa motif dia buat cam tu erk???
Nak buat aku menaruh dendam dekat &^%%$%^ ke???
Tahniah!!!!
Tak berjaya langsung ok!
Aku siap tengah gelak-gelak nie k..
"SI MINYAK MASAK" ni banyak sangat terpengaruh cerita Tamil kot..
Taktik "SI MINYAK MASAK" ni selalu aku tengok lam cerita Tamil ngan cerita keturunan MIANG KELADI....
Malangnya..dengan aku tak berjaya ok...
Desperate betul!!!
Jadi aku ucapkan TAHNIAH kepada orang yang pinjam harta aku a.k.a "SI MINYAK MASAK" tu sebab TAK BERJAYA buat aku MARAH!!!!
Fireworks khas untuk "SI MINYAK MASAK"


The Cowboys Kitchen

Semalam aku pergi makan western ngan Encik Se7en..
Actually aku kurang sikit bab-bab makan western nie
Ntahnya kenapa aku memang kurang suka
And this is first time kot kiteorang pergi western restaurant...

Puas gak aku duk cari apa nama tempat nie
Last-last aku terjumpa perkataan "The Cowboys Kitchen"..
So i tought tu lah kot nama dia..
Tapi sebenarnya bukan..nama restaurant tu "Minnie Chop-where the steak lover meet".
Lokasi dia No.13, Persiaran Gurney, berdekatan dengan menara Celcom Jalan Semarak...Restaurant ni 2 tingkat....dan tempat dia simple aje...

Pekerja kat sini semua keturunan Koboi tau...

 Uncle yang ngah main music nie Tauke dia..agaknyalah...music yang dia main semua zaman koboi punya...

Jus Orange & Epal ..harga dia Rm3.50

Sausage ********..tak ingat lah apa dia...harga dia RM9.00++

Tengok sos dia yang garang nie...
Nie lak Spagetti Carbonara..RM10.90..tapi kurang lah rasa dia..sebab cair sangat...sedap yang kat Pizza Hut ok...

Beef Steak - RM15.90..leh tahan lah..nipis jek steak dia..

Banyak gak menu dia..kalau korang nak rasa makan bersuasana kan zaman koboi..sila lah datang ke sini ok....

Risau & Rimas

Aku tengah risau nie
Seyes memang tengah risau gila 
lepas dengar cerita semalam
hati aku memang tak senang
asyik berfikir aje
nak buat kerja pun tak semangat
sebab kepala otak aku macam blur
fikirkan hal tu
apa aku nak buat sekarang nie???
Ya Allah, jauhkan lah kami dari perkara-perkara yang macam tu
jauhkan kami dari hasad dengki orang lain
Serius aku rasa tak sedap hati selagi tak dapat benda tu
padanlah hati aku masih ada rasa benda yang tertinggal selama nie
rupanya memang ada sesuatu yang masih tersisa
Tolonglah wahai *&^%$#@! ..pulangkan benda tu kat aku...
tu bukan hak kau....
tolonglah jangan jadi gila...

Wednesday, June 23, 2010

Haruskah Berubah

Kenapa setiap kali masuk je pukul 1.30 pm aku start mengantuk yang amat sangat..even aku minum nescafe...even aku tak makan pun...Tak tertahan betul la mengantuk nie..spoiled mood aku jek........
-
-
-
-
Selepas buat keputusan untuk *&&T%$%#$@#@ , rasa cam banyak betul perubahan yang berlaku...Aku memang perasan..perasan sangat-sangat..kelainan..perbezaan..pada sikap dan tingkah laku....Tapi aku macam malas nak tegur, ikut je rentak tu..malas nak bersuara...

Perlu ke berubah secara mendadak???Sampai terasa sangat perubahan tu....urm..malas aku nak memikirkannya..Mungkin suatu hari nanti akan ada kesedaran pada diri sendiri kot...Let it be naturally....

Monday, June 21, 2010

Makan Durian

Lama sungguh aku tak melantak durian nie..
tapi malam nie seronok betul dapat makan durian ..
even sebiji ajek durian nya..
rezeki-rezeki....


