Showing posts with label project alpha season 2. Show all posts
Showing posts with label project alpha season 2. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Tahniah Kepada Kami

Tadi kat facebook ternampak announce kat wall dari Project Alpha...Winner for daily Contest..so , aku just open the notes tujuan nak tengok nama Encik Se7en..sebab dia yang selalu buat contest tu kat Ruumz....cari cari tak de la pula..mesti dia sangat kecewa....tup...tup..kat daily contest Day 49 ada nama aku..Terkejut Godzilla aku..hahha..tak mengharap pun aku dapat sebab saja je aku jawab contest tu..tu pun jawab untuk Day 48 & Day 49 jek.....

Dalam hati sedih tau sebab Encik se7en tak dapat..bukan sedih sangat pun....cuma nanti mesti dia sangat jeles......dan tak nak bawa aku pergi amik hadiah tu kat Nuffnang ofis...tak puas hati belek-belek lagi tu notes tu...terbaca kat atas
" winner names are Ruumz username"

Ha.....baru aku teringat Encik Se7en punya usernama apa..so godek-godek notes tu sekali lagi ..and.....

Bawah nama aku je rupanya...hampeh punya aku..ahhahaha..Tahniah ler kepada kita berdua..ahaks..mari kita sama-sama pergi mencari ofis Nuffnang yang tak diketahui di mana tu yep.....sebelum tulis entri nie dah dapat email dari Nuffnang...Tak nampak buat-buat nampak k...

Monday, May 31, 2010

My Sweetheart Smells Like Action 3 Fresh

Aku sangat suka bau my sweetheart..
ntah kenapa dia nie sentiasa jek wangi
even lepas joging pun wangi..
hahahha..
bau badan lelaki sangat best kan..
maksud aku bau badan kita punya sweetheartlah..bukan lelaki lain..
Macam mana erk nak describe kan bau badan Encik Se7en??
Bau yang segar..macam bau Adidas Action 3 Fresh....
Cooling fragrance that leaves you with that just showered feeling when the heat is on...
Haa..betul..bau macam nie lah...dan badan dia jarang berpeluh..kalau bersukan pun, berpeluh sikit aja..tapi tetap wangi..masih enak untuk dicium bau badannya..hahhaa...

Sebab kenapa aku rasa yang nie sesuai dengan buah hati aku tu??
sebab Action 3 Deodorant Fresh Anti-Perspirant mempunyai 24jam perlindungan anti-perspirant..sesuai dengan buah hati aku yang selalu kena buat kerja sana-sini, mestilah kena sentiasa berbau segar je kan...baru lah selesa nak buat kerja..dan lagi ada special anti-whitening material..yang paling penting..Adidas Action 3 Fresh adalah 0% alkohol..tak ada alkohol langsung..lebih selamat untuk digunakan selalu...Fresh Roll On deodorant pula jenis yang cepat kering..at least, kan si dia suka sangat bersiap-siap nak ke mana-mana last minit, tak delah nanti deodorant tu melekat kat baju....

Apa kata korang cuba dapatkan salah satu Action 3 yang sesuai ngan badan korang..ada macam-macam jenis nie ha...

korang dah tengok Episodes 40-42 of Project Alpha Season 2? Tak tengok lagi???jom tengok...






Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Thursday, May 20, 2010

Football = Adidas

Instant Cash Blog kali nie pasal football lagi..adehh...aku dah la tak pakar bab-bab football nie..tengok pun tak..apatah lagi main..muahahha..
Apa pula kena mengena football ngan Adidas..Football tu bola..Adidas pula ada baju, seluar, kasut, perfume, ubat ketiak...ooppss...
Tapi ada satu yang aku tahu kaitan football ngan Adidas..
Tahun nie Adidas adalah penaja utama untuk World Cup 2010..
Dari jersi sampailah ke kasut and peralatan segala semua nya Adidas yang taja..
ooooo itulah rupanya orang kata Football = Adidas..ingat football ingat Adidas..betul tak??ooo..thats y lah football and Adidas has to go together..
Jersi cap Adidas...Kasut cap Adidas..Bola cap Adidas...stokin Adidas..spender???ooopsss..jangan lucah k...

