Wednesday, April 14, 2010

Taksub Batu Permata

**sorry entry nie xbergambar, tp harap dapat bace sampai abes..thanks yep .

Ade la one of the staff kat tempat aku nie ( actually the same person ngan tajuk " Rabu yang malang" ), taksub amat sangat kan batu permata.

Apesal aku asyik citer pasal die jek nie? sebab aku dah xtahan lagi, tiap2 hari aku jadi mangsa dengar macam2 citer tentang batu permata & byk lagi benda yg karut..adusss....aku dah tension giler..dah la aku nie banyak keje, tension lagi ngan masalah lagi..& terpaksa dengar benda nie almost everyday..tension sangat2 sampai tahap tak leh tahan lagi dah.rase cam nak lari dari tempat duduk aku tuh.

Actually umur die 40 something kot xsilap aku..bagi aku tak salah kalau kite meminati sesuatu mcm batu permata tu, tp kalau dah mempercayai benda tu mcm nak melebihi percaya Allah, mcm mane tu?

Dia selalu cakap, kalau pakai batu jenis itu ini, leh kebal lah, kuat lah, tak kena itu, tak kena ini..macam2 lah..kan semua kejadian tu kuasa Tuhan..die cakap, kalau pakai batu permata yg die pakai tu, leh angkat org ngan satu tangan je..setakat aku nie, senang je nak angkat..tapi , hari tu aku suh die angkat satu parcel nie..actually 2 kotak parcel yg beratnya tak melebihi aku, dan aku masih mampu angkat, apesal die cakap berat????kan ke die tu kuat...dah tu , die kate kalo rendam tangan lam air panas, tangan tak rase panas...aku suh tunjuk bukti, apesal die xmahu tunjuk..pelik x???pastu die kate kalau pakai batu permata tu, tak akan sakit..tp ditakdirkan seminggu lepas die cakap tu, die demam & mc...seyes....

Lagi korang penah dengar pasal tarik duit? korang pecaye x tarik duit tu???nie die cakap pasal tarik batu serai...aku tak tahu lah betul ke x...tp ade dia ajak aku  pegi tengok & suh aku ajak se7en sekali..sumpah lah aku tak mahu..lagipun die sah2 lah dah tahu aku memang xnak, thats y die ajak kan? aku xtaulah..tiap2 hari dengar benda2 macam nie rase cam nak meletup kepala otak.seb bek aku bukan jenis yg mudah terpengaruh..pastu siap suh aku beli satu untuk melindungi diri aku..perlindungan tu kan datang dari Allah..cukup ngan doa..tak perlu pakai benda2 mcm tu mcm tangkal la plak.

Lagi satu yang buat aku senak perut ialah die suke menyumpah2 memaki2 orang yg die tak suke ..contohnya macam pekataan "babi", "anjing", "celaka"..kan tak baik mendoakan orang cam tuh..seumur idup aku, aku tak penah dengar abah aku sendiri memaki2 orang macam tuh...padahal umur die dah lebih tua sangat, lebih tua dari mama aku, xleh berfikir ke? kenape mesti nak mempengaruhi fikiran orang muda macam aku nie...

sebelum aku abeskan entry nie, aku ade jumpe satu artikel dari satu forum..aku paste kat cnie, korang bacelah k.
Batu serai merupakan batu yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu. Menurut seorang pengamal perubatan tradisional yang pernah kami temui, batu serai ini merupakan batu permata yang disorok oleh jin di bawah rumpun serai wangi. Menurutnya lagi, batu ini disorokkan dibawah akarnya. Rimbunan serai wangi yang menjadi pilihan ialah rimbunan pokok serai wangi yang telah berbunga. Jadi, bagi sesetengah orang, ini menjadi petunjuk awal kemungkinan terdapatnya batu serai. Batu ini menjadi buruan kerana dipercayai mempunyai bagi tujuan perubatan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan makhluk halus dan dikatakan boleh mendatangkan rezeki. Cara mengambilnya tidak semudah yang disangka. Ada cerita yang mengatakan batu serai akan hilang dengan sekelip mata sahaja jika orang yang menggalinya tidak tahu cara untuk mengambilnya. Salah seorang pengumpul batu permata yang pernah singgah di galeri kami ada menyatakan batu serai ini perlu diseru oleh pengamal ilmu batin. Ini kerana batu serai dipercayai dikawal oleh jin yang menyimpannya di situ. Jadi, mereka yang ingin mengambil batu serai perlu "meminta kebenaran" dari "penjaga" batu tersebut. Malah lebih dari itu, ada yang percaya khasiat batu serai disebabkan oleh jin yang menjaganya dan boleh digunakan sebagai pendinding, pengasih, penggerun, pelaris, pemanis, dan penawar penyakit. Namun demikian, sekiranya ia melibatkan jin, elok dijauhkan sahaja. Mohonlah secara terus kepada Allah SWT. Terdapat juga cerita yang mengatakan batu serai ini hanya akan hanya boleh ditemui oleh mereka yang "terpilih" sahaja. Mereka yang "terpilih" ini akan bermimpi mendapat "petunjuk" di mana batu serai akan berada. Mereka yang mendapat "petunjuk" ini perlu bersembahyang hajat bagi mendapatkan batu serai ini. Bagaimana mahukan pokok serai wangi berbunga? Ramai yang masih tidak tahu penanam "batu serai" ini menanam logam tembaga bersama dengan pokok serai wangi agar pokok serai wangi tersebut berbunga. Ramai juga orang yang datang membawa "batu serai" yang ditemui di bawah rimbunan akar serai wangi yang ditemui telah siap dipotong dengan pelbagai bentuk "fancy cut". Bagaimana secara logik akalnya batu yang ditemui di bawah pangkal rimbunan akar pokok serai wangi telah siap dicanai dan dipotong dengan pelbagai bentuk yang menarik? Nasihat kami, jangan tertipu dan mudah taksub dengan batu serai.

6 comments:

  1. haihh..mcm2 la kan..makin maju negara, makin mundur pula malaysian ni..mcm2 pelik2 yg org buat skg..

    ReplyDelete
  2. huhuh tengok ler umur dia..

    entah apa2 ckp bukan main suruh tunjuk xmo tunjuk ek?

    ReplyDelete
  3. Wanie ; tau xpe..atuk i pun xmacam tuh..huh, i dah penat tau dengar tiap2 hari..i sorg jek kat ctu, terpakse dgr

    ReplyDelete
  4. haha...bru semalam dok tgk sal permata2 ni suma...da org jual kat tenet...siap ajar mcm2 ilmu la...mintak lindung la dr bnda2 syirik nih...nauzubillah...

    ReplyDelete
  5. tendou : xsalah kalo minat kat batu permata tu..tp kalo dah sampai terlalu taksub tak elok lah

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!