Thanks to my sayang sebab bawa datang durian kat aku..macam tahu-tahu je aku nak makan buah-buahan kampung nie...sedap durian ni...


Lari Bawa Hati Yang Luka

Aku nak bunuh diri..huwaaa..
Erh..tak boleh tak boleh..masuk neraka lak aku nanti
Penyakit menyampah kat makanan aku ni melarat sampai ke hari nie..
Pehal ngan aku nie???Adalah sesuatu yang pelik bila aku menyampah kat makanan..
Mungkin aku nak kena diBELANJA PIZZA kot...korang nak belanja aku tak??
Ala tolonglah belanja aku..setakat Pizza jek...tak luak pun duit korang tau..dapat pahala lagi belanja orang yang mengidam cam aku ni...
Tadi ratah Milo cam sedap lak..lama tak buat perangai buruk aku time kecik...dulu Milo kat rumah aku sampai mama aku tak larat nak beli sebab kena ratah ngan aku..lepas tu adik adik aku pun ikut je apa kakak dia buat..hahahha...

Erh, sebenarnya aku dengan ini nak mengumumkan aku dah berjaya menempatkan diri dalam jet pejuang untuk tengah bulan Julai nie..aku nak bawa diri ..bawa diri dan hati yang luka ke kampungku yang indah lagi permai ada parit kecik..hahahaha...ikan pun tak ada.....Seminggu lebih k aku balik...aku nak lari dari rumah aku kat sini...hahahha..Bulan depan dah musim buah ke ek????Boleh lah aku panjat-panjat pokok manggis depan rumah aku tu....Jangan pandang rendah kat aku even aku memang rendah..hahahha..ada sekali tu aku dah panjat separuh nampak ekor ular terjulur kat pokok manggis, terus aku lompat turun...nasib baik tak patah-patah atau Innallillah....Kalau tak mesti blog nie tak wujud..kuiukuiukiuki...

Ok..sekian saja rancangan merepek untuk tengahari nie..Terima kasih..Jumpa lagi bila-bila aku suka....

Sunday, June 20, 2010

Asyik Pakai Baju Sama

Korang perasaan tak yang dia tu asyik pakai baju yang sama??
setiap kali keluar..itu lah baju yang dia pakai..
itu lah tudung yang dia pakai..
macam dah tak ada baju lain ajek
tak percaya???


Ye..dia tu adalah aku....aku tak tahu lah ni baju kegemaran aku ke apa..tapi kalau nak keluar pergi mana-mana, kalau baju ni ada dalam almari , mesti aku nak amik baju ni gak pakai....baju-baju yang lain tu simpan buat baju pekasam...hehehhee...

Saturday, June 19, 2010

Review Blog xSaya_Ariefx

Sorry erk Arief.... "x.....x" tu tak menjadi la pula..
Kenapa aku buat review blog Arief nie??Apa keistimewaan blog dia???
Haaa..kalau korang nak tahu, Arief ni merupakan pemenang contest mengada-ngada aku tu...Ala..Contest Paling Banyak Mengomen...Cepatnya korang hilang ingatan erk..Lama betul masa yang aku ambil nak umumkan pemenang erk?Minta maaf yep....

Tak silap aku, blog arief adalah antara blog yang terawal menjadi follower aku .....blog die ni ringkas aje..tak semak macam blog aku..warna pula mesra alam gitu you...HIJAU...Follower blog dia ni ramai gila k....melebihi aku...dan setiap post dia mesti ada yang komen..kira femes jugak la ko nie yep Arief..

Fakta tentang tuan empunya blog...dia sama negeri kelahiran ngan aku..Kelantan..uhuhuhu...dan dia .....masih single..kan arief kan?????
Sesiapa gadis single yang nak masuk daun..boleh lah..hehehhe...

Ok..itu saja review tentang blog arief..sekali lagi TAHNIAH untuk Arief...
Untuk ke blog Arief..sila klik

Ayat-Ayat Menggoda

Aku nak keluar ngan skandal aku jap lagi sebab Encik Se7en tak der...korang hafal dulu ayat-ayat menggoda nie sementara aku tak de nie k..hehee

1) Jika kecantikan itu adalah waktu, kamu adalah keabadian.