Kalau korang nak tahu..Jersi untuk Chelsea yang dikeluarkan oleh made from Adidas 100% Chelsea tau..Ia adalah t-shirt yang terbaik yang pernah di design oleh Adidas..khas untuk Chelsea...
Adidas nie memang dia fokus lebih untuk football ni and merupakan company utama yang supply team kits  for international football teams..Adidas pernah menyediakan semua peralatan untuk Major League Soccer Team..
Antara famous football teams currently sponsored by Adidas include Real Madrid, Milan, Chelsea, Liverpool , Bayern Munich dan banyak lagilah...
Kesimpulan Football dan Adidas..amatlah berkait  rapat...
Esok (21 May 2010-Friday)..project alpha bloggers  mengadakan Adidas Pure Game Ole KO..juga ditaja oleh ADIDAS lagi..baik sungguh Adidas nie..pukul 7.30pm - 8.30pm di Midvalley Megamall, Centre Court...sesapa yang free, leh g tengok ok...mana lah tahu ada merchandise free ke dari Adidas..aku tak boleh pegi la..jauh..sampai2 sana dah abes game..hahahha...


Kalau korang belum tengok lagi Project Alpha Season 2 video episode 29-32, jom kita tengok sama-sama ok...





Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!

Tuesday, May 18, 2010

Who Will Win the World Cup?

Ouh...adakah aku seorang yang gila bola, makan bola, minum bola, tidur bola???
Kalau korang ada ciri-ciri kat atas tu, foresure korang nie adalah peminat fanatik bola..terutama kaum2 lelaki itu..

Seperti yang korang memang dah sedia tahu..terutama peminat2 bola..
World Cup 2010 yang berlangsung pada 11 June hingga 11 July 2010 kali nie diadakan kat South Africa...
And kalau tak salah aku lah, ada 32 negara menyertai acara World Cup nie..
antaranya..
Algeria
Argentina
Brazil
Australia
England
France
Germany
Spain
Switzerland
USA
Portugal
dan banyak lagi ok..tak larat nak list kan

Antara 32 pasukan nie..korang rasa mana satu pasukan yang akan menang World Cup 2010 nie??
Aku??? dah tentunya memilih ITALY..
Sebab??Biru itu menenangkan..auuuwww..leh terima ke macam tu?




Selain dari Brazil, Italy merupakan satu-satunya pasukan yang menang dengan cemerlang sebanyak 2 kali dalam World Cup 1934 & 1938

Italy telah melayakkan diri dalam  16 daripada 18 FIFA World Cup finals...Dieorang nie dah menang pertandingan dalam 4  occasions, iaitu pada tahun 1934, 1938, 1982 dan 2006. They also finished runners-up in 1970 and 1994 and claimed third place on home soil in 1990.

Kat bawah nie adalah antara penghormatan & penghargaan bagi pasukan Italy
- 4 FIFA World Cups (1934, 1938, 1982, 2006)
- 1 UEFA European Championship (1968)
- 1 Olympic Football Tournament (1936)

Korang jangan pandang sebelah mata dekat coach Italy dah berumur 61 tahun tu, dia sangat gagah melatih anak2 buahnya dengan cemerlang tau...

Barisan pertahanan Italy terdiri daripada 23 orang pemain antaranya Gianluca Zambrotta , Fabio Cannavaro , Giorgio Chiellini , Christian Maggio , Leonardo Bonucci , Fabio Grosso , Domenico Criscito Mattia Cassani , Salvatore Bocchetti ...dan ada algi..malas nak list banyak-banyak ok...

Kata-kata semangat pasukan Italy : "No team is superior to Italy. I don't want to say that we're better than everyone, but you might say that we're not inferior to any other team,"Marcello Lippi, coach.

Jangan lupa tengok match Italy lawan Paraguay pada 14 June 2010 & Italy lawan New Zealand pada 20 June 2010.

Oh ye..sila layari Project Alpha 2 Promo untuk mendapatkan Adidas Promotion Pack..


Sesiapa yang belum tengok Project Alpha Season 2 video untuk episod 26-28..jom layan...



Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Thursday, May 13, 2010

How Many Wiggies

Entry kali nie amatlah menguji minda & mata yep..
Ada sesapa nak tolong aku tak?? sebab aku nie sangat lah rabun...
Apa kata kita sama-sama tengok gambar kat bawah nie

Dah tengok??? apa kata korang tolong aku kira berapa banyak wiggies yang ada kat dalam gambar nie..tolong la...dah berpinar mata aku nie..ehehhehehe..Aku kira-kira dengan peningnya, aku rase lah 218...malas dah kira bebanyak kali nie..korang tolong kira pulak..
Banyak betul wiggies satu..kalau dapat satu pun best nie kan??
Kalo korang agak-gak dah fedup dah nak kira, jom layan Project Alpha Video Episod 22-25 dulu k..










Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Tuesday, May 11, 2010

Shaolin Tiger for the Adidas Ole KO Challenge!

21 May 2010, 7.30pm- Blogger untuk Project Alpha Season 1 & Season 2 akan berentap dalam pertandingan Futsal sempena Adidas KO Ole Roadshow..Tempatnya??Dekat Centre Court, Mid Valley Megamall..

Dah tu, Instant Cash Blogging kali nie menyuruh kita memilih blogger yang mana satu yang akan menang..tak kira korang nak pilih Blogger untuk Project Alpha 1 atau Project Alpha 2...

Dan dengan bangganya aku mencalonkan atau lebih tepat memilih Shaolin Tiger..sebab???? La..dah nama pun Tiger..kuat makan biskut Tiger kan..


Sebab badan dia besar & tinggi..blogger lain semua mesti takut ngan dia..hahahha...dah tu tendangan dia mesti la kuat punya kan??selari ngan badannya itu...betul tak???Die punya lawan pun takut ngan dia nanti..karang kena kunfu shaolin lak..ahahahah..

Apepun..aku menyokong Shaolin Tiger ok..chaiyok2..waa..bangga Shaolin Tiger dapat penyokong macam aku nie....

Tapi..jangan lupa..lepas main futsal tu..sila lah membersihkan diri dengan produk rangkaian ADIDAS nie..Nyaman betul..

Jom tengok Project  Alpha Season 2 Episod 18-21.






Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Catch the Project Alpha bloggers at the Adidas Ole KO road show at Centre Court, Mid Valley Megamall, Friday 21 May at 7.30pm!

Wednesday, April 28, 2010

Road Trip with My Broadband

Sekarang ni pergi mana-mana pun haruslah ada acces internet kan? Senang..macam - macam boleh buat. Tak kisah lah korang ada di mana pun. Kalau pergi bercuti, menginap di hotel, tak semua hotel ada wireless kan? Kalau lah tiba-tiba one of the family member nak minta tolong bank in duit ke, kebetulan kat situ plak tak ada cash deposit machine, macam mana??? Susahkan??

Jadi haruslah ada satu broadband yang sentiasa menemani kita ke mana jua...Pergi holiday, even dalam bas or flight pun, still boleh akses internet. Kalau sesat masa bercuti tak kisah dengan adanya broadband. At least , broadband ni akan membantu kita akses ke internet, dan dapat lag kita guna google maps untuk membantu kita yang sesat ni.

Kesimpulannya, broadband ni seakan wajib ada untuk setiap individu..sebab ianya memudahkan segala urusan..Apatah lagi, adanya broadband tanpa wayar macam Wiggy P1W1max  nie kan?
Mujurlah kita hidup dalam dunia teknologi yang serba canggih nie..senang, broadband kecik-kecik macam ni.Letak lam poket pun boleh tau. Erh..erh..jangan bawak broadband aje...Laptop tu harus di bawa sekali yep..kalo x, nak cucuk kat mana???hehehe..

Oooppsss...korang dah tengok ke belum Project Alpha Season 2 Episod 8-10? Introduce the first Project Alpha Season 2 blogger...Niki Cheong...Surprise that he is related to Elaine Daily. But i think he is a quite shy person..heheheh...Okies..layansssss..







Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination

Seronokkan tengok video Project Alpha Season 2..tak sabar-sabar nak tunggu episod yang seterusnya tau.








Terdengar RedMummy cakap lam episod 4 yang die nak bercuti ke Paris..Wow!! Paris is my dream destination..Dari dulu lagi aku teringin sangat nak ke Paris..Tak salah kan kalau ada impian macam tu?Kenapa aku memilih Paris sebagai dream destination?
Becuase Paris is Love City. hehehehe..Betul..Kalo korang nak tahu, Paris jugak dikenali sebagai Kota Bercahaya ( la Ville Lumière ) atau Kota Cinta Abadi ...itu memang translate lam Malay macam tuh..Dan paris merupakan destinasi pelancongan utama dunia..Kalau aku nak pergi, of course lah nak pergi dengan Incik Se7en..kan kan kan...

