Thursday, April 22, 2010

My Dream Destination

Seronokkan tengok video Project Alpha Season 2..tak sabar-sabar nak tunggu episod yang seterusnya tau.








Terdengar RedMummy cakap lam episod 4 yang die nak bercuti ke Paris..Wow!! Paris is my dream destination..Dari dulu lagi aku teringin sangat nak ke Paris..Tak salah kan kalau ada impian macam tu?Kenapa aku memilih Paris sebagai dream destination?
Becuase Paris is Love City. hehehehe..Betul..Kalo korang nak tahu, Paris jugak dikenali sebagai Kota Bercahaya ( la Ville Lumière ) atau Kota Cinta Abadi ...itu memang translate lam Malay macam tuh..Dan paris merupakan destinasi pelancongan utama dunia..Kalau aku nak pergi, of course lah nak pergi dengan Incik Se7en..kan kan kan...

Keunikan Paris ialah setiap malam, Paris akan bermandikan cahaya lampu yang terang-benderang. Wow..romatik kan?Cuba bayangkan berjalan berpimpingan tangan dengan pasangan korang dalam suasana yang romantik nie....

Ade lagi lokasi-lokasi utama yang menarik di sekitar kota Paris seperti  Arc de Triomphe, Gereja Notre Dame dan Muzium Louvre.Selain itu juga, bagi wanita-wanita yang suka shopping macam aku ni, Paris merupakan Syurga membeli belah untuk kita dan juga kota fesyen yang tersohor di mata dunia..Antara tempat-tempat menarik untuk menghabiskab duit korang di Paris ialah :

1.Louvre - Tuileries & Fauborg Saint Honore (menjual perkakasan rumah & kosmetik)
2. Boulevard Haussmann (koleksi dari pereka terkemuka, barang perhiasan diri dan rekabentuk dalaman ruman)
3. The Marais ( electic fashion, barang perhiasan yang unik serta barangan antik)

Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat untuk shopping kat Paris nie seperti Saint-Ouen Flea Market yang menjual pelbagai barangan dengan harga diskaun dan lebih murah berbanding di shopping complex. Tak rugi kalau korang adalah peminat fesyen & barangan antik.

Saint-Ouen Flea Market
Jauh sungguh aku punye dream destination. Tak pe, impian mesti ada kan??Itu yang penting..mana tahu suatu hari aku betul-betul menjejakkan kaki ke Paris dengan bantuan MasTraveller.Com.
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

2 comments:

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!