2) Boleh tunjukkan saya jalan? Jalan ke hati kamu.

3) Kamu tidak sepatutnya bersolek. Ia melindungi kesempurnaan yang ada pada wajah kamu.

4) Tiada perkataan di dalam kamus yang dapat menterjemahkan kejelitaan kamu,

5) Ada sesuatu yang tidak kena pada telefon bimbit saya. Ia tidak menyimpan nombor telefon kamu.

6) Saya kehilangan nombor telefon saya. Boleh beri nombor telefon anda?

7) Tentu ada masalah dengan mata saya kerana ia tidak boleh berhenti daripada melihat kamu.

8) Jika kamu adalah air mata, saya tidak akan menangis walau sekalipun kerana tidak mahu kehilangan kamu.

9) Oh tidak...gigi saya sakit. Kerana kamu terlalu manis...

10) Kamu seperti magnet kerana saya tertarik merapati diri kamu
Credit to : Berita Harian

Ayat-ayat membunuh cam ni kalau bagi kat aku tak jalan ok..tak jalan...ada kang aku termuntah-muntah macam perempuan mengandung lak nanti..Encik Se7en tengah nak praktis ayat-ayat nie untuk bagi madu kat aku...

Dah Berpindah Kat Aku Pula

Morning semua..
happy weekend..
aku baru membangunkan diri dari pengsan..
semalam balik lambat k...
pergi betulkan kereta...sehingga puas hati....duit pun habis banyak.....walaupun bukan duit aku, tapi tetap tak puas hati..hahahha...

Semalam dah sampai kat highway Putrajaya baru teringat yang barang dapur untuk 2 hari ni tak beli lagi...Encik Se7en nak balik kampung, haruslah barang-barang tu kena beli..kalau tak, tak makan lah aku..so, patah balik  pergi Pasar kat Kampung baru..suka betul buat kerja gila kiteorang nie..
Sampai rumah dah pukul 4 pagi, then dia gerak balik kampung terus..mesti dia sangat penat + aku pun sangat penat dari balik ofis terus ke KL...

Bangun pagi nie nampaknya demam dah berpindah kepada aku pula yep..selalu jek macam tu..kalau sorang demam  teruk, mesti sorang lagi demam gak..aduii..sakit tekak..sakit kepala segala...uuuhhh...tensen ok...

Hari ni ada Dragon Boat Festival tau..aku tak dapatlah pergi sebab Encik Se7en tak ada..transport pun tak ada..lagipun tak de pekdah nya aku nak pergi sorang-sorang kat event macam tu..tak masyuuuuk langsung....korang pergi lah yep, amik gambar banyak-banyak..upload untuk aku tengok..hehehhe...

Friday, June 18, 2010

My Mind is the Scene of the Crime

Ini adalah RAHSIA!!
PRIVATE & CONFIDENTIAL..
My most valuable secret in my mind that i don’t want to be stolen.....
Kalau dah secret, boleh ke bagitahu dekat korang semua nie??
Ada k..ada banyak sangat rahsia dalam otak aku ni yang aku tak nak siapa-siapa curi dan jual kepada orang lain..
huh..macam besar sangat je rahsia tu kan...
Besar k...termasuklah rahsia how to tackle my boo..hahahha..boleh ke???
Dah dah..tak mahu bagitahu apa-apa rahsia dekat korang...

Apa kata kita tengok cerita yang akan keluar kat wayang bulan depan..banyaknya movie yang best bakal ditayangkan bulan Julai ni yep...haruslah habis duit kalau asyik nak tengok wayang..apa kata Nuffnang bagi saya tiket free..boleh???

poster

Warner Bros Pictures dengan kerjasama Nuffnang ingin menjemput 70 orang Nuffnangers berserta partner mereka untuk menonton INCEPTION, sebelum filem ini ditayangkan di Malaysia...Nuffnang..sila bagi dekat saya tiket free ini..hehehe...Jom tengok trailer cerita nie..macam best sangat...