Keunikan Paris ialah setiap malam, Paris akan bermandikan cahaya lampu yang terang-benderang. Wow..romatik kan?Cuba bayangkan berjalan berpimpingan tangan dengan pasangan korang dalam suasana yang romantik nie....

Ade lagi lokasi-lokasi utama yang menarik di sekitar kota Paris seperti  Arc de Triomphe, Gereja Notre Dame dan Muzium Louvre.Selain itu juga, bagi wanita-wanita yang suka shopping macam aku ni, Paris merupakan Syurga membeli belah untuk kita dan juga kota fesyen yang tersohor di mata dunia..Antara tempat-tempat menarik untuk menghabiskab duit korang di Paris ialah :

1.Louvre - Tuileries & Fauborg Saint Honore (menjual perkakasan rumah & kosmetik)
2. Boulevard Haussmann (koleksi dari pereka terkemuka, barang perhiasan diri dan rekabentuk dalaman ruman)
3. The Marais ( electic fashion, barang perhiasan yang unik serta barangan antik)

Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat untuk shopping kat Paris nie seperti Saint-Ouen Flea Market yang menjual pelbagai barangan dengan harga diskaun dan lebih murah berbanding di shopping complex. Tak rugi kalau korang adalah peminat fesyen & barangan antik.

Saint-Ouen Flea Market
Jauh sungguh aku punye dream destination. Tak pe, impian mesti ada kan??Itu yang penting..mana tahu suatu hari aku betul-betul menjejakkan kaki ke Paris dengan bantuan MasTraveller.Com.
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Wednesday, April 21, 2010

My Version of Grooming Tips

Menjalani hari-hari yang penuh dengan aktiviti dan kehidupan sosial amat memenatkan.Tetapi korang perlu sentiasa kelihatan cantik & bersemangat  agar penampilan korang tak dipertikaikan.

Bagi aku, cantik tak semestinya bermekap tebal-tebal atau pakai pakaian yang mahal. Kat sini, aku ada amalkan beberapa tips kecantikan & penjagaan penampilan diri untuk dikongsi bersama dengan korang.

Bermula dengan lepas mandi..haruslah pakai deodorant ok..untuk melindungi ketiak dari mengeluarkan bau-bau yang tak best.Pastikan deodorant yang korang guna tu, mempunyai anti-peluh & perlindungan 24 jam. Macam deodorant Adidas Action 3 nie..senang..sembur jek. 


Untuk penjagaan muka, korang haruslah memcuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari...tapi aku nie, setiap kali mandi aku cuci muka..dan setiap kali aku keluar dari rumah berjalan-jalan ke town..sebabnya, habuk-habuk & pencemaran kat luar tu akan melekat kat muka kita..yang penting, jangan tidur dengan mekap yang masih bertempek kat muka k...cuci dulu before tidur.

Toner atau mekap remover adalah sangat penting..sebab ia mampu menghilangkan sisa-sisa mekap yang masih melekat pada muka kita.

Seterusnya, haruslah pakai moisturizer.Bagi yang kulit jenis berjerawat & berminyak macam aku nie, aku prefer moisturizer yang jenis losyen. Sebab ia tak berminyak.

Untuk mekap pula, untuk siang, mekap haruslah senipis & seringkas mungkin. Sebab bagi aku, mekap nampak sangat buruk kalau ditempek tebal tebal pada waktu siang. Kalau korang nak kelaur pada waktu malam, tak kisahla, sebab mekap tu akan menonjolkan wajah korang.

Pilih pakaian yang selesa & sesuai dengan lokasi yang korang nak pegi..Pakaian yang selesa tu penting, sebab kalau korang sendiri rasa tak selesa dengan apa yang korang pakai, orang lain lagi rasa tak selesa.Kita nak bergaul ngan orang pun rasa tak confident je kan.

Rasanya itu sajakot grooming tips aku sendiri..ringkas-ringkas aje..jom kita layan Project Alpha 2 Episod 1-3.

