Menjalani hari-hari yang penuh dengan aktiviti dan kehidupan sosial amat memenatkan.Tetapi korang perlu sentiasa kelihatan cantik & bersemangat agar penampilan korang tak dipertikaikan.
Bagi aku, cantik tak semestinya bermekap tebal-tebal atau pakai pakaian yang mahal. Kat sini, aku ada amalkan beberapa tips kecantikan & penjagaan penampilan diri untuk dikongsi bersama dengan korang.
Bermula dengan lepas mandi..haruslah pakai deodorant ok..untuk melindungi ketiak dari mengeluarkan bau-bau yang tak best.Pastikan deodorant yang korang guna tu, mempunyai anti-peluh & perlindungan 24 jam. Macam deodorant Adidas Action 3 nie..senang..sembur jek.
Untuk penjagaan muka, korang haruslah memcuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari...tapi aku nie, setiap kali mandi aku cuci muka..dan setiap kali aku keluar dari rumah berjalan-jalan ke town..sebabnya, habuk-habuk & pencemaran kat luar tu akan melekat kat muka kita..yang penting, jangan tidur dengan mekap yang masih bertempek kat muka k...cuci dulu before tidur.
Toner atau mekap remover adalah sangat penting..sebab ia mampu menghilangkan sisa-sisa mekap yang masih melekat pada muka kita.
Seterusnya, haruslah pakai moisturizer.Bagi yang kulit jenis berjerawat & berminyak macam aku nie, aku prefer moisturizer yang jenis losyen. Sebab ia tak berminyak.
Untuk mekap pula, untuk siang, mekap haruslah senipis & seringkas mungkin. Sebab bagi aku, mekap nampak sangat buruk kalau ditempek tebal tebal pada waktu siang. Kalau korang nak kelaur pada waktu malam, tak kisahla, sebab mekap tu akan menonjolkan wajah korang.
Pilih pakaian yang selesa & sesuai dengan lokasi yang korang nak pegi..Pakaian yang selesa tu penting, sebab kalau korang sendiri rasa tak selesa dengan apa yang korang pakai, orang lain lagi rasa tak selesa.Kita nak bergaul ngan orang pun rasa tak confident je kan.
Rasanya itu sajakot grooming tips aku sendiri..ringkas-ringkas aje..jom kita layan Project Alpha 2 Episod 1-3.
Episod 2
Episod 3
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
No comments:
Post a Comment
Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!