Aku Lesbian!!Melampau!!!

I am straight ok..
STRAIGHT...
sangat tak berasas..
sangat melampau..
mentang-mentang semalam aku hang out dengan kawan perempuan erk
ko pergi mimpi aku LESBIAN lak..huuhuh
boleh tak mimpi benda lain...
mimpi basah ke..sedap la jugak kan..
ahaks...bengong....
Mimpi itu sangat bengong ye wahai sayang ku..hehehe

Selera Makan Yang Menurun...

Morning korang...
Yeay!!!Yippie yippie...hari ni hari Jumaat...aku sangat suka...
sebab esok & lusa adalah weekend...boleh tidur puas-puas minggu nie...
lepak-lepak kat rumah depan lappy..
sebab minggu nie Encik Se7en akan pulang ke kampung halamannya...
Aiyakk..mesti busan giles kan sebab tak keluar pergi mana-mana..
ada sesiapa mahu buat date ngan aku minggu nie??hehehhe..

Korang dah breakfast ke pagi nie??Aku sangat terkesima k ngan selera makan aku tiga  empat hari nie..Adakah patut bersyukur atau merungut sebab aku tak lalu makan tapi lalu membeli..hahahah...Red Flag bulan nie membuatkan selera makan aku menurun..Apehal erk??? Selalu time-time macam nie la macam-macam aku makan....Pagi nie aku makan sebiji karipap yang mengecewakan ( aku ingat sardin, rupanya kentang...huhuhu)....dan kopi panas (sedap dilayan waktu pagi yang baru lepas hujan nie)...pun dah kenyang sangat rasa...Lagipun bulan nie memang sangat pelik..sensitif segalanya...sampai bau makanan pun buat aku rasa nak mual..Thats why aku tak ada selera nak makan...Tapi aku tak marah-marah..Tipu..ada jugak rasa nak marah tak tentu pasal, but aku cuba control...

Ok..aku nak buat kerja..kita jumpa lagi di lain episod..Daaa....hahaha

Thursday, June 17, 2010

The Twilight Saga-Eclipse


Wah wah wah...sangat seronoknya..bakal berjumpa lagi dengan bekas kekasihku Edward Cullen yang hensem itu..ouhhh..sangat gatal....Mesti tengok aku....Awal-awal aku nak book ticket....semangat betul...
Mari kita review summary untuk ECLIPSE...Bahasa omputih lah yer..malas nak translate..karang lain pula yang aku translate kan..

Bella once again finds herself surrounded by danger as Seattle is ravaged by a string of mysterious killings and a malicious vampire continues her quest for revenge. In the midst of it all, she is forced to choose between her love for Edward and her friendship with Jacob — knowing that her decision has the potential to ignite the struggle between vampire and werewolf. With her graduation quickly approaching, Bella is confronted with the most important decision of her life.

Biography Azrinaz Mazhar Hakim

 Pic Credit to Google

** Dilahirkan pada 23 September 1979.

** Anak kedua kepada pasangan Hakim Mazhar Mohd Johar dan Fauziah Abdullah Mansoor.

** Dikenali sebagai Naz dan pernah bekerja sebagai Wartawan Penyiaran TV3 pada tahun 1999 hingga 2005.

** Pernah menerima Anugerah "Most Promising Journalist" daripada TV3 pada tahun 2000 dan Anugerah Alumni MIIM pada tahun 2002.

** Berhenti daripada TV3 pada tahun 2005 dengan alasan mahu memulakan perniagaan sendiri
.
** Berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah dalam majlis yang tertutup dan dikawal ketat dan hanya dihadiri oleh Kerabat Brunei dan keluarga terdekat di Kuala Lumpur.

** Merupakan isteri ketiga kepada Sultan of Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

** Diberi gelaran HRH Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar.

** Telah melahirkan cahaya mata pertama pada 1 June 2006 dan diberi nama Putera Abdul Wakeel.

** Pada 28 January 2008, melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

** 16 Jun 2010, Sultan Hassanal Bolkiah telah mengumumkan bahawa Baginda menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu atas sebab-sebab tertentu.