Episod 1


Episod 2

Episod 3


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Tuesday, April 13, 2010

No Strings Attached

No Strings Attached??tanpa ikatan??tanpa wayar???ouh!!! Apakah???Korang tak faham??aku pun!!!
Mari kita rengok gambar di bawah ni dulu untuk menyelami maksud di sebalik tajuk entry kali ini...
erh? P1Wimax dah keluarkan pendrive plak ke??ke ni bluetooth???hehehehe..nak tahu???
mari ye adik, kakak, abang, makcik , pakcik , puan, tuan
meh sini dengar baca apa yang aku nak cerita.

Kalau korang nak tahu, "benda" dekat atas ni adalah Portable Modem Wiggy yang telah dikeluarkab oleh P1 WiMax ..betul-betul TANPA sebarang WAYAR..cuma cucuk kat laptop korang macam korang guna pendrive jek.

Apa kelebihan Portable Modem Wiggy ni???
  • Rangkaian internet yang lebih laju & lancar
  • Tidak memerlukan line telefon
  • Plug & Play
  • Lebih Jimat
  • Coverage yang lebih meluas 
Ada lagi ye..P1 Wimax memastikan kehidupan & pekerjaan korang lebih mudah dengan adanya Portable Modem Wiggy nie sebab ianya mudah dibawa ke mana-mana, boleh letak dalam handbag atau  poket korang lagi...ia juga menjanjikan kelajuan akses internet sehingga 10Mbps.Walaupun bersaiz kecil, P1 Wimax menjanjikan kehebatan dalam performance Portable Modem Wiggy.
Sila tengok Plan yang ditawarkan ..
 Tambahan :
*Free Wiggy Modem Rental 
*No Contract
Untuk maklumat lanjut..sila klik Portable Modem Wiggy

So???What do you waiting for???
Now, you can have more Internet fun anywhere, with no strings attached.
Just insert W1GGY into your notebook and you’re good to go! 
Lepas tu, boleh lah tengok video Project Alpha!!





Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Monday, March 29, 2010

I Wanna Be A Project Alpha TV Star

Sejak menjadi blogger nie, sungguh besar angan-angan nak jadi blogger star yang famous macam  Red Mummy, Cheesie, Azwan Ali, KY, Niki, Joe Lee, Ninie...Best betul kalau satu dunia blogger kenal kita..jadi ala-ala artis you know..auwwww..i like this style..
Tambahan pula sekarang nie Project Alpha tengah  duk mencari blogger untuk menyertai Project Alpha Season 3.
Audition nie senang aje..tak payah nak susah-susah pegi audition kat luar ke ape...tak payah pening-pening nak pikir pakai baju apa ke..suara sedap ke tak ke..nie bukan Akademi Fantasia or Mentor ok!!!yang penting kreatif..kreatif dalam memberikan opinions kenapa korang kata yang korang ni sangat layak jadi salah seorang dari Project Alpha Season 3...Peluang keemasan nie..Tak boleh lepaskan begitu saje.Agak-agak layak ke erh???angan-angan minah jenin.

Kalau korang nak jadi salah seorang guest blogger dalam  Project Alpha Season 3,  submit korang punya  audition entry kepada Project Alpha. Buat satu video (60 saat atau kurang), dalam gaya dan kreativiti sendiri yep..bagitahu lah kat Project Alpha kenapa korang nak sangat-sangat & rasa sangat-sangat layak untuk berada dalam Project Alpha Season 3..Amacam???Ada berani??? Aku??? Jap aku fikir dulu lah..sementara aku fikir2 nie korang tengok dulu syarat-syarat penyertaan dia erk..Layanssss....


Step 1: Join ruumz atau kalau dah join tu, sila  login ke akaun korang yep.
Step 2: Join  Project Alpha ruumz group! 


Step 3: Pastu korang upload video korang yang macam best sangat tu yep. Sila upload dalam album 'Auditions' .
Step 4: Korang letak lah apa-apa description pasal korang...jangan lupa letak title sekali kat video tu yep. Senang korang tag name korang kat video tu, at least kalo ada sesape yang bukak page koran, ada lah terpampang video tu kat profile page korang tuh.

