Friday, April 30, 2010

Hubungan Sulit Dengan 120 Wanita

Petikan Dari Metro:
FLORIDA: Tiger Woods didakwa mengaku melakukan hubungan seks dengan 120 wanita sepanjang lima tahun lalu.
Namun, tindakannya melakukan hubungan seks dengan anak jirannya, Raychel Coudriet, 21, yang dikenalinya sejak berusia 14 tahun menjadi faktor utama kemusnahan perkahwinannya dengan Elin Nordegren.

Elin didakwa menandatangani surat perceraian selepas mengetahui mengenai hubungan sulit itu.

“Penipuan ini yang paling teruk. Saya tak percaya anda melakukan seks dengan anak perempuan jiran. Cukup setakat ini, saya akan tuntut cerai,” kata Elin menempelak Woods. - Agensi
Petikan Dari Berita Harian:

FLORIDA: Pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods (kanan), membuat pengakuan kepada isterinya, Elin Nordegren, bahawa beliau menjalin hubungan sulit dengan 120 wanitaKecurangan itu memaksa Elin yang juga bekas supermodel Sweden, memutuskan untuk menandatangani surat perceraian dengan Woods, 34, selepas lima tahun berkahwin.Sumber memberitahu majalah yang terkenal dengan pendedahan sensasi, National Enquirer, bahawa Woods membuat pengakuan itu dalam surat empat halaman yang diberi kepada Elin.“Elin tidak mahu fikir mengenai Tiger lagi. Dia tidak lagi percaya. Perkahwinan mereka sudah tamat,” kata sumber itu.Reputasi Woods terjejas sejak November 2009 selepas kereta dipandunya melanggar pokok di luar kediaman mereka. Woods kemudian mengambil cuti daripada permainan itu selepas media mendedahkan hubungan sulitnya.Pemain golf terkenal itu turut memasuki klinik ‘Gentle Path’ untuk merawat ketagihan seksnya dan berhenti bertanding untuk seketika.Antara wanita yang didedahkan menjadi mangsanya termasuk bekas model Playboy, Loredana Jolie Ferriolo dan teman agensi pengiring, Rachel Uchitel.

Gila seyyyy..ini tahap ketagihan seks yang melampau nie..bilangan hubungan sulit lebih banyak dari umur dia sendiri....huiiiihhhh.....kalo aku jadi Elin pun dah tak sanggup nak menghadapinya lagi..

6 comments:

  1. tak sangka dia macam tu
    kesian bini dia

    ReplyDelete
  2. bini da cun..
    ape la yg di nak xtaw la..
    duet banyak sgt.

    ReplyDelete
  3. its not about bini cun ke tak cun, tp ketagihan seks

    ReplyDelete
  4. Aku rase macam tipu je...
    kalau sampai banyak macam tu..x kena sipilis ke die..aids ke...
    mesti ade benda x kena ni...

    http://airfood.blogspot.com/

    ReplyDelete

Silakan mengomen ye..tak kena makan pun!!