** Segala gelaran Diraja Azrinaz Mazhar Hakim digugurkan.

Credit to : Wikipedia

Tahniah Kepada Kami

Tadi kat facebook ternampak announce kat wall dari Project Alpha...Winner for daily Contest..so , aku just open the notes tujuan nak tengok nama Encik Se7en..sebab dia yang selalu buat contest tu kat Ruumz....cari cari tak de la pula..mesti dia sangat kecewa....tup...tup..kat daily contest Day 49 ada nama aku..Terkejut Godzilla aku..hahha..tak mengharap pun aku dapat sebab saja je aku jawab contest tu..tu pun jawab untuk Day 48 & Day 49 jek.....

Dalam hati sedih tau sebab Encik se7en tak dapat..bukan sedih sangat pun....cuma nanti mesti dia sangat jeles......dan tak nak bawa aku pergi amik hadiah tu kat Nuffnang ofis...tak puas hati belek-belek lagi tu notes tu...terbaca kat atas
" winner names are Ruumz username"

Ha.....baru aku teringat Encik Se7en punya usernama apa..so godek-godek notes tu sekali lagi ..and.....

Bawah nama aku je rupanya...hampeh punya aku..ahhahaha..Tahniah ler kepada kita berdua..ahaks..mari kita sama-sama pergi mencari ofis Nuffnang yang tak diketahui di mana tu yep.....sebelum tulis entri nie dah dapat email dari Nuffnang...Tak nampak buat-buat nampak k...

Update Sikit

Minta maaf lah banyak-banyak kat korang semua k...adakah korang tertunggu - tunggu update aku? cehh.kunu ramai sangat ar peminat blog aku ni erk??? Serius aku betul-betul busy ni kat office..nie curi-curi ngendap- ngendap jap update...kerja aku ngah melambak nie..plus ngan idea ngan tak ada even sebenarnya banyak nau aku nak cerita ngan korang....

Gossip terbaru....tentang Saiful Apek yang ditangkap kes dadah...aduss..apa lah nak jadi dengan kamu nie Apek..den minat lawak kamu...uhuhuhu....Hari ni Utusan muka depan lak kisah Azrina Mazhar Hakim yang telah diceraikan oleh Sultan Brunei dengan talak satu... dah jodoh sampai setakat ni jek, nak buat cam mana kan..biar apa pun sebabnya..redha je lah...kalau tuan punya diri boleh terima, apesal lak kita nak buat muka tak boleh terima lak..huhuhuh..tak apa..kebajikan anak-anak dia mesti terjaga punya..InsyaAllah..itu yang penting..

Haaa...lagi satu pasal Geng Blogger nie...aku sangat menghadapi masalah nak masuk Geng Blogger..lembab gila..ada siapa-siapa tahu kenapa??Nak kata internet aku slow, masuk page lain ok jek..maybe Geng Blogger dah berat sangat kot...Kekadang memang entri aku tu tak dapat nak ping pun sebab tak boleh nak masuk page Geng Blogger..

Ok..tak pasal-pasal membebel pasal orang lain apahal kan???Aku nak buat kerja dulu..kejap-kejap lagi aku ada masa aku update lah..tengah cover-cover line ni ha...hahahhaha...

Tuesday, June 15, 2010

Demam Angkara Anggur..Salah Siapa?

Kesian kat Encik Se7en..gara-gara makan anggur yang aku beli kat pasar malam last week, dia demam dengan teruknya..hari ni dah masuk 2 hari..aku suh dia pergi klinik , dia tak mahu la pula...

Anggur tu kenapa sampai boleh sebabkan demam macam tu sekali??Aku pun pelik..Nasib baik aku makan tak ada apa-apa...Aku beli anggur tu kat pasar malam...then tak tahu pula aku yang aku tu diletak lilin supaya nampak segar..aku dah beli dah baru Encik Se7en cakap..dah tu dia makan banyak lak..tapi aku dah bersihkan dah sebenarnya....mungkin tak terlalu bersih kot...ada orang cakap kena basuh guna air suam..aku mana lah tahu kan pasal benda- benda nie..aku tahu makan jek...