Step 5: Dah sudah tu, korang pandai-pandai lah yep promote2 korang punya video tu kat Facebook ke Twitter ke Ruumz ke..mane2 lah yang patut. korang suh kengkawan and peminat korang tu klik "like" kat video korang..makin ramai yang klik "Like" makin cerah lah peluang korang untuk masuk ke Project Alpha Season 3 nieh..ada paham????
Dah lah...aku pun nak pegi siapkan video aku jugak lah..dalam mimpi..muahahahha....chaos.....

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Wednesday, March 24, 2010

No Sweat

Apa aktiviti sukan yang korang suka buat??
Joging????
Football???
Cycling???
Wall Climbing???
Badminton???
 

Hah..Banyaknye aktiviti sukan yang boleh kita lakukan..tak larat lah nak senaraikan semua..tapi, jika anda salah seorang daripada atlit sukan, atau pun..tergolong dalam manusia yang aktif bersukan, pasti korang tahu yang sukan-sukan yang korang lakukan itu akan menghasilkan peluh pada badan korang.

Thats why orang selalu cakap, bersukan adalah cara yang terbaik untuk mengeluarkan peluh..tapi...peluh tu wangi ke erk??ihkhihkhihk..adakah korang sedar yang badan korang akan berbau tak wangi bila berpeluh??dalam erti kata lain..BUSUKKKKKK!!!!!Peluh yang berlebihan adalah punca utama BAU BADAN..Korang tahu tak????
Hakikatnya, tak ramai manusia yang sedar, bila berpeluh, badan akan menjadi busuk...yelah, manusia ni, badan sendiri tak sedar, badan orang lain jugak yang nak di ciumnya...

Sekarang nie, aku nak bagi tips untuk hilangkan peluh dan bau badan jika berpeluh.Mari kita ikuti tips ini.

1.Korang ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar. Sebab korang hanya perlukan "jus" nya.

2.Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan korang. Terutamanya pada bahagian ketiak.
3.Biarkannya serap ke tubuh korang dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.

4.Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.

Rajin ke korang nak buat petua nie???macam zaman dulu-dulu aje kan???Kalau aku lah, malas ar..tak kuasa tau nak buat petua-petua macam ni...Apa kata aku syorkan sesuatu yang lebih senang???Apa kata korang cuba guna ini???
Adidas Action-3 Deodorant Anti-Perspirant...FRESH!
Kalau korang nak tahu, Adidas Action 3 Deodorant Anti-Perspirant : FRESH merangkumi :
  • 24hours of protection againts perspirant
  • New Dry Max System Technology for extra wetness absorption
  • Cooling fragrance that leaves you with that just showered feeling when the heat is on
  • Special anti-whitening material to minimise white marks on skin and clothes.
  • 0% Alkohol-PH respect-Demo test
Adidas Action 3 Deodorant Anti-Perspirant : FRESH adalah yang TERBAIK...Murah, Cepat & Mudah dibawa kemana-mana..BERPELUH????Tak perlu risau lagi...

Bersukan tu bersukan juga ya, jangan lupa ikuti PROJECT ALPHA SEASON 2 ya!

Sekarang nie, Project Alpha sedang mencari calon untuk Season 3???Kalo korang berminat, sila layari http://projectalpha.com.my/auditions.



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Thursday, March 18, 2010

I Love You Nuffnang

Waaa...sukanye..sukanya...
Korang ingat entry Project Alpha Instant Cash Week 2 yang aku buat tu? 
Kalo korang nak tahu ap yang aku suka sangat..sila tengok di bawah

 nampak ke??kalo xnampak, buat-buat nampak lah yep
sila jangan tunjukkan kejelesan anda terutama En. Se7en...
Muahahahahhahahah...
Kalo ikutkan Nuffnang aku nie dah lebih layak untuk Cash Out
tapi aku nak simpan dulu bebanyak..
nanti dah nak kawen aku kuarkan??leh tak???
heheheheh..
poyo o jek aku nie...
jangan marah yep korang...
Untuk sesiapa yang nak dapat jugak RM20 daripada Nuffnang..still belum terlambat
jom Follow Project Alpha Season 2 and sertai Instant Cash Blogging...


Oooppsss..lum abes algi..aku telah dengan rasminya menerima jemputan untuk ke Gatsby Deodorant Street Fair pada 17 April 2010 di Times Square..

