Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #3






30 November 2011 , 10.15pm..See you at GSC, Alamanda!!!!!!

Tuesday, November 29, 2011

Tengok Bola Di Stadium

29/11/2011

Eventhough Malaysia dah kalah di tangan Bahrain, aku tetap jugak nak kuarkan entri neh..hahahha..

Hari tu telah dengan semangatnya berbaju hitam kuning, kiteorang g tengok bola dekat Stadium Nasional Bukit Jalil.. Kiteorang tu means aku and hubby ler....Hasil ajakan dia la jugak nie yang membelanja tiket..kalau tak, tak kuasa aku...First time pergi tengok bola live kat Stadium seumur hidup..ceyss..macam jakun gile kan?

dalam kul 6pm gitu kiteorang sampai kat stadium, orang pun dah ramai..lepas solat asar kat surau yang disediakan, round-round jap tengok gelagat manusia sebelum masuk stadium. Ada yang bawak baby lagi..wah..semangat sungguh! Sian baby yang tak mengerti apa-apa tu..kena tampal sticker lak tu kat muka...hehehe..






Disebabkan tak de pengalaman masuk stadium, tak tahu la pulak tak leh bawak masuk botol air..kalo tahu, dah sumbat awal-awal dalam beg galas yang hubby bawak tu..tak pasal pasal je aku kena abeskan sebotol air tu..rugi la kalo buang..dah la mahal beli kat situ...

Dalam pukul 6 lebih kiteorang dah gerak masuk dalam stadium..nak cari port baik punye..betul-betul ngadap gelanggang.. Kiteorang beli tiket yang RM20 tu jek..tidakla nak membazir beli grandstand tu...kiteorang gilir-gilir pergi solat maghrib supaya tak de orang amik port yang baik punye tu... Hah, paling tension masa nak tunggu bola start tu, bila ada sorang mamat nie duk meniup benda yang bingit tu betul-betul kat telinga aku..rasa cam nak hangin je...

Semasa lagu NegaraKu dimainkan

Kesimpulannya, best la jugak tengok bola kat stadium nie..walaupun kalah..memang terasa ar kesedihan bila kalah tu...Lagi-lagi bila Bahrain dah menyamakan kedudukan, ramai penonton yang start kuar dari stadium...cuma yang tak tahan kebingitan yang amat tu.... Next time boleh le g tengok lagi..yang penting orang belanja tiket..hahahhaa..


TQ tu hubby sebab bawak pergi tengok bola kat stadium!!!

Friday, November 18, 2011

BERITA BURUK UNTUK SI BAPA!

BAYI HARUS BERKONGSI KATIL IBU SEHINGGA 3 TAHUN


Ber...ita buruk untuk golongan lelaki yang bergelar Bapa...nasihat kontroversi ini adalah dari pakar kanak-kanak, dilaporkan bahawa bayi anda sepatutnya tidur di sisi ibu mereka sehingga berumur sekurang-kurangnya tiga tahun. Pakar mendakwa bayi yang berusia dua hari jika diletakkan di atas katil tidur sendirian mendapati bayi berkenaan kurang tidur berbanding bayi-bayi yang terlena di sisi ibu atau atas dada ibu.

Seperti yang dipetik sari Dailymail, pakar tersebut juga menyatakan bahawa jantung bayi berada di bawah tekanan sebanyak tiga kali ganda apabila bayi itu tidur di atas katil sendirian tanpa ibu di sisinya. Tidur berjauhan dikhuatiri menjadikannya lebih sukar untuk ibu dan bayi menjalin hubungan kasih sayang malah boleh merosakkan perkembangan otak, dan membawa kepada kelakuan buruk apabila bayi itu membesar. Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu mereka untuk beberapa minggu pertama. Selepas itu, mereka harus tidur bersama ibu sehingga mereka berusia tiga atau empat tahun.

Sumber : Facebook 

Wednesday, November 16, 2011

Kaedah Cuci Rahim : ERPOC (evacuation of retained products)

16/11/2011

Salam semua..dalam entri lepas aku ada bagitahu nak share ngan korang ape itu ERPOC kan??? Info nie aku dapat dari DRPAKAR ... Meh la sesama bace untuk rujukan kita bersama..

Apakah ERPOC?

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Zamri Abd. Rahim, ERPOC adalah kaedah mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal dalam uterus akibat keguguran. Kalau dahulu doktor menggunakan alat yang dipanggil kuret dengan cara mencungkil bahagian dalam rahim untuk mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal, kini doktor akan menggunakan alat seperti vakum yang lebih selamat. Di sesetengah tempat kaedah ini disebut D & C sedutan atau ada juga yang memanggilnya dengan aspirasi vakum.

Bagaimanakah Prosedurnya?

Ia merupakan pembedahan minor yang selamat dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Biasanya pesakit hanya perlu menjalani rawatan harian di hospital sama seperti  &C. Mulanya pesakit akan dibius dan kemudian serviks akan dibuka menggunakan dilator. ERPOC biasanya menggunakan dua jenis vakum sama ada vakum elektrik (EVA) atau pam manual (MVA). Kanula (bahagian depan tiub) yang disteril akan dimasukkan ke dalam uterus bersambung dengan tiub dari pam dan ia menghasilkan vakum yang halus lalu menyedut seluruh kandungan dalam rahim.

Pada Ketika Manakah Keguguran Perlu Menjalani ERPOC?

Kandungan di bawah 10 minggu boleh dicuci menggunakan ERPOC. Namun, bagi kandungan antara 11 hingga 15 minggu penyedut dengan diameter lebih besar akan digunakan dan kadangkala memerlukan bantuan kuret bagi memudahkan proses dilakukan.

Bagi kandungan yang telah mencapai minggu ke-16 hingga 24 pula, sejenis ubat seperti prostagladin akan digunakan untuk membuka pintu rahim dengan lebih luas. Kemudian kandungan akan dicungkil dengan kuret sebelum ERPOC dilakukan.

Sementara, bagi kandungan melebihi minggu di atas, janin akan keluar seperti kelahiran biasa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan wanita hamil yang mengalami keguguran menjalani ERPOC dan sekiranya peralatan tiada barulah proses D&C dibenarkan. Menurut perangkaan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, hanya 2.4 peratus pengguguran menggunakan kaedah D&C pada tahun 2002, berbanding 23.4 peratus pada 1972.

Adakah ERPOC Menyakitkan?

Tidak. Pesakit tidak berasa sakit kerana dibius ketika proses dilakukan. Selepas itu, pesakit mungkin mengalami sedikit kesakitan di bahagian perut seperti senak atau kejang ketika haid namun ia tidak lama. Luka di bahagian rahim juga jarang berlaku kerana ia tidak melibatkan proses kuretaj (menggunakan kuret).

Tuesday, November 15, 2011

I'm Back!

15/11/2011

Salam untuk semua....

Hari nie aku dah start bekerja..after cuti about 2 weeks..itupun rasa macam dah nak meroyan dah sebab bosan gila tak tahu nak buat apa....Plus ngan kena dera berpantang..hahhaaha..rasa macam kena dera..apetah lagi tak boleh minum ais dikala cuaca yang sangat kepanasan sekarang nie..pastu dilarang makan udang..kerang..ouh......menderitanya..hahahaha..baru sekejap rasa cam nak mogok lapar dah..itu belum kena pantang bersalin lagi..ekekeke..

Tengah pikir-pikir nak pergi holiday sempena cuti Awal Muharam nie kalau hubby ada rezeki lebih..agak2 musim2 nie kalo g pantai ok tak??? Rasa cam dah lama sangat tak menenangkan fikiran di tepi pantai nan indah permai tu..boleh mereleasekan tension yang tak seberapa nie...

Tolong bagi cadangan plisss....tapi xnak yang jauh2 la..dekat2 ngan KL sudah..

Wednesday, November 9, 2011

Kandungan Ku : "Missed Abortion"

31 Oktober 2011 merupakan permulaan bagi kesedihan dan sebuah kehilangan....Yang paling aku takuti...di saat kandungan aku sudah pun lebih 3 bulan.

Pagi tu masa ke toilet, aku tgk ada bleeding sikit..tapi aku macam confident ngan tak je...Tapi petang tu after solat zuhur, aku  peri toilet lagi sekali...ada bleeding lagi..sangat sikit..tapi cukup untuk membuatkan aku resah... Orang cakap bleeding masa pregnant tu normal  la, so aku pun cuba sedapkan hati sendiri..tapi tak tahu kenapa aku automatik terus nangis...Otak macam blur tak tahu nak buat apa..terus sms hubby bagitahu...Then aku mintak permission ngan officer aku untuk g klinik.

Doc kat KK tu suruh aku g buat scan dekat KKIA sebelah tu.Doc cakap..kandungan aku tak membesar..sepatutnya dah 13 minggu..tapi bila scan dia dapat 8 minggu je..Masa tu aku dah mula fikir bukan-bukan..Aku cuba je cntrol nak kuar air mata ni bila doc bagitahu yang mungkin kandungan aku dah tak de...dengupan jantung dia dah berhenti...Then Doc referred aku ke Klinik O & G Hospital Putrajaya. Nak tunggu esoknya tu rasa macam dah tak leh tunggu dah..tido pun tak lena...Pepagi buta lagi aku dah bangun kejut hubby sebab nak g HPJ.

Rasanya dah tak tahu nak cakap macam mana lagi perasaan aku ni bila doc kat O&G pun sahkan yang jantung janin tu dah berhenti berdenyut...Aku dapat tahan airmata sampailah Doc panggil hubby aku untuk dia terangkan ..Masa tu dah tak leh tahan-tahan dah..Sebab aku dapat bayangkan kekecewaan pada wajah dia. Dari semalam dia tak putus-putus cuba sedapkan hati aku yang baby selamat..Tergiang-ngiang di kepala aku ni dia cakap baby kuat macam kami.....Doc dah sahkan yang aku Missed Abortion..

Doc bagi pilihan sama ada aku nak tunggu lagi seminggu untuk repeat scan/biar dia gugur sendiri atau nak cuci terus..Aku pilih untuk tunggu..Tapi lepas bagitahu Mama, dia suruh aku pergi cuci terus..sebab takut janin tu buruk dalam rahim aku..takut infected kuman.Aku dah start berbelah bagi..sebenarnya..aku yang tak leh nak terima kenyataan...Aku harapkan keajaiban..aku macam terasa rasa ada benda bergerak dalam perut aku...Bila tengok muka hubby..rasa sedih tu tak tertahan-tahan..walaupun dia tak tunjuk kesedihan dia pada aku..aku sebagai isteri dah tentulah faham perasaan suami aku masa tu...

3/11/2011- Aku admitted ke DayCare Unit, HPJ untuk buat ERPOC - proses cuci rahim dalam pukul 8.30 am....Hubby sentiasa ada bersama..kalau ikutkan hubby sekarang tengah berkursus, tapi nasib baik lah dia dapat pelepasan untuk temankan aku..aku terharu sangat sebab dia sentiasa ada di sisi aku sepanjang masa aku di wad. Dalam pukul 9 lebih doc datang ambil darah untuk ujian darah..padahal sehari sebelum tu aku dah pergi amik darah dah, ntah mana plak darah aku tu pergi..hhuhu...agak-agak dalam pukul 11.30 am, doc masukkan ubat untuk lembutkan servik..untuk senangkan proses cuci tak silap aku..tapi lepas dia masukkan ubat tu aku dah rasa-rasa  darah dah start keluar..Kalau ikutkan, dalam masa sejam aku dah masuk bila operation..tapi sebab banyak sangat emergency case aritu, dalam pkul 1.30 pm baru masuk.Perut aku dah mula sakit sangat-sangat..rasanya efek ubat yang doc masukkan tu..rasa sakit dia tu..Allah je lah yang tahu..tak dapat aku nak bagitahu macam mana..sehingga lah aku masuk operation room, doc bius aku sepenuhnya...aku tidur dan hanya sedar bila dengar orang panggil-panggil nama aku. So, aku tak tahu macam mana proses cuci rahim tu..Yang aku tahu melalui pembacaan, kaedah ERPOC yang digunakan tu menggunakan vakum...nanti aku google dan post kat sini ye..

Kesakitan yang sama masih terasa walaupun operation dah selesai...sakit yang membuatkan air mata aku membuak-buak mengalir..sampai aku disuntik ubat tahan sakit...lepas setengah jam baru la semuanya ok..dah start rasa dahaga sangat sebab dari pagi berpuasa..setitik air pun tak masuk lagi dalam perut aku..Dalam pukul 5 lebih, doc dah bagi balik...aku pun dah ok...ok dari kesakitan je, tapi still bersedih..sekarang ni aku kat kampung..doc bagi mc seminggu..

Dugaan terbesar sepanjag perkahwinan kami...dan aku sedar, banyak hikmah disebalik semua ini...dan aku REDHA...to Hubby..thanks for always be with me..dari sayang pergi klinik, bergegas abg balik..temankan sayang sepanjang masa, cuba hiburkan sayang disaat-saat kesedihan yang teramat....thanks untuk semua yang abang lakukan untuk sayang....