Sorry yek..lepas nie kita jangan beli anggur kat pasar malam lagi k..senang cerita tak payah beli anggur dah lah..tekak aku pun dah mula rasa perit je ni sebab makan anggur tu..jangan aku pula yang demam dah lah...haru je nanti...

Monday, June 14, 2010

5 Bulan Untuk Turunkan Berat Badan, Mulakan Dengan KFC

Sangat kejam k...aku bukan berat sangat pun..cuma pipi aku nie pehal ntah tembam lak..menyampah aku tengok..sekarang aku sangat tak suka amik gambar dengan tersenyum atau tersengih..sebab aku rasa cam mata aku yang bersinar bersalut mata palsu nie telah dilindungi oleh pipi aku yang bukan main membesar lagi macam KFC Bun...

5 bulan rasa cam lama kan??tapi mampu kah aku???huhuhuhu...Bukan ke sejak 01 Januari 2010 hari tu aku berazam nak turunkan berat badan????sehingga ke hari nie 14 Jun 2010..badan aku makin naik ada ar...huwaa....

Boleh jek kalau aku nak diet guna SD 2 tu, tapi duit plak yang diet sama nanti...kalau sebulan dah Rm400..aiyak...baik aku puasa hari-hari....ahahha..cakap je lebih..puasa ganti pun tak habis-habis lagi..poyo jek aku nie...

Ini satu penyeksaan ok..penyeksaan dari Encik Se7en untuk aku..kamu sungguh kejam...uhuhuhu...semalam aku dah berazam untuk berdiet ok...betul..aku dah berazam..malangnya hari nie ada orang belanja KFC..jadi aku sangat tak bersalah..rezeki jangan ditolak.....musuh jangan di cari....


Pemenang Contest Paling Banyak Mengomen???

Still ingat Contest mengarut aku tu??
aku minta maaf sangat-sangat sebab lambat umumkan pemenang dia
serius aku aku gila busy lately ni..dengan kerja..tuut..dan sebagainya..hehehhe..
tengok je la blog aku nie pun tak ber update..
memang betul-betul busy..

Dengan ini..Penyimpan Mohor-mohor Besar Di Raja ingin mengumumkan bahawa
pememang bagi Contest Paling Banyak Mengomen adalah......
jeng
jeng
jeng
jeng
-
-
-
-


Tahniah diucapkan kepada arief....
aku akan buat sau review tentang blog arief..even dia sebenarnya sudah popular dari aku....dah hadiah sampingan ialah satu set penjagaan diri/wangian berjenama UBERMEN...



Mungkin ramai yang belum pernah dengar tentang produk UBERMEN nie..tapi perfume dia sangat wangi..dan set penjagaan dia pula berkesan...aku tahu produk nie pun sebab Encik Se7en guna produk ni...produk ni baru jek dikeluarkan dalam tahun lepas (2009)...
kepada arief..sila emailkan alamat anda ke ienafazlyna@gmail.com

Coffee Mate-Nota Cinta (Episod 3)

Ni episod last..
sesiapa yang belum tengok previous episod..leh klik link bawah nie erk..


layannnn...


Sememangnya untuk berubah, semuanya terpulang kepada kita..Apapun takkan menjadi, kalau kita hanya mendiam diri, dan mengharapkan sesuatu..kerana setiap perubahan memerlukan permulaan...Sama ada permulaan daripada dia ataupun kita sendiri...

Cinta itu sentiasa ada...cuma kita kena menyemarakkannya..

p/s: Jangan lupa sertai contest Nota Cinta dan menangi percutian ke Bali...

Friday, June 11, 2010

Stratosphere Las Vegas - Sumpah Takkan Naik!!

Stratosphere Las Vegas ialah sebuah menara tower, hotel, dan kasino yang lokasinya terletak di Las Vegas Strip in Las Vegas, Nevada. It is also the tallest tower and 5th structure in the United States, and tallest structure in Las Vegas. Its opened on 30 April 1996.