A lot of thanks for Nuffnang & Gastby Deodorant Street Fair

& Lastly Thanks to Nuffnang for the Buffered Earning yang semakin meriah di blog aku nie...
 Waaa...entry nie betul2 pasal Nuffnang je yep.... Special entry nieh....heheheheh



Monday, March 15, 2010

Project Alpha 2- My Favourite Surfing Spot

Aku...tak boleh hidup tanpa INTERNET!!!
Aku pun tak tahu sejak bila penyakit ni berjangkit kat aku..
dulu aku tak kisah pun ada internet ke tak ada ke..same jek
tapi sejak menjak umah aku dah masuk Wireless nie
kalau weekdays tu..
balik aje kerja terus ON INTERNET...
sampai malam-malam..
lagi lah kalau weekend
celik aje mata, terus ON INTERNET
padahal aku bukan ada nak buat apa pun..
tapi sengaja suka duduk depan lappy nie
Spot yang paling best sekali dalam rumah aku ni..
Kalau orang len mesti bilik kan???
tapi aku???tak best-tak best...


Haa...nampak??baik punya port..
satu rumah dapat wireless..so mana- mana aku nak port pun boleh
tapi kalau aku duk dalam bilik, tutup pintu pula..coverage dia sikit aja...tak laju pun..macam siput sedut..


Laptop ni..memang sentiasa kat sini aje..tak pernah bergerak ke mana-mana...
cuba teka di manakah favourite surfing spot itu???
Jawapan nya adalah...
tadaaaa...
Di ruang tamu rumah aku...
kenapa kenapa????
sebab coverage kat sini sangatlah  BAIK PUNYA!!!
sambil-sambil update blog ke, jenguk-jenguk webpage Project Alpha ke...leh la aku tengok TV..tapi TV yang tengok aku
sebab aku hanya menatap skrin laptop..tapi telinga aku masih mendengar cerita-cerita di TV..
hehehhe
macam nie baru lah jimat masa...dua keje dalam satu masa...
Kalau ngah surfing tu rasa lapar..kat meja nie jugak lah aku makan..
so..
MY Favourite Surfing Spot is...
MEJA MAKAN RUANG TAMU RUMAH SAYA!!!


erh..cantik lah pula P1 Wimax ni
dulu before masuk Streamyx, terfikir gak mahu guna P1 Wimax
But there's still no coverage in Putrajaya lor that time..
sekarang dah ada ke?
rasanya belum kot...
Tak pe lah..pakai apa pun tak pe, janji dapat SURFING!!!
Happy surfing every one!!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Wednesday, March 10, 2010

Project Alpha 2: I Just Love Good Smelling People

Wow!!!
Sangat hensem itu guys...
tapi...bila die datang dekat...
mak aiii.....baunya itu sangat la
iyakkksss....
"ape nie..muka hensem..tapi bau ketiak busuk!"
Wahai kaum Adam di luar sana..sanggup kah anda mendengar statement yang sangat lah berapi nie???
Muka hensem cam ne pun, kalau badan berbau...
alamak...jangan tanye " aku nie tak cukup hensem ke?"
sebabnya...malas aku nak cakap
meh aku bagitau satu rahsia besar...
Nah amik nie
tak paham??
sila jangan malu bertanya..nanti sesat jalan...
kalau korang nak tahu..
nie adalah Adidas Action-3 Deodorant Anti-Perspirant..
khas untuk lelaki-lelaki diluar sana supaya anda bukan setakat hanya menjaga penampilan dan pakaian...bau badan pun kena jaga babe!
Adidas Action-3 Deodorant Anti-Perspirant nie terdapat dalam 6 pilihan
  • Intensive
  • Control
  • Sensitive
  • fresh
  • Pure
  • Pro-Level
Semuanya wangi-wangi..korang pilih je mane yang sesuai dengan diri korang...untuk tambahan lagi..kesemua Adidas Action 3 Deodorant adalah tidak mengandungi Alkohol langsung (0% Alkohol)
Apa lagi tunggu..cepat-cepat pegi beli Adidas Action 3 sekarang..
tahu nak ngorat awek aje..
tapi bau badan..
aduiii....karang cakap kang terasa..
nasib baik la kesayanganku sentiasa berbau wangi..
nyummy..nyummy...
I Just Love Good Smelling People!!!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS