Showing posts with label Gatsby Deodorant Street Fair. Show all posts
Showing posts with label Gatsby Deodorant Street Fair. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Gatsby Street Fair -Kecewa Sedih Marah

Ade sebab kenape aku risau semalam kan?memang patut pun aku risau sangat2
korang tahu kat mane aku sekarang?
Kat umah okey..sepatutnye aku sekarang ngan bersuke ria enjoy berpoye2 kat Gatsby Deodorant Street Fair tu
Semalam kul 4 a.m, pak cik tu kol kate 
"syg, xpyh pegilah esok, abg ade job."
SENTAP x?
Memang sentap giler..perasaan aku mase tu rase cam nak bunuh orang..
BENCI BENCI BENCI
Why he owez spoiled all the plan that i have made.
Disebabkan itu aku xleh tido sampai la pagi...dah cerah baru aku tido sampai la sekrang aku baru bangun.Nie pun aku malas gile nak bangun mengenangkan kekecewaan semalam.
GERAMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!
Tapi sebab aku dijanjikan dengan ganjaran yang lebih banyak kalo aku tak pergi, fine aku mengalah..jangan menyesal erh kalau duit job tu abes kena pau ngan aku..aku tak peduli..yang penting aku puas hati & dendam aku terbalas sebab tak dapat pergi Street Fair tu.. aku dah excited bersihkan kasut, pikir nak pakai baju warne ape..set jam nak bangun kul bape..cas bateri camera....aku memang dah excited sangat2, so bile dikecewakan, rase DOWN giler...
Selamat bergembire korang2 yang pegi..amik gambar bebanyak, aku nak tengok k.


p/s: Hati menangis tak siapa yang korang dah tahu

Thursday, March 18, 2010

I Love You Nuffnang

Waaa...sukanye..sukanya...
Korang ingat entry Project Alpha Instant Cash Week 2 yang aku buat tu? 
Kalo korang nak tahu ap yang aku suka sangat..sila tengok di bawah

 nampak ke??kalo xnampak, buat-buat nampak lah yep
sila jangan tunjukkan kejelesan anda terutama En. Se7en...
Muahahahahhahahah...
Kalo ikutkan Nuffnang aku nie dah lebih layak untuk Cash Out
tapi aku nak simpan dulu bebanyak..
nanti dah nak kawen aku kuarkan??leh tak???
heheheheh..
poyo o jek aku nie...
jangan marah yep korang...
Untuk sesiapa yang nak dapat jugak RM20 daripada Nuffnang..still belum terlambat
jom Follow Project Alpha Season 2 and sertai Instant Cash Blogging...


Oooppsss..lum abes algi..aku telah dengan rasminya menerima jemputan untuk ke Gatsby Deodorant Street Fair pada 17 April 2010 di Times Square..

A lot of thanks for Nuffnang & Gastby Deodorant Street Fair

& Lastly Thanks to Nuffnang for the Buffered Earning yang semakin meriah di blog aku nie...
 Waaa...entry nie betul2 pasal Nuffnang je yep.... Special entry nieh....heheheheh



Tuesday, March 9, 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

 
Wow! Excited! Tak sangka aku akan terpilih untuk menyertai Projek 400 bersama Nuffnangs nie. Thanks to Nuffnang for the invitation.

Projek 400???Apa tu??? Haaa...Kalau korang nak tahu Gatsby Deodorant bakal melangsungkan ‘Street Fair’ besar-besaran. Dengar tu???BESAR-BESARAN!

Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Ada yang seringkas  membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang  melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!! Wow!!! aku tak pernah lagi main semua permainan tu, seronoknya dapat mencuba..ingat budak-budak saja nak main???

Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai  cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit  dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!

Wow..sangat seronok nya..aku dah tak sabar-sabar nak menyertai semua acara-acara ni. 

Aduiiyyaaiii..cerita panjang - panjang, tapi lupa pula nak bagitahu kat mana akan berlangsungnya "Gatsby Deodorant Street fair" ni. Sila lihat maklumat di bawah yep.

Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu) 
Waktu : 10 pagi - 5 petang
Tempat :  Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur


Nak pegi Timesquare tu cam ne???Ala, senang aje..sesiapa yang duk kat KL mesti tahu kan cam ne nak pergi..tapi kalau yang di luar KL tu, mesti agak pening ckit kan???apa kata korang ikut panduan yang aku beri nie..Lebih senang kalau korang gunakan public transport..tak perlu menghadapi kesesakan lalu lintas..

Dengan menaiki Monorel yang terletak berhampiran KL Sentral, korang hendaklah turun di Stesen Imbi..sebabnya, Timesquare terletak betul-betul bersebelahan dengan Stesen Monorel Imbi. Tambangnya murah jek..RM1.60 jek. Ada jejantas yang menghubungkan antara Stesen dengan Timesquare,,jangan suka-suka lintas jalan raya yep..banyak kereta lalu-lalang, nanti tak sempat pulak korang nak ke "Street fair" tu..ke hospital pula jawabnya..hehehhe..gurau aje.


Seandainya korang nak drive sendiri ke Timesquare, sila lihat peta di bawah, ok.
Aku dah tak sabar-sabar menunggu hari itu tiba..kalau korang pun nak sama-sama merasai keterujaan Gatbsy Deodorant Street Fair, apa kata korang layari web ini. http://www.gatsby.com.my/streetfair .

Kita Enjoy!!!