Macam KL Tower kan design dia..korang leh imagine tak apa yang ada kat atas tower nie???adakah korang akan percaya kalau aku kata menara ini adalah sebuah Genting Highland????Boleh naik roller coaster lagi ok...mari kita tengok...


Korang berani??? Sumpah aku takkan naik k..Naik kat Times Square pun aku dah nangis-nangis...hahaha...aku gayat ok...& penakut...

Demam Dah Bermula

Demam apa??? Demam World Cup lah..apa lagi kan???Ouhh..aku bukanlah seorang peminat bola..tidur tetap tidur ye..aku tak kan berjaga semata-mata kerana nak tengok bola...tidur itu sangat nikmat berbanding bola..hehehehe..


Maaf lah ye di atas kelembapan entri minggu ni..sangat lah busy ngan kerja di ofis..then semalam baru siapkan order cupcake 250 biji dari seorang cikgu....Thats why lah idea nak menulis kering...kepenatan....otak pun kelembapan. Malam nie pula ada dinner kat lobi ofis aku..Majlis Persaraan apa ntah..apa-apa lah makan free..sayangnya Encik Se7en tak dapat ikut yep..STAFF ONLY..heheheh...

Thursday, June 10, 2010

Salam Keruk


Izinkan aku gelak habis- habisan dulu ok..kelakar sungguh...First time aku dengar perkataan nie even aku tinggal kat Johor almost 10 years...tapi baru-baru nie aku dengar dari kawan aku...

Salam keruk??salam beruk???apa tu??
Actually salam keruk nie maksudnya salam berisi...contoh kalau pergi rumah orang kahwin kan, salam ngan parents pengantin, then kat dalam tangan tu ada duit untuk diberi kepada kepada mereka...macam tu lah lebih kurang maksudnya..kalau orang Johor mesti tahu punya.sebab semalam aku bagitahu kat Encik Se7en..dia buat biasa jek..aku yang gelak-gelak...

Kalau kat Kelantan orang panggil "ngele"..aku pun tak tahu lah istilah tu ambil dari mana..sila jangan tanya aku k...hehehehe...

Kat Perak orang panggil apa???Sumbangan??Betul ke?Bf kawan aku kata sumbangan..mustahil..setahu aku perkataan orang Perak ni pelik-pelik sikit..jadi kalau panggil "sumbangan" tu, amatlah diragui..skema sangat..ahahhahaha..apa kata korang bagitahu kat negeri korang masing-masing salam keruk ni dipanggil apa..boleh lah kita berkongsi-kongsi loghat ye ... nanti orang sebut tak ada lah kita tercengang-cengang.

Putrajaya International Dragon Boat Festival 2010

Tarikh : 18-20 June 2010
Tempat : Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya


Nie aktiviti tahunan yang wajib kat Putrajaya..
sekali pun aku tak pernah pergi lagi..heheheh..walaupun belakang rumah je pun..tapi tahun ni InsyaAllah nak pergi...


Untuk maklumat penyertaan, sila klik


Wednesday, June 9, 2010

Ekspo Beli Barangan Malaysia

Ekspo Beli Barangan Malaysia akan diadakan 
pada 16-20 Jun 2010
bertempat di Dewan Tun Razak 3 & 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Jam 10 pagi hingga 9 malam.

 

Kelihatannya Budak Itu Sangat Lapa..Kesian!!!

Ada sorang budak tu..
Lapar sangat agaknya..
tengah-tengah buat kerja..
tiba-tiba dia bangun..
pergi pantry...buat milo..


pastu merayap kat tempat orang lain..
pergi mengemis makanan
nasib baik ada yang baik hati..
bukan setakat bagi biskut..siap ngan peanut butter lagi..


dan budak itu adalah aku..layak kah aku digelar budak???sila jawab soalan ini ye kawan-kawan..

Sorry..tak ada idea yang terbaru @ cerita menarik untuk di post...

Monday, June 7, 2010

Isnin Yang Seram, Gelak dan Hairan

Awal hari ni aku sampai ofis..letak handbag..terus turun cafe....Naik balik..tiba-tiba aku tercium satu bau yang harum semerbak..bau bunga yang sangat harum..sampai menusuk-nusuk hidung aku..dan bau ini..buat aku berdiri segala bulu roma..aku diamkan aje..

Tiba-tiba secretary datang wat muka seram...
Sec : Iena, akak masuk bilik Tan Sri tengok lampu toilet dah terbuka.
Aku : Ha??? siapa yang buka?
Sec : Ntah..selalu akak yang buka, tapi hari ni, nak pergi tengok-tengok dah terpasang..

Kami berpandangan..dua-dua dengan bulu roma yang sedang menggelupur nak menonjolkan diri...

Aku : Akak pakai perfume ke?
Sec : Tak ada..kenapa?
Aku : Akak bau tak sesuatu yang sangat wangi..(wah..berani lak aku menegur)
Sec : Bau sikit...

Berpandangan lagi...ouh..ini sangat seram..kami berdua saja kat sini...Sambung makan dengan fikiran yang penuh misteri..sambil kaki aku rasa sangat sejuk...ish....tutup cerita..

Seorang budak yang gayanya macho, datang menyelam sambil minum air kat sini...tiba-tiba handset dia berbunyi dan....
" orang umah aku call.."...terus berlari untuk jawab call dia..

bodyguard : muka ganas takut bini...
Kami bertiga gelak dengan kuatnya ..bos lalu tak de siapa yang nampak...huwahuwahuwa....then...bodyguard nampak..dia senyap...aku nampak.aku senyap...secretary tak nampak..dia gelak sorang-sorang dengan kuat dan kami biarkan je..huuhuh..sangat kejam...

Pagi tadi meeting..order breakfast..cam biasa bos akan order lebih untuk kiteorang..ada satu kuih tu sangat tak sedap..sampai aku langsung tak selera nak makan..tong sampah yang makan...bos aku try satu..dan datang amik satu lagi..

"sedap pula kuih nie..."  aku & bodyguard berpandangan...pelik..biar betul...kiteorang semua cakap tak sedap, dia cakap sedap...bukan ke bos aku tak suka makan kuih yang manis???apakah???

3 perasaan dalam satu hari..ntah apa-apa....aku sangat tak reti bercerita ...kalau korang rasa tak best, jangan baca..huhuhuuh...TAMAT!

Coffee Mate Nota Cinta (Episod 2)

Enjoy this video....

Sunday, June 6, 2010

Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan) (Offical MTV)

Aku masih tengah ambil feel dengar lagu nie..
apesal aku tak ada perasaan sedih nie??
apakah perasaan aku dah mati??
aku akan berusaha dengar lagu nie banyak-banyak kali sampai nangis sebaldi..

Boleh Aku Terjun Ikut Tingkap??

Weekend yang paling membosankan dalam bulan nie..sebab??dari semalam aku cuma mengadap lappy, main games, main internet, makan, tidur, bangun..kesimpulan nya ..tilam adalah tempat pertapaan aku untuk minggu nie..bosan gila wehh..

Aku nak keluar dari rumah..nak pergi jenjalan..nak pergi tengok apa yang ada kat Pesta Nasi Lemak tu..huwaa..malangnya..malam karang baru boleh keluar...Grrrr......Korang tahu apa yang aku rasa sekarang ni?? Nak makan Pizza..Pizza...Spagheti Carbonara...huhuhu..yummy-yummy...


Lambatnya tunggu Encik Se7en nie balik dari kerja..dia pergi buat part time weekend nie sebab bakal bini dia nie memanglah seorang mata duitan...asyik nak keluar..nak makan..nak itu..nak ini...

Boringnya..aku nak ikut dia pergi buat part time...at least dapat gak ar tengok dunia luar...bosan ar tengok dunia luar melalui tingkap yang tak seberapa ni..ada karang aku terjun ikut tingkap....tapi dia bagi..dia cakap biar dia jek kerja..huwaa..aku nak kerja sebab bosan..bukan sebab nak duit...huhuhuuh...tapi..nak gak duit..ahhahaa...